Wednesday, November 15, 2006

I'm back

Wah,banyaknya sawang kat blog aku ni.Achuum!Sampai terbersin ni.Hahahah.lama sungguh aku tak mengemaskini laman ni.Sebabnya ada yang tahu kan,aku ditimpa penyakit yang aku ase ngeri je nak laluinya balik.Ergh..masih terasa sakitnya sampai skg.Sakit yang patutnya kena beberapa hari jek leh melarat sampai 2 minggu.Selama tulah aku mc.Hari ni cam dah ok dah.Cuma bengkak jek tak hilang lagi.Masih terasa lagi sakit masa doktor dok tenyeh mata aku nak buang selaput yang ada kat kelopak mata aku.Rasa nak terkeluar biji mata.Argh!Janganla mggu depan aku jumpa balik kena lagi.Tak sanggup kutanggung kesakitan tuh!Kat sini aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan terima kasih wat kengkawan yang sudi dengar keluh kesah aku sepanjang aku sakit,yang bagi aku semangat masa aku ase putus asa sangat2,masa aku cemas giler kena rujuk kat unit kecemasan (cuak giler time neh!).Memang Allah sajala yang balas budi baik korang.Sayang sangat kat kawan-kawan aku.

Kalau ikutkan aku akan cuti sampai isnin depan.Kalau dah elok,Selasa aku mula kerja.Rabu ada appointment dengan doktor pakar oftalmologi.Namanya Dr Suhaila,comel orgnya putih,cakap pun sopan santun jek.Pregnant.Doktor kat unit kecemasan yang tgk aku pun pregnant jugak.Huhu..mungkin nanti anak diorg comel gak cam aku.Wahahah!Dah lama asenya tak merepek.Asyik dok tahan sakit.

Hmm..ase cam dah tembam jek aku.Dok umah asyik melantak je keje.Dah xde apa nak wat kan.Tembam pun tembamlah,janji sihat.Hihi..chow dulu.Salam..

4 comments:

.ain. said...

owh..akak sakit ke? sorry to hear that. hopely dah feel much better now..=)
btw, akak dah tembam? upload la new photo! nak tgk! hehe

SegalaNya KuTerima said...

woit...amboih...sakit2 mata hang sempat lagi ek nak update blog...heheheh.Suspen aku baca blog hang ni, kenapa ngan mata hang sebenarnya ni, sampai nak kena gi jumpa dortor blk plak....

.ain. said...

owh..so, ni natijah contact lense la eyh? i'm wearing too.but not too frequent dah lately.huhu..thanks 4 d advise and i'l take it into consideration..take care sis!

Nashrin said...

maybe one of the reason la..akak pun x tau.but akak aritu curi2 gak tgk surat doktor tu dia tulis keratoconjunctiva.dulu masa public speaking akak ada wat topic pasal beware of the side effect of the contact lense.salah satunya leh mengundang penyakit keratitis,boleh menyebabkan buta jugak.so it could be one of da causes.