Semalam penat juga otak aku berfikir. Baik buruknya jika aku menyertai 'Kelab Bintang'.Heheh.Hati siapa yang tak terbakar, jiwa mana yang tak tercabar jika remaja usia awal 20-an sudah mampu memiliki kereta Sport?Dahsyat bunyinya kan?
No pain no gain.I agree with that statement but one thing I won't agree at all is....debt. Setiap orang pasti ada pandangan kan.Mencari orang untuk menyertai acara, bukan menjual produk.Bunyinya menarik kan? Pertama seumpamanya di Malaysia. Bagus bagi orang yang ada rangkaian yang besar.
Dalam beberapa hari ini, aku menelaah majalah Solusi yang dipinjamkan oleh seorang sahabat. Bagi insan yang ketandusan petunjuk sepertiku, majalah ini ku ibaratkan seperti setitis air yang mampu membasahi dan melembutkan kekerasan sekeping hati. Manakan tidak,setiap artikel yang dipersembahkan membuatkan pembaca seringkali meraup wajah menginsafi diri. Bahawa kita sering terlupa kita adalah hamba yang tidak pernah henti merindui Sang Pencipta.
Tidak terhitung air mata yang tumpah sewaktu aku membaca kolum Dr. Sidek Baba mengenai perjuangannya dalam menuntut ilmu sewaktu era persekolahannya. Era selepas negara diiktiraf bebas dari penjajah. Menagih pengorbanan, pemeliharaan maruah dan kemelut kemiskinan yang hampir merobek semangat anak-anak muda yang dahagakan wadah ilmu demi untuk keluar dari belenggu kesusahan material.
Berbeza sekali dengan zaman kita sekarang. Kebanyakan ibu bapa mampu memberikan pendidikan buat anak-anak sehingga ke peringkat yang tertinggi. Namun tidak ramai yang terpanggil untuk menyahut seruan ilmu. Baik secara formal mahu pun tidak. Terutama golongan adam yang menjadi tunggak harapan bangsa. Entah berapa ramai yang terlibat dalam gejala samseng, mat rempit, dadah dan sebagainya. Salah siapakah ini? Tiada guna menuding jari. Tepuk dada tanyalah iman.
Lambat matang, terpengaruh dengan budaya hedonisme Barat serta tidak berfikiran jauh mungkin antara faktor-faktor yang merantai hati dan otak mereka.
Hati kecilku gusar kerana ada pujangga mengatakan, jika ingin tahu bagaimana masa depan sesebuah negara dan ummah, lihatlah generasi kini. Jadi bagaimana? Fikir-fikirkanlah...
Akhir-akhir ni memang tak sempat nak mengemaskini apa-apa yang patut di sini. Dengan beban kerja tak habis-habis,dengan isu stafnya lagi. Tambahan pula dengan kesihatan abah yang tak memuaskan memaksa beliau ditahan di wad. Aku cuba untuk tidak mempamerkan kerisauan dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walaupun dalam tidak sedar atau tiba-tiba aku akan berada dalam mood sendu. Yang aku boleh harapkan agar Allah mengurniakan kesihatan untuk abah tersayang.
Tadi pertama kali memandu ke Hospital Putrajaya. Kawasan rumah aku ni memang banyak simpang. Kereta pulak laju-laju. Nyaris juga kena langgar (salah aku ni careless). Kena marah dengan mak tapi aku buat muka ketat. Biasalah aku. Sebab kepala aku tengah fikir sama ada aku boleh ke tidak memandu sampai Putrajaya. Gabra macam tu la dia.Kelemahan aku yang utama.
Sampai di hospital berkenalan dengan pesakit-pesakit yang sama wad dengan abah. Sorang ni nama Shah, panggil abang Shah. Kerja kat Karangkraf bahagian percetakan. Friendly. Dah hampir 2 minggu dia ditahan di wad sampai dah naik rimas. Hahaha.Apa taknya makanan kat hospital mana ada rasa. Dahlah kena diabetes, tak ada gula,ada darah tinggi, tak ada garam. Sudahnya suruh bini datang bawa Burger McD.Hahahha.Abah pula bukak cerita pasal aku suka mengarang (adus,sapa suh buka citer ni). Abang tu pun menawarkan diri kalau nak hantar karya-karya bolehlah dia tolong pass kan. Masalahnya cerita aku tak tahu bila nak siap.
Yang sorang lagi Abang Fariz. Kena denggi berdarah. Tapi Doc kata dah boleh balik hari ni. Lega member. Abah kata dia ni ada ilmu tafsir mimpi. Abah kata dia ada mimpi ular nak makan dia tapi sempat mengelak. Abang tu kata ada orang nak sihir. Minta dijauhkanlah semua ni.Amiiinnnn....
Sorang lagi Pak Awang. Pakcik ni dah 2 minggu demam tak baik-baik. Kesian dia. Nasib ada anak lelaki dia yang hari-hari datang temankan dia. Asal makan je muntah.Semoga pakcik ni cepat sembuhlah hendaknya.
Tadi ada meeting staff. Gerun juga sebenarnya. Dalam hati terdetik juga kenapa dan untuk apa? Maklumlah aku pun bukan staf yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Bila dengar banyak sangat khabar angin yang entah betul entah tidak (nama pun khabar angin) sedikit sebanyak tergugat juga kan.
Biasalah, siapalah yang sempurna di dunia ni. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Ada kalanya kita cuai dan leka, jadi sebagai sebuah ‘keluarga’ salinglah kita mengingatkan sesama kita. Berpesan-pesan dan ambillah segala teguran sebagai langkah pertama untuk kita berubah ke arah lebih baik. Cuma kalau asyik kena hentam je yang tenang pun jadi berkocak, secarik kain lama-lama terkoyak juga. Apa pun aku setuju dengan cakap bos besar aku ‘LU PIKIRLAH SENDIRI’ (pinjam tagline Nabil).
Uhuk!Uhuk!Ops batuk bukan sebab H1N1 tapi 'sawang' yang penuh menyelubungi blog aku yang sudah lama aku tinggalkan sepi.Komitmen dengan kerja makin bertambah.Makin menyesakkan ruang emosi dan fikiran. Hal peribadi?Haks.Tolak tepi buat masa ini.Apa guna bersedih kan?Tsunade ~ lamanya x layan Naruto
Aku kembali semula bila geng2 opis aku dah start balik aktiviti blog2 ni.Haha.Tak nak ketinggalan juga (rasanya aku dah jauh terkebelakang ni).Dulu masa jaga kaunter rajinla melayari blog-blog kalau takde customer (ada customer pun kdg2 layan jugak...kihkih).Bila dah 'terserap' masuk kat Unit MBA ni dah tak merasa sangatlah nak buat 'leisure' ni.Muka pun sengal je hati pun panas.Ikhlaskan hati bekerja,tolonglah!Ikhlasnya hati seringkali disalah erti, tulusnya budi....eh, ni lagu Exist ni.Sorry salah channel,gian dah lama tak karaoke.Kahkahkah!!!Hampeh!
Tak pernah aku rasa macam bodoh seperti ini. Mengaku sejujurnya perasaan sendiri pada insan yang memang tak sepatutnya aku luahkan apa-apa. Namun aku bukanlah seorang yang bijak melindungi rasa hati apatah lagi menidakkan apa yang terpendam di kalbu. Setahun berlalu bagaikan sesaat cuma. Aku masih menyimpan sekelumit harapan agar satu hari nanti aku bisa bahagia bersamanya. Entahkan impian ini akan menjadi kenyataan atau sekadar impian yang berlalu dihembus angin.
Tidak mahu melukakan hati orang lain, tapi setiap kali itulah hati aku sendiri yang terluka. Hanya kerana ingin melihat orang lain bahagia dan tidak melalui kepedihan sama seperti aku. Tapi sampai bila aku akan menanggung rasa pedih dan pilu? Sepanjang hidup?
Ya Allah, tolonglah.Bantulah hambamu mencari matlamat hidup ini…
Hari ini aku kena asingkan semua novel aku ke dalam storage box. Sebabnya bilik aku berada dalam keadaan tidak selamat sewaktu hujan lebat melanda. Dengan erti kata lain, siling umah aku bocor.Sediakan payung sebelum hujan. Banyak juga novel aku ni. Tak semua dapat aku isikan ke dalam box tu.
Berikut merupakan senarai novel yang aku nak share dengan korang semua:
Hak Cinta Terpelihara-Lynn Dayana
Atas Nama Cinta-Lily Suriani
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Mushid
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Bayangan Rindu-Anis Ayuni
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Saat Cinta Bersemi-Damya Hanna
5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
Tunas-Hlovate
Di Atas Sajadah Cinta-Habiburrahman El Shirazy
Dark City-Xeus
Angels and Demons-Dan Brown
Bertakhta di Hati-Marwati Wahab
Jalinan Memori-Norhayati Berahim
Cemburu Seorang Perempuan-Siti Hazneza Abdul Hamid
Kasihku Abadi-Shanika Latisha
Badai di Hati-Fazie Hanna
Erti Sebuah Pertemuan-Nor Azihan Amiruddin
Tidak termasuk yang aku belum kemas dan tak tahu nak letak mana.Hahah.'Harta' yang aku sayang dan sumber inspirasi.
Ekspresi pertama aku bila sampai sahaja di pejabat ada ‘surat cinta’ di atas meja. Sudahlah meja aku memang sedia serabut. Ditambah pula dengan kehadiran surat jemputan yang tidak pernah aku impikan selama ini. Mulalah emosi berubah menjadi tidak tentu hala. Bagi orang lain mungkin mereka tidak kisah tapi bukan aku. Eceh...cam tajuk lagulah pulak.
Budak-budak pejabat yang mana nakal-nakal tu sukalah menyakat. Puaka Nyang Rapik betullah.Mentertawakan aku yang ‘terpilih’ sebagai peserta bersama-sama pelajar MBA yang lain. Mujurlah ada beberapa orang yang turut sama senasib dengan aku. Tidaklah aku keseorangan nanti.
Sesampainya kami di Eagle Ranch, aku ditugaskan memegang kunci dorm. Bolehlah pilih katil bawah siap-siap, detik hatiku nakal. Rupanya hanya segelintir sahaja yang memilih menaiki bas. Kekosongan masih belum terisi sewaktu tiba di dormitori. Aku, Emelia dan Kak Mas memilih katil bawah dalam deretan yang sama. Seorang demi seorang mula memenuhi kamar apabila jarum jam hampir menunjukkan ke pukul 6 petang. Aktiviti pertama malam itu apa lagi kalau bukan pembahagian kumpulan. 4 kumpulan yang diasaskan dengan tema warna merah (RED), hijau (GREEN), biru (BLUE) dan hitam (BLACK). Aku menjadi ahli kumpulan GREEN. Seorang diri. Yang lain ada pasangan. Tak adil ni,bentak hatiku. Namun aku buat tak endah sahaja perkara itu akhirnya.
Bersama dengan ahli kumpulan yang rata-rata berjawatan tinggi adakala membuatkan aku berasa rendah diri. Pendiam dan pasif apabila berada di kalangan mereka yang agresif. Namun sikap kerjasama mereka aku kagumi walaupun ada sedikit pertelingkahan. Biarpun tidak memenangi sebarang cabaran, namun hubungan antara kami tetap baik.
Aktiviti indoor dan outdoor berjalan dengan lancar selama 4 hari di sini. Aku bangga dengan diri sendiri kerana secuak aku pun aku tidak mengelat dari mana-mana cabaran. Water confidence yang aku geruni sangat tu berjaya aku tempuh (dengan keadaan sakit leher sampai dah sampai ke darat pun rasa macam nak terbaring). Abseiling yang pada awalnya buat aku kecut perut berjaya juga aku lalui (macam nak cuba lagi).Kemuncak bermalam di hutan berperang dengan gerila pun berjaya kami redahi (bom busuk memercik kat cermin mata aku) walaupun kepenatan menyelubungi. Pengalaman tidur beramai-ramai di hutan memang manis tapi tidak semanis bila kami semua bertempiaran lari apabila menggempur kem gerila untuk merampas kembali beg yang disimpan oleh mereka. Padahal kami yang menyerang dan bilangan kami jauh lebih ramai daripada mereka. Alasan kami paling konkrit: WE ARE OUT OF BOMB!
MISSION ACCOMPLISHED. THANK YOU THUNDERCATS.
Heheh....natijahnya aku ponteng sehari sebab tak larat nak bangun pergi kerja dan diserang demam.Hahahahah!!
First time dengar kat You Tube spontan aku menangis.Memang mendalam betul maksud lagu ni.Betullah orang kata cinta tak kenal siapa.Untuk kebahagiaan orang lain, rela tersenyum meski di hati terluka tiada siapa yang tahu...