Friday, September 16, 2011

Sampai Syurga [3]

Awak mesti dah sah jadi suami Lisa kan? Lisa bertuah sangat dapat hidup di samping awak. Saya doakan awak bahagia…Minn menangis dalam keharuan. Macam mana aku nak bekerjasama dengan dia lepas ni kalau aku tak berjaya nak mengikis perasaan? Selama ini memang dia dan Khai berkongsi minat yang sama dalam bidang fotografi. Namun Minn lebih berminat dalam bidang designing. Bertitik tolak daripada itu, Minn dan Khai melibatkan diri dalam bidang fotografi walaupun Minn tidaklah bertindak sebagai jurugambar seratus peratus. Hanya jika perlu saja.

Minn mengambil wudhu’ untuk meredakan perasaannya. Malam itu dia gunakan untuk beribadat dan mengadu pada Allah akan nasib dirinya. Minn akur ini ketentuan yang memang telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Dia sebagai hamba hendaklah redha dan bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Jiwanya menjadi lebih ringan dan kehibaannya beransur reda.

Dia memasang komputer riba miliknya dan terus membuka Yahoo Messenger. Ah, Syima masih online. Syima yang membiayai tiket untuknya ke Australia. Temannya itu menyambung Master dan anak kepada seorang kenamaan di Malaysia. Dia tidak pernah berbangga dengan kekayaan yang dimiliki keluarganya. Selalu membantu rakan-rakan yang kesempitan wang dan tidak pernah menuntutnya kembali. Lantaran sikapnya itulah dia diberi jolokan ‘Syima Bank Rakyat’.Bila dia mengetahui kisah kekecewaannya, Syima terus mempelawanya tinggal bersamanya di Negara Kanggaroo itu untuk beberapa waktu.

Minn> Hai Syima  :)
Syima> Hi darling! How’s life?
Minn>Okay.Baru lepas nangis tahap sekali air bah sekali pantai berubah. Dia nikah semalam :(
Syima>Owh…L Sabar tau Minn. I faham perasaan you. Tak apa you datang sini nanti I bawa you jalan-jalan.
Minn> Tak menyusahkan you ke nanti?
Syima>Mana ada. Lupa nak inform. I dah habis belajarlah. Nanti kita akan sama-sama balik Malaysia. I’m back for good. Lama gila tak balik. Perkara pertama I nak buat ialah…cuba teka?
Minn>Hurm….entah. apa yang you nak buat?
Syima> Cari nasi lemak! For ages I tak makan makanan kegemaran I. Hahahah!
Minn>Oh,nasi lemak rupanya. I pun boleh masakkan untuk you kalau you nak.
Syima> Serius ke? I makan banyak tau. You kena masak banyak.
Minn> Boleh. Satu periuk I masak untuk you Syima. Hahahah!

Puas berbual di talian selama satu jam, matanya mula menunjukkan tanda ingin lelap. Sebelum tidur, Minn mencapai telefon bimbitnya. Nak bagi ke tak ya?Mengganggu tak? Minn berkira-kira ingin menghantar salam tahniah buat Khai. Direnung telefon bimbit itu lama. Minn mengetap bibir menahan sendu. Akhirnya mesej ringkas bertukar tuan.

Sampai Syurga [2]

Khai mencari kelibat temannya dalam kelompok ramai hadirin di masjid. Namun Minn tidak kelihatan di celah ramai wanita yang mula mengambil tempat. Mana awak Minn? Awak betul-betul maksudkan yang awak takkan datang rupanya.
“Kau cari siapa Khai? Dari tadi tertinjau-tinjau. Kan bakal isteri kau dah sedia kat depan tu. Takkanlah tak nampak Lisa , si bidadari cantik tu?” usik Mazli, teman sekerjanya merangkap teman rapatnya juga. Khai menghantar pandangan ke arah Lisa. Lisa melemparkan senyum bahagia. Khai membalas senyum. Namun hatinya tetap rasa kosong. Seperti separuh jiwanya pergi. Sejak akhir-akhir ni jiwanya sering berbelah bahagi. Minn sahabatnya namun bukan sekadar sahabat biasa. Sepanjang mereka berkawan, sedikit pun mereka tidak pernah menyebut soal perasaan.  Walaupun tidak dinafikan timbul rasa kasihnya pada Minn. Namun mengenangkan perhubungannya telah dimeterai dengan Lisa, rasa yang kadang-kadang timbul disingkir jauh.
“Tak, aku cari kawan aku.”Lemah sahaja  Khai menjawab pertanyaan Mazli.
“Kau cari…Minn?”Mazli cuba meneka. Khai mengangguk. Mazli menggelengkan kepala.


Kenapalah Khai ni bodoh sangat. Aku yang selalu tengok Minn pun tahu yang Minn memang ada hati dengan Khai. Takkanlah dia sanggup nak tengok lelaki pujaan hatinya kahwin dengan orang lain. Kau memang bodoh Khai. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati Mazli.
“Sudahlah Khai. Minn mungkin ada hal so dia tak dapat datang. Selama ni pun she has not let you down. Maafkanlah dia.” Mazli mengusap bahu rakannya untuk mengembalikan semangat Khai. Simpati Mazli pada Minn cukup menggunung. Harap-harap gadis itu tabah menerima dugaan ini.

Sampai Syurga [1]

Minn menatap kad undangan perkahwinan dengan rasa yang bercampur baur. Walaupun telah lama kenyataan ini dia ketahui, rupanya kepedihan ini masih jelas seperti hari pertama dia mengetahui yang Khai adalah tunangan orang. Minn menghela nafas dalam-dalam. Mengharapkan setiap zarah udara yang disedut dapat menyembuhkan kelukaan yang kian lama kian parah.

“Dia nak kau datang, Minn.” Perlahan Is menuturkan permintaan Khai, sahabat baiknya. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Di mata Khai Minn adalah sahabat meskipun dia tidak pernah tahu bahawa di mata Minn pula Khai lebih dari sekadar sahabat. Dia tersenyum tawar. Menundukkan wajah. Butiran air mata mula jatuh berguguran ke pipi.

“Cantik tak kad ni? Inilah hadiah perkahwinan aku untuk dia, Is. Walaupun sepanjang mengusahakannya hati aku seolah-olah dihiris belati. Buat kad kahwin untuk insan yang kau sayang dalam diam. Tapi aku terpaksa menghampakan dia kali ini. Aku rasa cukuplah aku dah menyeksa hati dan perasaan aku sepanjang beberapa tahun ni.” Minn menatap mata Is yang juga telah bergenang . Mereka saling berpelukan dalam deraian air mata. Is memang mengetahui kisah cinta rahsia Minn. Is adalah teman yang Minn percaya untuk meluahkan rasa yang terbuku di dada.

“Aku faham perasaan kau, Minn. Tapi apa kau nak buat lepas ni? Kau boleh elak daripada datang ke majlis dia. Untuk hari-hari seterusnya? Takkan kau nak jadi pelarian sepanjang hidup kau?” soal Is. Minn melepaskan keluhan. Entahlah, Minn sendiri tidak lagi memikirkan soal bagaimana dia harus berdepan dengan hakikat yang mencalarkan naluri wanitanya. Yang dia tahu, dia mahu pergi jauh buat seketika.

“Is, jujurnya aku pun tak dapat nak bayangkan kehidupan aku lepas ni. Aku harus biasakan diri hidup tanpa dia. Buang jauh-jauh semua kenangan. Aku ingat aku nak bercuti panjang.” Minn melayangkan tiket penerbangan ke Australia di hadapan Is. Is mencapai tiket tersebut daripada pegangan Minn. Kau betul-betul kecewa , Minn. Sayang benar kau pada Khai tapi malang Khai buta dalam menilai perasaan kau selama ni. Aku harap kau akan dapat seseorang yang mencintai kau sepenuh hati , Is berdoa dalam diam.

“Is? Kau mengelamun ya?” Minn menepuk bahu Is. Terkejut Is dengan tindakan spontan Minn. Dia ketawa dan membalas, “Aku doakan kau jumpa mamat hensem kat sana dan jatuh cinta, kahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat.”

“Takkan semudah itulah, Is. Kau kan tahu aku setia. Sampai syurga ku cintamu, sampai syurga ku menunggu…hanya satu…hanya kamu.” Minn ketawa kecil sambil menyanyikan bait-bait lirik lagu Sampai Syurga dendangan penyanyi nombor satu pujaannya Faizal Tahir. Botol bedak sejuk dijadikannya mikrofon.  Is pun tidak ketinggalan menjadikan bekas bedak talcum pula sebagai mikrofon. Kedua-duanya melepaskan rasa di dalam bilik sederhana luas ini. Tiba-tiba telefon bimbit Minn berbunyi. Minn merenung mesej yang tertera. Kemudian dia menekan butang untuk mematikan telefon.

“Siapa?” Is pelik kerana Minn mematikan telefon. Pasti ada sesuatu yang membuatkan Minn bertindak sedemikian.
“Khai. Dia ingatkan aku supaya datang ke majlis akad nikah dia.Which I won’t” Minn bersuara lesu. Is mengangkat bahu tanda no komen.

Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

UNIC - HANYA TUHAN YANG TAHU

Monday, September 12, 2011

Huwargh!

Kesabaran teruji.

Walaupun dah menghadapinya setiap semester.

Benarlah, manusia itu sangat lemah. Lemah dalam mengawal emosi.

Seperti aku.

Kusut sangat rasanya melihat meja kerja aku yang penuh dengan nota kuning. Belum lagi inbox email aku yang melambak. Tertekan jiwa. Rasa nak hempas je kepala atas meja tadi. Sakit kepala aku bila semuanya tak sabar. Aku ni sorang je. Lainlah kalau aku ni boleh buat belahan dedua. Boleh aku letak sebahagian diri aku kat kaunter, sebahagian lagi standby kat bawah dan sebahagian lagi jawab call. Hahaha. Aku dah mengarut. Tak dapat bayangkan kalau diri aku ni bersepah-sepah kat opis.

Selesai je hantar sms makluman kepada pelajar tentang penangguhan kelas, aku terus balik. Tak larat dah mata ni nak semak lagi. Otak dah tak boleh proses. Badan dah letih sangat.

Esok je la sambung all this madness.

Best kalau ada teman kat sisi time2 macam ni kan.

Ah, semuanya sementara.

Sendiri  lebih baik mungkin.

Mati pun bukan berteman.
Ok dah tu.Bila stress semua nak mengarut.

Sunday, September 11, 2011

I'm Your Angel

No Mountains too high, for you to climb
All you have to do is have some climbing faith, oh yeah
No rivers too wide, for you to make it across
All you have to do is believe it when you pray

And then you will see, the morning will come
And everyday will be bright as the sun
All of your fears cast them on me
I just want you to see...

I'll be your cloud up in the sky
I'll be your shoulder when you cry
I'll hear your voices when you call me
I am your angel
And when all hope is gone, I'm here
No matter how far you are, I'm near
It makes no difference who you are
I am your angel
I'm your angel

I saw the teardrops, and I heard you cry
All you need is time, seek me and you shall find
You have everything and you're still lonely
It doesn't have to be this way, let me show you a better day

And then you will see, the morning will come
And all of your days will be bright as the sun
So all of your fears, just cast them on me
How can I make you see...

I'll be your cloud up in the sky
I'll be your shoulder when you cry
I'll hear your voices when you call me
I am your angel
And when all hope is gone, I'm here
No matter how far you are, I'm near
It makes no difference who you are
I am your angel
I'm your angel

And when it's time to face the storm
I'll be right by your side
Grace will keep up safe and warm
And I know we will survive

And when it seems as if your end is drawing near
Don't you dare give up the fight
Just put your trust beyond the sky...

I'll be your cloud up in the sky
I'll be your shoulder when you cry
I'll hear your voices when you call me
I am your angel
And when all hope is gone, I'm here
No matter how far you are, I'm near
It makes no difference who you are
I am your angel
I'm your angel

I'll be your cloud up in the sky
I'll be your shoulder when you cry
I'll hear your voices when you call me
I am your angel
And when all hope is gone, I'm here
No matter how far you are, I'm near
It makes no difference who you are
I am your angel
I'm your angel 


Where's my angel?

Sengal

Fuh, UNBELIEVABLE !!
Langsung tak sedar bangun-bangun je dah pukul 10 lebih. Lena betul. Apa pun semalam memang satu pengalaman yang berharga. Aku tak pernah sanggup sampai macam tu sekali sebelum ni. Apa yang buat aku nekad ye? Hahaha. Allah faham kenapa dan aku berterima kasih. Tak lupa jugak buat Bad yang jadi bodyguard aku. Nanti akak belanja ok. 

Semalam pertama kali pergi rumah Prof Zainal, mantan dekan kami. Lepas ni Prof akan berpindah ke USIM. Sedih je rasa. Prof memang baik dan kami kadang-kadang dah anggap Prof macam bapa sendiri.  Mungkin kerana peribadi Prof sendiri yang tak kekok bergaul dengan orang bawahan macam kami.
Selesai rumah Prof, aku bergerak ke destinasi yang aku tak pernah sampai lagi. Dipermudahkan ada orang yang boleh teman. Terima kasih Tuhan. Kalau aku sorang memang kalut jugak. Memang jauh ke dalam rumah adik aku ni. Adventure. Lebih-lebih lagi malam. Meremang jugak la aku dibuatnya. Dan sekali lagi menyusahkan dia untuk tunjuk jalan keluar. Keadaan sepatutnya jadi lebih mudah tapi aku selalu jadi punca ia menjadi rumit. Maaf.

Aku cuma harap dapat menjadi yang terbaik dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun selalunya ia akan disusuli dengan kepedihan dan kegagalan. Namun itulah yang menjadikan aku lebih bersedia dan cekal menghadapi kenyataan. 

Menjadi teman yang boleh disandarkan, bukan menjadi teman yang hanya berharap.

Maaf kerana membuat awak tersangkut di tengah hujan lebat.

Maaf kerana sengal suruh belok kanan tapi belok kiri (pelik la kenapa aku jadi macam tu pulak!)

Maaf kerana nyaris membuat kita kemalangan.



Saturday, September 10, 2011

Home Alone

3 hari ni parent tak ada pergi kursus. Jadi aku tinggal dengan adik-adik aku je sekarang ni. Malam tadi pertama kali lepak dengan Kak Rose. Baru ada peluang nak melawat rumah ye. Sampai terlelap depan tv. Hahaha. Bawak perangai kat umah sendiri gi rumah orang. Buat malu je haha. Terasa macam zaman kat U pulak. Macam lepak kat kolej. Rindu kawan-kawan masa belajar dulu. Harap-harap semuanya bahagia menjalani kehidupan. Dah lama tak melepak dan borak-borak. Yela, masing-masing dah sibuk dengan rutin. Aku je yang gamble lagi. I love my life ! Walaupun kelihatannya macam sedih je tapi aku ok je. Apa pun akak, thanks for the hospitality.

Well, dah terbangun pagi ni… nak cari breakfast pun malas. Adik-adik masih lena lagi. Tu sah-sah tghari baru bangun. Tak payah nak membazir la buat sarapan. Biar diorang pepandai cari makan sendiri. Freezer pun dah tak ada stok. Adoi. Tu la dia selalu mak yang buat semua. Hamek!

Ermmm…baru terbaca mesej LF ni. Kesian, asyik pening je adik aku ni. Risau jugaklah aku. Harap-harap cepat sembuh ye. Ya Allah…aku mohon dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat handai juga diri sendiri.

Tuhan,maafkan diri ini.

Mohon jaga dia ya.