Thursday, April 05, 2007

Hey,I have one

Akhirnya laptop yang ku tunggu tiba jua.Terasa macam tak percaya pun ada.Sayang sangat walaupun laptop tu biasa2 je.Tak lah sepower mana.Cukuplah untuk aku menaip apa yang patut.Nak beli Intel Centrino atau Duo Core Processor mana mampu setakat bergaji level SPM.Lagipun aku bukannya memerlukan aplikasi yang berat kat laptop aku.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Ojai yang menghantar laptop aku 2 hari lepas.1st time aku cakap dengan dia berhadapan bukan di ruang siber.Mungkin sebab aku dah biasa ym,jadi taklah kekok sangat.Kalau tak mesti aku gabra jugak.Heheh,anyway thanks a lot.Sebenarnya aku tak guna pun lagi laptop tu.Semalam pun balik rumah dalam pukul 11 malam.Lepas je solat,aku terus tidur.Penat sangat.Tambah sakit hati lagi semalam.Tak tahulah kenapa aku mesti mesej dia jugak walaupun aku tahu dia mesti tak nak layan aku punya.Aku sedih,tapi buat apalah sedih dengan kebodohan sendiri.Bukan aku tak cemburu tengok kawan-kawan aku bahagia dengan insan tersayang,tapi inilah nasib aku nak buat camne.Wahahha!!Tak terjawab aku dengan persoalan orang.Allah telah aturkan sesuatu untuk aku dan aku tak tahu apa,tapi aku yakin semunya utk kebaikan aku.

No comments: