Monday, December 18, 2006

Tahniah and Takziah

TAKZIAH...
Semalam seorang sahabat lama aku mengirim khabar duka mengenai ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah Sabtu lalu.Tersentak aku sebab hari sudah jauh malam sewaktu mesej sedih itu sampai ke pengetahuanku.Zubaidi,atau lebih mesra dengan panggilan 'ustadz' semasa di IMP UPM, merupakan salah seorang rakanku yang cukup galak menyakat aku.Namun, ada juga masa kami berkongsi kisah suka,duka.Pendek kata, dia seorang yang cukup menghiburkan lantaran sikapnya yang suka membuat aku ketawa.Tapi kini pasti dia bersedih hati.Aku harap ustadz akan sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian Allah.Ingin aku katakan sesuatu buat temanku ini seandai dia membaca tulisanku di sini:
"Kalau ustad perlukan seseorang untuk mendengar keluhan hati,saya sentiasa ada untuk meminjamkan sepasang telinga saya untuk mendengarnya"

TAHNIAH..
Sekalung tahniah aku ucapkan buat sepupuku, Noor Faizah dan suaminya Asril Helmi kerana kalian selamat diijabkabulkan semalam.Suri perempuan cantik laksana puteri kayangan,si teruna pula kacak ibarat putera mahkota,itulah yang boleh aku ibaratkan sebenarnya.Dengan persalinan berwarna ungu menjadi pilihan,kehadiran teman-teman cukup memeriahkan majlis.Aku doakan pasangan mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat.Jauh di sudut hati aku sedih sebab selepas ini pasti hubungan kami bertambah renggang.Kerenggangan ini sudah aku rasai sejak kami masing-masing melanjutkan pelajaran ke universiti.Maklumlah,keduanya mempunyai komitmen sebagai pelajar yang harus diselesaikan.Satu persatu layar memoriku mengimbas semula kenangan sewaktu kami kecil-kecil dahulu.Mandi pun bersama (masa kecik la),ke mana pun bersama.Ikut naik motosikal pakcik ke kedai.Pantang ada cuti sekolah,aku pasti menghabiskan masa baik di kampung atau pun di rumahnya.Namun semua itu makin pudar bila kedewasaan mengambil alih kehidupan kanak-kanak.Aku tak tahu sama ada dia masih ingatkan semua ini,tapi aku akan sentiasa menghargai kenangan kami bersama dari dulu,kini dan selamanya kerana tiada sepupu lain yang lebih aku rapat selain dia.

Buat sepupuku,Ija:
Tahniah kerana dipertemukan kebahagiaan yang boleh aku baca dari raut wajahmu yang ceria.Selamat Pengantin Baru.

Ikhlas,
Me..

No comments: