Monday, November 07, 2011

Semuanya Baru


Diam tak diam dah seminggu aku di fakulti baru. Sekejap sahaja masa berlalu. Perbezaan sangat ketara. Dulu bertugas di bahagian akademik, sekarang ditugaskan di bahagian HR. Telan air liur bila kena incharge bahagian yang bagi aku payah. Banyak benda nak kena pantau,nak kena ingat. But in the other hand, aku anggap ini satu cabaran. Best jugak belajar benda baru.
Dalam masa yang sama aku masih sayangkan tempat lama. Tapi tempat lama tak sayang aku hahah. Aku terima takdir ini dengan redha walaupun pada awalnya susah juga. Mungkin inilah tempat terbaik aku. Siapa tahu di sini akan berlaku satu titik perubahan yang besar dalam sejarah hidup kan? Cuma harapkan yang terbaik dalam setiap yang aku lalui.
2011 pun bakal berakhir. 2012? Harap sangat nasib aku berubah menjadi lebih baik. Jumpa someone yang bisa menemaniku hingga ke nafas terakhir hihihi (mengada). Asyik frust je kan. Air mata asyik tumpah pada yg tak patut. Tapi…ada ke? Hai entahla sendiri pun tak tahu. Rasanya tiap-tiap tahun mengharapkan hal yang sama. Every year pun meratapi benda yang sama. Sekarang ni pun sama jugak tapi aku cuba untuk kentalkan hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi bila tengok ekspresi muka orang bila aku cakap aku single. Rasa macam nak menyorok bawah meja. Boleh jatuh semangat !
Tak mau jadi lemah macam dulu walaupun pahitnya Tuhan je yang tau. Takpe, jangan sesekali berputus asa, CIK NASH ! 

p/s : walaupun pernah melalui banyak kali, tapi hati ni perit juga.air mata jatuh juga.

No comments: