Thursday, October 20, 2011

Pujuk hati


Kenapalah Scrap N Crop tak reply lagi ni? Aku ada tanggungjawab ‘besar’ ni (poyo gile ayat). Harap-harap barang tu sampai cepat. Bolehlah memulakan aktiviti mengkreatifkan diri. Yelah, teman pun tak ada di sisi (cheewaahh). Nak luahkan pun tak ada sapa nak dengar. Baik jugak aku layan benda-benda macam ni supaya fikiran aku ni taklah tertumpu kepada hal yang buat aku sakit hati dan sakit otak. Urgh!

So lonely inside, so busy out there.
All I need is just somebody who cares T_T

Kadang-kadang (ke selalu??) jeles je tengok orang lain. Senang je dapat pengganti. Ada yang dah clash pastu boleh sambung balik. Ada yang tak payah nak tempuh kecewa banyak-banyak jumpa je sorang terus you are the one. Aku? Tak sebertuah tu. Bila perasaan dah berputiklah kekecewaan akan singgah. Tak sempat nak bercambah langsung pun. Huwaaaa!! Hahahah!!! Bila family pun macam ala2 nak kondem je lagilah frust. Lagilah rasa nak gi hujung dunia. Tapi bila orang nak kenalkan,serta-merta rasa takut dan seram tu wujud. Kelirunya! Ya Allah berilah aku petunjuk. Aku cuma harap aku tak jatuh hati lagi dengan orang yang bukan untuk aku. Rasa macam dah tak mampu nak hadap semua tu lagi. Rasa kehilangan….rasa macam mati lagi bagus daripada hidup….rasa macam hilang arah….tidur pun terganggu asyik mimpi bukan-bukan. I really don’t want to go through that again. Tak nak jadi bodoh + setia-nak-mati + relaku menunggu 1000 tahun lagi + I do everything for you. Sangat letih !

Hidup single sekarang pun taklah teruk sangat kan?

Ye memanglah society masih memandang kami-kami ni dengan pandangan skeptical. Dah nak senja bagai kan? Peduliklah! Bukan diorang tu pun yang bagi aku rezeki. Memanglah best kan ada teman,kalau ada masalah boleh share, g mana-mana ada orang teman. Ye ke? Tak semestinya kan. Ada jugak yang masalahnya bermula setelah berumahtangga. Duit tak cukuplah, laki tak tolong jaga anaklah, masalah mak bapak mertua,ipar duai. Haish.

Oleh itu, tanamkan rasa syukur anda dengan hidup anda sekarang.

Jangan terlalu angankan masa depan yang masih ragu. Hiduplah dengan apa yang anda ada sekarang.
Sentiasa percaya Allah ada perancangan yang lebih baik.
Dunia ini fana. Akhirat itu kekal. Selamanya.

2 comments:

Mizumi said...

Sentiasalah bersyukur, dengan cara itu sahaja membolehkan kita mendapat sesuatu yang lebih baik. Pada pandangan kasar atau zahir seperti seksaan.. Cuba menghalusinya.. Diri kita sendiri yang kejam sebenarnya kerana tidak pernah cuba nampak kebaikan-kebaikannya.

Nashrin said...

Yup.belajar dr pglmn.