Saturday, October 29, 2011

Terpaksa Melangkah

Emosi terganggu. Tekanan.
Seperti biasa kat sinilah aku meluahkan segalanya.
Tahun 2011 tak lama lagi nak melabuhkan tirai. Tapi perkhidmatan aku di GSM telah pun melabuhkan tirai lebih awal.Mulai Isnin depan, aku akan menjadi staf Fakulti Sains pula.Kena bermula sekali lagi.Cari kawan baru (the most difficult part sebab PEMALU hahahahah!!), belajar task baru (harap-harap bos ok & office mate ringan tulang) dan menyesuaikan diri dengan tempat baru. Semuanya mengundang debaran yang agak hebat jugak.
Dalam masa yang sama, kesedihan meninggalkan teman-teman lama sangat terkesan di hati. Perit. Selama ni even seberat mana pun kerja kita, ada kawan yang saling memahami dan menyokong.Walaupun  mungkin ada marah-marah, salah faham tapi masih boleh spend time together like we did not have any argument before.Aku harap aku akan beroleh teman baru yang juga seperti mereka.Gonna miss u guys.
Kuatkah aku?
Terasa kosong sangat jiwa ni.Sunyi.Seakan keadaan dah tak sama macam dulu.Aku mohon pada Allah supaya keadaan ini tidak berpanjangan.Jika kesibukan boleh buat aku tak merasa seperti ini, aku akan sedaya upaya membizikan diri (senyum).Biarlah...apa pun terima kasih sbb pernah buat aku merasa sangat gembira dan rasa dihargai walaupun cuma seketika. Aku tetap aku...ada kelemahan dan kelebihan tersendiri yang menjadikan kita setiap ciptaanNya adalah unik dan berbeza.

I feel like I don't have any function at all.Should I distance myself ?
I AM A DAMN GOOD ACTRESS.

No comments: