Wednesday, October 18, 2017

MY INJURED CAT

My second Baby

It’s been a while since my last post. Ada banyak juga aku nak kongsikan di sini tapi tak tertulis. Malas? Hehe…salah satu factor terbesar juga. Sibuk? Boleh jadi juga. Sibuk melayan cerita-cerita di iflix boleh kira tak?

Aku nak share pengalaman aku membawa kucing aku membuat rawatan di Hospital Veterinar. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku tergerak hati nak pergi. Selama ini kucing-kucing hanya datang makan saja di rumah dan tidak memohon sebagai PR di rumah aku (hahah). Even kucing yang aku bela dari kecil ni pun tak pernah ada apa-apa masalah kesihatan atau kecederaan. Tapi kucing yang satu ini, yang datang dan tak mahu pergi ini telah cedera teruk di bahagian kakinya akibat tersepit di celah almari. Rasa-rasa adalah dalam 3-4 hari kucing tu tersepit tanpa disedari oleh sesiapa. Dan aku juga merasakan aku ni terpilih untuk dengar bunyi yang orang lain tak dengar. Memang aku ada dengar bunyi sayup-sayup mengerang tapi hanya sekali dan sebentar. Jadi aku ingat aku yang salah dengar. Mujur Allah gerakkan hati aku untuk mencari punca bunyi tu.
Luka di kiri dan kanan.Nampak isinya bikin kaget ah!

Memandangkan waktu yang tak berapa free,agak lama jugak baru aku decide nak bawa kucing ni ke vet. Oleh kerana aku memang tak ada pengalaman nak bawak haiwan pergi hospital,aku mohon Pnaz untuk teman aku. Dia pun bela kucing jugak,Che Tam namanya. Aku abadikan nama Che Tam kat blog ni tau.HA HA HA.

Pagi-pagi aku dan Pnaz dah mendaftar di Hosp Vet UPM. Pertama kali menjejakkan kaki,kagum jugak aku. Besar dan bersih. Kalah hospital manusia hahaha.Tapi azab sangat menunggu sampai 3 jam baru sampai giliran jumpa doctor.Luka kucing diperiksa dan dicuci. Tak berbunyi langsung kucing aku masa Doc tengah cuci luka. Sakit sangat kot. Tiba-tiba kucing aku berpaut kat lengan aku masa kami ramai-ramai pegang dia. Dan tiba-tiba aku touching.Huhuhu…padahal kucing ni aku nak pegang pun dia tak nak masa dia sihat. Doctor pesan yang aku kena cuci luka ni sebijik macam mana dia buat. Dalam kepala otak masa tu,aku terfikir boleh ke aku cucikan luka kucing ni sedangkan kat sini pun 2 orang tolong pegang?
Hari pertama setelah rawatan. Manja. Nasib aku tak kena tidur duduk malam tu

Selesai, kami diminta membawa kucing ke bilik x-ray. Kucing dimasukkan ke dalam sangkar dan diletakkan di atas troli besi. Macam kelakar pulak tengok kucing berbalut sambil disorong. Settle x-ray,alhamdulillah doctor maklumkan kaki kucing tak patah walaupun dia berjalan tak sempurna. Berkait dengan saraf sahaja dan kena urut-urut sikit bahagian kaki. Kecoh tau kucing,nak urut bagai.

Dan atas semua rawatan dan ubat-ubatan yang banyak itu,aku dikenakan caj sebanyak RM290! Telan air liur jugak masa nak bayar. Patutlah orang kaya je bela kucing. Haih,takpelah. Demi kucing. Alhamdulillah rezeki aku cukup untuk kucing ni. Pasti ada sebab semua ni berlaku. Rezeki untuk dikongsi tak gitu?

Kuarantin

Semasa posting ini ditulis,kucing aku dah sihat sepenuhnya. Luka pun dah tertutup. Dan dia dah kembali aktif macam dulu-dulu. Betapa seksa jugak nak maintain mencuci luka dia tu. Dah macam bersilat je rupanya kalau buat seorang. Tu belum mulut aku membebel marahkan kucing yang tak reti duduk diam masa aku nak balut luka. Tu belum hari-hari aku kena hancurkan ubat campurkan sekali dalam makanan. Kalah jaga baby.

Cubaan menanggalkan pelekat.Sebab tu kena bandage.Tak boleh caya.

Sebenarnya itu pengalaman paling indah jugak sebab aku bawak kucing tu tidur dengan aku beberapa hari sebab nak kawal kebersihan luka. Lepas tu aku biarkan saja dia di luar bila keadaan dah beransur pulih. Comel sangat masa dia tidur apa lagi masa dia cuba nak rapat-rapat kat badan kita. Tapi kalau dia buat hal hangin jugaklah aku ni kan.
Lepas ni aku dah tau asas pencucian luka kucing dan tak payah nak bawak ke vet melainkan kes serius. Tips : pakai saja air suling atau normal saline.

Aksi tidur 

Okay,setakat ini sahaja dulu perkongsian aku.

Salam sayang.

No comments: