Sunday, December 11, 2011

Newly wed : Nasrul Amri & Aishah




Congratulations ! Love is in the air !
Pasangan sama cantik dan sama padan ini telah pun selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat, 9 Dis 2011.Amri ni pernah satu pejabat dan satu unit dengan aku dulu.Bila aku masuk tempat kerja sekarang, dia pulak last day.Hahahah...so ini ex-opismate GSM dan Fak.Sains.Boleh pulak aku blur kat mana Kolej Lima padahal dulu masa zaman Encik Aris bukan ke ada event kat sini?Haish.Dahla bawak bos naik kereta aku yang dah tak macam rupa kereta je dalamnya.Buat malu betul. Haish lagi sekali.
Lepas wedding, aku dan Shida 'decide' nak cari novel. Asalnya aku yang tiba-tiba nak mencari novel. Rasa macam dah lama tak melayan.Dah kawan aku pun minat yang sama, apa lagi.Ke Jaya Jusco Cheras Selatan la kami.Panjang langkah aku sekarang kan kawan-kawan.Hahahaha!!Dulu jangan harap le nak merayap-rayap macam ni.Macam biasalah weekend ni shopping complex mana yang tak penuh.Parking pun kat hujung dunia.Masuk je memang tak ada port lain la kami tuju selain Popular Book Store.Masuk-masuk je terus pergi seksyen novel.Memang rambang mata dibuatnya.Dalam kepala otak nak cari novel yang ringan isinya.Yang selamba, kelakar dan 'catchy'.Aku kan suka genre romantik komedi.Hahaha.Poyo je bunyiknya.Nak tau tak novel apa yang kami beli?Tak nak tau pun aku nak bagitau jugak.
Akhirnya Aku Kahwin , Cinta Kontrak & Serasi Sehati

Masa mula-mula aku nampak tajuk 'Akhirnya Aku Kahwin' macam malu pulak nak beli.Tapi macam menarik je bunyiknya.Yela bila umur dah masuk hujung-hujung ni bab kahwin ni jadi sensitip sikit ye.Padahal aku sendiri pun kadang-kadang keliru dengan apa yang aku cari sebenarnya.Ah, tak payah fikir.Kan tengah cerita pasal novel ni.Okay jugak jalan ceritanya.Dalam masa 3 jam aku habiskan baca buku ni tadi.Sekejap terlentang, sekejap meniarap, sekejap mengiring.Dah macam-macam aksi aku buat semata-mata nak menghabiskan buku tu.Sekejap gelak lepas tu menangis tersedu-sedu lepas tu masuk scene lawak balik.Kalau orang tengok ni mau dikata sewel.Hahahaha!!Aku share sikit ayat-ayat yang ada dalam novel tu:
"Kenapa Abang Fizi kacau Didi pagi-pagi ni?Kalau nak joging pergilah sendiri."Aku masih tidak berpuas hati.Sambil-sambil cuba mengalih topik.
"Eh, suka hati akulah.Kau tu P.A aku.So, ikut je arahan.Jangan nak banyak soal,"ujar Syafizi.
"You know what Abang Fizi?"
"What?"Terjongket sedikit keningnya.
"Didi ben.....ci....sangat dengan Abang Fizi.Tahu tak?" Aku menjerit geram.
Syafizi ketawa kuat. "And you know what, debab?"
"Apa?"
"Kau ben....ci....sangat dengan aku, ada aku kisah?"Syafizi terus ketawa.
Kalau nak tau sambungan, silalah dapatkan buku ni ye. Wah, siap promo lagi.
Malam ni nak sambung Serasi Sehati la pulak.Tak pun esok ke kan.Esok cuti ! Best !

No comments: