Tuesday, December 26, 2006

Cameron Highland

22 Disember 2006

“Nak ikut tak kitorang ke Cameron Highland?”
“Nak!”

Itulah jawapan muktamad yang aku putuskan sewaktu aku diajukan soalan berikut. Sebelumnya memang aku menolak kerana mengikut perancangan,aku terpaksa pergi ke Taiping pada hari itu. Tiba-tiba rancangan terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Lantas pelawaan rakanku disambut dengan senang hati. Ya lah,aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Sekadar mendengar cerita teman-teman ataupun melalui bahan bacaan. Jadi tiada salahnya kan aku ingin merasai sendiri.

24 Disember 2006
Rakanku Siti dan Linda menjemputku pada jam 7.30 pagi. Konon nak datang ambil pukul 6.30.Hahah..terlambat bangun punya pasal. Tak kisahlah,jangan diorang tak datang ambik aku sudah. Kami menempuh perjalanan lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Cameron Highland.

Rajah 1-Cameron Highland 50 meter.:p

Jalan yang kami tempuhi untuk sampai ke puncak cukup mencabar. Selekoh bahaya sentiasa membayangi perjalanan. Mujurlah kami bertiga (syabas buat driver kami Cik Siti),kalau tidak gerun dan bosan juga. Satu jam setengah terpaksa berhadapan dengan jalan bengkang-bengkok cukup meletihkan. Hampir-hampir juga kereta disondol dari belakang oleh lori kecil yang tak kenal erti sabar. Buta ke, nak memotong tapi kan ada kenderaan dari arah bertentangan. Mentang-mentanglah kawasan dia. Sakit hati kami dibuatnya. Untuk mengelakkan lori itu terus-terusan menyusahkan kami, kereta kami berhenti di bahu jalan untuk memberi laluan. Nah,lalulah,nak sangat lalu! Tak padan dengan lori buruk. Terus melekat gelaran ‘lori kurang ajar’ tatkala pandangan kami terarah pada jenis lori tersebut di sini. Tak sempat aku nak menangkap gambarnya. Panas jugalah hati ini bila teringatkan lori kecik tu.


Rajah 2- Kat sinilah berlaku insiden lori pikap tu.Rugi tak ambik gambar.

Pandangan mata kami tiba-tiba terpaku dengan panorama lembah kehijauan. Saujana mata memandang, rupanya kami sudah tiba di kawasan ladang teh yang sangat luas.Cameron Valley Bharat Tea Plantation diberi nama. Di sisi kiri dan kanan penuh dengan kereta. Apa lagi,kami pun mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di tempat yang damai ini. Pengunjung agak ramai, maklumlah cuti sekolah ditambah pula dengan cuti umum Krismas. Mujurlah hari cerah dan tanah kering. Kalau lecah,susah juga dibuatnya. Dahlah masing-masing pakai sandal. Mahu terbenam kaki dalam selut. Turut tersedia sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis teh untuk dinikmati oleh pengunjung. Harga yang ditawarkan agak mahal bagi aku.Pelbagai pose kami cuba gayakan.Tapi aku bukannya pandai bergambar,tak fotogenik.Tegak je la macam tiang lampu.Hahah.

(bersambung..)

No comments: