Sunday, February 11, 2007

Badai di Hati

Mata aku terasa perit. Penangan novel karya Fazie Hanna berjudul ‘Badai di Hati’. Hatiku disayat pilu sejak bab permulaan hinggalah ke akhirnya. Tambahan pula aku membaca dalam suasana hening dan sunyi bersulamkan bunyi putaran bilah kipas di kamar. Saat itu semua penghuni di baiti ku telah lena dibuai mimpi.
Setiap kali membaca novel, akan terdetik satu persoalan di benakku. Macam mana mereka mampu menggarap idea kemudian tampil mempersembahkan karya mereka dengan baik sekali? Mengusik emosi para pembaca seperti aku? Ya, ku akui aku memang sensitif. Hehhe… aku dalam usaha memperbaiki kelemahanku yang satu ini. Sensitif, biar berpada.
Ingin aku sampaikan ucapan terima kasih buat seorang teman yang sudi menghubungiku semalam. Lama juga kami berbicara. Seperti biasa, aku akan kehabisan kata atau mati akal setiap kali dia melemparkan pendapatnya. Adakala tak mampu aku menangkis. Katanya aku panas baran. Ah, manusia berhak memberi pandangan melalui apa yang dilihat. Ada benarnya,aku hot tempered…ya..namun sekurang-kurangnya aku berusaha mengawalnya walaupun ada ketika hati ini terbakar dek amarah yang tercetus akibat sesuatu. Aku bukanlah tidak boleh ditegur,malah aku mudah dilentur. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai personaliti. Ada lebih, ada kurang.
Ada katanya yang sedikit sebanyak mencuit naluriku sebagai seorang perempuan…
“Lelaki dalam lingkungan usia 21-26 tahun lebih mementingkan kerjaya dan mungkin keluarga. Tak salah kalau lelaki berusaha mencari gadis yang terbaik”
Ya,memang tak salah. Cuma yang silap,jangan memberi harapan,kemudian bertindak menghancurkan dengan alasan mencari yang terbaik. Andai diri sendiri tidak sehebat Saidina Ali,janganlah berangan memiliki pasangan seperti puteri Rasulullah,Fatimah Az-Zahara. Sebagai seorang perempuan, kita hanya ibarat mentimun…menggelek pun terluka,digelek apatah lagi. Keputusan di tangan mereka. Mengenangkan ini semua, aku bertindak tidak mahu memikirkan semua ini. Perjalanan hidup masih panjang,dan aku telah dikejutkan dari lamunan.
Dalam usia mencecah 25 ini,persoalan hatilah yang sering mendapat tempat dalam perbualan,kan?Naik lemas dibuatnya. Hahahah…ada seorang teman berkata,aku akan kahwin umur 30. Ye ke? Aku harap masa tu aku sudah berjaya dengan kerjaya aku. Itu matlamat yang harus dituju. Lain-lain tu…x naklah fikir.kan?
Kelopak mata pun semakin memberat. Konon nak stay up nak menyambung cerita. Aku sendiri teruja nak tahu apa ending cerita aku ni ye? Eheh..:p

2 comments:

Puteri Melur said...

Assalamualaikum Nashrin,

badai di hati ker sekarang ini? apa yang mampu kita semua lakukan, hanya berdoa semoga badai akan hilang dari hati kita kan :)

Nashrin said...

aha...biasalah,hidup kita ni tak ubah macam laut jugak.adakala tenang,adakala bergelora.