Wednesday, February 22, 2006

INIKAH ERTINYA CINTA (11-12)

BAB 11
Masih ada satu jam lagi sebelum kuliah terakhir untuk hari ini bermula.Perut berkeroncong minta diisi. Ah, kafe mesti sesak bila tiba waktu tengahari.

“Jom makan wei...laparlah,” Hazli bersuara sebaik keluar dari dewan kuliah.
“Camne, kau nak makan tak?”Arina mengangkat bahu tanda tidak pasti. Melihatkan panorama kafeteria yang penuh sesak dengan manusia,seleranya terbantut.
“Kafe full la Sue. Lepas kuliah kot aku makan kat kolej.Aku malasla nak rush ke kuliah nanti.”
“Ala,kita makan kat Marrybrown la. Mesti tak ramai orang,”Hazli mengusulkan cadangan.
“Mahallah. Aku bawa duit cukup-cukup je ni. Kau saja la yang pergi,”Sue menjawab bagi pihak mereka. Lebih-lebih lagi bila tahu yang Arina tak biasa dengan Hazli. Sue faham sangat,kafe full hanya alasan untuk dia melarikan diri daripada Hazli. Sue mengerti kawannya tidak pernah bergaul rapat dengan lelaki.Semua rakan-rakannya adalah dari golongan Hawa.
“Tak apa,hari ni aku belanja. Tak best la makan sorang-sorang. Aku ikhlas ni,” Sue memandang wajah Arina untuk mendapatkan kepastian. Kedua-dua pun sahabat,ibarat ditelan mati mak,diluah mati bapak. Yang sorang macam tunggul,yang sorang lagi kalau bab memujuk ni,nombor satu. Kang aku padankan budak berdua ni baru tahu!
“Kesian la kat aku...jom la ...korang tak payah bayar sesen pun,”rayu Hazli lagi.Arina mula diasak serba salah. Dia membalas renungan Sue dengan anggukan tanda setuju.
“Okay,jom.Kau belanja kan?”mereka bertiga mengatur langkah menuju ke Marrybrown yang terletak bersebelahan dengan Fakulti Pengurusan. Mereka memilih tempat duduk yang agak terpencil. Ingin privacy,begitulah kata Hazli.
“Ina nak makan apa?” Hazli bertanya. Arina terkejut,namun cuba berlagak selamba.
“Saya ikut je,”
“Okay,Sue kau pergi order apa je. Aku bayar,”
“Aku pulak yang kena? Ko lah pegi!”
“Aku cakap tadi aku belanja je kan,tak cakap nak pegi orderkan sekali. Gi la,Sue,”hee..mengada betul la mamat ni.
“Takpe Sue,aku temankan ko_”
“Eh,tak payah Ina. Dia boleh pegi sendiri,kan Sue?”Hazli mengenyit sebelah matanya sambil mengibas tangannya tanda menyuruh Sue meninggalkan mereka berdua. Arina mula tidak senang duduk.
Hazli mengambil tempat berhadapan Arina.Apabila pandangan mata mereka bertembung,Arina cepat-cepat menundukkan wajah. Dalam hati dia menyumpah kerana ditinggalkan berduaan di situ.
“Ina,boleh saya tanya sesuatu?”
“Boleh,”jawabnya pendek.
“Kenapa Ina macam nak elakkan diri dari saya?Saya ada buat apa-apa yang menyinggung perasaan awak?”Hazli melemparkan soalan yang sekian lama terbuku di hati. Dia ingin sekali mengetahui apa yang berlegar di ruang minda gadis kecil molek ini. Bukan dia tidak perasan,setiap kali ternampak kelibatnya,pasti gadis itu cuba melarikan diri.Atau pun buat tidak nampak. Tak kira sama ada di kuliah atau di mana saja di kampus ini. Sedangkan dia hanya ingin menjalin hubungan baik dengan orang-orang di sekitarnya. Sementelah lagi mereka bekas pelajar matrikulasi yang sama. Ada juga dia merisik pada Sue,tapi Sue hanya mengatakan tidak tahu.

Arina mendongak. Dia perasan ke aku selalu lari bila nampak dia? Dia teringat peristiwa beberapa hari yang lepas di kafe kolej. Ekor matanya pasti yang Hazli ingin menegurnya,tapi dia buat tak nampak. Lebih teruk lagi, dia akan menunggu sehingga Hazli beredar. Rakan-rakannya bukan seorang dua yang pelik dengan tingkahnya. Entahlah..dia tak punya kekuatan untuk bersemuka dengan lelaki. Bukan bermakna dia sombong,tidak sama sekali. Cuma..dia perlukan masa. Perlukah? Apa yang aku nantikan sebenarnya?

“Okay,lunch is served! Tepi sikit,aku nak masuk ni!” Hazli mengesot sedikit memberi ruang duduk untuk Sue. 3 set hidangan diletakkan di atas meja.Pertanyaan Hazli tergantung. Semasa mengadap hidangan,Arina diam membisu. Cuma sesekali dia ketawa bila Hazli dan Sue menceritakan sesuatu yang menggelikan hati. Lucu juga bila mengenang zaman belajar di matrik. Bermusuh dengan warden blok yang suka mencari salah orang lain,mengenakan ‘makcik guard’ yang tak sudah-sudah dengan peraturan yang menyesakkan. Hingga sampai satu tahap tercetus pertengkaran antara pelajar dengan pihak atasan. Semuanya kerana tidak puas hati dengan sistem pentadbiran kolej. Ah,nakal sungguh kalau dikenangkan.

Selesai makan,mereka beredar menuju ke dewan kuliah 1 untuk menghadiri kuliah Pengantar Pemikiran. Encik Shuib bijak menyelitkan jenaka dalam kuliahnya jadi tidaklah mereka rasa mengantuk. Maklumlah,pukul 2 petang selalunya badan dah ada kat tilam. Waktu yang sesuai untuk membuta,apatah lagi kalau lepas makan. Hanya Arina dan Sue saja yang ada kuliah, manakala Hazli pulang terus ke kolej.

“Li,”Arina memberanikan diri. Hazli menoleh.
“Saya minta maaf,”hampir tak kedengaran di pendengaran Hazli.
“Untuk apa?”
“Awak tahu jawapannya. Saya minta diri,”Arina meninggalkan Hazli dan Sue yang tertanya-tanya. Dia merenung tajam ke arah Hazli.
“What?”Hazli bersuara apabila renungan Sue tepat menujah anak matanya.
“There’s something between you and her. Takpe,aku akan tau juga nanti. Chow!”Sue mengekori Arina yang jauh di hadapan.

Bukan ungkapan maaf yang saya harapkan,keluh Hazli sendirian. Matanya menghantar pemergian kedua orang temannya sebelum dia sendiri beredar ke perhentian bas laluan B.





BAB 12

Arina memilih sebuah pokok yang agak rendang untuk melepaskan lelah. Tak larat dia nak mengikut temannya yang masih enggan berhenti.Sudah lama tak bersenam,jogging satu pusingan sudah keletihan. Pancit.
Bintik-bintik peluh yang mengalir segera dilap menggunakan tuala kecil yang dililit di leher.Lengan t- shirt long sleeve yang dipakainya disinsing hingga ke bawah siku. Matanya meliar ke kawasan sekeliling. Ramai juga yang menghabiskan masa di sekitar kawasan tasik ini.Ada yang berseorangan,berkumpulan tak kurang juga yang berpasangan. Bayu petang menampar halus pipinya. Tudung yang menutup kepalanya terbuai ditiup angin.Pandangannya ditebarkan ke serata kawasan. Sesusuk tubuh yang sedang berlari tiba-tiba berhenti.Hazli! Hatinya berdebar-debar.Semenjak dia diajukan soalan cepu emas tempoh hari,dia bertekad untuk membetulkan tanggapan Hazli terhadapnya. Sekarang,peluang terhampar di depan mata. Lagipun kisah itu telah lama berlalu dan tidak patut dia membelenggu dirinya dengan kisah yang dia tidak pasti hujung pangkalnya.Bukan hak dia menilai orang dari pandangan sebelah pihak.

“Seorang saja ke?”Hazli yang sedang mengikat tali kasutnya yang terlerai mendongak. Arina! Arina tegur aku?
“Err..tak.saya dengan kawan. Tu pun dia,”Arina menghalakan pandangannya ke arah yang ditunjukkan. Seorang lelaki sedang berlari menuju ke arah mereka.Termengah-mengah dia mengatur nafas.
“Kurang asam ngko,Li.Lain kali aku make sure dapat kalahkan kau,”Hazli sengih bangga.
“Siapa ni?”
“Oh,ni member matrik aku dulu. Arina, ni Sufian,roommate saya,” Sufian dan Arina berbalas senyuman.
“Boleh saya cakap dengan awak sikit?”dalam gentar Arina bertanya.
“Boleh. Pian, aku ada hal jap. Chow dulu,” Sufian melambai tangan sebelum menyambung lariannya. Suasana sepi. Arina memandang wajah Hazli. Hazli merenung tenang sambil tersenyum. Dia ikut sama tersenyum.
“Saya nak jawab soalan awak hari tu. Li,saya sebenarnya tak biasa berkawan dengan lelaki. Saya segan dengan awak,sebab tu saya sering mengelak dari bertembung dengan awak. Saya minta maaf,tapi itulah sebabnya. Bukan sebab saya tak suka berkawan dengan awak. Saya harap awak faham,” lapang dada tatkala dia mengungkapkan ayat akhir. Seolah satu beban yang maha berat terlepas dari bahunya.
“Oh,macam tu.Kenapa mesti awak segan?”Arina hanya tersenyum mendengar soalan Hazli. Pertanyaan Hazli dibiarkan tergantung tidak berjawab.
“Ina,”
“Hmm?”
“Kat tudung awak..”Hah,apa ada kat tudung aku? Ulat ke?Ala,macam mana ni?
“Ada apa Li? Ada binatang ke?”kaku tubuh gadis itu tidak bergerak. Hanya bebola matanya yang melirik ke kiri dan ke kanan. Takut benar dia. Hazli merapati Arina. Arina memejamkan matanya.Cepatlah buang,tolonglah..
“Hmm...cantik corak tudung awak. Beli kat mana?”
“Li! Cepatlah buang binatang kat kepala saya!”sempat pula dia puji tudung aku.Aku punya darah dah tinggal satu sudu teh je ni.
“Mana ada apa-apa kat tudung awak,”Arina membuka matanya.
“Habis tadi?”
“Saya cuma cakap,kat tudung awak. Tak habis pun ayat tu kan? Awak dah sangka yang bukan-bukan. Oooo..penakut juga ek budak kecik ni,”
“Budak kecik awak panggil saya? Awak tu besar sangat ke?”
“Besar la daripada awak,”satu tendangan mengena betis Hazli.
“Aduh,ganasnya awak,”Hazli menyapu betisnya yang menerima habuan percuma dari Arina.
“Padan dengan muka. Siapa suruh kenakan orang,”
“Ala,orang gurau je. Takkan tak boleh,”
“Tak boleh!”
“Marah?”
“Tak,suka sangat!”sebal sungguh hatinya kerana dipermainkan.
“Janganlah marah, nanti muka cepat kedut tau. Masa tu baru menyesal.”
“Suka hatilah,saya punya muka, apa yang awak susahkan? Saya boleh beli Olay Total Effect, mengurangkan 7 tanda penuaan di kalangan wanita. Huh!”terpelongo Hazli mendengar patah kata yang keluar dari bibir milik gadis ini.Nampak diam, tapi boleh tahan juga mulut dia ni ye. Sepatah aku kata,berpuluh dia bidas. Dia ni marah betul-betul ke atau saja nak main-mainkan aku? Ish..kang elok-elok dia nak berkawan dengan aku,terus kensel.
“Yelah,saya kalah. Saya melawak je. Garang sungguh,”Hazli mengalah.Arina ketawa menimbulkan rasa pelik di sudut hati.
“Saya pun ,”
“Itu bukan melawak,naik angin namanya,”
“Eh,awak tak tau ke?Itulah gaya lawak alaf baru!”geram Hazli dengan keletah Arina. Tak nak kalah juga budak kecik ni. Entah kenapa,dia rasa seronok pula menyakat teman barunya ini.
“Okaylah,Li.Kawan saya pun dah lama tunggu tu. Lagipun dah nak Maghrib ni.”
“Mm,ok.”Arina baru saja melangkah beberapa tapak tatkala Hazli melaungkan namanya.Dia berpaling.
“Janganlah segan lagi dengan saya yang ‘handsome’ ni. Saya yakin awak tak menyesal ada kawan macam saya!”Nakal,getusnya dalam hati. Dia tersenyum mekar. Mencorakkan satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

“Amboi,berseri-seri muka ye. Kalau aku tak bagi isyarat ajak balik,mau sampai esok kau dengan dia kat situ. Siap gelak-gelak,tendang-tendang manja gitu. Kata malu,” Mia membebel.
“Ala,aku ikut nasihat korang la. Berbaik sesama insan,apa salahnya. Mia,aku rasa telahan aku selama ni salah. Dia tak macam yang orang selalu kata,”terbayang di layar memori saat bersejarah yang baru saja berakhir.
“Kalau tidak takkan wujud pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. So,sekarang dah kenal,nanti bolehlah bercinta,kan?”
“Woi,kau takde bende lain asyik cinta je.Tau la yang awak tu tengah bahagia,cik kak.Awek dia nak letak mana?Merepek,”Mia tersengih malu dengan usikan Arina. Dia memaut bahu temannya.
“Aku memain je. Lagipun,Fendi kau tu nak letak mana?”Arina terdiam apabila nama Fendi disebut.Lantas dia teringat sesuatu.......

No comments: