Tuesday, March 21, 2006

BAB 15

BAB 15

Sudah lebih seminggu insiden itu berlaku. Arina sudah serasi dengan panggilan ‘adik’ di kalangan teman rapatnya. Cuma Sue dan Aziriza masih memanggilnya dengan nama asal. Ada masa dia merasakan memang dilayan sebagai adik. Sesungguhnya, dia senang hati diperlakukan sedemikian. Di rumah dia bergelar kakak yang sulung,apa salah bertukar profesion menjadi adik pula di sini. Merasa dimanja.

Awal-awal lagi Arina sudah menyediakan beberapa tempat kosong untuk rakan-rakannya yang masih belum tiba. Dia menghalakan matanya ke pintu masuk utama dewan kuliah. Sejurus kemudian,2 orang lelaki melangkah masuk. Dia tersenyum sendiri. Jejaka pujaan Sue sudah sampai. Sekali lagi ditemani kawan yang sama semasa di lobi Fakulti Teknologi Maklumat. Sempat dia memerhatikan lelaki itu. Bersongkok hitam,kemas,lagak seperti alim . Kalau berjalan,mukanya pasti ditundukkan. Menjaga pandangan barangkali.

Bunyi derap kaki mematikan renungannya.Mereka sudah sampai rupanya. Setelah mengambil tempat masing-masing,mereka terus sibuk memperkatakan tentang sesuatu. Intan menyerahkan sesuatu pada Hazli. Wajah Hazli ceria sebaik menatap kertas tersebut.

“Kertas apa tu?”soalnya spontan.
“Kertas periksa Java Awalan. Terror gile mamat tu. Score A , 85%,”Sue menjelaskan. Arina terdiam. Inilah yang paling menggusarkan fikirannya. Melihatkan Hazli yang berjaya memperoleh keputusan memberangsangkan,timbul rasa iri. Pasti dia tidak mampu menyaingi sahabatnya itu. Subjek yang amat sukar dikuasai, itu yang tertanam di mindanya. Cuma berharap agar lulus,sudah cukup baik.

“Sue,kau nampak tak?”cuba mengalih topik. Enggan membiarkan isu itu terus-terusan menghimpit dada.
“Nampak apa?”Arina menjuihkan bibirnya. Seketika Sue terpana.
“Ikhmal!”terpacul nama itu dari bibir Sue. Sepasang matanya galak memerhati insan yang berjaya mencuri hatinya.
“I guess that you have already known him?”Aziriza menyampuk. Sue tersengih.
“Only his name,”
“Sebaya atau muda setahun?”tanya Arina pula. Sue mengangkat bahu tanda tidak tahu. Otaknya berputar ligat mencari jalan untuk mengenali Ikhmal dengan lebih mendalam. Menurut apa yang diberitahu oleh kawannya, dia asalnya dari Sarawak. Ramai beranggapan dia berbangsa Cina memandangkan paras rupanya dan warna kulitnya yang cerah.

Kuliah Sistem Maklumat dalam Organisasi berakhir setengah jam lebih awal kerana Cik Nassiriah perlu menghadiri satu mesyuarat. Sebelum beredar, para pelajar dibekalkan tugasan individu yang meminta mereka mencuba sebarang jenis perisian tanpa berpandukan manual dari buku dan apa jua bahan yang berkaitan. Laporan hendaklah merangkumi nama perisian serta dilampirkan cara kerja pelajar sebagai bukti.

“Adik, kau dah dapat paper Java?”Hazli menahannya sewaktu dia mahu keluar dari barisan tempat duduk.
“Belum,ingat nak ambik sekejap lagi. Tahniah, excellent result,”
“Terima kasih. Kau pun mesti boleh,”Arina tersenyum namun kelat dirasakan.
“Entahlah. Kalau lulus pun aku cukup bersyukur. Baiklah, aku pergi dulu. Sue pun dah lama tunggu kat luar tu,”Hazli mengundur untuk membuka laluan. Arina menoleh semula ke belakang apabila tiba di muka pintu. Niat ingin mengucapkan selamat tinggal tapi Hazli sedang berbual dengan beberapa orang gadis. Ke mana saja dia pergi,pasti ada yang menegur dan majoritinya kaum wanita. Tidak hairan kalau dia menyandang gelaran ‘playboya’ (playboy + buaya). Tapi Arina tahu, Hazli tidaklah seteruk mana. Dia yakin dengan anggapannya. Memadai andai Hazli tidak menyakiti hatinya.

No comments: