Sunday, March 04, 2007

I've been tagged!

Assalammualaikum…heheh..terasa lamanya tak update blog ni. Oh ya,dah jadi satu fenomena baru pulak main tagged orang ni ye.Hmm..apa 6 perkara pelik tentang aku?

1. Pendiam tapi becok

Pelik tak? Hahahah…(alamak,kuatnya gelak). Aku ni pendiam sangat di alam maya ni. Aku suka bersendirian tapi ada masa aku suka lepak dengan kawan-kawan kamceng aku. Aku becok bila menulis, main YM atau di telefon. But when it comes to face the people itself, I’ll end up like ‘mmm’, ‘aaaa’..sampai ada kawan YM yang pernah jumpa aku kata aku ni brutal di YM tapi senyap dan lemah-lembut bila bersua. Ahahah! Fauzi, saya pinjam phrase awak. Tapi selalunya aku akan rapat dengan orang yang suka menyakat dan mengusik aku sampai aku menjerit atau pun sampai diorang kena pukul dengan aku. Sebabnya aku akan hilang perasaan malu tu sedikit demi sedikit bila ditegur dengan cara tu. Ada sorang mamat yang suka sangat kacau aku masa praktikal sampaikan dia guna id ym menyamar YM dengan aku. Masalahnya semua budak dah tahu kecuali aku. Apalagi,bila dah dapat tahu empunya badan, satu lab tu aku kejar dia! Ahaha! Kenangan yang memang aku simpan sampai bila-bila kan Shuk? Mamat paling kuat menyakat di IMP.

2. Mood berubah-ubah

Sangat sinonim dengan aku dan sedang berusaha mengubahnya. Aku boleh jadi sangat baik sampai apa pun orang buat aku tak kisah. Cepat naik darah juga aku ni. Sat elok,sat moody,tapi rasanya sekarang dah beransur OK. Kalau aku nak marah ke aku akan cuba kawal diri aku walaupun kadang2 tu terlepas. Lebih-lebih lagi kerja aku yang berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai,manlah tak mudah aku naik angin.

3. Sayang orang melampau

Ini boleh jadi kelemahan atau kelebihan. Kalau dengan family itu satu kebaikan. Masalahnya kalau aku jatuh cinta kat orang, aku akan jadi sangat sayang sampai setiap masa asyik ingat dia. Kalau dengar dia sakit ke,susah ke,rasa cam nak terbang time tu jugaklah pegi tolong. Huhu..malangnya semua tak kesampaian. Sampai ke hari ini aku belum pernah couple dengan sesiapa. Agaknya memang aku ni selalu sangat dijadikan sandaran. Diberi harapan mula-mula lepas tu ditinggalkan macam tu saja. Sakit bila difikirkan,namun pasti ada hikmah yang tersembunyi. Jadi sekarang,aku sudah serik dan takut dengan cinta. Sebab aku rasa semuanya palsu. Agaknya aku yang teruk sangat,yelah aku bukannya perfect. Tak layak jadi milik sesiapa.

4. Penakut dan segan tak bertempat

Penakut? Memang,dari aku sekolah perangai aku ni. Segan dengan orang,kurang keyakinan diri. Serangga pun aku takut macam lipas ke lebah ke. Tikus pun aku takut. Nak drive pun takut tapi ada lesen. Entah macam mana aku boleh lulus pulak,hahah. Sekali je pulak tu. Tapi aku akan berusaha jugak nak drive nanti,terasa susah nak pegi mana-mana. Aku ni spesies kena paksa diri sendiri atau orang yang paksa aku buat benda yang aku takut. Tapi selalunya aku yang mendorong diri aku sendiri tuk buat benda yang aku takut.

5. Lembab!

Ni satu hal pulak. Memang aku ni slow sangat buat kerja ,teliti sangat. Hahaha! Semua aspek aku nak ambik kira. Makan pun slow jugak. Ish,selalu jugak kena marah ngan mak bapak aku. Sebab tu kalau ada janji nak keluar ke mesti inform aku sejam lebih awal. Boleh aku siap awal-awal.Heheh..

6. Kuat berangan dan berfikir

Wahahah…ini memanglah selalu sangat dibuat. Macam-macam berlegar dalam minda aku ni. Selalu berangan ni bila aku nak menulis. Kenalah berangan kalau tak macam mana pulak nak dapat idea dan menjiwai watak. Selalu resah dengan masa depan.

7 comments:

.ain. said...

Sape nak kuar ngan saya kne gtau 3hari awal..! haha..lagi weird dari akak!=p

And utk nombor satu tu, i'm in the same boat! pendiam dan sgt becok!! huhuu

Acaii Jawe said...

syg org secara melampau tu baik bila dah bersuami isteri wak..hehee..tapi kena ada simpan curiga yg positif juga...takut dia tipu kita bulat2 plak...:) berila syg tu 10% untuk diri sendiri...:)

Idea Apa Sahaja said...

Serangga pun aku takut macam lipas ke lebah ke. Tikus pun aku takut.
------------------------------

den pon takut ngan lipas.. tp..ekau den raso lipas takut ngan ekau la.. wheeheee.

Nashrin said...

buat my sis ain..
heheh..ye ke?sampai 3 hari lebih awal?tipulah ain ni.hmm,sayang kan kita tak rapat masa dulu walau satu dorm.hehe..tp lum terlewat utk menjalinkan silaturrahim.thanks for visiting my blog quite often.

Nashrin said...

Buat Faisal...budak jawe (heheh)

Betul cakap awak tu.saya pun dah tawar hati sekarang.sangat penat tau.anyway,thanks for da advice.

Nashrin said...

Buat budak yang suka sangat sakitkan hati aku,si Mofazx!(ahahahha!!gurau!)

Lu kata lipas takut ngan gua?Memandai jek ye.Lu pun takut lipas??Gua ingat lu brutal,piiraahhh!!

.ain. said...

Tak tipoo la kak! kalo bgtau kurg 3hari awal tu mmg susah la nak kuar. takut schedule penuh..hahaha