Friday, March 09, 2007

My Best Buddies

Assalammualaikum semua,di sini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih buat 3 member kamceng aku ni yang selalu menceriakan hidup aku dan sentiasa bersama aku dalam suka dan duka.Hehehe..sekadar ingin memberi penghargaan buat mereka yang akrab denganku.Meh aku kenalkan korang siapa budak bertiga ni:

Arin,kawan opis aku.Selalu kami lunch sama-sama.Sebab time lunch je la kitorang leh jumpa pasal dia di tingkat bawah,aku di tingkat atas.Pelanggan tetap aku utk beli prepaid.Aku kagum dengan dia ni sebab dia berani dan boleh menyesuaikan diri juga becok!
Kedua pulak..jeng..jeng..Cik Siti Wan Kembang!Ahahhah...xdela..gurau2.Aku panggil dia Siti.Ni pun sama spesies gak ngan Arin.Peramah.Dia pun selalu juga jadi mangsa aku kalau aku nak pegi mana-mana pasal dia ada keta.Aku ada lesen je.HAHAAH!Yang ni pulak suka suruh aku edit gambar dia.Aku memang tak kisah pasal aku memang suka bab-bab design dan 'merosakkan' gambar orang.Kalau masa kat opis aku bosan kat kaunter,aku akan mengacau dia di tempatnya tak kira dia suka atau tak.Heheh.Bila nak holiday lagi beb?
Last but not least..mamat YM dan SMS aku,Mofazx.Hahahah!Aku lagi kagum dengan dia pasal dia akan balas mesej aku walaupun kadang-kadang tu aku merepek tak tentu hala.Adalah 2-3 kali aku jumpa dia ni sepanjang perkenalan kitorang.Selalunya yang best bila kitrg boleh bertukar cerita pasal benda yang kami minat.Arts,music and entertainment.He's cool, although sometimes he likes to 'sakat' me a lot until I couldn't take it.Tapi yang pelik aku becok dengan dia ni masa dalam YM,SMS atau call jek.Sampai tak hengat dibuatnya.But bila berdepan...err...takde idea.One of the 6 weird things about me?
Tak semestinya kawan-kawan lain tu tak main peranan dalam hidup aku.Ada je,walaupun aku tak letak gambarnya di sini.Sebab utama...aku tak ada pic diorang so x dapek la den nak paste kat sini.Tunggu ya kawan-kawan yang lain.Next posting,okay?

2 comments:

Idea Apa Sahaja said...

wah.. kalo aku ade kete..musti dpt pic yg ranking no.2 tu.. whehehe

Unknown said...

jadikan aku..
temanmuuuuu... hehehe..