Friday, August 12, 2011

Ramadhan 12 : The Power of Heart


Assalammualaikum…
Hai , teman yang aku sayang…J
Hari ni memang hari yang bertuah bagi aku sebab dapat turut serta dalam program KLINIK HATI SIRI 6.Maklumlah selama ni memang sibuk sangat dengan kerja. Dah lama tak ada peluang keluar sekejap dari kepompong kerja.

Program ni mendedahkan tentang “The Power of Heart”. Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan heart? Ada kekeliruan sama ada menentukan heart itu jantung atau hati. Tapi dalam konteks ini, heart adalah jantung dan jantung ini dikatakan mempunyai ‘otak’nya sendiri atau heart brain. Orang Barat dah buat kajian mengenai benda ni yang sebenarnya ada disebut tersirat dalam ayat Al-Quran (tak sempat nak salin ayat apa). Kajian daripada University of Hawaii, jantung berfikir dan memahami. Ada banyak lagi keajaiban tentang organ ciptaan Tuhan ni. Kajian yang menarik daripada Paul Pearsall pulak,katanya:Ketika anda tiba-tiba sedih atau gembira,anda akan meletakkan tangan anda di dada tanpa disedari. Betul jugak kan. Tak pernah pulak bila excited pegang kepala. Kalau lupa ye tepuk dahi hahahah!!

Pernah tak kita berbicara dengan Allah dalam nada lembut atau kata lain romantic? Macam kalau cakap dengan awek  atau balak dulu-dulu masa bercinta? Teettt!! Kita selalu berdoa dalam bentuk formal kan? Tak pun tanpa sedar kita macam kurang ajar dengan Pencipta kita. Aku pun tak pernah. Cuma merayu pernahlah itu pun kalau dalam keadaan sedih. Nampak sangat macam kalau sedih je baru ingat nak doa kan? Bila Dr Azhar (penceramah) tu minta semua cuba cakap “Ya Allah, saya sayang Allah….saya rindu Allah…saya cinta Allah” dalam nada yang paling lembut…memang terasa sangat sebak (masa taip ni pun masih terasa sayu). Kalau selalu kita ada masalah, bila luahkan pada pasangan, kita akan lega kan? Tapi kenapa kita tak meluahkan pada pasangan yang benar-benar menjaga kita 24 jam, yakni Allah Azzawajalla?Allah lebih dekat dengan kita daripada nyawa kita sendiri. Lebih tahu apa yang tersimpan di dalam hati kita. Berlaku jujurlah pada Allah ketika berdoa. Luahkan apa yang tak terluahkan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Dr. Azhar ada bagi satu amalan:
DAdi awal (izin) | DAdi akhir (thank you)

Setiap yang kita lakukan hendaklah meminta izin dan diakhiri dengan terima kasih. Pendek kata, setiap masa kita berbicara dengan Allah. Contohnya:
Sebelum kita makan,cakaplah “Ya Allah, izinkan aku makan kuih ni Ya Allah. Semoga apa yang aku makan ini akan memberikan aku tenaga. Akan menjadi ubat untukku” walaupun kalau kita tengok logic akal makan kuih tu boleh ke jadi ubat? Tapi kita berdoalah. Jangan fikir macam mana ia akan jadi. Tawakal saja. Lepas habis ucapkanlah terima kasih kepada AllahItulah sedikit sebanyak yang akak boleh kongsi. Ada praktikal sebenarnya tapi tak dapatlah aku nak share kat sini. Ingat tau, masalah didatangkan untuk menghancurkan kekerasan hati. Supaya kita kembali semula menyedari bahawa tiada tempat mengadu selain DIA. Kalau  ada masalah, stress…jangan segan mengadu pada Pencipta kita. Kalau rasa sedih, adukanlah,”Ya Allah, aku sedih sangat Ya Allah…” kalau rasa tertekan, adukanlah “Ya Allah, jiwa aku tertekan dengan masalah….” Adukanlah apa sahaja kepadaNYA secara jujur. Insya Allah akan tenang jiwamu.

Sekian, salam sayang…

Tuesday, August 09, 2011

Ramadhan 9

Ramadhan telah memasuki hari ke-9 dan alhamdulillah aku masih berpuasa. Ramai juga kawan-kawan yang sedang 'bercuti'. Ah, tak selesa betul mata ini. Dari tadi terasa pedih dan kering. Dah titis 'eye drop' pun tak jalan. Takkan nak tinggalkan pulak? Mahu meraba-raba pulak bergerak kat pejabat ni. Kita ni dahla rabun tahap MEGA.

Ermmm...aku masih menanti feedback dari Bhgn Akademik dan FEP tentang permohonan tempahan bilik kuliah bagi sesi Trimester I 2011/2012.Dah email tadi, jadi kita tunggu dan lihat. Kalau tak ada apa-apa maklumbalas jugak, esok aku call. Mungkin diorang sedang mengemaskini jadual kuliah kan, siapa tau? Bersangka baiklah sesama manusia. Walaupun kerja sedikit terganggu, harap-harap ia akan selesai jugak minggu ni. Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Dah waktu rehat. Adoi, kenapa ada bau gulai tempoyak ni?Bukan main lagi mentang-mentang ada 'team merah'.Berkampung kalian kat pantry ye?Kontroversi betul!

Sunday, August 07, 2011

Shida Risha: Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Shida Risha: Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer: "Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelay..."

Ramadhan 6

Sewaktu dikhabarkan berita yang salah seorang pakcik aku dimasukkan ke wad ICU, kami sekeluarga tidak mempunyai kesempatan untuk menziarahi beliau. Lalu pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011 mak bercadang untuk pergi melawat.
Rancangan tersebut hampir gagal sebab adik aku yang sepatutnya membawa kami ke sana hanyut dalam lenanya. Puas sudah dikejutkan, namun dia endah tak endah. Aku pula bukanlah mahir nak memandu ke sana. Aku sendiri pun tak tahu kenapa susah sangat kalau nak ingat bab jalan. Bab lain Insya Allah. Dalam kekalutan itu, aku hampa sendiri atas kekurangan diri.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi tanda ada mesej masuk. Ah, seseorang yang sekarang memang istimewa dalam hatiku tapi bukan kekasih. Dia teman rapatku. Entah kenapa aku rasa dia penyelamat aku. Adakah Allah telah menggerakkan hatinya untuk membantu? Kerana dia selalu mengerti dan memahami kakaknya yang selalu sangat ‘blur’ kalau ada masalah. Hahahah. Kepadanya aku meluahkan masalah ini dan bagai pucuk dicita ulam mendatang dia menawarkan diri untuk membawa kami ke sana. Syukur Alhamdulillah, kepada mak aku khabarkan niat murni adik angkatku. Pada awalnya mak menolak sebab tidak mahu menyusahkan. Namun akhirnya mak setuju.
Sampai sahaja di Tingkat 12 Katil 22, Tuhan saja yang tahu betapa simpati aku melihat keadaan pakcik. Menurut cerita anak sulungnya, beliau telah disahkan menghidap kanser tahap 4. Ada ketumbuhan sebesar bola golf di peparunya sebab itu pakcik sakit dada. Buah pinggangnya juga sudah rosak 70%. Walaupun anaknya bercerita dalam keadaan tenang, namun aku mengerti dalam hatinya tidak tertanggung kedukaan dan kebimbangan melihat keadaan ayah setenat itu. Semua anak perempuannya berada di sisi. Anak lelakinya yang seorang itu tidak pula aku nampak. Mungkin esok gilirannya pula.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun,
Ringankanlah penderitaan pakcik…

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Penyayang,
Rahmati kehidupan  Luqman Fikri yang selalu tiba di saat aku memerlukan seseorang di sisi. Semoga dia bahagia di dunia dan akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkan dosa-dosaku…berkatilah rezeki yang telah ku perolehi. Aku berlindung d bawah rahmatMU. Jadikanlah aku insan yang redha dan tidak gentar akan kegagalan dan kepahitan.
Amin…amin ya rabbal alamin

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan 4

Ramadhan 4
Tak tahu kenapa hari ni mengantuk giler. Selesai upload cadangan jadual kuliah sem depan, kelopak mata makin berat. Dah melayan FB dan YM pun masih layu jugak. Betul-betul tak cukup tidur ni.

Semalam menu berbuka puasa memang menyelerakan. Masak lemak kacang buncis dan udang, ikan cencaru bakar dan mee hailam. Kalau mak yang masak, ikan goreng pun sedap. Air tangan mak kan berkat. Anak dia ni jadi penolong saja di dapur. Tak pun membantu menguruskan kain baju. Angkat kain + lipat kain + pikul bawak naik tingkat atas.

Aku memang dah habis idea macam mana nak buat tak mengantuk sebelum Isya’. Haish. Tapi kadang-kadang bagus juga. Kurang sikit tengok TV. Terbangun pukul 10 @ 12 malam, solat  + mengaji / terawih ketika semua orang dah pun masuk tidur. Sunyi je. Hening. Syahdu dan sayu sangat. Rasa keseorangan.

Hurm…rasa bosan pulak. Nak mesej bro…semalam pun dia tak balas. Tak nak lah kacau. Mungkin tengah sibuk agaknya. Maklumlah orang bergiat aktif kan. Haish…apa nak buat ni? Kepala makin berat ni. Kang ada yang memecah keheningan tersungkur atas keyboard. Hahahah!!

Wednesday, August 03, 2011

Ramadhan 3

Hari ketiga…suasana dingin seperti biasa ketika sampai di pejabat. Hari ini aku tiba awal. Bergegas ke bilik Kak Rosez, pegawai IT kami (tumpang bilik ye kak!) untuk menyiapkan diri yang separuh siap ni. Aku telah berlengah sewaktu di rumah. Sudahnya selendang yang dipakai memberikan rasa kurang selesa. Inilah masalah perempuan kan? Semuanya serba tak kena kalau penampilan tidak dijaga.

Seperti kebiasaan juga, sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat duduk, perkara pertama…mestilah on PC aku. Hurm…macam biasa lagi… on FB. Hehehe…mengikuti perkembangan teman-teman sama ada dalam keadaan baik, susah atau duka. Alhamdulillah, rata-rata berada dalam keadaan baik.

Dari semalam aku akan mencuri peluang untuk melayari  blog rozarozlan.blogspot.com.Pada aku ada banyak nukilan yang boleh aku jadikan iktibar kerana semua yang dikongsi di sini adalah pengalaman dan luahan yang lahir dari hatinya. Aku memerhatinya sebagai seorang ibu, pensyarah dan wanita yang cekal dalam menempuh segala ujian yang mendatang. Peribadinya sangat ku kagumi dan berharap aku juga bisa tabah sepertinya.

12.45 tengah hari. Itulah waktu ketika mata ini menoleh pada jam dinding. Oh, hari ini tidaklah terlalu mengantuk berbanding 2 hari sebelumnya. Parcel aku pun dah selamat sampai. Gembiranya!

“Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesihatan untuk beribadah kepada-MU. Hanya engkau yang mampu mengubah segalanya dengan kekuasaan-MU. Ampunkan dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam di muka bumi ini”

Ramadhan 2

Ramadhan 2
Alhamdulillah syukur kepada Allah Azzawajalla yang masih memberi peluang untukku menunaikan ibadah puasa pada hari kedua. Keadaan pada pagi hari lebih baik daripada yang sebelumnya. Cuma sekarang di pejabat agak berat juga aku nak membuka mulut. Lebih selesa berdiam diri dan hanya berbicara menggunakan teks (apa lagi…YM atau SMS). Bercakap pun jika perlu.
Aku agak bingung bila memikirkan jadual kuliah untuk trimester depan. Kalau dicongak, kelas akan jadi lebih banyak dari trimester sebelumnya. Sedangkan kemudahan bilik kuliah dan bilik tutorial yang sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Lazimnya memang aku akan merujuk pada fakulti jiran, tapi mereka juga punya pelajar mereka sendiri. Dan aku juga telah memeriksa jadual kuliah mereka. Fully booked! Semalam ada aku menghantar permohonan ke Bahagian Akademik namun masih belum menerima respon apa-apa. Ya Allah , permudahkanlah segala urusanku.
Ah, menjelang tengah hari mata semakin layu. Apatah lagi bila ditugaskan mencari jurnal satu persatu di talian. Besar kecil anak mata ini meneliti setiap baris. Kalau jumpa , syukur. Kalau tak jumpa….hurm…tanya diri sendirilah. Sampailah satu tahap aku menolak tepi tugas tersebut buat seketika. Menenangkan fikiran dengan membaca blog milik Puan Roza, isteri kepada Prof Kamil (seperti yang diberitahu pada catatan Ramadhan 1). Asyik aku meneroka pengalamannya sebagai pelajar, pensyarah dan juga isteri yang berpeluang menjelajah pelbagai negara. Aku memang tekad akan mencari buku yang dikarangnya ini secepat mungkin, Insya Allah.

Entah kenapa lesu benar rasanya selepas berbuka. Tanpa sedar aku terlena di kerusi. Mujurlah kali ini aku berjaya juga gagahkan diri untuk bangun dan menunaikan kewajipan juga melakukan solat sunat tarawih walaupun hanya di rumah. Terima kasih , Tuhan.

Monday, August 01, 2011

Ramadhan 1

Ramadhan 1
Sahur pagi tadi dikejutkan oleh mak. Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Kerana terkejut, aku terus bangun dan menuju ke bilik air. Ah, pasti aku lupa untuk set ‘alarm’ di telefon bimbit. Selalu aku bangun sendiri. Mungkin disebabkan gangguan emosi malam itu membuatkan aku tidak terjaga.
Alhamdulillah semua ahli keluarga ada untuk meraikan sahur yang pertama. Hari pertama sahur kurang membangkitkan selera. Aku makan ala kadar dan meneguk 2 cawan air kosong sahaja. Cukup hanya itu.
Tiba di pejabat, suasana seperti biasa. Ada yang berlawak mengajak untuk pergi bersarapan. Hari pertama kan pasti sedikit sebanyak mengundang kelainan. Jika selama ini berkumpul di pantry, sekarang lorong menuju ke pantry pun telah berubah menjadi ‘lorong gelap’ (tiada cahaya lampu). Rutin seperti biasa tidak pernah berubah. Membaca email dan tak lupa juga mengemaskini Facebook. Tabiat yang agak sukar dikikis sementelahan lagi keadaan kini belum sibuk. Sekadar membaca status teman-teman yang rata-rata mohon dimaafkan atas semua kesalahan sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia. Ya, memaafkan itu adakalanya sulit tapi itulah dendam paling indah.
Aku menerima email rasmi pejabat bahawa ada tazkirah pada pukul 11.30 pagi ini. Penceramah merupakan penulis buku Travellog Haji, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Merupakan seorang pensyarah perakaunan di UiTM Segamat, Johor. Entah bila kali terakhir aku menghadiri majlis ilmu. Peluang ini tidak patut aku lepaskan walaupun aku agak prejudis membuat percaturan bahawa aku akan dibuai rasa mengantuk di bilik kuliah. Tazkirah dimulakan dengan bacaan doa. Oh, orangnya bersahaja rupanya. Sederhana dari segi perwatakannya. Sekilas memandang tidak pernah terfikir bahawa dia adalah seorang insan yang telah pun melakukan transformasi dari zaman jahilnya. Kejahilan yang tidak terjangkau dek akal dan kaca mata manusia  kerana dia seorang yang tinggi status sosialnya.  Namun yang menarik hatiku adalah usahanya untuk memperbaiki kejahilannya yakni dengan DOA.  Ingin aku berkongsi kisahnya di sini bahawa beliau dahulunya adalah orang yang tidak pernah mengenal Al-Quran. Namun beliau dikurniakan pelbagai kelebihan yang membolehkannya berjaya sehingga ke tahap ini.Walaupun beliau lalai dalam melaksanakan solat, namun nikmat Allah masih dia rasai dengan sepenuhnya. Sehinggalah di suatu tahap beliau menginsafi keadaannya dan berubah menjadi insan yang lebih dekat di sisi Allah. Aku sedikit terkesima kerana aku melihat diriku sebagai orang yag terlalu mudah berputus asa dalam berdoa sedangkan doa itu adalah ibadat. Minta kerana kita mengingati Allah, bukan kerana permintaan kita semata-semata kerana yang berhak mengabulkan doa ini hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa. Bagaimana Allah itu sangat kasihkan hamba-Nya.  Permintaan kita sentiasa didengari Allah. Hanya masa yang menentukan dan hanya DIA berhak menentukan kepada siapa akan diberi nikmat dan dalam bentuk apa jua. Hambanya sama sekali tidak layak mempersoalkan apa-apa. Sekiranya hingga ke hujung nyawa permintaan kita tidak dimakbulkan, maka ingatlah bahawa Allah mahu memuliakan kita ketika Hari Pengadilan nanti yang lebih abadi.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat aku paparkan di sini. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan dijemput pulang dalam keadaan paling mulia Insya Allah.


Link: http://muhdkamil.org

Friday, June 10, 2011

Sepetang di Pullman

Rushing plan nak tengok Nur Kasih last week tak kesampaian bila tiket habis.Hampa jugakla sebab cerita lain dah tengok.No other options for us on that day.Sudahnya kami menyusun langkah merayap ke seluruh pelusuk Alamanda.Tidaklah segenap pelusuk rasanya.Lepas makan kat Johnnys kami decide untuk ke Kajang.Tapi sebelum tu lebur la jugak duit aku membeli sandal sebab kaki dah melecet menyarung kasut.
Sampai Kajang pun cuba nasib kot la ada citer tu tapi nasib memang tak menyebelahi kami langsung kali ni.Hampa sekali lagi.Nak round pun tak ada apa yang menarik kat Plaza Metro tu.Kemudian kami decide untuk melakukan aktiviti kesukaan aku-Karok.Heheheh.Sejam je karok.Tak puas!
Tengok jam pukul 5.Awal lagi nak balik.Nak lepak tak tau kat mana.Tetiba datang idea nak shoot.Saja-saja nak bersantai di hujung minggu kan kena pulak aku dah kena penyakit gila lensa akhir-akhir ni.Gamble ikut Sara balik rumah dan tak sangka pulak ada geng nak follow.Best jugak boleh jadik photographer kami.Heheh
Tapi rasa-rasanya bila sampai sana gambar diorang kot lagi banyak.Erk...siapa photographer sebenarnya ni hahaha.Apa pun enjoy sangat hari tu dan tak sangka I met THEM, the FABULOUS FOUR.Or should I say THE SENGALZ FOUR?

Hahahahah jangan marah nanti kena jual

Wednesday, June 01, 2011

INGATLAH

Suka sangat baca artikel yang dipaparkan dalam web iluvislam.com.Bagi aku ia sangat membantu insan macam aku yang selalu sangat tersadung dalam meniti titian kehidupan.Harus selalu diperingatkan.Harus selalu dipesankan.Hati yang keras perlu dilembutkan dengan untaian kata peringatan bahawa kita sebagai hamba tidak boleh tidak akan sentiasa diuji.
Siapa yang tak ingin berubah ke arah kebaikan.Begitu jugalah diri ini.Benarlah mujahadah itu pahit.Kadang-kadang kita cuba nak mengubah kebiasaan dan sifat buruk kita menjadi lebih mulia.Tapi tak semudah disangka.Lemah.Terlalu lemah untuk mengubah sesuatu yang telah bermukim di jiwa.Itulah lemahnya aku juga.
Adakala memang aku rasa sangat berputus asa.Tapi kita haruslah sentiasa beringat hidup ini cuma sementara.Berusahalah untuk menggembirakan orang di sekeliling walaupun selalunya kepahitan sebagai balasan.Kehilangan sebagai natijah.Perpisahan sebagai hadiah.Kelukaan sebagai tinggalan.
Senyumlah....jangan biarkan ia pudar dari wajahmu
Meskipun hati menangis ditinggal pergi dan dikhianati
Senyumlah...meskipun hati dicalari janji dan kata manis yang telah dimungkiri
Kerna aku,kau dan dia......hanyalah manusia biasa yang akan kembali kepada pencipta-NYA.

Sunday, May 15, 2011

Hadiah Dari Hati 2: Happy Birthday Black

Heeeee....kad ni memang lama pembikinannya dan barang-barangnya pun diimport dari Bangsar.Hahaha poyo gile.Asal nak buat theme black and white but it ended with mixture of colours.Yang aku share di blog ni adalah page yang aku paling suka.Best kan bila someone you love appreciate you in a way you always wanted.When is my turn?Ahahahahaha! Anyway for both of you, I wish u guys happy becoming pengantin baru dan mungkin kad ni boleh dijadiakan idea untuk pre-wedding photoshoot jika ada? :)

Sunday, May 08, 2011

Yours Sincerely


Bunga yang sudah lama kubeli akhirnya menjadi penghias kad.Siapa penerima bertuah tu yee??Tungguuuuu! :P

Tuesday, March 29, 2011

Kebengongan

Masya Allah.
Banyak betul benda nak kena mengadap 2-3 minggu ni. Letih , tertekan , marah , sedih semua dah diadun sebati. Tegar sekali aku melalui semuanya. Maaf kepada sesiapa yang terkena tempias. Aku memang tak sengaja. Mungkin otak dan badan dah penat nak menanggung semuanya.
Macam biasa aku dah cuba buat yang terbaik. Meminimakan kesalahan walaupun ada juga. Lumrah. Meminimakan. Bukan tiada langsung. Mustahil dapat jadi ‘perfect’.
Terlalu fokus dengan kerja hakiki, aku lupa nak menyambung ‘impian kecil’ aku. Huh. Impian kecil tapi nak merealisasikannya adalah satu pengorbanan besar. Memikirkan idea yang kreatif adalah cabaran sebenar. Aku takkan mengalah. Harap-harap time cuti nanti ada la idea-idea bernas.
Ok, esok aku kena buat:
  • ·         Semak senarai pelajar untuk kelas-kelas berikutnya
  • ·         Cetak senarai nama & minta pensyarah sahkan
  • ·         Jangan lupa bagi jadual makanan pada EN JOHN (selalu lupa bab ni)
  • ·         Cek ada tak kelas ganti esok (AKM ada kelas ke tak esok???)
  • ·         Kemaskini kelas ganti hari Sabtu ni (ADM je kan?ME Prof belum konpem)
  • ·         Kelas Dr. Z  Khamis ni anjak ke 3.30 pm – 6.30 pm.
  • ·         Sambung buat salinan case study untuk MIS (kelas Jumaat)
  • ·         Semak pensyarah mana belum hantar TP
  • ·         Semak pendaftaran pelajar
  • ·         Filing surat lantikan pensyarah
Oh…serabutnya.
"Maafkan bila ku tak sempurna, buat kerja ada yang tak kena, ini sudah lumrah manusia, selalu terlupa" (Ayat Kerja Luka diinspirasikan daripada lagu Ayat-Ayat Cinta)
p/s: Tuan punya blog dah bengong.

Sunday, March 20, 2011

Stylo Hana Tajima

Stylo betu Hana Tajima ni.Aku suka tengok gaya dia.Urban tapi still nampak sopan.Pertama kali nampak muka dia kat wall paper pc member.Aku tertanya-tanya jugak siapa perempuan ni?Mula-mula ingatkan artis Jepun ke Korea ke.Bila search kat internet barulah tau siapa gerangan empunya diri.Patutlah stylo je rupanya fashion designer.Baru 24 tahun.Memang kagum. Rasanya lepas ni fenomena berfesyen gaya Hana Tajima la pulak.Heheheh...

Hot Air Balloon Fiesta


First and foremost, thanks to my fren Ema yang sudi bawak aku ke sini.Kalau tak memang aku tak merasa la kan.Memang tak plan langsung pun nak tengok.Orang memang ramai, parking pun full.Kami pun parking agak jauh dan kena berjalan kaki. Memandangkan sandal aku boleh tertinggal kat opis, terpaksalah aku menyarungkan kasut dan keputusannya macam biasa...kakiku melecet lagi. Ewah, boleh tak buat tajuk lagu?Hahahha.Yang datang pun bawak DSLR masing-masing.Kami bergantung harap kat kamera hp je.Walau apa pun kira okla tu.Ada jugak gambar kan.Cuma mungkin dah malam dan kami sampai pun lewat tak dapatla nak tengok banyak sangat.Belon Doraemon pun masa tu dah dalam proses nak mengempis.Tak dapat nak capture.Paling best bunga api sangat cantik sambil diiringi lagu Katie Perry-Fireworks.Terasa macam dalam video klip pulak.Anyway even sekejap,I feel awesome.

Thursday, March 03, 2011

TEWAS

Betul-betul rasa lost.

Hilang arah tuju.

Kesepian.

Aku memang selalu mendengar masalah orang lain dan memberi pandangan.

Namun...aku sendiri sebenarnya tewas dalam mengubati luka di hati.

Adakah aku sudah letih?

Atau aku terlalu lama menguatkan hati hingga akhirnya menjadi sangat lemah dan tak berdaya?

Kirimkan aku 'malaikatmu' Tuhan...agar bisa dia menarikku kembali

Andai




Suka lagu ni. Teringin nak karok tapi macam tak mampu la pulak. Hahahah!!