Saturday, July 17, 2010

Penat + Takde Mood

Sabtu....memang hari yang aku nantikan dalam minggu ini setelah aku rasa satu badan aku seolah-olah dah tak mampu nak berfungsi dengan baik. Emosi pun dah tak terkawal. Mungkin sebab dah terlalu letih.Kerja sampai 12 jam setiap hari.Timbang berat pun dah jadi 37 kg. Bak kata sorang student yang selalu email aku..."Angin taufan tiup je you dah melayang".Hahahah! Tak payah tunggu angin taufan Angeline, angin biasa pun rasanya dah boleh terbang biarpun tak pernah ada sayap!Tapi rasanya sejak aku kerja memang berat aku dah tak pernah cecah sampai 40 kg. Tak macam masa aku jadi student. Siap 42 kg lagi hahahahah!So, sape-sape nak kurus bolehlah take over job aku sekarang.Bukan takat badan je kurus, kesabaran pun sama.

Jadinya, aku bantai tidur je hari ni. Overslept terus.Nak study pun tak ada mood.Baru buka 1 page dah menguap.Malam ni la aku cuba study.Dah lama tak buat aktiviti mcm ni. Rindu jugak nak bergelar student :P (poyo!)

Dah lama tak dengar cerita pakcik. Mana pakcik pegi ek? :( Sibuklah tu kan. Takpelah. Gunakan jika perlu adalah tepat untuk aku selama ni. So, dok je diam-diam. Study. Exam lagi 2 minggu okay! :-s

No comments: