Sunday, May 14, 2017

No More Trail Run For Me


Sebenarnya dah lama aku nak share pengalaman join trail run tapi tak berkesempatan. Tapi apa yang aku boleh katakan,memang azab sangat nak habiskan!
Selalunya aku join larian waktu siang, tapi ada kawan mintak temankan join larian di malam hari. Aku pun tanpa fikir panjang setuju je. Langsung tak menjangkakan apa-apa yang lain. Kami berjanji dengan dua orang kawan yang lain untuk berjumpa di Alamanda,Putrajaya. Memandangkan larian akan bermula pada jam 8.30 malam, kami berempat mengambil keputusan untuk lepak dan makan dahulu di Food Court seterusnya menunaikan solat Maghrib.
Maghrib tu hujan lebat. Nampak macam lama nak berhenti. Dalam hati aku dah terdetik mungkin tak jadi. Ikutkan aku nak balik je tapi yang lain masih mahu menunggu. Kami pergi juga ke tempat larian (aku dah tak ingat pulak nama tempat tu). Hujan masih lebat semasa kami sampai. Jadi kami mengambil keputusan untuk menunggu hujan teduh dalam kereta. Banyak juga kenderaan yang telah diparkir sepanjang jalan menunjukkan ramai juga peserta yang ‘join’.

Agak-agak macam boleh redah je hujan kami berempat pun mengatur langkah. Wah,dah ramai rupanya! Tengah bersenam tari lagi masa kami sampai di tempat berkumpul. Alamak, macam segan pulak bila tengok peserta-peserta lain. Gaya macam atlit professional. Badan pun solid. Larian ini terbahagi kepada 2 kategori: 10 km dan 5 km. Kami? Memang taklah 10 km tu kan.

Permulaan larian agak baik. Masih di jalan tar. Masih tiada apa-apa yang lain daripada biasa. Cuma tidak lama selepas itu kami terpaksa menaiki bukit yang agak tinggi juga meskipun masih di jalan rata. Lelah mula terasa di saat ini namun digagahi. Makin lama makin tinggi. Dan akhirnya menuruni bukit . Dugaan bermula ketika kami tidak sangka akan memasuki hutan dan menuruni lereng yang agak licin dan curam. Apatah lagi baru lepas hujan. Suara jeritan mula bertingkah dalam kegelapan. Mana tidaknya,keadaan tanah yang mendap dan licin membuatkan segelintir peserta tergelincir menuruni lereng. Tidak cukup dengan itu,kami meredah pula sungai dan selut. Tuhan saja yang mengerti betapa perit. Ditambah pula kasut yang kupakai bukanlah kasut yang sesuai. Aku memakai snickers yang sesuai untuk bersantai,bukannya masuk hutan. Aku juga salah seorang mangsa yang jatuh tergelincir dan terduduk di atas tanah yang basah. Semua ini kami harungi lebih daripada satu jam. Memang terasa nak menangis tapi setitik air mata pun tak mampu nak keluar. Paling sakit hati bila tiap kali sampai check point secretariat akan cakap sikit lagi dah nak sampai. Sikit lagi hapenye! Bikin panas tau.

                                                           "lawa tak kasut kami?"
                                           Yang paling tak nampak rupa kasut tu aku punya

Walaupun terseksa,kami berjaya jugak menamatkan larian ini. Pengajaran lepas ini sebelum mendaftar cek dulu jenis larian.

Okaylah. Selamat malam.


No comments: