Tuesday, October 11, 2011

Aku Redha

Pertemuan yang sangat memberi erti dan menyentuh hati.

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menentukan tiap-tiap sesuatu. Dia juga yang membolak-balikkan hati.

Maha Suci Allah. Aku sendiri tidak menyangka akan berperasaan seperti ini.  Sebaik melihat wajah si comel perasaan kecewa, marah dan dendam luruh begitu sahaja. Bila aku lihat wajah sahabatku, aku rasa tenang. Tiada lagi rasa duka dalam hati. Buat pertama kalinya aku ikhlas dengan perasaanku. Aku gembira melihat dia melalui fasa baru dalam hidupnya walaupun sebelum ini perasaan aku berkecamuk. Terima kasih Tuhan. Hatiku yang keras telah Kau lembutkan. Aku telah meredhai segala yang berlaku dan aku anggap semua ini adalah pengajaran termahal dalam hidup. Betapa setelah bertahun-tahun aku cuba meringankan beban hati. Akhirnya dimakbulkan.

Seperti selalu, air mata ini pasti menitis tapi kali ini bukan kerana duka, tapi gembira yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata. Aku akan tanamkan dalam-dalam dalam hatiku, apa jua yang berlaku selepas ini akan aku harungi dengan penuh ikhlas dan sabar. Andainya aku terlupa, ingatkanlah aku ya Allah.

Walau macam mana saya marah, awak tetap bertahan.
Walau macam mana saya benci, awak masih di sini.
Kita akan setia sebagai sahabat sampai bila-bila.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn di tangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.. (petikan daripada laman web www.akuislam.com)

No comments: