Saturday, August 29, 2009

Pesakit-pesakit wad 4A

Akhir-akhir ni memang tak sempat nak mengemaskini apa-apa yang patut di sini. Dengan beban kerja tak habis-habis,dengan isu stafnya lagi. Tambahan pula dengan kesihatan abah yang tak memuaskan memaksa beliau ditahan di wad. Aku cuba untuk tidak mempamerkan kerisauan dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Walaupun dalam tidak sedar atau tiba-tiba aku akan berada dalam mood sendu. Yang aku boleh harapkan agar Allah mengurniakan kesihatan untuk abah tersayang.

Tadi pertama kali memandu ke Hospital Putrajaya. Kawasan rumah aku ni memang banyak simpang. Kereta pulak laju-laju. Nyaris juga kena langgar (salah aku ni careless). Kena marah dengan mak tapi aku buat muka ketat. Biasalah aku. Sebab kepala aku tengah fikir sama ada aku boleh ke tidak memandu sampai Putrajaya. Gabra macam tu la dia.Kelemahan aku yang utama.

Sampai di hospital berkenalan dengan pesakit-pesakit yang sama wad dengan abah. Sorang ni nama Shah, panggil abang Shah. Kerja kat Karangkraf bahagian percetakan. Friendly. Dah hampir 2 minggu dia ditahan di wad sampai dah naik rimas. Hahaha.Apa taknya makanan kat hospital mana ada rasa. Dahlah kena diabetes, tak ada gula,ada darah tinggi, tak ada garam. Sudahnya suruh bini datang bawa Burger McD.Hahahha.Abah pula bukak cerita pasal aku suka mengarang (adus,sapa suh buka citer ni). Abang tu pun menawarkan diri kalau nak hantar karya-karya bolehlah dia tolong pass kan. Masalahnya cerita aku tak tahu bila nak siap.

Yang sorang lagi Abang Fariz. Kena denggi berdarah. Tapi Doc kata dah boleh balik hari ni. Lega member. Abah kata dia ni ada ilmu tafsir mimpi. Abah kata dia ada mimpi ular nak makan dia tapi sempat mengelak. Abang tu kata ada orang nak sihir. Minta dijauhkanlah semua ni.Amiiinnnn....

Sorang lagi Pak Awang. Pakcik ni dah 2 minggu demam tak baik-baik. Kesian dia. Nasib ada anak lelaki dia yang hari-hari datang temankan dia. Asal makan je muntah.Semoga pakcik ni cepat sembuhlah hendaknya.

Setakat ini dulu posting aku.

2 comments:

Wan said...

Rajinnya interbiu org...huhuhu..

Nashrin said...

Hahah.bukan saya intebiu.dengar mak berborak.