Sunday, July 13, 2008

RaTaToUiLLe:Anyone Can Cook

Memeterai persahabatan dengan Linguini, pewaris sah restoran Guesteau

Seekor tikus bernama Remy yang menyimpan cita-cita untuk menjadi chef terkemuka di Paris

Menunjukkan kepakarannya menyediakan sarapan pagi buat teman barunya.Takut pulak aku kalau benda ni berlaku di alam realiti.Hahahah!!



Walaupun cerita ni dah lama (sorry kalau aku ketinggalan zaman) tapi aku masih nak tengok jugak.Sesekali layan animasi ni best jugak.Jangan dikirakan logik akal,sebab memanglah tak logik langsung kalau tikus jadi chef kan?Tapi sebenarnya movie ni mengajak kita untuk berfikir dan menerima sesuatu yang di luar jangkaan.Tikus yang secara fizikalnya hidup dalam suasana kotor dan dipandang hina.Bolehlah kita ibaratkan dalam dunia nyata ini sebagai orang yang pada pandangan mata kasar kita tak mampu nak buat sesuatu yang menakjubkan.Jangan sesekali memperlekehkan orang lain, itulah mesej yang cuba disampaikan.Kerana hidup kita ibarat roda, adakala kita di bawah dan adakala kita di atas.Tak selamanya orang yang 'bawah' akan sentiasa di bawah. Akan ada waktu, dia akan berada di puncak.Dan selalunya orang yang acapkali menerima kutukan akan berjaya dan pada masa tu akan tebal la kulit muka manusia yang tak menjaga lidahnya.

Oleh itu, sesekali jangan merendahkan orang lain kerana kita tidak tahu bahawa suatu hari nanti orang yang kita pandang sebelah mata mampu memberi kejutan yang menyebabkan berpuluh-puluh pasang mata memandangnya dengan takjub.

"ANYONE CAN COOK"

Renungkan.

2 comments:

Wolven Rashida said...

Bila Nash nak tunjukkan kepakaran Nash masak lak... bawak mai la opis.. Dah tgk Rattatouile tu takkan takde rasa excited nak masak kut huhuhu....

Nashrin said...

hahahahah..x taula kak ros.kalau dok sorg baru sy de mood.