Amacam? Comel kan ? Ini pengarang jantung kawanku. Masa buat gambar Nurhana, memang kadang-kadang aku ketawa sendiri. Senyum sendiri. Ya, sebab aksinya itu buat aku geli hati. Buat masa ni tengok gambar anak kawan-kawan je la. Anak sendiri belum ada lagi. Teman pun tiada.Hehehe.Bertuah betul kalau punya anak comel kan?
Itulah yang aku boleh gambarkan dalam perkataan tentang situasi aku sekarang. Kalau ada sesiapa yang boleh usulkan cara-cara nak menambah tenaga tu, bolehlah diwar-warkan. Mengalahkan career woman pun ada. Apa nak buat, nak tak nak terpaksalah pikul semua tanggungjawab yang amat berat tu sampai masa untuk diri sendiri pun dah hilang buat sementara.
Insya allah beban tu akan berkurangan dari hari ke hari. Bolehlah plan nak pergi bercuti pulak lepas ni (kononnya). Itupun kalau ada masa. Kalau ada event, punah lagilah harapanku untuk mensantaikan diri. Rasa dah ‘sezen’ sangat badan ni. Yelah, umur pun makin banyak walaupun tetap maintain cute. Auw!
Seperti biasa setiap trimester , apa yang kami panggil minggu stress telah bermula. Tapi kali ni aku rasa tidak membebankan walaupun masalah yang sama tetap ada (which I have plan to overcome it next trimester…perhaps). Paling baik aku berjaya mengawal perasaan marah aku depan pelajar dan bila menjawab panggilan. Applause!!! Alhamdulillah… harap-harap perubahan ini akan kekal. Aku akan sedaya upaya mencuba menjaga emosi dan tingkahlaku agar nampak lebih professional dan mesra. Well, maybe not all I can change especially when I am in serious mode. People will ‘die’ when I give that ‘evil’ look. Hahahahahah!!!
Terlalu banyak perkara yang harus diambil kira sejak aku berada di sini. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Orang lain mimpi indah-indah, aku mimpi suasana kerja aku. Malam semalam pun aku tak lena tidur. Sangat penat. Jadi hari ini aku tak larat nak balik lewat macam 2 hari lepas. Aku akan ganti balik hari Khamis dan Jumaat. Dalam unit aku ni, memang banyak pengorbanan harus dilakukan. Walaupun asyik kena hentam. Aku tekad untuk telan saja semua. Walaupun aku rasa sangat letih…
Bestnya kalau dapat pergi jalan-jalan di tempat yang penuh dengan bunga-bunga,pokok-pokok renek,pemandangan hijau,suasana sejuk….
Siapa yang tidak terkejut dengan berita mengenaiseorang anak kecil yang meninggal dunia akibat penderaan berterusan yang dialaminya. Lebih malang lagi apabila ia dilakukan oleh seseorang yang sepatutnya menjaga dan mendidik, bukan melampiaskan rasa marah dan baran. Makhluk Allah, lelaki dan punya kekuatan dan akal fikiran yang lebih daripada wanita kini berubah menjadi binatang buasyang laparkan mangsa. Hunting for prey. Kemudian dilaporkan bahawa ibunya pula bersekedudukan dengan si pendera tadi. Apa yang sedang berlaku dalam institusi kekeluargaan sekarang?
Syafia Humairah, 3 tahun bukanlah mangsa pertama penderaan. Sebelum ni pun ada kes yang sama juga. Cuma akhir-akhir ini banyak sungguh cerita berkenaan nasib anak-anak yang mati di tangan ibu bapa sendiri. Anak luar nikah atau bahasa kasarnya ‘anak haram’apatah lagi, bersepah-sepah di tempat pembuangan sampah dan mangkuk tandas. Nyawa anak-anak ini tiada nilainya di mata mereka.
Biarpun tidak punya cahaya mata sendiri, tapi melihat anak-anak kecil yang comel dan keletah,hati mana yang tidak jatuh sayang. Itu baru anak orang kan? Bila ada anak sendiri pastilah kasih sayangnya melimpah ruah. Memang diakui mendidik anak dalam peringkat membesar ini sangat menduga kesabaran namun janganlah sampai menyesal di kemudian hari dek kerana terlalu mengikut perasaan. Mereka masih belum mengerti apa-apa. Kita sebagai orang dewasalah yang sepatutnya menunjukkan jalan yang betul dan contoh tauladan yang baik.
Ambillah iktibar, jadikanlah pengajaran. Dunia semakin tua. Manusia seperti di zaman jahiliah makin bertambah darihari ke hari. Tidak gerunkah kita dengan tanda-tanda ini?
Sukarnya mengikhlaskan diri dalam membuat sesuatu pekerjaan. Tidak dapat tidak pasti akan terbit keluhan demi keluhan. Lebih-lebih lagi dalam urusan kerja. Pasti ada saja perkara yang mengundang rasa tidak puas hati.
Itulah yang sedang aku alami sekarang hingga aku disarankan mencari kerja lain oleh teman baikku. Bila difikirkan apa lagi yang aku nak buat? Aku sayangkan pekerjaan aku walaupun adakalanya dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Aku bukan patung yang tak punya perasaan. Aku masih lagi mengawal dan cuba mengawal perasaan sakit ini. Bukan sekali dua aku ingatkan diri aku sendiri untuk bersabar. Namun sukarnya apabila aku ini memang dipakejkan dengan personaliti panas baran. Hahahah…aku juga tidak suka personaliti ini tapi itulah yang selalu berlaku tanpa disedari.
Bukan tidak cuba berubah. Tetapi terlalu payah untuk mengubahnya dalam masa yang singkat. Bila mengubah diri sendiri terasa payah, apa lagi untu mengubah orang lain. Fikirkan.
Dan aku memang bijak memujuk hatiku sendiri melalui tulisanku. Hahahahah!
Wah! Dah lama aku tak layan karaoke. Akhirnya impian jadi kenyataan. Dengan selamba aku dengan 2 orang kawan atau boleh dikatakan geng tetap karok menuju ke tempat yang selalu kami datangi untuk melakukan senaman suara. Bila sampai je ke destinasi…mak aih ramainya beratur! Budak-budak pun ada. Kemain lagi ye budak-budak sekarang. Aku dulu tak reti langsung bab-bab ni. Sekali bantailah 2 jam setengah. Mula-mula ingat lama. Rupanya sekejap je 2 jam lebih tu. Apapun memang puas hati dan layan. Perasan jap jadi penyanyi di dalam bilik tu. Ahaks!
Setelah sekian lama aku tak duty jaga RC, hari ini ialah hari pertama aku memulakan job yang aku rasa tak berapa best ni. Hahahaha! Selalu duduk dalam je kan. Bila kena duduk kaunter balik, mulalah muka yang garang ni jadi bertambah serius tahap dewa. Huish. Sapa yang pernah jaga kaunter tu fahamlah dengan dugaan-dugaan dan cubaan-cubaan yang adakalanya sampai kita pun tak tertahan. Hanya mereka yang berjiwa kental je boleh menahan semua tu. Tapi dalam kental tak kental tu berjaya jugalah aku bertahan sampai 3 tahun.
Bila dah masuk bahagian akademik, rupanya bertambah sasau aku dibuatnya. Beban bertambah dengan pertambahan pelajar. Sampai ada masa nak je aku blah tinggalkan pejabat. Namun jauh di sudut hati aku suka tempat ni. Sayang. Aku kan jenis setia nak mampos. Even adakalanya tak bertempat pun. Sadis kan? Kadang-kadang tu nak jugak jadi hati batu. Tapi apakan daya dah ditakdirkan menjadi hati tisu.
Ya Allah, berilah aku jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang membelenggu hati ini.