Wednesday, April 30, 2008

Tahniah Murnira and Zulkifli


Ujian-Nya berseni, kasih sayang-Nya abstrak.
Zahirnya manusia memandang apa yang nikmat sebagai reward dan yang menyakitkan sebagai punishment. Dalam Islam,kadangkala apa yang dilihat sebagai menyakitkan itulah reward dan yang nikmat itulah punishment. (Tautan Hati.Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Alhamdulilah,masih berkesempatan untuk diri ini mencoretkan luahan kata yang tercetus di minda dan bersarang di hatiku yang berstatus qalbun maridh. Ku katakan begitu kerana aku merasakan aku berada di persimpangan antara kebaikan dan keburukan. Antara bisikan suci atau bisikan laknatullah yang sentiasa mencuri ruang anak-anak Adam untuk membuat pilihan yang bijak.

Semalam aku dipelawa teman baikku sewaktu zaman persekolahan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan antara kawan kami di alam yang sama. Zaman di mana yang menyelubungi kami di kala itu hanyalah gurauan dan kenakalan. Tiada masalah yang terbeban di bahu. Katanya dia ingin memandu dan aku sedikit cemas apabila dia memberitahu yang dia sudah lama tidak memegang stering. Kebimbangan ku suarakan namun dia berharap agar aku meyakininya. Ya, sudah pasti aku risau kerana aku sendiri sudah lama tidak memandu sejak mendapat lesen 3 tahun lalu. Sudahnya lesen P aku sendiri sudah hampir tamat tempohnya.
Ternyata temanku itu tidaklah kekok sepertimana yang aku bayangkan. Jauh bedanya dari aku yang sentiasa kalut. Sesampai sahaja di Dewan Ideal bersebelahan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, kami terus melangkah masuk ke dewan setelah memarkirkan kereta. Orang ramai sudah memenuhi meja-meja bulat yang disediakan untuk para tetamu menikmati juadah. Sedang aku dan teman berkira-kira untuk memilih tempat yang sesuai, mataku tertangkap susuk tubuh sahabat yang sangat aku kenali. Lantas aku mengusulkan agar kami menyertai sahabatku itu. Ternyata dugaanku tepat. Kami saling bertukar cerita sambil menikmati hidangan. Aku suka melihat anaknya Afif yang pada pandangan mataku sangat comel. Hensem pulak walaupu kecil lagi. Malang bagi sahabatku kerana dia baru sahaja kehilangan anak kedua sewaktu dilahirkan. Rata-rata bercerita tentang cincin merisik,pertunangan manakala aku dan temanku hanya diam sebab masing-masing masih single. Hahahah!! Tapi yang malangnya akulah sebab masih tiada teman. Sekurang-kurangnya temanku yg lag seorang ini sudah pun merancang ke arah itu. Oleh sebab itu bila rakan-rakan bertanya aku cuma senyum sahaja. Dikata single aku pulak dituduh menipu. Kami merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengantin yang cukup manis dan sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya. Bila agaknya aku pula berseri-seri macam tu kan? Hehehe...

Sempat juga kami membeli-belah dahulu sebelum pulang. Dalam hati sedih sebenarnya bila melihat sahabat sudah punya keluarga sendiri sedang aku masih terkapai-kapai mencari haluan hidup. Namun aku memadamkan rasa itu bilamana aku teringat cerita-cerita bagaimana jerih payah mereka setelah berumahtangga. Bukan semuanya manis, ada masa bahtera dipukul ribut juga. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ada dan anggaplah ujian-ujian ini sebagai tiket untuk mendapat nikmat yang lebih baik. Lagi besar dugaan, lagi besar hikmah yang menanti.

Sekian. Salam sayang buat kalian.


2 comments:

Humyrah said...

Assalammualaikum. nashrin, kena sentiasa ingat bahawa perkahwinan bukan kemuncak bahagia, tapi masih lagi satu journey ke arah bahagia. bukan semua dapat tempuhi perkahwinan dgn baik, dan bukan mudah sebenarnya. harap kau dapat jumpa kebahagiaan tu nanti. kadang2 pernantian & dugaan tu adalah something yg sangt berBALOI.

Nashrin said...

hehe...i always remember that and alhamdulillah