Sunday, November 11, 2007

Jamuan Raya GSM

Ramadhan...lebih sebulan meninggalkan kita,begitu juga Syawal baru sahaja melabuhkan layar. Open House GSM juga baru saja berakhir hari Rabu lepas.Ramai juga hadirin yang datang.Masing-masing memang memperuntukkan perut yg separuh kosong semata-mata untuk majlis ni termasuk aku.hahah..tapi tak semua juadah aku sempat dan lalu makan.Maklumlah storage perut aku kecik.Jom kita intai2 menu yang sempat 'ditangkap' pada hari itu.Jom jamu mata,hehe..




Haa...ini juadah mihun sup yang sempat aku cilok kuahnya dari mangkuk opis mate aku.Pedas!!Favourite aku la kalau pedas-pedas ni.Tapi aku x sempat nak ambik pun sebab dah kenyang.Lagipun diorang kata pedas sangat sampai bos aku sakit perut.heheh.

Menu kedua, nasi ayam.Buat pengetahuan semua, inilah menu pertama yang masuk dalam perut aku sebab masa tu aku memang lapar nasi.Sedap,cuma sambalnya cair macam sup.Sampai aku lupa yang aku belum tuang sup pun atas nasi aku.Gasaklah.Sebab makan nasilah aku rasa kenyang nak jamah benda-benda lain.


Wah,sate ayam ni pun fav dish aku jugak ni.Adui,terliur pulak aku nengok sebab masa tu aku just makan 2 cucuk je kot.Itu pun sebab kawan ambik lebih.Sedap korang, kira puas hatilah.Daging banyak,besar memang sesuai.Tapi masa jamuan ni berakhir,aku bawak balik lebihan satay ni untuk family.Sikit je pun,bagi diorang merasa.Lagipun x baik membazir.

1 comment:

Anonymous said...

Bila tengok je gambar sate ni, memang teringat balik rasa sedap dia yang teramat tu ishhhh... dengan daging dia yang pejal tapi garing ishhh.. dengan rasanya yang perfect ishhhh...