Monday, March 27, 2006

BAB 16-17

BAB 16

Seperti yang dijangka,keputusan peperiksaan untuk subjek Pengaturcaraan Awalan sekadar cukup makan.Dia tetap bersyukur dengan ketentuan ini. Setidak-tidaknya lulus. Tak kurang juga teman sekuliahnya yang gagal. Encik Amran,pensyarah yang bertanggungjawab mengajarnya meniupkan semangat untuknya memperbaiki kesilapan dari awal. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Arina memicit kepalanya yang berdenyut. Stok Panadol pula kehabisan. Minyak angin dicalitkan sedikit di bahagian kiri dan kanan kepalanya. Harapnya mampu memberi sedikit kelegaan. Terasa semakin memberat, kepalanya didaratkan ke bantal.Cuaca yang panas membahang pada siangnya mungkin mendorong datangnya sakit yang menerjah tanpa diundang kehadirannya.

Telefon bimbit yang terletak di sudut katil digapai.Ingin mengunci jam sebelum tidur buat seketika tatkala menyedari ada satu mesej tertera di skrin telefon. Terus dia menekan ‘Inbox’.

“Akum,Rin apa khabar?”oh,mesej Fendi. Muncul segarit senyum.
“Kurang sihat sikit. Cadangnya nak tidur sekejap. Mintak tolong kejut Rin pukul 12 nanti,boleh?”
“Tak sihat?Esok gi klinik tau,nanti melarat. Tidurlah, nanti Fendi gerak ye,”
hai,Fendi. Tak payah pergi klinik,baca sms awak hilang sakit saya,gumamnya dalam hati.
Aziriza melirik pada temannya yang sudah pun melelapkan mata. Dia melihat jam di pergelangan. Pukul 9.30 malam. Awal Arina tidur hari ini.Penat benar agaknya. Tekak tiba-

tiba terasa dahaga. Dia beralih ke meja kecil . Deretan botol air mineral tersusun di situ. Dia mengambil salah satu darinya.Cawan yang masih ditelangkupkan diangkat lalu dituang air ke dalamnya.Sedang dia meneguk air, telefon tangannya berdering menandakan ada pesanan ringkas diterima.

“Buat apa tu?Esok jangan lupa ya!”

Ah,Iman. Risau sangat kalau aku terlupa. Butang ‘Cancel’ ditekan untuk menutup mesej. Iman, Fariz Aziman,sahabat yang saban masa bersamanya tak kira semasa atau luar waktu kuliah. Bagai isi dengan kuku. Namun dia sedar,sedikit sebanyak persahabatan merekabergoyang dek fitnah yang tidak ketahuan puncanya. Kononnya mereka bercinta sedang hakikatnya tidak begitu. Mereka rapat atas dasar kawan.
Aziriza mengeluh.Dia tidak kisah kalau teman rapatnya mengusiknya dengan Fariz. Namun dia jadi tidak selesa apabila ada mata yang memandang sinis. Bukan sekali dia menyuarakan kebimbangannya pada Fariz Aziman. Dan hanya satu jawapan sahaja yang dia dapat dari bibir Fariz........biarkan. Hampir-hampir mereka bertengkar. Sudahnya,Aziriza mengalah.Sebenarnya dia tidak mahu dituduh terhegeh-hegeh dengan lelaki. Juga bimbang andai maruahnya sebagai perempuan terjejas dengan tuduhan tak berasas dari mulut-mulut mereka yang tidak bertanggungjawab.

Matanya melekat pada sticker gambar mereka berdua. Ianya diambil semasa mereka keluar ke bandar. Jenuh Fariz mengajak. Berkali-kali Aziriza menolak.Natijahnya,sepanjang mereka mengadap hidangan di food court,Fariz membisu.

Iman, mengapa banyak sangat rintangan dalam persahabatan kita,detik hatinya sayu.

BAB 17

“RIN, SAYA TUNGGU AWAK KAT PERPUSTAKAAN. TINGKAT 5. RITA KATA AWAK KENAL SAYA.ITU PUN KALAU AWAK SUDI.”

Gelisah dia memikirkan mesej Fendi yang diterimanya sebentar tadi. Nasi goreng kesukaannya pun hanya dijamah sedikit. Hendak menolak dia serba salah.Sudah banyak kali dia menghampakan Fendi. Hendak pergi,hatinya pula terasa berat. Segan,malu semuanya bersatu.

“Dik,kenapa makan tak habis?Tak sihat ke?”Hazli menyoal bila memerhatikan Arina tidak menghabiskan makanannya. Arina menggeleng menidakkan andaian Hazli.
“Hang tu dah la kecik, tak payahlah nak berdiet. Ke baru dapat mesej dari ‘balak’ sampai tak lalu makan?”Azizi pula bersuara.
“Siapa diet,aku tak ada seleralah. Merepek la kau,Zi,”

Tiba-tiba Sue menjerit. Semua mata memandang ke arahnya.Menyedari dia bersikap di luar kawalan,dia menekup mulut. Nasib baik tak melatah. Dia menjengilkan matanya,marah dengan Intan yang tak semena-mena mencucuk pinggangnya. Intan menghalakan jari telunjuknya ke satu sudut. Segera Sue senyum melebar. Aziriza dan Arina mengangguk tanda faham. Jejaka pujaan lalu,siapa yang tak seronok?

“Ala,tak payah sorok la Sue. Aku tau kau minat siapa. Mamat Sarawak tu kan?”mereka sedikit tersentak dengan kenyataan yang meluncur dari mulut Azizi. Setahu mereka,hal ini tidak pernah dikhabarkan pada sesiapa. Hanya mereka berempat yang tahu. Hai,itulah orang tua-tua ada berkata, cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar. Hazli terpinga. Mamat Sarawak?

“Kau ni Zi,pandai-pandai je. Mana ada aku minat.Suka tengok je,normal la kan?”Sue menyembunyikan rasa hatinya daripada dihidu Azizi. Azizi tersenyum sinis.

“Eleh,perempuan kalau minat orang lelaki boleh tahu la. Even korang try nak cover pun,still boleh nampak. Body language cukup menceritakan segala-galanya,”kalau bertekak dengan Azizi,asyik dia je yang nak menang. Silap-silap,kita pula yang sakit hati. Tapi, betulkah lelaki cepat tangkap kalau ada perempuan yang minat? Entah-entah,golongan jejaka perasan saja yang berperasaan begitu.

“Biasalah tu. Macam lelaki juga kan,suka tengok perempuan ni,perempuan tu.Sekadar mencuci mata,kitorang pun sama la. Tak semestinya minat,”Intan menyokong sahabat yang sudah tak keruan lakunya.

“Yalah tu,”Azizi dan Hazli bersuara serentak. Dalam hati Sue lega tak terkira apabila Azizi berhenti mempersoalkan isu itu.Kalau boleh, dia tidak mahu kedua-dua mereka dapat tahu lebih-lebih lagi Azizi. Budak berdua ni bukan boleh harap, dibuatnya diorang jumpa budak tu lepas tu bagitahu yang aku suka kat dia...eee,mau aku lari dari UUM ni.Siapa yang malu?Akak jugak!

“Ada lagi satu jam ni. Korang nak pergi mana?”soal Hazli.
“Aku balik bilik,”jawab Azizi.
“Tak tau lagi,library perhaps,”Arina menjawab bagi pihak rakan-rakannya.
“Aku ikut hang la Zi. Hang bawak motor kan?”
“Kami blah dulula,jumpa kat kelas.”
“Adik,kalau aku tak datang,tolong ye,”kata-kata Hazli disambut dengan cebikan.
“Malas,sendiri tak datang,sendiri tanggung,”
“Kau kan secretary aku,dik. Boleh lah,”
“Dah la,pergi balik la...”tubuh Hazli ditolaknya dengan fail. Uh,beratnya!

Setelah mereka berdua beredar, Arina memandang wajah rakan-rakannya satu persatu.

“Korang mesti temankan aku ke perpustakaan sekarang. Wajib!”

Mereka bertiga saling berpandangan. Apa sebenarnya yang berlaku?



Selepas menyimpan beg masing-masing di bilik khas, mereka beriringan melangkah masuk ke perpustakaan.Mereka meniti anak tangga perlahan-lahan untuk mengelakkan timbulnya bunyi bising dari sepatu yang mereka pakai.

“Kau janji dengan dia kat tingkat berapa?”tanya Aziriza separuh berbisik. Arina menunjukkan angka lima menggunakan jemarinya. Debar kian menyesak dada. Sue dan Intan senyum-senyum memandangnya. Dalam kekalutan ingin ketawa pula Arina. Ketiga-tiga mereka setia mengekorinya, lagaknya seperti ada satu misi penting yang harus diselesaikan. Sedangkan hakikatnya tidaklah seserius mana.

Setiba di tingkat 5, Arina mundar-mandir mencari kelibat insan yang ingin menemuinya. Bilangan pelajar yang agak ramai menyukarkan penglihatan. Dia beralih dari satu meja ke satu meja. Jantungnya berdegup hebat. Fendi yang mengenakan kemeja biru cair sedang menulis sesuatu di satu sudut yang agak terpencil. Pantas dia mendapatkan teman-temannya yang telah mengambil tempat.
“Ha,dik, dah jumpa ke?”Intan bertanya tidak sabar.
“Dah,tu dia kat meja hujung tu,”semua mata menghala ke arah yang diberitahu.
“Wah,not bad! Apa lagi Ina,saat keemasan ni,”Sue bersorak gembira.
“Tapi,aku malulah nak jumpa,”
“Apa nak dimalukan? Lagipun dia yang atur ‘date’ni,”sahut Aziriza. Yang lain mengiyakan tanda setuju.
“Cubalah,tak rugi. ‘Kitorang’ sokong kau dari belakang. Go Ina,go!”
“Apa-apa hal,kami ada di sini,”Sue memegang bahunya.Memberi perangsang untuk teman seperjuangan. Arina menarik nafas dalam-dalam. Sebelum melangkah,sempat dia berpaling pada sahabat setianya yang memerhati dengan penuh harapan.

“Assalammualaikum...Fendi,”
“Waalaikumussalam,”anak mata Fendi tajam memanah pandangannya. Arina berpaut kuat pada birai meja untuk menampung tubuhnya yang menggeletar.
“Rin mengganggu kerja Fendi?”sepantas kilat Fendi bangun dari duduknya.Nyata dia dalam keadaan serba-salah.
“Maaf, saya tak tahu awak Rin. Errr...silalah duduk,”kerusi di hadapan Fendi ditarik dengan hati-hati. Dia melabuhkan punggung seraya berpaling ke belakang.Rakan-rakannya sedang bertepuk tangan. Arina tergelak kecil. Nakal sungguh,persis anak kecil.Seketika dia memandang wajah di hadapannya.Masing-masing kelu untuk memulakan bicara. Kali pertama bertemu empat mata begini,sedikit sebanyak mengundang resah di dalam jiwa.

“Rin apa khabar?”
“Sihat,alhamdulillah,”balasnya ringkas.
“Fendi nampak macam sibuk je,”giliran Arina mengajukan soalan.
“Tak adalah,saja baca sementara tunggu Rin datang. Kelas dah habis ke?”
“Hai Fendi!”
Satu suara menyapa dari kejauhan mengganggu perbualan 2 sahabat baru ini. Ah,Rita rupanya! Padanlah macam kenal je suara.
“Rajinnya kau study. Eh,Ina! La,tak perasan aku.Ooo.... korang ada..ehem.ehem,”Rita menjeling Arina. Ada kemajuan nampaknya kawan aku ni.
Tanpa dipinta,Rita duduk di sisi Arina. Fendi dan Rita sibuk berbual perihal teman-teman persekolahan mereka sewaktu di tingkatan 6. Menurut apa yang didengar,mereka merancang untuk mengatur satu perjumpaan apabila tiba cuti semester tidak lama lagi. Arina mula panas punggung. 2 sahabat lama bertemu,pasti ada banyak bahan yang hendak dibualkan. Daripada satu topik berpindah pula ke topik yang lain. Fungsinya di situ mengangguk dan mencelah bila perlu.Memandangkan Rita tidak menunjukkan tanda untuk beredar, ada baiknya dia meminta diri. Lagipun kelas tutorial akan bermula sedikit masa lagi. Biarlah mereka berdua mengimbas semula nostalgia ,biarlah meskipun hatinya hampa apabila pertemuan pertama ini diganggu tanpa diduga. Menyalahkan Rita tidak sama sekali,apatah lagi Rita yang menemukannya dengan Fendi.
Arina meminta izin mereka berdua untuk beredar. Kelihatan Fendi teragak-agak untuk membenarkan dia pergi. Mungkin dia baru menyedari akan kewujudan dirinya.Rita menahannya seraya meminta maaf lantaran kedatangannya merosakkan pertemuan ini. Bersungguh hati dia memujuk Arina agar tidak memarahinya. Pasti Rita menyangka yang dia meradang atau merajuk.
“Rita,listen to me. Aku tak ambil hati,aku kena pergi sebab ada kelas. Takkan kau nak halang aku? Kau nak aku kena bar exam?”
“I’m so sorry,Ina....”
“Rileks,la. Bila-bila masa aku boleh jumpa dia.Cheer up,lady. Got to go. Anyway,kirim salam aku pada dia. He look gorgeous,”bisiknya perlahan. Bimbang didengar Fendi. Bulat mata Rita mendengar omongan Arina. Tawa meletus antara mereka.





No comments: