Friday, April 04, 2008

Muhasabah Diri

ASSALAMMUALAIKUM

Lamanya tak menyinggah di rumah sendiri. Hehehe…seperti biasa selalunya pasti ada masalah yang menekan atau mengganggu ketenangan. Sekarang ini terlalu banyak ura-ura mengenai kedudukan kami di pejabat. Entahlah, kalau ada rezeki masihlah boleh menyumbang tenaga tetapi jika tidak, carilah mana-mana sumber rezeki di bumi Allah ini.

Aku juga harus menunaikan tanggungjawab aku kepada diri sendiri dan juga orang-orang penting di sekelilingku. Cita-cita masih belum tercapai, impian murni masih belum mampu digapai kerana niat dan usaha seolah longlai. Aku semestinya perlu membentuk disiplin diri supaya apa yang aku hajatkan dikabulkan DIA.

Keyakinan diri semakin pupus ditelan waktu. Umur bukannya semakin berkurang malahan makin bertambah angkanya. Sebelum hayat berakhir, izinkanlah aku meneruskan cita-cita dan impian supaya aku tidak kesal setelah meninggalkan dunia ini. Biar berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, restui dan bimbinglah aku….hambamu yang dhaif…

No comments: