Monday, July 24, 2006

Alamanda..So Sweet

Hari Sabtu lepas aku berpeluang untuk keluar jalan-jalan dengan seseorang yang sangat istimewa.Mulanya aku ingat tak jadi walaupun malam sebelumnya dia dah bgtau yang dia akan sampai rumah aku dalam 10 pagi.Yelah,mana tau kot2 x jadi tiba-tiba kan.Aku macam nak rak tunggu dia msg..tapi senyap.Aku msg pun x berjawab.Aku try la wat2 keje umah dulu untuk meredakan amarah yang dah nak membakar hati aku tu.Sabar,sabar mungkin dia tgh drive,aku pujuk diri aku sendiri.Dalam aku tertanya-tanya plan ni jadi ke tak, aku wat keputusan tuk siap2 dulu.Tapi slow motion la aku bersiap.Suddenly my mom appeared and said he has arrived.Pe lagi,kelam kabut la aku.Rupanya handphone dia rosak,padanlah aku msg dia x balas.

Kitorang decide tuk pegi alamanda je,lagipun dekat.Takyah susah2.Lama jugak tak jumpa,memandangkan sekarang dia sibuk dengan kerja.Macam tu juga dengan aku walaupun berbeza lapangan. Jumpa,borak-borak macam biasa.Dia kata dia bersyukur sebab apa yang dia nak dia telah dapat tahun ni.Aku lak kata kat dia 'ni yg jeles ni'.But he said to me..yang penting kena sabar sebelum tu.Ye,betul.Dia kena tunggu 2 tahun baru dapat keje baru.Aku lum lagi setahun.Pengalaman pun apalah sangat.

Sempat juga aku singgah tempat kegemaran aku..apa lagi kalau bukan MPH book store.Aku pun mencari-cari buku kegemaran aku.kali ini aku tak beli novel,tapi aku sambar satu buku yang bertajuk "MOTIVASI UNTUK MENJADI WANITA PALING BAHAGIA".Aku minat juga baca buku genre camni.Sebelum ni pinjam member punya,so sekarang aku pulak yang beli.Memang kalau gi Alamanda,tempat ni aku wajib singgah.

Tengah round2,kitorg nampak satu pentas kat bahagian centre.Ada majlis pelancaran cover baru majalah In Trend.Ada byk booth,and then ada offer beli majalah In Trend dapat goodies bag.Banyak juga barang yang dia bagi.Kira puas hati lah jugak.Ada artis yang datang wat persembahan cam Felix,Amelia and dia nye emcee Sazzy Falak ngan guy ni..aku x tau nama dia tapi sapa tgk kuiz Siapa Boleh mesti kenal.Entertaining jugak ah especially bila ada aktiviti yang melibatkan orang ramai.Ingat nak tunggu Mawi tapi kitorang balik awal.Tak solat lagi time tu.Heheh...

Hmm..kira rindu terubat jugak la kan.Hahah...entah bertahan entah tak.Kalau ditakdirkan tuk dikecewakan lagi...aku redha..cuma satu aku harap,bukan aku yang mengecewakan dia.

No comments: