Sunday, May 14, 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan

Impian kecilku jadi kenyataan tatkala aku berhasil mendapatkan dua buah novel yang telah lama aku cari;Syurga Yang Tak Dirindukan (1 dan 2). Alhamdulillah, rezekiku bertemu ‘jodoh’ dengan hasil karya Asma Nadia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,PWTC 2017.

Yeay!

Seperti novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, karya Asma Nadia atau umumnya karya novelis Indonesia sering membuat aku kagum kerana penulisannya dipersembahkan dengan gaya bahasa yang puitis, bermakna dan ada kelembutan. Meskipun ada banyak perkataan Indonesia yang tidak aku fahami,namun itu tidak menghalang aku membacanya sehingga akhir.

Rasanya umum semua tahu novel ini mengisahkan tentang apa kan? Isu besar yang selalu menimbulkan ketegangan antara lelaki dan wanita. Poligami, halal di sisi agama namun sukar juga untuk diterima oleh golongan wanita secara peribadi. Ya,aku juga turut mengakui. Walau sesabar dan sesolihah mana pun wanita pasti akan terganggu dengan isu yang satu ini. Untuk SYTD siri 1 mengisahkan bagaimana rumahtangga bahagia yang terbina antara Arini dan Prasetya tergugat apabila Arini mengesyaki pangeran cinta lewat kisah dongengnya punya wanita lain selain dirinya. Namun dia tidak kuat untuk berhadapan dengan suaminya yang masih melayan dia dengan baik dan tidak pernah berubah sedikitpun. Rahsia yang dipendam akhirnya terbuka apabila dia melihat sendiri kemesraan Prasetya bersama wanita yang bernama Mei Rose. Namun untuk siri 2, Arini ikhlas menerima Mei Rose. Namun siri 2 ini agak berbeda apabila Mei Rose mengambil keputusan meninggalkan lelaki yang telah menyelamatkan maruah dan agamanya demi kebahagiaan rumahtangga Arini dan Prasetya. Untuk tahu lebih lanjut kenalah dapatkan novelnya ya.


Hasil tangan Asma Nadia ini wajar dijadikan koleksi untuk pencinta novel di luar sana. Bagi aku,’thumbs up’ untuk kedua-dua novel ini.


"Jika cinta bisa membuat seorang perempuan setia pada satu lelaki,kenapa cinta tidak cukup membuat lelaki bertahan dengan satu perempuan?"

No comments: