Tuesday, March 21, 2006

BAB 14

Peperiksaan pertengahan semester baru saja berakhir.Fariz dan Intan mencadangkan agar mereka semua keluar bersukaria.Azizi tidak ikut serta kerana pulang ke rumahnya di Sungai Petani. Arina,Sue dan Hazli bersetuju lebih-lebih lagi untuk melepaskan tekanan setelah bertungkus-lumus mengulangkaji. Mereka sepakat untuk menghabiskan masa di taman tasik yang baru beroperasi di Jitra. Wang PTPTN pun tidak luak lagi.

Hal sewa kereta diuruskan oleh Fariz kerana dia lebih berpengalaman. Hazli bertindak sebagai pemandu. Intan bertugas sebagai penunjuk arah memandangkan dia pernah ke sana sebelum ini. Arina,Sue dan Aziriza hanya mengikut. Lagipun sejak mereka sampai ke Kedah, mereka masih belum berkesempatan melawat ke mana-mana.

4 gadis sedari tadi menanti di perhentian bas. Arina sudah mula berkerut menahan bahang matahari. Intan pula sibuk bergayut di telefon. Orang ramai peminatlah katakan.Sue dan Aziriza melayan perasaan masing-masing.

“Hai...mana mamat berdua tu? Dah berjanggut aku tunggu!”Intan merungut.
“Aku pun dah nak naik angin rasanya,”Arina pula membalas.
“Sabarlah,agaknya diorang ada problem pasal kereta kot,”Aziriza cuba menenangkan perasaan rakan-rakannya.

Sebentar kemudian, sebuah Satria biru gelap menjalar di hadapan mereka.Sue memanjangkan leher untuk melihat siapa yang memandu. Sebaik cermin kereta diturunkan, wajah Fariz tersembul.

“Hai cik adik semua. Nak ikut abang jalan-jalan tak? Kereta kosong ni,”Fariz mengusik.
“Eleh,apa kelas naik Satria. I paling ‘koman’ pun pandang Mercedez,”Arina membalas. Tak mahu kalah dengan usikan Fariz.
“Okaylah,cik adik yang paling kecik tu tak payah naik ye. Tunggulah Mercedez awak datang!”Hazli yang duduk di tempat pemandu mengenakan Arina. Dia mula menggerakkan kereta perlahan-lahan ke depan. Kelam –kabut Arina mengejar. Terkekeh-kekeh dia mengetawakan Arina dituruti teman-temannya yang lain. Arina tidak jadi memarahi Hazli. Tidak mahu merosakkan suasana riang bersama teman-temannya hanya kerana melayan amarahnya. Dia akhirnya senyum sinis ke arah Hazli yang melirik ke arahnya. Nasib baik mood aku ok, kalau tak, naya mamat ni!


“Apasal lambat,Fariz? Jenuh kami tunggu. Bedak aku pun dah cair,”
“Entah,malu lak kitorang jual muka kat bus stop tu. Dah sampai tahap jualan lelong dah ha,”Sue menyambung kata-kata Intan. Arina dan Aziriza tersenyum.Lucu dengan gelagat 2 teman mereka yang kalau bercakap selalu tak bertapis.
“Pak Mat tu la,kitorang dah cakap nak guna pukul 4,dia bagi kat orang lain pulak. Terpaksa kitorang tunggu kereta lain. Ye tak,Li?”
“Betul tu.Kami minta maaf la ye.Orang-orang kat belakang ok ke? Macam ‘sardin’ je aku nengok,”nak ketawa pula dia melihat keempat-empat rakannya duduk berhimpit.Kasihan pun ada. Mujur ada Satria,dibuatnya kena sewa Kancil,alamat tak lepas.
Perjalanan mengambil masa kurang dari 1 jam. Intan menjerit girang bila terlihat air pancut di tengah-tengah tasik yang luas itu.Percikan air kelihatan bagai mutiara kecil yang berguguran, bersinar bila dibias dek cahaya matahari. Sejalur pelangi indah terbentuk mewujudkan fenomena semulajadi pembiasan.Tak sabar rasanya nak turun dari kereta.Kawasannya cantik,ada laluan khas untuk mereka yang ingin berjogging. Turut disediakan tapak khas untuk penjaja menjual barangan mereka. Sekeliling tumbuhan menghijau diserikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan menjadi tempat persinggahan rerama pelbagai warna persis taman mini yang indah.Sejuk mata memandang. Bangku kayu menjadi tempat melepas lelah. Taman permainan untuk anak-anak kecil juga ada dibina berhampiran. Hazli memarkir kereta di bawah sepohon pokok.

“Apa lagi,jom main ‘cycleboat’ tu! Aku naik dengan kau ye,Sue?”
“Ok,set!”
“Eija naik dengan Iman,ye?”Aziriza menoleh pada Arina. Arina mengangguk tanda setuju melepaskan Aziriza bersama Fariz. Orang tengah bahagia,jangan dihalang.
“Kau naik dengan aku,tau!”Arina terkedu. Aku kena main jugak ke?Arina melemparkan pandangannya ke arah tasik yang luas terbentang.Hatinya kecut. Haruskah dia memberitahu Hazli apa yang dirasainya?
“Aku tak nak main la. Aku tengok dari sini je,boleh?”
“Apasal pulak?”Hazli membentak.
“Yelah,Ina. Penat je datang kalau tak main.Tak best la!”Sue bersuara sambil tangannya ligat membantu Intan mengikat tali jaket keselamatannya.
“Betul tu. Sporting la sikit. Baik tak payah datang kalau macam tu!”wajah Arina berubah.Terusik dengan kata-kata Intan.Matanya terasa panas. Aziriza dan Fariz saling berpandangan.
“Ina_”
“Ok,aku naik. Teman aku ambik jaket,Ja,”Aziriza baru hendak melangkah apabila Hazli menghalangnya.Hazli membantu Arina mengenakan jaket keselamatan berwarna oren.Keadaan jadi tegang seketika. Semua mengambil bot masing-masing lantas mengayuhnya ke tengah. Tinggal Hazli dan Arina yang masih di tebing. Hazli memegang bot untuk menstabilkannya.Memudahkan untuk Arina naik. Namun,dia masih tak berganjak.
“Ina,kenapa tak naik?”
“Aku...aku takutlah Li. Sebenarnya,aku fobia air...”Hazli faham kini.
“Kau takut jatuh? Jangan risau,aku ada.Insya Allah, semuanya selamat okay?”sedikit lega mendapat jaminan,dia memberanikan diri. Cuba menghindarkan bayangan buruk yang menggugat keyakinannya.

Sambil berkayuh,mereka bertukar-tukar cerita.Tentang hidup,cita-cita dan impian. Hazli ada bertanya perihal mengapa dia fobia pada air. Hazli mempersendakan Arina dengan mengatakan yang selama ini dia tidak mandi sebab takut air.Hadiahnya,satu cubitan singgah di lengan lelaki itu. Kemudian,dia menceritakan pengalamannya lemas di laut sewaktu mengikuti perkhemahan di Pulau Pangkor semasa menuntut di tingkatan 5. Hazli mendengar dengan penuh minat. Tergelak Arina tatkala Hazli mengatakan yang dia mampu menyelamatkan dia dari lemas kerana dia jaguh renang. Jaguh kampung. Hazli,pandai menceriakan lara hatinya. Itulah istimewa Hazli pada Arina.


“Ina,kita buat jahat nak?”
“Buat jahat?”Arina merenung Hazli yang tersenyum nakal. Arina bersetuju lalu mereka berdua mengayuh bot menuju ke arah bot yang dinaiki Aziriza dan Fariz. Dengan sepenuh tenaga yang ada mereka melanggar bontot bot. Teroleng-oleng bot disusuli dengan jeritan lantang Aziriza yang terkejut dengan tindakan tiba-tiba Arina dan Hazli. Intan dan Sue pula merempuh bahagian sisi bot Arina dan Hazli. Semua enggan mengalah. Tanpa diduga, Hazli berundur dan melarikan bot dari kelompok tersebut dan mengayuhnya ke arah simbahan air pancut.

“Eh,kau nak bawak aku ke mana ni?”
“Kau kata kau takut air kan?Aku nak mandikan kau,bagi buang badi,”titik-titik air mula membasahi mereka. Arina cuba mengalih kedudukan bot tetapi dihalang. Lalu dia membiarkan dirinya kebasahan.
“Seronok tak?”Hazli menatap Arina. Arina memalingkan mukanya.
“Boleh tahan,tapi ada yang lebih seronok,”Hazli mengangkat kening. Kurang faham dengan maksudnya.
“Inikan lebih hebat,”Arina menyimbah air tasik ke mukanya. Hazli hanya terpaku. Arina tidak dapat menahan geli hatinya. Hazli membalas simbahan air lantas mematikan tawa Arina. Hazli pula yang ketawa bagai nak pecah perut melihat dia yang terpinga-pinga. Arina mengusap wajahnya yang basah. Mukanya berkerut sebab tertelan air tasik. Payau mengalir ke tekak.

Senja mula menurunkan layar, memberi peringatan pada manusia yang melata di muka bumi. Mereka mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudara Intan merangkap adik ibunya yang terletak tidak jauh dari taman tersebut untuk mengerjakan solat. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Puan Salmah, yang lebih mesra dengan panggilan Auntie Mah. Intan yang sudah biasa membawa sahabatnya ke bilik tetamu. Manakala Hazli dan Fariz mengekori Auntie Mah ke bilik belakang,bilik anak lelakinya yang kini menuntut di Amerika Syarikat.

Sementara menanti temannya selesai menunaikan solat, Intan membelek sebuah majalah.Mendapati isinya kurang menarik, dia meletakkan semula majalah tersebut di atas rak. Badannya direbahkan ke atas tilam. Kenyamanan dari penghawa dingin memberatkan lagi kelopak matanya.

“Ish,apa ni anak dara tidur waktu Maghrib,”satu tepukan singgah di pehanya.Matanya dicelikkan.
“Letihlah,tapi seronok,”Intan bangkit dan duduk di atas katil.Sue dan Aziriza sedang melipat sejadah dan kain telekung. Arina pula merenung wajah di cermin sebelum menyapu bedak muka.
“Ha’ah,betul. Ada orang tu siap main simbah-simbah air,romantik you!”
“Yelah, macam orang bercinta.”

Arina tahu mereka sedang menggiat dirinya,namun dia buat-buat pekak. Kalau dilayan,makin menjadi-jadi.Cara terbaik,tutup mulut. Bila sudah hilang modal nak mengusik,senyaplah. Telahan Arina nyata menyimpang apabila Sue,Intan dan Aziriza makin galak mengusiknya dengan Hazli.

“Amboi,makin aku diamkan,makin melampau korang ye. Eleh,Eja tu apa kurangnya.Kalau kitorang tak langgar bot dia tadi,alamat tak bergeraklah.Entah apa dia buat kat tengah tasik tu berdua. Orang lain sibuk berkayuh,dia memadu kasih kat tengah tasik. Cakap main bisik-bisik. Itu baru contoh orang bercinta,ada ke aku yang dituduh,”
“OOOOO!!!!!!!!” Aziriza memegang mukanya yang memerah.Apa lagi, habis gamat bilik tersebut dengan suara 3 gadis yang beralih menggiat Aziriza. Pintu dikuak. Tersembul Auntie Mah di muka pintu. Mereka tersipu malu kerana Auntie Mah ternampak gelagat mereka. Auntie Mah mengukir senyuman lalu menjemput mereka ke dapur menikmati juadah.

Auntie Mah menjamu mereka dengan bubur jagung. Berselera betul mereka menikmati bubur yang masih panas,apatah lagi setelah seharian bermain air. Tidak cukup semangkuk,mereka menambah. Auntie Mah berasa senang hati melihat telatah mereka. Sedikit bangga apabila Hazli dan Fariz memuji masakannya.Sekurang-kurangnya rumah ini riuh buat seketika dihiasi senda gurau anak-anak ini. Rumah besar ini hanya dihuni mereka suami isteri sejak anak-anak semuanya menuntut di luar negara.Encik Mahmud, atau Uncle Mud, suami Auntie Mah pulang dari surau ketika mereka mula hendak berangkat pulang. Intan memperkenalkan rakan-rakannya kepada Uncle Mud. Sewaktu tiba giliran Arina diperkenalkan, Uncle Mud merenungnya. Dari atas ke bawah.

“Yang ini pun kawan Intan? Kawan satu UUM?” soalan Uncle Mud Intan balas dengan anggukan. Arina mengerutkan dahi.Kurang mengerti dengan pertanyaan Uncle Mud.
“Really,I thought primary school student,”bergegar seisi rumah dengan kenyataan Uncle Mud.Merah padam muka Arina apabila disakat begitu. Aku tahulah aku ni comel. Buat-buat terkejut pulak Uncle ni.

“Adik kena tidur awal malam ni. Esok nak sekolah,”usik Hazli.
“Ha’ah,kami minta diri dulu,Uncle,Auntie. Terima kasih banyak-banyak,”ujar Fariz sambil menyalami tangan keduanya. Diikuti yang lain-lain.
“Pandu kereta tu elok-elok. Orang muda kalau dah pegang stering,faham-faham je la. Beringat sikit,”pesan Auntie Mah.
“Nanti kirim salam kat papa dan mama ye. Lama benar kami tak jumpa. Senang-senang datanglah, rumah ni pun bukannya ada siapa,”
“Insya Allah,Uncle. Uncle pun jemputlah datang ke Terengganu,”Intan berbahasa.Masing-masing masuk ke perut kereta. Kali ini,giliran Fariz memandu.
“Fariz,bawa kereta hati-hati. Ada budak bawah umur ni,”
“Adik ok ke?Abang bawa adik balik ye,”
“Lepas ni kita panggil Ina adik ,”
“Woi,sudah-sudahlah tu.Kasihan kat kawan kita ni, kang dia merajuk siapa nak pujuk,”Sue cuba meredakan suasana tatkala terperasankan wajah Arina yang mencuka. Terasa hati agaknya. Akhirnya mereka semua menyepikan diri bila menyedari yang tingkah mereka agak keterlaluan.

No comments: