Saturday, June 19, 2010

Exhausted Week


Letih!

That’s how I describe my life within this week. Haru + huru-hara + hangin =Singa Jadian mengamuk. Walaupun aku selalu cakap kat diri sendiri jangan marah. Tapi selalunya tindakan aku tak obey apa yang aku cuba pahat dalam hati. Benda-benda kecik pun boleh trigger kemarahan. Apa lagi kalau kes berat . Belum lagi yang melibatkan hati dan perasaan yang boleh buat orang genius pun jatuh tahap IQ nya. Apa lag yang bukan genius macam aku. Cuba berlagak ‘macho’ sentiasa walaupun berat menafikan realiti. Bila semua hal dah bergabung,meletuplah jadinya biarpun tak sehebat ledakan Hiroshima.

Hari ni aku layan novel karya Hlovate bertajuk ‘Versus’. Mula-mula aku baca agak memeningkan sebab banyak jargon pasal skateboarding dengan b-boyz. Adalah sikit-sikit yang aku faham sebab tengok Showdown 2010 kat 8tv tu. Novel ni mengisahkan tentang tansformasi seorang skaterz. Yang terpaksa meninggalkan dunianya kerana wasiat arwah atuknya. Skaterz ni nama Minn Edina. Gaya penceritaan memang menarik macam biasa sebab aku ada 3 novel Hlovate. Yang aku kagum, penulis punya banyak info tentang duniawi dan ukhrawi juga. Balance. Buat aku jadi malu pada diri sendiri. Sebab aku masih di takuk lama. Tak berubah menjadi baik mengikut acuan Islam. Tapi aku memang takkan putus berusaha. Allah tengok usaha, bukan natijah. Memang pahit nak tinggalkan benda yg memang dah biasa buat.

Berubah dari posisi duduk. Then baring. Then meniarap. Then menangis. Then ketawa. Then excited. Then berangankan seseorang (shuuhhh!!). Akhirnya aku berjaya menghabiskan novel ini tak sampai satu hari.

Ada banyak ayat-ayat best yang aku nak share dengan korang semua tapi nanti dulu ye sebab dah nak masuk Maghrib.

No comments: