Thursday, June 01, 2006

Reunion AYSK:24&25 Jun 06

Perhatian kepada bekas pelajar Asrama Yayasan Selangor Klang batch 95-99! Heheh..insya allah kita bakal bertemu semula di Port Dickson setelah bertahun-tahun tak jumpa.Macam manalah agaknya keadaan ye kalo ditakdirkan program ni berjalan lancar?Dalam hati terdetik juga rasa segan mengenangkan pencapaian aku yang taklah sehebat mana berbanding kawan-kawan aku yang lain.Namun aku akur,yakin dan pasti yang rezeki Tuhan ada di mana-mana.Mungkin dalam bentuk yang tak pernah kita impikan atau bayangkan selama ini.Bila aku terasa kerdil atau tak sehebat orang lain,aku akan sematkan ayat ni dalam hati:"Jika Allah mengabulkan permintaanmu, maka Dia menyayangimu,jika tidak Dia sebenarnya mengujimu.Pastinya Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik untukmu tanpa kamu sedari"
Dan aku?Insya allah jika diizinkan aku akan pergi..bertemu kembali rakan-rakan yang pernah menemani aku di kala tawa dan duka.Memang banyak sangat pengalaman,5 tahun bernaung di bawah bumbung AYSK mengajar erti persahabatan,mana kawan mana lawan, belajar erti kecewa dan putus asa dan juga bekerjasama dalam apa jua keadaan.Buat ex-aysk batch 95-99,kalian sentiasa dalam ingatanku..SEMOGA BERJAYA DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA...

1 comment:

Nana said...

eh. nashrin dak serdang tu ke??