Salam Aidiladha...
Korban....
Berkorban....
Terkorban.....
Ya Allah, aku memohon keampunan di atas segala dosa-dosaku
Ya Allah, aku memohon keampunan di atas segala dosa kedua ibu bapaku
Ya Allah, aku memohon keampunan di atas segala dosa adik-adikku
Ya Allah, aku memohon keampunan di atas segala dosa saudara seislamku seluruh dunia
Permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat
Permudahkanlah urusan rezeki kami
Peliharalah kami dari azab neraka
Ya Allah...
Jika antara aku dan dia
Ditakdirkan untuk hidup bersama, teman sehidup semati
Permudahkanlah laluan,berkatilah urusan
Namun jika tidak
Jauhkanlah kami dari rasa kecewa
Anugerahkanlah kami pasangan masing-masing yang saling melengkapi, saling menerima kekurangan dan kelebihan,diberkati dan direstui Mu dan keluarga
Aku punya satu rasa
Yang terlalu mahal untuk diungkapkan
Buat dia yang kukasihi dalam diamku
Kerna aku tidak tahu apa aturan yang akan dilakukan oleh Yang Maha Kuasa
Kukorbankan perasaan buat seketika
Demi mempersiapkan diri dalam menghadapi satu kenyataan yang pasti
Tuesday, October 15, 2013
Saturday, January 26, 2013
Cahaya
Sudah banyak hari perangkaan penulisanku terhenti. Aku
sepertinya terasa payah untuk memulakan kembali.Bingung. Mengapa ya selalu
mengalami saat-saat seperti ini? Ya Allah, bantulah aku.
Dalam masa 2 hari ini aku membaca buku hasil karya Mbak Oki
Setiana Dewi berjudul Cahaya Di Atas
Cahaya. Kisah pengalamannya mencari ilmu di Mekah. Tentu sekali penulisannya
detail kerana beliau sendiri melalui pengalaman yang digarap lewat penulisan.
Tersentuh. Sehingga air mata mengalir deras. Entah bila kaki ini mampu
menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Selain itu, beliau juga berkongsi tentang kisah
teman-teman seperjuangan yang ditemuinya sepanjang pembelajarannya. Kerana
beliau juga, aku menonton Ketika Cinta Bertasbih. Hahaha nampaknya kuat juga
pengaruh Oki ya setelah aku menghadiri Konvensyen Fiqh minggu lalu. Aku memang
suka dan kagum dengan penulis Indonesia
dan juga sutradara filem Islamik mereka. Penuh mesej. Disampaikan dengan penuh
keilmuan dan perasaan.Bagi aku, sukar mencari hasil seperti ini di negaraku.
Yang ada hanyalah karya jenaka,hantu dan kisah keluarga yang pincang. Moga
suatu hari Malaysia
juga mampu mengetengahkan filem genre seperti ini dan pelakon yang 'real'...
Jika ada rezeki, ingin juga mendapatkan karya Oki 'Melukis
Pelangi'.
Dan...
Mungkin aku juga bisa menulis sesuatu yang boleh dibanggakan
dan membawa manfaat...suatu hari nanti, Insya Allah....
"Tersenyum adalah dakwah,menolong kesulitan orang lain adalah dakwah,bersikap santun adalah dakwah"
Tuesday, January 01, 2013
Kenapa Kamu Bukan Dia (3)
" Hai , tak siap lagi
ke?" Irdina Aisya masih lagi berdiri tegak ala-ala nak menyanyikan lagu
Negaraku di hadapan almari.
"Tak tahu nak pakai apa. Tak
ada baju," jawabnya. Suzila, adik bongsu ibunya merangkap Mak Usu hanya
menggelengkan kepala. Punyalah berbaris baju bergantungan dalam almari boleh
dia kata tak ada baju?
"Aik, penuh almari tu Mak Usu
tengok. Dengan baju kurung, kebaya, jubah moden. Sampai dah tahap boleh bukak
butik dah. Boleh kata tak ada baju nak pakai?" sengaja dia mengusik anak
buahnya. Dia faham sangat yang Irdina Aisya sedang tak keruan menanti tetamu
istimewa yang akan tiba tak lama lagi.
Mak Usu ni saja la tu nak kenakan
aku. Irdina Aisya menggaru kepala yang tidak gatal. Mana satu nak pakai ni?
Apasal yang payah sangat nak pilih? Dia menarik satu baju kurung moden berwarna
hitam kosong berhias manik berwarna putih. Diangkat tinggi-tinggi kemudian
dipusingkan 360 darjah. Hitam itu menawan, warna kegemaran aku tapi dalam
situasi genting sekarang ni amatlah tidak sesuai. Macam berkabung je.
"Takkan hitam? Mix and match
dengan muka masam Dina tu, nanti diorang ingat Dina tengah berkabung ."
Eh, Mak Usu aku ni ada kuasa psikik ke? Aku cakap dalam hati je tadi.
"Tak adalah. Dina pun fikir
macam tu jugak. Ikutkan hati Dina pakai T-shirt Pagoda dengan track bottom.
Amacam?" Biar lelaki tu tak ada selera dan reject aku awal-awal so aku
terlepaslah dari belenggu matchmaking ni. Muahahaahha!!!
"Beranilah Dina buat macam tu.
Macam tak tahu pulak kan
perangai mak Dina tu. Ada
juga yang kena halau dari rumah kang. " Mak Usu seakan memberi amaran.
Bukan boleh percaya budak ni. Dibuatnya betul-betul dia nak tunjuk protes.
Haru! Mahu pengsan pula kakak dan abang iparnya nanti.
Irdina Aisya hanya ketawa kecil
mendengar kata-kata Mak Usunya. Tak mungkin dia akan melakukan sedemikian rupa
hanya kerana dia tidak setuju dengan semua ini. Dia masih hormatkan ibu bapanya, masih tahu
menjaga maruah keluarga dan masih tahu menghormati tetamu. Tidak pernah
terlintas di hatinya ingin menjatuhkan air muka keluarga ini.Tidak akan
sekali-kali.
"Dina bergurau je la Mak Usu.
Dina ni waras lagi okay. Hurmmm...."
"Tak siap lagi ke?" satu
suara garau mengejutkan mereka berdua. Abah!
"Belum lagi bah. Baru nak
pilih baju." jawabnya sambil tersengih.
"Pakailah yang elok sikit.
Diorang dah gerak dah tu.Lagi setengah jam sampai."
"Okay bah." Abah terus
berlalu. Meninggalkan dia dalam keadaan terpinga-pinga. Lagi setengah jam
mereka akan tiba. Tiba-tiba hatinya berdebar.
"Dina siaplah dulu. Mak Usu
nak turun ke dapur. Pakai lawa-lawa tau. Kasi cair itu mamat ya."
"Iyalah Mak Usu. Banyaklah Mak
Usu punya cair." Irdina Aisya membalas. Setelah Mak Usunya pula berlalu,
dia kembali menghadap almari pakaiannya.
Sepasang kebaya merah hati kosong
dengan kain batik Sarawak bersilang menjadi
pilihannya. Dipadankan dengan sehelai selendang 'Paddlepop' kombinasi 3 warna.
Dia menjeling jam dinding. Menyedari yang dia tidak punya banyak masa, Irdina
Aisya bergegas menuju ke bilik air.
Encik Hanif mengintai Puan Asma
yang dari tadi mundar-mandir di sebalik akhbar yang dipegangnya. Isterinya itu
seperti cacing kepanasan. Duduk salah. Berdiri salah. Sekejap ke dapur. Sekejap
kembali semula ke ruang tamu. Telefon bimbit tak lekang dari tangan isterinya.
"Cuba bawak bertenang Ma. Naik
juling biji mata saya tengok awak buat 'saie' kat dalam rumah ni."
"Macam mana saya tak runsing.
Luqman sampai sekarang tak nampak bayang. Kita dah berjanji dengan orang
bang."
"Awak dah call dia ke belum?
Dia terlupa kot?"
"Dah jenuh saya call dia bang.
Abang bukan tak tahu anak abang tu kalau dengan 'Miss Alessandra' dia tu,
agaknya kalau boleh kahwin, dah lama dapat menantu. Tak boleh nak berenggang
langsung." Encik Hanif tergelak ketika mendengar ayat terakhir yang
meluncur dari bibir isterinya. Lucu pula membayangkan jika bermenantukan
'superbike'! Miss Alessandra merupakan gelaran yang diberikan oleh Luqman Hakim
kepada motosikal berkuasa tinggi Ducati 848 Evo kepunyaannya. Sengaja dia
menggelarkannya begitu. Nama manja katanya.
"Ala kak. Bukan jauh sangat pun rumah kawan
saya tu. Ada
masa lagi. Kejap lagi sampailah Luqman tu. Dia bukan jenis yang tak tepati
janji. Nah, minum dulu kak bagi 'cool' sikit perasaan tu." Hanum, adik
kepada Puan Asma muncul di ruang tamu sambil menatang dulang berisi minuman
sejuk. Bak kata Encik Hanif, Hanum sendiri pun naik kejang bebola mata
memerhati tingkahlaku kakaknya yang tidak keruan itu. Hanum tahu kakaknya risau
jika Luqman Hakim tiba-tiba membuat keputusan membatalkan pertemuan ini di
saat-saat akhir. Dia sedia maklum yang anak saudaranya itu bersetuju kerana
dipaksa. Sebagai ibu saudara, dia juga teringin melihat Luqman Hakim
berumahtangga. Mempunyai isteri sebagai teman di kala suka dan duka.
Dikelilingi anak-anak yang comel dan montel. Lantaran itulah dia tergerak untuk
menemukan Luqman Hakim dengan anak teman sepejabatnya yang kebetulan juga
sedang mencarikan jodoh untuk anak gadisnya setelah cara pertama memperkenalkan
mereka di laman sosial Facebook tidak menampakkan hasil. Niatnya itu disokong
sepenuhnya oleh kakaknya.
Puan Asma termakan juga pujukan
adiknya. Mana dia tidak risau, dia yang beria-ia meminta Hanum untuk
mengaturkan pertemuan dengan gadis itu dan keluarganya. Malu besar dia jika dia
terpaksa membatalkan. Bimbang jika dituduh tidak serius oleh pihak perempuan.
Dia mengambil segelas air Blaccurrant yang telah siap dituang. Sekali teguk.
Dingin membasahi tekak. Serba sedikit memberi ketenangan pada pemikirannya yang
sedikit serabut sebelumnya.
Deruman enjin motosikal memecah
kebuntuan. 'Arctic white silk' Ducati Evo 848 meluncur masuk ke perkarangan
rumah. Luqman Hakim menanggalkan helmet Arai 2013 yang dipakainya. Edisi
terkini yang sangat dia minati berbanding koleksi lain. Dijinjing dengan
berhati-hati helmet kesayangannya itu sambil mengatur langkah menuju ke pintu
masuk rumahnya.
"Assalammualaikum,"
"Waalaikumussalam." Puan
Asma baru hendak menyambung ayat bila Encik Hanif memegang bahunya. Tanda
supaya dia tidak terus menghamburkan kemarahan kepada Luqman Hakim yang baru
sahaja menjejakkan kaki ke rumah. Puan Asma mengerti.
"So, how's Alessandra
doing?" Luqman Hakim ketawa kecil apabila disapa ayahnya.
"Absolutely amazing,like she
always do." Luqman membalas.Matanya sempat mengerling wajah ibunya yang
serius. Tidak berani dia untuk menatap wajah ibunya yang kelat.
"Man pergi bersiap dulu. Your
mum is quite upset. Kita dah berjanji dengan orang, tak baik buat orang
tertunggu-tunggu." Encik Hanif cuba berdiplomasi dengan anak
lelaki bongsunya ini. Pada hematnya, berlembut itu lebih baik berbanding
isterinya yang lebih tegas.Lagipun Luqman Hakim seorang yang mendengar kata. Sebagai
ayah, dia memang sentiasa berharap yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun pada
awalnya dia kurang bersetuju dengan cadangan isterinya, namun diikutkan sahaja
apabila mengenangkan umur Luqman Hakim yang semakin meningkat. Ditambah pula
dengan sikapnya yang endah tak endah dalam soal perkahwinan.
"Sorry,ayah.Man tak perasan
Man dah terlajak masa. Err... she is really mad at me isn't she?" soal
Luqman Hakim seakan berbisik dengan ayahnya.
"Sangat,tapi masih terkawal.
Isteri ayah kan ,
pandailah ayah. Mak Man tak pernah bantah cakap ayah. Tapi kalau Man masih nak
lengah-lengah lagi, ayah pun tak boleh nak sebelahkan kamu. Hadaplah sendiri ye." Luqman Hakim mengangkat
kedua belah tangan tanda tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan Puan Asma.
Cepat-cepat dia mendaki tangga menuju ke biliknya.
Tuesday, December 11, 2012
Ya Rabb, aku mohon
Ya Rabb, kau hadirkan dia dalam mimpi.Adakah kerana aku rindu atau syaitan mahu menenggelamkan aku dalam kesesatan?
Rinduku padanya selalu menjadi rahsia.Kerana jauh dlm hati ini tak mungkin dia akan merasa hal yang sama jika Kau tidak mengizinkan.
Jauhkanlah rasa jika dia bukan takdirku.Kerana diri ini tidak mahu terjebak dalam rasa yg sia-sia di waktu aku sedang berusaha menjadi insan dan hamba yg lebih baik.
Amin.
Published with Blogger-droid v2.0.1
Sunday, December 09, 2012
Kenapa Kamu,Bukan Dia (2)
"Assalammualaikum
warahmatullah...."
Luqman Hakim meraup wajah setelah
usai mengucapkan salam di akhir solat Isyak. Baru saja kedua tangannya
ditadahkan untuk menitipkan doa buat Yang Maha Esa, kedengaran bunyi pintu
biliknya ditolak perlahan. Luqman Hakim menoleh seketika. Puan Asma, ibunya
berdiri di muka pintu. Terasa bersalah kerana mengganggu, ibunya memberi
isyarat agar beliau meneruskan. Memandangkan ibunya telah pun melabuhkan
punggung di birai katil, Luqman Hakim cuma membaca wirid pendek. Pasti ada hal
penting yang cuba
disampaikan oleh ibunya. Kalau tidak masakan sampai sanggup menunggunya hingga
usai solat.
“Man doa apa?” soal Puan Asma.
Luqman Hakim menanggalkan kopiah lalu mengesot menghampiri ibunya. Kedua belah
lutut ibunya dipegang. Merenung wajah sederhana itu dengan senyuman tergaris di
bibir. Tanda kasih dan hormat seorang anak.
"Doa supaya mak Man ni panjang
umur, murah rezeki dan awet muda selalu.Supaya ayah sentiasa sayang dan tak
terfikir nak buka cawangan!" sebaik sahaja Luqman Hakim menghabiskan ayat,
satu cubitan singgah di lengannya. Dia mengaduh kesakitan sambil ketawa besar.
Cepat-cepat dia menjauhkan diri dari ibunya. Takut kena satu das lagi. Perit!
“Kalau bab merepek tu bagi je la
kat Man.”
“Ala , Man gurau je mak. Takkan ‘touching’
kot.”
“Mau tak ‘touching’. Isu sensitif
tu. Tak ada perempuan yang dah kahwin yang tak melenting bila bab tambah
cawangan ni.” Alamak, salah tempat mau gurau daa…dah jadi isu berat pulak mak
ni.
“Iyolah mak. Ampun beribu ampun.
Takkan berani de abah tu cari lain mak. Mak lah ibu yang terhebat di duniaaa!!”
jerit Luqman Hakim sambil memeluk erat Puan Asma. Inilah nasib dapat anak
‘loyar buruk’. Hilang rasa geram dengan gelagat anaknya yang suka mengusik.
Jujur, jauh di hatinya rumah itu memang sunyi jika Luqman Hakim tiada.
Anak-anaknya yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Maklumlah kebanyakannya
sudah berkeluarga. Namun begitu Puan Asma tetap memanjatkan syukur kerana
mereka masih rajin mengunjungi dia dan suami paling kurang sebulan sekali jika
ada kelapangan. Hanya anak bongsunya ini sahaja yang masih menetap di sini. Itu
pun setelah setahun menetap di Australia
kerana menyambung pelajaran peringkat Master.
Puan Asma serba salah mahu
menyampaikan hasrat hatinya. Tapi sebagai ibu, hanya satu harapannya; mahu
melihat anak kesayangannya bahagia. Agaknya macam mana reaksi dia bila aku
cakap pasal hal ni?
“Man, dalam doa tadi Man tak doa ke
supaya dipertemukan jodoh?” Luqman Hakim tersentak dengan pertanyaan spontan
yang keluar dari bibir Puan Asma. Perlahan dia meleraikan pelukan. Erk, aku
rasa mak aku ada agenda lain ni. Apasal aku rasa macam tak best je ni? I smell
smomething fishy around here.
"Lain macam je soalan mak
ni?"
" Sebenarnya Mak Ngah nak
kenalkan Man dengan anak kawan dia," satu keluhan dilepaskan. Again! Aku
ingat dah habis dah isu ni.
"Ala mak...malaslah..."
"Jumpa la dulu. Sampai bila
Man nak membujang. Dah nak masuk 33 dah," Puan Asma cuba memujuk
anak bujangnya. Sejak anaknya itu putus tunang 2 tahun lalu, Luqman Hakim
seolah-olah serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Masa
lapangnya dihabiskan dengan aktiviti lasak bersama teman-temannya. Minat yang
paling digemarinya adalah sukan bermotor. Puas Puan Asma cuba
memperkenalkan anaknya itu dengan anak-anak rakannya tapi hampa. Luqman Hakim
menolak mentah-mentah.
"Dengan siapa pulak kali ni
mak?" Luqman Hakim berdiri. Badannya disandarkan ke dinding. Air mukanya
berubah menjadi serius.
"Ingat tak Mak Ngah ada tunjuk
gambar budak tu dalam Facebook? Man ada add dia kan ?" Facebook? Luqman Hakim cuba mengingat
kembali. Seingat dia memang ada seorang. Mereka pernah juga berbicara tapi
hanya setakat di atas talian. Itu pun cuma sekali dua dan beberapa bulan yang
lepas. Setelah itu mereka tidak berhubung. Sama ada dia atau gadis itu tidak
memulakan apa-apa.
"Hurm...." Luqman Hakim
mengiyakan. Gadis yang....namanya pun tidak tercatat dalam ruang memorinya!
"Lusa Man ikut mak dan Mak
Ngah melawat kawan dia tu. I don't want to hear any excuse." Aku kena
bertegas kali ini, bisik hati kecil Puan Asma.
"Kalau Man
sayangkan mak, ikut cakap mak. Selepas Man jumpa dia, terpulang pada Man untuk
putuskan ikut kehendak Man. Hanya ini satu permintaan mak." Puan Asma
beredar meninggalkan anaknya sendirian. Luqman Hakim terdiam. Kata-kata mak
membuatkan hatinya pedih. Bersungguh benar mak untuk melihat dia berumah
tangga. Tidak sampai hati pula dia untuk mengecewakan permintaan ibunya kali
ini.
Well, siapalah
gadis yang akan dipertemukan dengan aku agaknya...
Saturday, December 08, 2012
Kenapa Kamu,Bukan Dia (1)
Sejak pulang dari kerja sehinggalah
Maghrib, masa Irdina banyak dihabiskan di depan laptop. Tak cukup dengan itu
sibuk pula melayan Whatsapp melalui Galaxy Tab.Kiri kanan teknologi komunikasi
menghimpit. Inilah dia wanita moden. Mana mak aku tak membebel. Aku pula jenis keras
kepala buat tidak peduli tetapi tidak melawan kata. Hanya mendiamkan diri. Bila
kata-kata lebih pedih, baik bisukan saja mulut.
Tapi hari ni hati Irdina tergerak
untuk menjengah ke dapur. Ingin mencemar duli ! Ruangan yang jarang-jarang
sekali Irdina hampiri hingga membuatkan ibunya hilang daya mengomel. Memasak
itu kebolehan yang perlu dimiliki setiap wanita kerana setinggi mana pun
pangkat dan pendidikan, ke ceruk dapur ini juga hinggapnya. Irdina tidak
menafikan akan kebenaran kata-kata ibunya. Belum sampai seru, itulah alasannya.
"Masak apa tu mak?"
Irdina menjenguk ke dalam kuali. Ikan bilis digoreng dengan hirisan bawang
besar dan cili kering. Bau harum tumisan menusuk hidung.
"Masak lauk simple je. "
mak menjawab. Irdina mencapai sudip yang tersandar di dalam kuali. Mengambil
alih tugas ibunya yang sedang memotong sayur.
"Ucu tak balik ke? Kereta tak
ada pun?" Ucu, panggilan manja bagi adik bongsunya Syafiq. Sejak memiliki
kereta sendiri ada saja agenda. Tak pernah lekat di rumah. Ibarat hotel tempat
persinggahan je rumah ni.
"Ucu ada discussion. Tidur
rumah kawan katanya sebab esok nak kena hantar assignment. Agak-agak dah garing
ikan bilis tu bolehlah angkat." Mak menjeling kuali di sebelah. Risaulah
tu takut rentung pulak ikan bilis dikerjakan anak daranya yang sorang ni. Tak
pasal-pasal nanti makan malam berlaukkan bilis rentung resepi istimewa Irdina
Aisya.
"Esok mak usu nak
datang," Irdina mengangguk. Mak Usu ada memaklumkan padanya semalam. Ingin
menumpang di rumahnya untuk satu malam sebelum bertolak ke Seremban pada esok
harinya untuk berkursus.
"Esok Makcik Hanum pun nak
datang. Bawa anak saudaranya sekali," perlahan suara mak ibarat halilintar
pada pendengarannya.Nyaris tertumpah ikan bilis yang sedang dialih ke pinggan.
Nasib ada brek ABS! What? Kenapalah suka kacau ketenangan hidup aku. Aku ingat
dah tutup kes bila mamat tu senyap. Aku pun tak ambil pusing akan hal ni. Baru
cadang nak makan banyak. Makcik Hanum ni memang cantas selera makan aku.
Nampaknya Irdina hanya mampu
meneguk air liur. Maaflah 'saka makan' aku off duty malam ni. Arghh!!
Irdina memanjat anak tangga dengan
langkah tergesa-gesa. Sebaik sahaja tiba di kamarnya, dia menghempaskan
tubuhnya ke atas katil sederhana besar itu. Pandangannya ditalakan ke siling.
Jiwanya masih bercelaru dengan pernyataan mak sewaktu di dapur tadi. Mujur
ibunya tidak mendesak. Mungkin mak tahu aku tak berapa setuju dengan kunjungan
'tak-berapa-nak-hormat' kawan dia tu. Bukan maksud Irdina untuk merendahkan
niat Makcik Hanum cuma dia kurang selesa dengan tindakan drastik sebegini.Ini
melibatkan masa depan hidupnya dan dia tidak mahu diatur oleh orang yang tiada
kena mengena.
Irdina mencapai Galaxy Tab
bersarung merah menyala yang terletak di sudut katil. Sesak sungguh memikirkan
berita tadi. Irdina membuka aplikasi Whatsapp dan menyertai 'group : Ini Barang
Baek;. Nama yang diberi oleh sahabatnya bagi kumpulan rakan sekerja. Ahli-ahli
dalam 'group' hanya yang dijemput oleh moderator.
Irdina : Guys, aku ada berita nak share.
Azleen
is typing......
Azleen: Berita apa?
Esha
is typing....
Esha: A'ah, news apa yang nak
dikongsi tu? Macam gempak je? :P
Irdina: My mum's friend is bringing
someone tomorrow.
Azleen: Wow!!!
Esha: Apa lagi beb!
Ezza
is joining the group
Azleen: Ezza dah masuk!
Ezza: What do i miss?
Esha: Esok ada orang nak jumpa
bakal la (:P)
Irdina: Banyaklah bakal. Sakit otak
aku dibuatnya.
Azleen: Chill beb. Mana tahu ini
orangnya.Jodoh kan
di tangan Tuhan...siap datang rumah jumpa mak abah lagi. Lebih afdal dan berkat
katanya.
Ezza: Setuju dengan pendapat Azleen.
Bagilah peluang kat diri sendiri. Kau pun single kan ? Atau kau ada syok kat orang lain yang
aku tak tahu?
Irdina: Mana ada. Not in a
relationship.Entahlah. Aku seriklah. Asyik terkena je. Korang kan tahu kisah silam aku.
Esha
is typing...
Esha: Jangan putus asa. Yang
penting kita usaha, kemudian tawakal.Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada,
maknanya Allah dah aturkan yang lebih baik. Kan ?
Irdina merenung skrin Galaxy Tab
sambil menongkat dagu. Dalam diam, dia mengiyakan kata-kata Esha. Betul juga,
apa yang nak disusahkan. Yang aku serabut fikir kenapa? Orang tu cuma datang
nak melawat saja. Bukan suruh kahwin. Haih, Irdina. You are thinking too much
and expecting too high. Irdina memarahi dirinya sendiri.
Ezza
is typing...
Ezza: Aku setuju dengan Esha.
Azleen
is typing....
Azleen: Kalau ada button 'Like'
memang aku dah like ni.
Esha
is typing...
Esha: Mari kita doakan yang terbaik
untuk kawan kita ni.
Irdina: Terima kasih semua sebab
bagi nasihat dan pandangan. Taklah aku rasa keseorangan nak tanggung semua ni.
Iyalah, mana pernah ada orang datang nak tengok aku. Sebijik macam novel kot.
Dah ala-ala merisik je aku rasa.Haha!
'Persidangan' singkat itu diakhiri
dengan perjanjian bahawa Irdina dikehendaki melaporkan apa yang terjadi nanti
kepada ahli. Amboi, aku ingat buat kerja saja kena melapor dengan bos, pasal
kena risik pun kena 'report' dengan budak-budak ni? Nasiblah dapat kawan baik
macam ni kan .
Redha saja.
Well, siapalah gerangan lelaki malang itu?
Wednesday, November 14, 2012
Langkawi in memory
1 Nov 2012
Perasaan berkobar-kobar nak pergi bercuti dengan teman-teman
fakulti. Jasad di pejabat, jiwa di Langkawi. Buat kerja pun separuh jiwa.
Kawan-kawan lain pun dah tak ada mood. Ada
yang sibuk mengambil tempahan, berkongsi kegembiraan dan pengalaman. Pendek
kata memang aura Langkawi sudah melingkari kami semua.
Buat pertama kali, aku dan teman-teman akan menempuh
perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB. Hajat di hati nak merasalah
keselesaan katil, namun ditakdirkan Allah tiada rezeki. 3 kali berulang-alik di
kaunter tiket, sudahnya hanya tinggal tiket kelas kedua. Mahu tak mahu ambil
saja. Daripada tidak ada langsung.
KL Sentral, 9.00 malam.Penuh dengan manusia, itulah yang
boleh digambarkan. Aku dan seorang teman menaiki komuter dari Serdang. Mujurlah
tiba sebelum waktu berlepas. Risau bukan kepalang bila komuter yang dinanti
lambat muncul. Nyaris nak pecut naik teksi je. Fikiran dah berserabut bila
jadual berlepas bagi tren seterusnya memaparkan jam 2117 sedangkan tren akan
berlepas dari KL Sentral menghala ke Arau pada jam 2120! Cuma sempat tapau McD
buat bekalan bagi perut yang dah berkeroncong akibat kepenatan mengejar masa
dan menggalas beg! Urgh!
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam keretapi, hati aku berdetik
'oh, tak banyak beza pun dengan bas'. Cuma mungkin ruang agak sempit sedikit
namun sama sekali tidak mematahkan semangat kami yang berkobar-kobar nak pergi
bercuti. Kelihatan daif juga bagi aku. Rasa macam kat Indonesia pun ada, India pun ada. Teringat pula satu
scene filem Hindustan (Dil Se) yang menari dan
menyanyi atas bumbung keretapi. Sempat pula aku bayangkan kalau kami berlapan
yang beraksi macam dalam filem tu (dah datang mood sengal). Namun timbul rasa
keinsafan juga dalam keadaan macam ni. Kenapa? Entahlah. Hati aku memang cepat terusik.
Sepanjang perjalanan kami berbual bersulam tawa tak kurang
juga merungut sebab sempit! Kurang selesa pastinya tapi bagi aku inilah
cabaran. Adventure katanya. Nak comfort balik rumah. Tertanya-tanya kat mana
tandas dan kafe seperti yang dihebohkan masa di pejabat tadi. Akhirnya bila
rasa dah bosan, kami pun meredah beberapa koc hingga sampai ke kafeteria.
Sangat dingin dirasakan hingga mencengkam ke tulang hitam. Dapat secawan Milo panas adalah satu perasaan yang amat bahagia dalam
keadaan sebegitu. dah minum, terasa nak ke tandas. Parah. Setiap tandas yang
dijenguk membuat aku menelan air liur. Tak ubah macam tandas penjara je.
Nasiblah dalam banyak-banyak tandas ada juga yang keadaannya mampu digunakan.
Kalau tak, alamat kena batu karanglah jawabnya nak menahan sampai ke Arau!
2 Nov 2012
Setelah 11 jam mengiring, menegak, mengerekot dalam
keretapi...tibalah kami di Arau. Banyak teksi yang sedia memberikan khidmat.
Sepertinya ada ketua yang mengatur urusan pembahagian penumpang teksi di sini.
Mahu bagi sama rata mungkin. Kami dibahagikan kepada 2 teksi.Destinasi
seterusnya...jeti Kuala Perlis. Mak aih...ramainya! Sekali lagi kena beratur
untuk mendapatkan tiket feri pula. Cuaca pula makin panas. Kami mengambil
keputusan untuk bersarapan di kedai berhampiran sementara menunggu kedatangan
feri yang akan membawa kami ke destinasi yang paling ditunggu-tunggu.
Berasak-asak kami meloloskan diri untuk tiba di jeti.Kalau ikutkan hati yang
panas, mahu juga aku 'sound' makcik yang main langgar je aku.Tahulah besar, aku
ni kecik.Dah macam Bulldozer melanyak Kancil je gayanya.
Tiba di Kuah. Kami diberikan kenderaan untuk memudahkan
pergerakan.Innova baru, yahoo! Yelah, kalau kat Serdang merasa naik ViVa WRX je
kan . Teruja
dapat naik kereta besar. Terus isi full tank minyak tanpa berfikir panjang.
Lebih kurang setengah jam juga nak sampai di Pantai Cenang.Terteleng kepala
masing-masing nak cari motel Sugary Sand. Bila kami sampai, persoalan yang
timbul adalah mana satu bilik kami? Setelah melalui lorong yang sempit,akhirnya
itu dia....wow, luar setinggan dalam kondo! Siap ada laut.What? Menghadap
laut?? Yippiee!!!Hempasan ombak di pantai menguatkan lagi perasaan kagum dan
pastinya 'excited'. Mat Saleh dan Minah Saleh pun ada.Ops, hensemnya! Okay,
cover your eyes fella.So sexy.Hilang surah akuu!!
Aktiviti Island Hopping yang dijadualkan pada pukul 2 petang
terpaksa ditunda pada keesokan pagi memandangkan kami baru saja tiba dan semuanya
keletihan.Mata pun makin layu ditambah pula dengan bayu laut dan irama ombak
yang aku rasa sangat mendamaikan.Let's take a nap.
Setelah puas berehat, kami mengambil angin di sekitar
kawasan pantai. Berdasarkan pengamatan aku, kemudahan di sini memang lengkap.
Baik dari segi tempat penginapan sehinggalah ke makanan.Tak ada yang kurang pun
tapi dengan syarat hendaklah berduit ye kawan-kawan.Maksud aku, kalau nak pergi
bercuti ni ada baiknya kita punya simpanan lebih kalau tak melopong.Tapi
tidaklah sampai membazir.Hari ni aktiviti bebas, bergambar sana sini dan melepak di pantai menanti matahari
terbenam.
3 Nov 2012
"Embun pagi yang lembut, menyentuh pipi yang gebu"
- intro lagu Amir Jahari (Tanpamu).Kalau tak pernah dengar boleh cari kat You
Tube (:)
Pagi-pagi di tepi laut. Satu ketenangan yang sukar
dinikmati. Rasa nak bekukan masa. Tak nak balik KL.Tak boleh lama-lama sebab
nak bersedia untuk aktiviti yang tertangguh semalam; Island Hopping.
Kami bersama sebuah keluarga ditempatkan dalam sebuah bot.
Sebaik bot mula bergerak, masing-masing dah excited. Sebaik sahaja bot semakin
laju, terdengar jeritan sahut-menyahut. Entahkan takut, entahkan teruja
semuanya bercampur menjadi satu. Tapi kalau aku memang syok habis sebab aku
memang suka naik bot laju macam ni. Famili yang satu bot dengan kami hanya
ketawa melihat gelagat kami yang tak ubah macam budak-budak. Hanya gelak tawa
sahaja yang menguasai suasana ketika itu sehinggalah kami sampai ke Tasik
Dayang Bunting. Para pengunjung dinasihatkan
tidak membawa sebarang plastik yang berisi makanan kerana akan dirampas oleh
penguasa tasik ini yakni kera.Kami perlu mendaki bukit dan menaiki tangga
sebelum sampai ke tasik.Mengah dibuatnya maklumlah tak pernah bersenam.
Aktiviti yang dilakukan adalah bermain paddle boat meredah tasik yang tenang.
Setelah satu jam menghabiskan masa sampai lenguh kaki, kami
meninggalkan tasik dan bergerak ke destinasi berikutnya. Tekong bot @
gelarannya Anak Mat Abu mencadangkan satu tempat untuk dilawati sebagai
tambahan.Tak termasuk pun dalam pakej. Kami dibawa menghampiri sebuah gua.
Tatkala menjengukkan kepala keluar, kami nampak struktur gua stalaktit dan
stalagmit.Dah macam subjek Geografi pulak. Ada titisan air menitis terkena kepala dari
atas.Kata Anak Mat Abu, tu bukan air kencing kelawar tapi air gua.Kalau kencing
kelawar, mau muntah kat situ jugak. Sayup juga nak tengok kelawar tengah tidur
tu.Selang beberapa minit, kami tiba di satu tempat yang memuatkan sangkar ikan
pelbagai spesies. Siapa yang ambil Biologi bolehlah buat research kan . Takjub jugak tengok
ada seekor ikan yang sangat besar dalam sangkar. Semua diberi makanan ikan dan
kami dibenarkan untuk memberi makanan tersebut kepada semua ikan-ikan di situ.
Abang yang menjaga sangkar ikan tu menunjukkan kami spesies
mentimun laut. Aku tak sanggup nak pegang, geli geleman tengok benda berlendir
dan lembik macam agar-agar tu. Berani pegang ikan buntal je haha.Padahal bukan
hidup pun. Menurut abang tu lagi, tempat tersebut dijangka akan menjadi tumpuan
aktiviti 'snorkeling' pada masa akan datang.
Pulau Beras Basah menjadi singgahan seterusnya. Pasirnya
halus, airnya hijau kebiru-biruan. Sungguh indah ciptaan Allah. Tapi mungkin
menjadi kenangan pahit bagi seorang teman bila mana secara tak sengaja beliau
terjatuh ke dalam air semasa menuruni bot. Basah beg, rosak kamera dan telefon
bimbit. Sedikit ralat juga kerana banyak gambar kami di dalamnya. Namun itulah
takdir yang tertulis.Huhu...Di sini pun kami harus berjaga-jaga sebab terdapat
banyak kera yang sukar dijangka kelakuannya. Aktiviti terakhir dalam island
hopping adalah eagle feeding. Mungkin hari itu dah banyak sangat orang melawat
dan bagi makan, jadi helang-helang yang berlegar seolah tidak menghiraukan
makanan yang dilemparkan berupa lemak ayam.
Penat dan lapar! Itulah yang dirasai bila kami tiba di
daratan.Lepas ni kena bersiap untuk ke Gunung Machincang pulak.Cable Car Time!!
Ada juga di
antara teman-teman yang tak nak naik sebab gayat tetapi setelah dipujuk, mereka
mengikut saja. Kami berlapan terpisah kerana satu gondola maksimum 6 orang.Tetapi
sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam gondola, cuaca bertukar mendung.
Lebih tak disangka hujan lebat turun mencurah-curah sewaktu gondola kami tiba
di stesen paling atas.Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, kami tidak turun
dan hanya meneruskan perjalanan untuk turun sahaja.Di sinilah tragedi yang
menginsafkan berlaku.Kami berenam tergantung selama kurang lebih setengah jam!
Dengan kilat memancar, dengan guruh berdentum, hati manusia mana yang tidak
gentar dengan kemarahan dari langit.Aku hanya memandang sayup ke bawah.Tak
mampu untuk berkata apa-apa kerana tidak pernah terbayang akan melalui
pengalaman seperti ini.Seperti nyawa di hujung tanduk dan sepenuhnya bergantung
kepada limpah dan rahmat kasih sayang dari Allah. Ada juga yang telah menitiskan air mata. Ada juga yang tak
henti-henti bercakap untuk menghilangkan rasa gemuruh.Mata hanya mampu melihat
gondola kosong beransur naik untuk menurunkan penumpang yang terkandas. Setelah
beberapa lama bertarung dengan rasa takut dan bimbang, akhirnya gondola kami
meluncur turun.Betapa leganya kami bila dapat turun dengan selamat. Namun
berdebar-debar pula bila lagi 2 orang masih belum turun hingga maghrib
menjelma.Aku dan seorang teman menunaikan solat Maghrib dahulu sementara rakan
lain menanti. Alhamdulillah, mereka juga selamat turun. Di dalam kereta
masing-masing berkongsi rasa dan pengalaman panik.Riuh satu Innova!Kami menuju
ke Pekan Kuah pula yang dikenali sebagai 'syurga coklat dan pinggan mangkuk'.
Letih sekali.
Insaf.
Terasa dikasihi dan dikasihani Allah hari ini.
4 Nov 2012
Hari terakhir kami di Langkawi. Masa yang ada kami habiskan
dengan membeli-belah.Sambung balik aktiviti malam sebelumnya.Macam sedih pulak
nak tinggalkan Sugary Sand ni. Selalu aku tidur tak lena kalau di tempat baru
tapi kat sini memang best.
Aku sangkakan pengalaman mencabar telah berakhir rupanya
tidak. Tiket feri yang ada hanyalah pada pukul 5 petang sedangkan tiket
keretapi pukul 7.06 petang. Kurang-kurang satu jam baru sampai jeti Kuala
Perlis.Itu pun kalau feri bertolak tepat pukul 5 which is agak mustahil. Selalu
delay.Dan memang betul pun.Hampir 5.30 baru bertolak. Tiba di jeti pukul 6.30
petang. Kelam kabut dibuatnya sebab menunggu bagasi. Hampir pukul 7 baru kami
menaiki teksi.Kami redah hujan yang makin lebat. Basah kuyup menggalas beg yang
bertambah berat.Bukan takat berat je bertambah, kuantiti beg pun dah bertambah.Gara-gara
beli barang la ni.
Dalam hati kuat mengatakan kami akan terlepas tren.Aduh,
kalau terlepas bas mana pulak nak kena naik kan . Pakcik teksi pula sedaya-upaya memecut
untuk memastikan kami tiba sebelum tren berlepas.Masa tu aku dah pasrah.
Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil....
Walaupun kami tiba lewat, jam 7.20 tapi syukurlah tren masih
belum tiba. Ya Allah, betapa leganya kami.Disebabkan mengejar masa, beg yang
berat tiba-tiba terasa ringan.Badan yang lemah jadi kuat.Apalagi bila terdengar
deruan enjin tren, sekali lagi kami menghela nafas lega.Syukur sangat-sangat.
Mungkin disebabkan terlalu letih, semuanya terlelap sebaik
sahaja tren mula bergerak. Sedar-sedar sahaja sudah sampai di Rawang.Bila tiba
di KL Sentral, solat Subuh kami tunaikan.Usai solat, kami menaiki komuter hingga
ke Serdang. Dan pulang ke rumah masing-masing membawa seribu memori yang akan
selamanya terpahat di ingatan.
Buat sahabatku....
Ana, Shida, Fatin, Ili dan
Ajim....
Semoga ukhuwah ini tidak akan terlerai walau di mana jua
kita berada.
Tuesday, November 13, 2012
Janji Allah itu pasti.Al-fatihah
Air mata aku menitis sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka
itu. Seperti baru terjaga dari mimpi. Hati aku luluh bila mendapat tahu Luqman
telah kehilangan ayahnya. Kehilangan ayah pada usia yang begitu muda.
Tidak keruan rasanya aku ketika ini.Segala yang aku buat
serba tak kena.Nak pergi ziarah, aku segan nak pergi seorang.Sarah pula di
Rawang.Betul-betul buat kepala aku sakit.Apa yang mampu aku harapkan semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Uncle Hanif Jusi.
Dalam keserabutan aku surf FB. Aku cuba cari FB mak Luqman. Terpampang
cover photo ayah dan ibunya.Manis sekali pada pandangan mata aku.Air mata aku
tumpah lagi.Aku tak dapat menahan perasaan membaca coretan ibunya di situ.Aku
terlalu ingin mencoretkan kata-kata aku buat ibunya tapi....aku tidak pasti
sama ada tindakan aku itu patut atau tidak.Aku tahu, ibunya mempunyai sekeping
hati yang kuat dan jiwa yang kental. Kerana anaknya yang aku kenali mempunyai
ciri-ciri seperti itu.Yang menumbuhkan kekaguman dalam hati manusia biasa
seperti aku. Walaupun Luqman masih muda, tapi banyak yang aku belajar daripada
dirinya tanpa dia sendiri sedar.
Buat Luqman,
Andai dapat diputarkan masa sekalipun, takdir tetap takdir.
Walau sebanyak mana kata semangat dan perangsang diucapkan, hanya yang
menanggung beban tahu rasanya.Daripada aku insan yang tidak punya apa-apa,
hanya mampu berdoa agar kau dikurniakan ketabahan luar biasa. Tidak salah jika
kau menitiskan air mata kerana lelaki juga manusia biasa ciptaan Ilahi. Punya
perasaan. Setiap orang akan melalui saat perit ini.Entah meninggalkan dahulu,
atau ditinggalkan.Janji Allah itu pasti. Jika aku di tempatmu, pasti keadaanku
juga tidak kurang malah mungkin lebih lagi.
Semoga Allah meringankan bebanmu. Semoga ada jalan keluar
dari setiap dugaan.Kuatkanlah dirimu wahai adikku sayang.
Al-Fatihah...
Saturday, October 27, 2012
I Love You, Stupid!
Aidiladha 2012 aku menempa sejarah dalam hidup...
Pertama kali menunaikan solat sunat aidiladha.Aku pun tidak
tahu dari mana hadirnya perasaan itu tapi aku bersyukur kerana dapat merasa
kemanisannya. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Bila takbir dan tahmid
bergema, wujud satu getaran dalam hati yang menumbuhkan perasaan sayu.Melihat
manusia daripada pelbagai kaum aku terfikir beginikah keadaannya di Mekah?
Manusia pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang, budaya dan negara
menjejakkan kaki ke tanah suci dengan satu tujuan ; menunaikan rukun Islam yang
kelima dengan penuh rasa rendah diri. Dengan keadaan berasak-asak begitu pasti
akan timbul juga rasa kurang senang.Namun cuba kusabarkan diri ini.
Selesai, pulang ke rumah.Membantu serba sedikit urusan
kemudian aku hanyut dengan alam khayalan dalam novel I Love You, Stupid! Pada
mulanya sesak juga nak menghabiskan novel yang tebalnya mengalahkan Kamus
Dewan. Seorang teman mencadangkan novel ini. Sebagai seorang kaki novel macam
aku, pasti sukar menolak.
Novel ini tidak lari dari tema kasih sayang dan cinta. Namun
disembunyikan dahulu dengan latarbelakang kepahitan dan kesengsaraan masyarakat
Kemboja. Kesan daripada kekejaman Pol Pot. Dan Iris, watak remaja yang
dibesarkan dengan penuh kemewahan dan tidak pernah memikirkan perasaan orang
lain akhirnya berjaya dilentur dengan satu harga yang mahal.....kematian Ahmad,
kanak-kanak Kemboja yang cekal,bijak dan berjaya membuka mata hati Iris yang
dikaburi harta dan kemewahan. Buta tentang hukum hakam Islam. Firman, pengawal
peribadi yang sangat sinis tetapi terlalu menjaga kepentingan Iris hingga
hampir tergadai nyawa membuatkan Iris sedar betapa pentingnya Firman yang
pernah dianggap sebagai Eye
Mo atau boneka sahaja.
"I pembunuh senyap"-Iris
Yang pasti, novel ini mengingatkan aku jua pada
seseorang.Entah kebetulan apa yang menimpa, ada saja hal yang berkaitan dengan
dirinya dalam cerita ini.Buat aku senyum sendiri. Biarlah dia hanya kekal
menjadi 'sesuatu yang istimewa' dalam hati ini. Biarlah dia tidak pernah
tahu.Aku hanya mahu Allah saja tahu rahsia hatiku. Harapanku.Rasa nak jerit jugak "I Love You, Stupid!" kat dia tapi nanti dia ingat aku yang Stupido.And he is not Firman yang memendam perasaan.I think he does not like me either.T_T
Sunday, October 21, 2012
Jangan mengeluh,berdoalah
Tak dapat dinafikan Facebook memang sangat memainkan peranan dalam menentukan perasaan dan melalui medium sosial ini juga adakalanya kita mengetahui kebenaran.
Itu yang berlaku terhadap diri ini.Aku cuma mampu tersenyum sewaktu 'terlihat' kebenaran itu.Air mata tidak mampu menitis lagi.Aku cuba mencari kekuatan dalam diri dan memujuk hati supaya percaya dan bersangka baik pada Allah.Ya Allah,aku pasti ini jalan terbaik. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terhijab dari pandangan mataku.
Sekilas aku tertarik pada satu tajuk dalam You Tube "Jangan Mengeluh,Berdoalah" daripada Ustaz Kazim.Alhamdulillah, banyak pengajaran dan kata-kata yang mampu mengubati hati dan menyedarkan kembali diri ini yang selalu alpa.
Di sini saya nak share sikit apa yang saya dapat :
- Berdoa dengan niat yang baik
- Allah akan memberi yang lebih baik
- Bersangka baik jika Allah tidak memakbulkan doa dengan segera,kerana Allah sangat suka pada suara dan rintihan hambanya yang memohon.Yang dimakbulkan cepat tu tak semestinya Allah suka,yang lambat dimakbulkan tak semestinya Allah tak suka.
Thursday, October 11, 2012
Tuhan tolong jaga dia
Dia itu kisah silamku
Dia juga pernah mengajarku erti cinta tanpa dia tahu
Dia juga memberi aku erti kecewa
Tapi dia juga mengajarku apa itu kehidupan
Pertemuan sesingkat semalam telah mengheretku ke lembah kenangan.Terlalu banyak sebenarnya yang kita harungi bersama.Dan rasa sayang itu tidak pernah luntur hingga ke saat ini meskipun kita berada di dunia berbeza.Walau dahulunya sangat pahit untuk aku terima bila takdir memisahkan,takdir juga menemukan kita kembali dalam satu ikatan suci yakni PERSAHABATAN.
Aku cuma mampu berdoa agar dia dirahmati Allah bersama keluarganya.Kamu tetap sahabat aku dunia akhirat , my only pakcik.
Dia juga pernah mengajarku erti cinta tanpa dia tahu
Dia juga memberi aku erti kecewa
Tapi dia juga mengajarku apa itu kehidupan
Pertemuan sesingkat semalam telah mengheretku ke lembah kenangan.Terlalu banyak sebenarnya yang kita harungi bersama.Dan rasa sayang itu tidak pernah luntur hingga ke saat ini meskipun kita berada di dunia berbeza.Walau dahulunya sangat pahit untuk aku terima bila takdir memisahkan,takdir juga menemukan kita kembali dalam satu ikatan suci yakni PERSAHABATAN.
Aku cuma mampu berdoa agar dia dirahmati Allah bersama keluarganya.Kamu tetap sahabat aku dunia akhirat , my only pakcik.
Published with Blogger-droid v2.0.1
Monday, October 01, 2012
Suami Yang Kubenci
Sebenarnya bolehlah dikatakan berkurun lama buku ni kat tangan aku."Berkurun lama ku rahsiakan, cintaku padamu...." eh...sorry....iklan tak berbayar muncul secara tiba-tiba.Hahaha! Kawan aku cadangkan aku baca novel ni sebab dia tahu aku ni hantu novel.Masa zaman remaja memanglah tapi bila dah melangkah alam tak berapa nak remaja dari segi angka tapi masih sangat remaja dari segi perwatakan dan jiwa (okeh semua jangan muntah kat sini.sila pergi tempat lain) minat tu semakin luntur.Mungkin disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab lain yang lebih memerlukan perhatian.
Minggu lepas aku memang tak ke mana-mana.Jadi aku pun gapailah buku ni untuk menghabiskan masa lapang dan mengelakkan aku dari tertidur (tapi kalau buku ni boring,memang sumber paling baik untuk lelap).Mula-mula baca memanglah aksi cliche laki-bini yang dipaksa kahwin bergaduh.Tapi lama-lama makin best.Lawak pun ye bila mak si Uwais (watak utama) masuk campur dalam perhubungan suami isteri ni.Masuk campur bukan apa, nak mengajar menantunya yang tak reti masak.Kena kuarantin dekat rumah mak mertua sampai anaknya dilarang jumpa buah hatinya sampai selesai kelas memasak.Memang banyak scene2 lawak tapi scene tambahan antara Fawaz dengan Batrisya sangat menarik hati.
Jadi kepada sesiapa yang belum baca buku ni, ambillah peluang.Insya Allah tak rugi.Aku nak share antara part menarik dalam buku ni.Nak tau lebih, beli sendiri ye.
BAB 51
"Kau buat apa tu Fawaz?"
Sarimah menepuk bahu Fawaz yang sedang tekun menaip menggunakan komputer riba.
Cepat-cepat Fawaz menutup komputer itu.
"Tak de apa, makcik..." Dia menggeleng dan berpura-pura menonton televisyen yang dibuka Uwais beberapa minit yang lalu, tetapi Uwais sendiri sudah tertidur di sofa.
"Tak payahlah kau nak tipu makcik...kau tengah menaip surat tadi tu, kan?" Sarimah duduk di sebelah Fawaz.Matanya terpandangkan Uwais yang terbaring di sofa. Bukan main lagi anaknya itu tidur. Asal balik sekolah je, tak de kerja lain...membuta aje! Aku sumbat sekilo garam baru tahu!
"Ni...Fawaz, makcik nak beritahu kau sikit. Orang kalau nak tulis surat cinta, pakai tulisan tangan, baru nampak telusnya perasaan kau tu...Ini tak, pakai komputer...takde feel, tahu tak?"
"Isy...bila pulak saya taip surat cinta...Tadi tu saya nak hantar email pada kawan..." Fawaz menafikan.Makcik Sari ni...tahu aje semua benda, tak boleh nak berahsia langsung!
"Kau nak bagi pada Sya ya?" Sarimah cuba mengorek rahsia. Nak rahsia konon...!
"Makcik ni....buat saya segan ajelah.Malulah saya macam ni!"
"Malu konon...!Bagilah makcik tengok surat kau tu."
"Sebenarnya dari tadi saya cuba nak tulis, tapi dari tadi jugak saya taip lepas tu saya padam balik...Jadi, inilah hasilnya makcik..."Fawaz membuka laptop.Sarimah memandang skrin komputer yang kosong.
"Apa benda yang kau taip?Makcik tak nampak apa-apa pun?"
"Tu la pasal, memang saya tak taip apa-apa pun makcik..."
"Ya Allah kau ni betullah takde jiwa seni.nak tulis surat cinta pun tak reti?Kau ni tak pernah bercinta ke?"
"Err...sebenarnya, saya ni tak ramai kawan perempuan makcik.Sepanjang hidup saya ni,Hanny tu ajelah perempuan yang rapat dengan saya...selebihnya tu, saya habiskan masa dengan belajar dan kerja..."
"Apa punya boringlah hidup kau ni ya?Patutlah umur kau dah tiga puluh pun tak kahwin lagi...Kalau orang lain, muka lawa dan kaya macam kau ni...dah lama jadi playboy."
Fawaz ketawa kecil.Sekali kena perli da...
Minggu lepas aku memang tak ke mana-mana.Jadi aku pun gapailah buku ni untuk menghabiskan masa lapang dan mengelakkan aku dari tertidur (tapi kalau buku ni boring,memang sumber paling baik untuk lelap).Mula-mula baca memanglah aksi cliche laki-bini yang dipaksa kahwin bergaduh.Tapi lama-lama makin best.Lawak pun ye bila mak si Uwais (watak utama) masuk campur dalam perhubungan suami isteri ni.Masuk campur bukan apa, nak mengajar menantunya yang tak reti masak.Kena kuarantin dekat rumah mak mertua sampai anaknya dilarang jumpa buah hatinya sampai selesai kelas memasak.Memang banyak scene2 lawak tapi scene tambahan antara Fawaz dengan Batrisya sangat menarik hati.
Jadi kepada sesiapa yang belum baca buku ni, ambillah peluang.Insya Allah tak rugi.Aku nak share antara part menarik dalam buku ni.Nak tau lebih, beli sendiri ye.
BAB 51
"Kau buat apa tu Fawaz?"
Sarimah menepuk bahu Fawaz yang sedang tekun menaip menggunakan komputer riba.
Cepat-cepat Fawaz menutup komputer itu.
"Tak de apa, makcik..." Dia menggeleng dan berpura-pura menonton televisyen yang dibuka Uwais beberapa minit yang lalu, tetapi Uwais sendiri sudah tertidur di sofa.
"Tak payahlah kau nak tipu makcik...kau tengah menaip surat tadi tu, kan?" Sarimah duduk di sebelah Fawaz.Matanya terpandangkan Uwais yang terbaring di sofa. Bukan main lagi anaknya itu tidur. Asal balik sekolah je, tak de kerja lain...membuta aje! Aku sumbat sekilo garam baru tahu!
"Ni...Fawaz, makcik nak beritahu kau sikit. Orang kalau nak tulis surat cinta, pakai tulisan tangan, baru nampak telusnya perasaan kau tu...Ini tak, pakai komputer...takde feel, tahu tak?"
"Isy...bila pulak saya taip surat cinta...Tadi tu saya nak hantar email pada kawan..." Fawaz menafikan.Makcik Sari ni...tahu aje semua benda, tak boleh nak berahsia langsung!
"Kau nak bagi pada Sya ya?" Sarimah cuba mengorek rahsia. Nak rahsia konon...!
"Makcik ni....buat saya segan ajelah.Malulah saya macam ni!"
"Malu konon...!Bagilah makcik tengok surat kau tu."
"Sebenarnya dari tadi saya cuba nak tulis, tapi dari tadi jugak saya taip lepas tu saya padam balik...Jadi, inilah hasilnya makcik..."Fawaz membuka laptop.Sarimah memandang skrin komputer yang kosong.
"Apa benda yang kau taip?Makcik tak nampak apa-apa pun?"
"Tu la pasal, memang saya tak taip apa-apa pun makcik..."
"Ya Allah kau ni betullah takde jiwa seni.nak tulis surat cinta pun tak reti?Kau ni tak pernah bercinta ke?"
"Err...sebenarnya, saya ni tak ramai kawan perempuan makcik.Sepanjang hidup saya ni,Hanny tu ajelah perempuan yang rapat dengan saya...selebihnya tu, saya habiskan masa dengan belajar dan kerja..."
"Apa punya boringlah hidup kau ni ya?Patutlah umur kau dah tiga puluh pun tak kahwin lagi...Kalau orang lain, muka lawa dan kaya macam kau ni...dah lama jadi playboy."
Fawaz ketawa kecil.Sekali kena perli da...
Tuesday, July 24, 2012
Ramadhan 4
Alhamdulillah masih berpeluang melalui Ramadhan yang penuh barakah di hari yang ke-4. Hari kedua bekerja dalam bulan ini.Mencabar sebab diarahkan menghadiri kursus Bahasa Inggeris selama 2 MINGGU.Diulangi 2 MINGGU bukan 2 hari ya.Harap-harap lepas ni bolehlah mengubah sedikit sebanyak cara aku berkomunikasi dalam bahasa kedua terpenting di Malaysia ni. Aku pun peliklah. Daripada dulu balik-balik muka aku je kena pergi kursus ni. Baik yang basic, intermediate dan macam-macam lagi.Ikutkan dah bosan dah tapi tak terer jugak.Hahahha!!
Hari ni kami akan melalui hari kedua kelas di Makmal Komputer FBMK.Satu hal pulak nak pergi sana.Tambahan pula aku je peserta yang remaja kan, lain-lain dah senior.Sungguh tak adil tak ada geng.Ops, adalah sorang tapi geng gila-gila remaja tak ada.Rasa tak syok pulak asyik skema je.
Okaylah, hari ni pendek je ye sebab nak bersiap nak g keje.Thinking of commute early today.Hahaha macam betul sangat je penggunaan perkataan tu.Baru belajar kan.
Mood : Be Inspired
Hari ni kami akan melalui hari kedua kelas di Makmal Komputer FBMK.Satu hal pulak nak pergi sana.Tambahan pula aku je peserta yang remaja kan, lain-lain dah senior.Sungguh tak adil tak ada geng.Ops, adalah sorang tapi geng gila-gila remaja tak ada.Rasa tak syok pulak asyik skema je.
Okaylah, hari ni pendek je ye sebab nak bersiap nak g keje.Thinking of commute early today.Hahaha macam betul sangat je penggunaan perkataan tu.Baru belajar kan.
Mood : Be Inspired
Saturday, June 30, 2012
Corat-coret
Setelah sekian lama terjerat dengan rutin kerja yang memenatkan,akhirnya hari ini dapat
juga 1 day off.Jadilah kan,syukur dan hargai.Tak ada siaran menarik di tv, terus naik ke
bilik.Hurm...electone yang terletak di sudut kanan bilik ni dah lama tak berbunyi.Mari
memeriahkan bilik dengan skil amatur.Dapatla main lagu Sendiri,Layu Di Hujung Mekar
dan Anggapanmu separuh.Pilih lagu chord senang je kan.Ngelat.
Dah boring,nak iron baju malas.Layan drama korea.Kelakar jugak cerita 3 daddies and 1
mommy ni.Tergelak sorang-sorang depan pc.Memang aku syorkan korang untuk tengok
drama ni.Btw,aku pun baru tgk sampai part 4.Esok kerja jadi tak bolehlah nak layan
sampai habis 16 episod.
Projek seni aku pun delay sebab layan drama ni.Haha!Harap dapat siap secepat mungkin.
juga 1 day off.Jadilah kan,syukur dan hargai.Tak ada siaran menarik di tv, terus naik ke
bilik.Hurm...electone yang terletak di sudut kanan bilik ni dah lama tak berbunyi.Mari
memeriahkan bilik dengan skil amatur.Dapatla main lagu Sendiri,Layu Di Hujung Mekar
dan Anggapanmu separuh.Pilih lagu chord senang je kan.Ngelat.
Dah boring,nak iron baju malas.Layan drama korea.Kelakar jugak cerita 3 daddies and 1
mommy ni.Tergelak sorang-sorang depan pc.Memang aku syorkan korang untuk tengok
drama ni.Btw,aku pun baru tgk sampai part 4.Esok kerja jadi tak bolehlah nak layan
sampai habis 16 episod.
Projek seni aku pun delay sebab layan drama ni.Haha!Harap dapat siap secepat mungkin.
Sunday, March 04, 2012
Dialah Di Hati 1-2
1
Pondok menunggu
bas Taman Megah. Berbumbungkan separuh atap dan langit. Sebahagiannya telah
terkopak namun tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib. Ruang yang terhad
hanya mampu memuatkan sepuluh orang dalam satu masa.Daif benar.
Hafeeza berdiri
di sebalik tiang. Berpeluk tubuh. Matanya memerhati setiap kenderaan yang
lalu-lalang di atas jalanraya di hadapannya. Seorang demi seorang menyusul.
Kebanyakan yang menunggu adalah pelajar sepertinya juga. Yang berbeza adalah
sekolah mereka. Ada 2 sekolah menengah di kawasan ini.
Semakin lama
pondok menunggu ini semakin padat. Sebentar lagi harus bersaing pula untuk
menaiki bas. Kalau tak berebut, alamat kena menunggu lagi. Pagi-pagi begini
konsep survival of the fittest terpaksa diamalkan. Bilalah seksa ni nak
habis,rungut Hafeeza dalam hati. Tahun ini dia berada dalam Tingkatan Empat.
Tahun depan Tingkatan Lima. Tahun penentu. Masih ada kurang 2 tahun untuk
melalui zaman persekolahan.
“Kenapa kau ni?”
Azza, teman sekelasnya menegur. Hafeeza merenung temannya dengan pandangan
keliru.
“Muka tu dah
masam macam asam kecut. Pagi-pagi dah berkerut.
Tak elok tau. Orang kata nanti payah rezeki nak masuk.”
“Tak ada apalah.
Cuma bosan tunggu bas macam ni hari-hari. Tak sabar nak habis sekolah!” balas
Hafeeza.
“Hai, nak tak
nak kita kena hadap la juga sampai tahun depan,Feeza. Kalau tak naik bas, kau
nak naik apa pula? Takkan nak suruh abah kau hantarkan pulak? Mengamuk orang
tua tu kang.” Giliran Azza pula membalas.
“Ish, aku pun
tak nak la menyusahkan abah aku. Best kan kalau ada driver. Boleh bawak mana je
kita suka. Kita arah je.Driver, saya nak ke sekolah. Petang nanti saya ada
hockey training. Hantar dan ambil saya di sekolah ya.” Azza ketawa kecil
mendengar luahan Hafeeza. Betul juga,fikirnya. Dia sendiri pun sebenarnya sudah
bosan melalui rutin sebegini.
“Ye tak ye kan.
Seronok betul kalau ada driver. Apa lagi belajarlah rajin-rajin. Dapat
kelulusan cemerlang, kerja bagus, gaji besar boleh la kau ‘hire’ driver. Tak
gitu?”
“Berangan
bolehla Azza. Ujian baru ni pun markah cukup makan. Boleh semua subjek sains aku dapat 7 je.Siapalah
yang cakap Form Four ni honeymoon year. Aku rasa setengah mati nak mencerap
ilmu ‘pure science’ ni.”
“Samalah dengan
aku. Tak apa, kita ada banyak masa lagi nak catch up. Jangan putus asa. Lagi 2
minggu nak peperiksaan pertengahan ni. Kena buat yang terbaik. Pulun
habis-habis!” ujar Azza dengan penuh semangat. Siap kepal penumbuk lagi.
“Amboi, teruja
betul. Baguih dok ada. Semangat,semangat jugak. Bas dah sampai tu. Jom gerak,
kang terlepas semangat ke mana, hati hangat yang dapat.” Hafeeza menarik tangan
Azza sambil berlari-lari anak menuju ke arah bas yang telah pun berhenti di
tepi jalan.
Semua pelajar
telah mula memasuki perkarangan perhimpunan sewaktu Hafeeza dan Azza tiba di
sekolah. Tak sempat nak letak beg dalam kelas. Bas yang mereka naiki mengalami
kerosakan kecil sewaktu mereka hampir tiba ke destinasi. Terpaksalah mereka
berjalan kaki. Mujurlah jarak antara tempat bas berhenti dan sekolah mereka
tidaklah berapa jauh. Tapi berpeluh jugak kena menapak. Awal-awal dah rasa
macam join kelas Pendidikan Jasmani walhal subjek tu pada waktu ketiga nanti.
Mereka berdua terus memasuki barisan kelas. Dah lambat berdiri kat belakanglah
jawabnya. Perhimpunan pagi ini singkat
sahaja. Tidak banyak pengumuman yang disampaikan para guru. Hafeeza menarik
nafas lega. Tak larat rasanya nak berdiri tegak lama-lama. Sudahlah menunggu
bas berdiri, dalam bas pun kena berdiri. Ditambah pula kena jalan kaki. Nak
pitam rasanya akibat keletihan.
“Kenapa lambat?”
satu suara menegur sebaik sahaja Hafeeza melabuhkan punggung di kerusi. Hafeeza
mengangkat muka. Terjengul wajah Asri di hadapannya. Menantikan jawapan.
“Bas rosak pagi
tadi. Kena jalan kaki.” Jawab Hafeeza malas. Kepenatan tadi mematikan mood.
“La,kenapa tak
beritahu? Boleh aku tumpangkan tadi.” Balas Asri.
“Nak tumpangkan?
Naik motor kau? Munasabahlah sikit Ayie. Takkan nak suruh aku dengan Azza naik
pulak. Nak letak aku dalam bakul ke?” Asri atau nama panggilannya Ayie
tergelak. Pasti dia sedang membayangkan keadaan yang digambarkan Hafeeza.
“Aku ajak kau
je. Azza boleh jalan kaki. Kasi senaman sikit bagi mengurangkan berat badan.”
“Oo kau kalau
pasal Feeza on je kan. Kurang asam keping betul! Hentak dengan kayu hoki baru
tau.” Azza membaling kertas yang telah dikeronyok ke arah Asri yang masih belum
habis tawanya.
“Ala gurau sikit
pun tak boleh. Yela, sorry ye Cik Azza. Aku saja je nak menceriakan keadaan
sebelum kelas Sejarah ni. Bagi warm up sikit sebelum aku terlelap.” Asri
memberi alasan.
“Alamak, sejarah
dulu ye pagi ni? Adoi,nampaknya sama-samalah kita terlelap Ayie oi. Stok
gula-gula kau ada lagi tak? Minta sikit.” Azza mencelah. Sejarah? Hafeeza
mengeluh. Aku ni dahla letih. Pagi-pagi lagi dah subjek membunuh keupayaan mata
aku untuk terus buntang. Kepala ni pulak time-time ni nak berdenyut.
“Ada lagi.
Nah,ambikla Hallz ni. Share dengan Feeza.” Asri menghulurkan gula-gula pudina
ke tangan Azza. Azza menerima dengan ucapan terima kasih. Sebiji dihulurkan
kepada Hafeeza. Hafeeza menyambut pemberian Azza. Kertas pembalut gula-gula
dibuang serta-merta. Cepat-cepat dia memasukkan gula-gula ke dalam mulut.Kemudian
kepalanya direbahkan atas meja. Asri dan Azza memandang dengan curiga. Kenapa
pula dengan Feeza ni?
“Feeza, kau ok
tak?” soal Azza. Tangannya memegang bahu Hafeeza.
“Ok…”jawab
Hafeeza perlahan.”Nanti cikgu dah masuk kau beritahu ye. Aku penatlah jalan
kaki tadi.”
“Minta perhatian
semua. Pagi ni Cikgu Nafisa tak masuk kelas sebab ada hal penting. Cuma dia ada
tinggalkan kerja untuk kita bentangkan pada hari esok. Rujuk buku teks
mukasurat 21 dan 22. Setiap kumpulan pilih topic berdasarkan nombor kumpulan
yang telah dipilih minggu lepas. Itu sahaja.” Selesai sahaja ketua kelas
menyampaikan amanat, kelas bertukar menjadi riuh-rendah. Sama ada sedang
bergembira sebab tiada guru atau merungut
dengan kerja yang diberikan.
Hafeeza
mengangkat muka. Alhamdulillah, macam tau-tau je aku tak berapa sihat,bisik
Hafeeza. Kepalanya makin kuat berdenyut. Dia melirik ke sebelah. Azza tiada di
sisi. Oh, berjumpa dengan Shakir,ketua kelas. Barangkali nak tau lebih lanjut
mengenai homework yang ditinggalkan Cikgu Nafisa.
“Feeza, are you
okay? Kau nampak pucat.” Asri memandang wajahnya. Pucat?
“Mana ada kau ni
Ayie merepeklah.” Hafeeza cuba menafikan walaupun sedang berada dalam
kesakitan. Ya Allah,kuatkan semangat aku. Namun begitu tangannya sudah memicit
dahi.
“No you are not
okay. Nak pergi bilik sakit tak?”
“Tak apalah
Ayie. Sakit kepala biasa je ni. Lama-lama nanti hilanglah. Aku nak ke tandas
sekejap.” Asri ni selalu concern lebih. Sejak dari kecil kenal dan berjiran memang Asri akan lebihkan
dia dalam banyak hal. Sampai terbawa-bawa ke alam persekolahan. Kalau orang
yang tak tahu mesti menyangka dia dan Asri ada hubungan istimewa. Yang dia
tahu, dia memang rapat dengan Asri dan semasa kecil dia selalu menganggap Asri
itu abang walaupun pada dasarnya mereka sebaya. Hubungan orang tua mereka juga
sangat rapat. Maklumlah berjiranlah katakan.
Hafeeza mula
melangkah namun tiba-tiba dia terasa pandangannya kabur. Dia cuba berpaut pada
meja namun gagal mengimbangkan tubuhnya. Yang terlintas di fikiran tubuhnya ini
akan terhempas ke lantai. Allah!
Hafeeza tidak
ingat apa-apa lagi.
2.
Tidur Hafeeza
terganggu bila terdengar suara orang berbual-bual di luar biliknya. Kepalanya
masih sakit tapi sudah mula berkurangan. Dia tak tahu apa yang terjadi
sehinggalah dia dibawa ke klinik. Setelah mendapat rawatan doktor memberikan
cuti sakit bagi membolehkannya berehat. Cikgu Shafiq selaku guru bertugas
minggu ini yang menghantarnya pulang.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
Hafeeza menjawab salam. Asri tersengih di muka pintu.
“Aku datang nak
buat kunjungan sosial ni. Boleh?” ada-ada je si Ayie ni.
“Masuklah Ayie.
Kalau aku tak bagi masuk pun kau akan tetap masuk kan.” Balas Hafeeza. Masak
benar dengan perangai temannya itu. Rumahnya ibarat rumah kedua Asri. Segala
selok-belok dan ceruk rumah ini Asri sudah biasa. Hafeeza cuba bangun.
“Eh, kau tu
sakit tak payahla bangun. Rehat. Aku nak tengok kau tu okay ke tak. Tu je.”
Asri menghalang Hafeeza daripada bangkit. Pantas dia membetulkan bantal Hafeeza
di kepala katil. Hafeeza menyandarkan kepalanya.
“Kau ni aku
bukan sakit kronik tau. Hidup lagilah. Layan aku macamlah aku ni dah nak mati.”
Serentak dengan itu satu cubitan singgah di lengannya. Menjerit kesakitan
Hafeeza dibuatnya. Dia menggosok tempat cubitan sambil memuncungkan mulutnya.
Pedih!
“Mulut tu tak
reti nak berlapik ke bila bercakap. Tu baru kena cubit tau. Kalau cakap
bukan-bukan lagi aku cium kau terus.” Asri memberi amaran. Hafeeza mengetap
bibir. Gila ke apa budak Ayie ni. Ingat aku ni siapa boleh cium sesuka hati?
“Apa
bising-bising ni Feeza?Ayie? Sampai ke dapur dengar suara kamu.” Sudah, mak dah
masuk campur.
“Feeza ni
makcik. Dia degil. Nak bangun dari katil. Kan doktor dah pesan suruh
berehat.”Hafeeza mengecilkan matanya tanda geram dengan penjelasan Asri. Mak
tersenyum kecil tatkala mendengar penjelasan Asri. Dulang berisi semangkuk
bubur dan segelas air diletakkan di atas meja belajar Hafeeza.
“Kamu berdua ni
kalau sehari tak bertegang urat tak sah. Feeza, sakit lagi kepala tu?” tanya
mak.
“Dah kurang
sikit mak. Mak jangan risau. Feeza okay.”
“Kalau macam tu
baguslah. Makan bubur tu. Mak nak ke dapur. Ayie tolong tengokkan Feeza ye.”
“Baik makcik. Perintah
makcik akan saya patuhi.” Mak memukul bahu Asri sambil ketawa. Rasanya mak pun
dah mati akal nak melayan kerenah Asri.
“Doktor cakap
kau sakit apa?” Asri menarik kerusi lalu duduk di sisi Hafeeza.
“Doktor cakap
aku kurang rehat. Stress. So, dia suruh aku rehat hari ni. Tak ada apa-apa yang
serius pun.” Jawab Hafeeza.
“Nasib baik tak
jadi apa-apa.”
“Itulah.
Alhamdulillah. Panik jugak aku. Ye la mana pernah pengsan. Tau-tau aku dah
sampai klinik. Eh, siapa angkat aku ye? Takkan Cikgu Shafiq kot?” tanya
Hafeeza. Kalau Cikgu Shafiq alahai malunya. Sudahlah wajah boleh tahan kacak.
Macam manalah kau boleh pengsan,Feeza oi ! sempat Hafeeza menggerutu di dalam
hati.
“Tak ada
maknanya Cikgu Shafiq. Aku yang angkat kau pergi bilik sakit. Berat jugak kau
ni kan. Kampit beras Cap Rambutan tu pun lagi ringan. Lenguh tangan aku
dibuatnya.” Ujar Asri sambil menggosok lengannya yang konon terasa lenguh.
Serentak dengan itu bertubi-tubi cubitan singgah di peha Asri. Fair and square. Tidak cukup dengan itu kepala Asri diluku.Terjerit-jerit
Asri mengaduh kesakitan.Hafeeza pengsan betul-betul di hadapan mejanya pagi
tadi. Disebabkan terkejut bukan kepalang, dia terus mencempung tubuh Hafeeza
dan bergegas ke bilik sakit yang terletak selang dua kelas dari kelas mereka. Waktu
itu fikirannya memang tertumpu pada keadaan Hafeeza. Wajah pucat Hafeeza
menyuntik kebimbangan yang bukan sedikit dalam hatinya.
“Oi!Beras
sekampit baru 10 kg memangla ringan bagi kau. Aku ni manusia,apa kejadahnya
berat aku sama dengan sekampit beras. Agak-agakla nak buat perbandingan pun.
Cuba bijak sikit. Kata ambik Add Math.” Sekali lagi Asri ketawa. Wajah Hafeeza
masam mencuka. Bengang betul aku dengan mamat ni. Aku yang baru 42 kg ni dia
kata berat?
“Alolo. Dah tak
boleh gurau dah sekarang. Okay, aku minta maaf ya Cik Hafeeza sayang.” ujar
Asri sambil menahan ketawa. Apa kaitan ambil subjek Add Math dengan berat badan
ni? Budak ni kalau dah marah suka hati je nak cakap apa. Entah apa-apa ayat
meluncur dari mulut tu.
“Apa
senyum-senyum? Kutuk aku dalam hatilah tu.” Hafeeza merenung muka Asri. Tajam.
Kalaulah mata Hafeeza tu macam mata pisau, alamat dah calar-balar wajahnya.
“Dah,jangan nak
marah-marah. Macam mana tak stress asyik nak mengamuk je. Meh sini, aku suapkan
bubur yang mak kau masak ni. Hurmm…sedapnya bau,” Asri mendekatkan mangkuk
bubur ke hidungnya. Menusuk kalbu,apatah lagi perut. Asri mengacau bubur
sebelum disuakan ke mulut Hafeeza.
“Bak sini. Aku
boleh makan sendiri. Yang sakit kepala, bukan tangan.” Hafeeza mahu mengambil
mangkuk bubur dari pegangan Asri namun dihalang.
“Tak apalah. Aku
bagi layanan kelas pertama ni kat kau. Tak kena caj. Cepat nganga, aaaaaa…..”
“Weh, kau tak
payahlah nak suruh aku nganga sampai macam tu sekali. Ingat aku budak kecik
ke.”
“Jangan
membantah boleh? Makan cepat!” terpaksa Hafeeza membuka mulut kerana tidak
sanggup mendengar temannya itu membebel. Kenapalah aku selalu sangat dengar
cakap mamat ni? Pelik betul.
“Hurm, sedap.”
Pendek penjelasan Hafeeza tatkala bubur yang ditelan melepasi kerongkong. Mata
terpejam menikmati air tangan mak yang
baginya tiada tolok banding. Asri hanya memandang aksi Hafeeza dengan wajah
keliru. Seketika kemudian Hafeeza membuka mata. Pandangan mereka bertembung.
“Kenapa?” soal
Hafeeza.
“Sampai macam tu
sekali ekspresi. Sedap eh mak kau masak? Tu kira ekspresi tak terkatalah ya?”
Hafeeza ketawa kecil.
“Okay, beta mahu
lagi. Sila suapkan beta.” Ujar Hafeeza sambil mengangakan mulutnya. Asri
menyuakan sudu tetapi….
“Mmmmmm….lazatnya
tidak terperi..”
“Ayie!” tanpa
mempedulikan jeritan Hafeeza, Asri menyuap bubur untuk kali
kedua…ketiga…keempat untuk dirinya.
“Ni siapa yang
sakit ni?” sindir Hafeeza sambil berpeluk tubuh. Geram sungguh dengan tingkah
Asri.
“Aku pun nak
juga merasa kenikmatan bubur ni. Mana aci kan.”
“Aci tak aci. Bagila
aku makan sendiri. Harapkan pagar,pagar makan bubur.”
“Okay,okay. Ala
mucuk,meh abang suapkan ye.” Asri ketawa besar melihatkan Hafeeza yang sudah
menarik muka masam.
“Apa kecoh-kecoh
ni Ayie? Sampai luar mak dengar.” Tidak semena-mena wajah Makcik Rakina, ibu
Asri tersembul di muka pintu. Apa saja yang dibuat budak-budak berdua ni.
“Tak ada apa-apa
mak. Feeza ni degil tak nak makan. Mengada-ngada.” Asri memberi penjelasan yang
pastinya adalah sangat tidak jujur pada pendengaran Hafeeza. Ingin sekali dia
membela diri namun mengenangkan Asri yang semestinya tidak akan mengalah,dia
hanya melemparkan senyuman pada Makcik Rakina.
“Iyelah tu. Tu
tak lain tak bukan Ayie menyakat Feeza lah tu. Dah, balik rumah. Jangan ganggu
Feeza nak berehat.”
“Tapi mak…”
“Ayie,sekarang.”
Hafeeza menjelirkan lidah tanda kemenangan berpihak padanya. Makcik Rakina
memang penyelamat. Kalau tak bukan makin sembuh, mahu makin sakit aku dibuatnya
selagi Asri tidak beredar. Perlahan Asri menghulurkan mangkuk bubur kepada
Hafeeza dengan wajah kelat. Kalau ibunya sudah berkeras,baik dia menurut.
Asri mengikuti
langkah ibunya keluar dari bilik. Sempat dia menoleh pada Hafeeza. Hafeeza
melambai-lambai tangannya mengucapkan selamat tinggal. Asri mendecit geram.
Dah lama aku tak mengarang dan yang pastinya semua half way.Sangat tak best.I wish dpt pergi vacation sambil menulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)






