Friday, December 01, 2006

Pelabuhan Kasih


Assalammualaikum,selamat pagi semua.Aduh,mengantuk pulak hari ni.Malam tadi inilah kerja aku depan pc.Saja melakukan eksplorasi perisian Adobe Photoshop yang sudah lama aku tinggalkan.Aku minat juga bab mereka bentuk ni.dari kecil memang aku suka bertemankan pensel warna dan kertas.Bila dah dewasa,seiring dengan kemodenan arus teknologi.Lebih-lebih lagi bila melihatkan cover novel hasil creative enterprise.Illustrasinya hidup,amat menakjubkan bagi aku.Aku pula sekadar biasa-biasa.Kalau kartun tu bolehlah.Dah lama juga aku tak melukis kan?Sejak kerja ni kebanyakan hobi terpaksa ditinggalkan buat sementara.

Cuma untuk mengarang..kadang-kadang aku curi-curi juga buat di pejabat.Selalunya hari aku tidak sibuk kecuali pada minggu pendaftaran.Ataupun jika aku diarahkan untuk menyertai program di luar untuk promosi MBA.Selain itu,aku akan melakukan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Novel Pelabuhan Kasih karya Lily Suriani (tak silap) memang menarik dan aku suka jalan ceritanya.Ada unsur kelakar dan sedih.Aku seperti terbayang watak Fazil dalam cerita ini.Alangkah bertuahnya kan punya seseorang yang setia begitu.Akan ketemukah aku dengan insan yang mampu memandangnya hati menjadi tenang,bertutur dengannya jiwa terasa aman?Terlalu tinggi rasanya permintaan ini kan?Aku sendiri harus berubah,menjadi seorang yang tenang apabila diamuk masalah,pasrah diduga cubaan dan ujian.Pendek kata,aku sendiri harus menjadi yang terbaik untuk bertemu dengan yang baik.Seperti watak Fatin Nabilah yang dicipta penulis ini.

Memang adakalanya watak-watak dalam novel memberi aku semangat dan membuka minda untuk kita berfikir ke arah yang lebih baik.Jadi,janganlah anggap pembaca novel adalah seseorang yang sentiasa hanyut dalam alam khayalan.Banyak yang boleh kita pelajari melaui pembacaan.Sebab itu peranan penulis amat berat dalam melahirkan karya yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca.

Kepada penulis di luar sana,moga kalian berjaya memartabatkan bahasa kita dan melahirkan karya yang mampu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan karya antarabangsa.Salam perjuangan.

Buat kakak kesayangan,Kak Eb..
Warkah Berlagu Pilu saya nantikan kehadirannya.Senyum selalu ya!

No comments: