Saturday, December 24, 2011
Mini Project
Walaweh !
Rupanya banyak gambar yang masih tersimpan dalam laci.
Kena buat sesuatu ni.
Mini Envelope Album is coming !!
Ada cukup bahan ke ye?Hurmmmm...
Tak Tahu
Tak tau kenapa rasa sedih.
Tak tau kenapa rasa rindu.
Tak tau kenapa rasa diabaikan.
Walaupun jarak dan masa telah membataskan.
Emm...tak mengapa
DIA ada selalu untuk aku
Hanya kepadaNYA aku memohon
Semua ini akan berakhir dengan baik,Insya Allah
Published with Blogger-droid v2.0.1
Tuesday, December 20, 2011
Haish
Disebabkan masa yang tak berapa nak wujud untuk spend mengadap blog dan menulis,terpaksa la den tangguhkan dulu.Haish.Bosan la.Nak g jalan jauh je rasa. Teringin nak pergi Cameron Highland lak tetiba.Tak pun Bukit Tinggi.Fraser Hill tak pernah jejak lagi.Bestnya kalau ada orang nak bawak !!!! T_T
Sunday, December 18, 2011
Marathon
Phew !
Seumur hidup tak pernah karok sampai 4 jam.Hahahah!!Konon tak sanggup last2 tak sedar pun.Thanks to Aryn and Fiza for creating that hot moment.Lepas ni sila buat list lagu masing-masing okeh.Sesekali layan lagu yang tak pernah nyanyi best gak.All out semua sampai part yang dulu tak sampai terus jadi sampai kan.Jerit habislah.Nasiblah kita-kita aje.
p/s: NiCo dah layan.Lepas ni cuba layan lagu Negatif KRU pulak.
Seumur hidup tak pernah karok sampai 4 jam.Hahahah!!Konon tak sanggup last2 tak sedar pun.Thanks to Aryn and Fiza for creating that hot moment.Lepas ni sila buat list lagu masing-masing okeh.Sesekali layan lagu yang tak pernah nyanyi best gak.All out semua sampai part yang dulu tak sampai terus jadi sampai kan.Jerit habislah.Nasiblah kita-kita aje.
p/s: NiCo dah layan.Lepas ni cuba layan lagu Negatif KRU pulak.
Monday, December 12, 2011
Dialah di hati 1
Pondok menunggu
bas Taman Megah. Berbumbungkan separuh atap dan langit. Sebahagiannya telah
terkopak namun tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib. Ruang yang terhad
hanya mampu memuatkan sepuluh orang dalam satu masa.Daif benar.
Hafeeza berdiri
di sebalik tiang. Berpeluk tubuh. Matanya memerhati setiap kenderaan yang
lalu-lalang di atas jalanraya di hadapannya. Seorang demi seorang menyusul.
Kebanyakan yang menunggu adalah pelajar sepertinya juga. Yang berbeza adalah
sekolah mereka. Ada 2 sekolah menengah di kawasan ini.
Semakin lama
pondok menunggu ini semakin padat. Sebentar lagi harus bersaing pula untuk
menaiki bas. Kalau tak berebut, alamat kena menunggu lagi. Pagi-pagi begini
konsep survival of the fittest terpaksa diamalkan. Bilalah seksa ni nak
habis,rungut Hafeeza dalam hati. Tahun ini dia berada dalam Tingkatan Empat.
Tahun depan Tingkatan Lima. Tahun penentu. Masih ada kurang 2 tahun untuk
melalui zaman persekolahan.
“Kenapa kau ni?”
Azza, teman sekelasnya menegur. Hafeeza merenung temannya dengan pandangan
keliru.
“Muka tu dah
masam macam asam kecut. Pagi-pagi dah berkerut.
Tak elok tau. Orang kata nanti payah rezeki nak masuk.”
“Tak ada apalah.
Cuma bosan tunggu bas macam ni hari-hari. Tak sabar nak habis sekolah!” balas
Hafeeza.
“Hai, nak tak
nak kita kena hadap la juga sampai tahun depan,Feeza. Kalau tak naik bas, kau
nak naik apa pula? Takkan nak suruh abah kau hantarkan pulak? Mengamuk orang
tua tu kang.” Giliran Azza pula membalas.
“Ish, aku pun
tak nak la menyusahkan abah aku. Best kan kalau ada driver. Boleh bawak mana je
kita suka. Kita arah je.Driver, saya nak ke sekolah. Petang nanti saya ada
hockey training. Hantar dan ambil saya di sekolah ya.” Azza ketawa kecil
mendengar luahan Hafeeza. Betul juga,fikirnya. Dia sendiri pun sebenarnya sudah
bosan melalui rutin sebegini.
“Ye tak ye kan. Seronok
betul kalau ada driver. Apa lagi belajarlah rajin-rajin. Dapat kelulusan
cemerlang, kerja bagus, gaji besar boleh la kau ‘hire’ driver. Tak gitu?”
“Berangan
bolehla Azza. Ujian baru ni pun markah cukup makan. Boleh semua subjek sains aku dapat 7 je.Siapalah
yang cakap Form Four ni honeymoon year. Aku rasa setengah mati nak mencerap
ilmu ‘pure science’ ni.”
“Samalah dengan
aku. Tak apa, kita ada banyak masa lagi nak catch up. Jangan putus asa. Lagi 2
minggu nak peperiksaan pertengahan ni. Kena buat yang terbaik. Pulun habis-habis!”
ujar Azza dengan penuh semangat. Siap kepal penumbuk lagi.
“Amboi, teruja
betul. Baguih dok ada. Semangat,semangat jugak. Bas dah sampai tu. Jom gerak,
kang terlepas semangat ke mana, hati hangat yang dapat.” Hafeeza menarik tangan
Azza sambil berlari-lari anak menuju ke arah bas yang telah pun berhenti di
tepi jalan.
Semua pelajar
telah mula memasuki perkarangan perhimpunan sewaktu Hafeeza dan Azza tiba di
sekolah. Tak sempat nak letak beg dalam kelas. Bas yang mereka naiki mengalami
kerosakan kecil sewaktu mereka hampir tiba ke destinasi. Terpaksalah mereka
berjalan kaki. Mujurlah jarak antara tempat bas berhenti dan sekolah mereka
tidaklah berapa jauh. Tapi berpeluh jugak kena menapak. Awal-awal dah rasa
macam join kelas Pendidikan Jasmani walhal subjek tu pada waktu ketiga nanti. Mereka
berdua terus memasuki barisan kelas. Dah lambat berdiri kat belakanglah
jawabnya. Perhimpunan pagi ini singkat
sahaja. Tidak banyak pengumuman yang disampaikan para guru. Hafeeza menarik
nafas lega. Tak larat rasanya nak berdiri tegak lama-lama. Sudahlah menunggu
bas berdiri, dalam bas pun kena berdiri. Ditambah pula kena jalan kaki. Nak pitam
rasanya akibat keletihan.
“Kenapa lambat?”
satu suara menegur sebaik sahaja Hafeeza melabuhkan punggung di kerusi. Hafeeza
mengangkat muka. Terjengul wajah Asri di hadapannya. Menantikan jawapan.
“Bas rosak pagi
tadi. Kena jalan kaki.” Jawab Hafeeza malas. Kepenatan tadi mematikan mood.
“La,kenapa tak
beritahu? Boleh aku tumpangkan tadi.” Balas Asri.
“Nak tumpangkan?
Naik motor kau? Munasabahlah sikit Ayie. Takkan nak suruh aku dengan Azza naik
pulak. Nak letak aku dalam bakul ke?” Asri atau nama panggilannya Ayie
tergelak. Pasti dia sedang membayangkan keadaan yang digambarkan Hafeeza.
“Aku ajak kau
je. Azza boleh jalan kaki. Kasi senaman sikit bagi mengurangkan berat badan.”
“Oo kau kalau
pasal Feeza on je kan. Kurang asam keping betul! Hentak dengan kayu hoki baru
tau.” Azza membaling kertas yang telah dikeronyok ke arah Asri yang masih belum
habis tawanya.
“Ala gurau sikit
pun tak boleh. Yela, sorry ye Cik Azza. Aku saja je nak menceriakan keadaan
sebelum kelas Sejarah ni. Bagi warm up sikit sebelum aku terlelap.” Asri memberi
alasan.
“Alamak, sejarah
dulu ye pagi ni? Adoi,nampaknya sama-samalah kita terlelap Ayie oi. Stok gula-gula
kau ada lagi tak? Minta sikit.” Azza mencelah. Sejarah? Hafeeza mengeluh. Aku ni
dahla letih. Pagi-pagi lagi dah subjek membunuh keupayaan mata aku untuk terus
buntang. Kepala ni pulak time-time ni nak berdenyut.
“Ada lagi. Nah,ambikla
Hallz ni. Share dengan Feeza.” Asri menghulurkan gula-gula pudina ke tangan
Azza. Azza menerima dengan ucapan terima kasih. Sebiji dihulurkan kepada
Hafeeza. Hafeeza menyambut pemberian Azza. Kertas pembalut gula-gula dibuang
serta-merta. Cepat-cepat dia memasukkan gula-gula ke dalam mulut.Kemudian kepalanya
direbahkan atas meja. Asri dan Azza memandang dengan curiga. Kenapa pula dengan
Feeza ni?
“Feeza, kau ok
tak?” soal Azza. Tangannya memegang bahu Hafeeza.
“Ok…”jawab
Hafeeza perlahan.”Nanti cikgu dah masuk kau beritahu ye. Aku penatlah jalan
kaki tadi.”
“Minta perhatian
semua. Pagi ni Cikgu Nafisa tak masuk kelas sebab ada hal penting. Cuma dia ada
tinggalkan kerja untuk kita bentangkan pada hari esok. Rujuk buku teks
mukasurat 21 dan 22. Setiap kumpulan pilih topic berdasarkan nombor kumpulan
yang telah dipilih minggu lepas. Itu sahaja.” Selesai sahaja ketua kelas
menyampaikan amanat, kelas bertukar menjadi riuh-rendah. Sama ada sedang
bergembira sebab tiada guru atau merungut dengan kerja yang diberikan.
Hafeeza
mengangkat muka. Alhamdulillah, macam tau-tau je aku tak berapa sihat,bisik Hafeeza.
Kepalanya makin kuat berdenyut. Dia melirik ke sebelah. Azza tiada di sisi. Oh,
berjumpa dengan Shakir,ketua kelas. Barangkali nak tau lebih lanjut mengenai
homework yang ditinggalkan Cikgu Nafisa.
“Feeza, are you
okay? Kau nampak pucat.” Asri memandang wajahnya. Pucat?
“Mana ada kau ni
Ayie merepeklah.” Hafeeza cuba menafikan walaupun sedang berada dalam
kesakitan. Ya Allah,kuatkan semangat aku. Namun begitu tangannya sudah memicit
dahi.
“No you are not
okay. Nak pergi bilik sakit tak?”
“Tak apalah
Ayie. Sakit kepala biasa je ni. Lama-lama nanti hilanglah. Aku nak ke tandas
sekejap.” Asri ni selalu concern lebih. Sejak dari kecil kenal dan berjiran memang Asri akan lebihkan
dia dalam banyak hal. Sampai terbawa-bawa ke alam persekolahan. Kalau orang
yang tak tahu mesti menyangka dia dan Asri ada hubungan istimewa. Yang dia
tahu, dia memang rapat dengan Asri dan semasa kecil dia selalu menganggap Asri
itu abang walaupun pada dasarnya mereka sebaya. Hubungan orang tua mereka juga
sangat rapat. Maklumlah berjiranlah katakan.
Hafeeza mula
melangkah namun tiba-tiba dia terasa pandangannya kabur. Dia cuba berpaut pada
meja namun gagal mengimbangkan tubuhnya. Yang terlintas di fikiran tubuhnya ini
akan terhempas ke lantai. Allah!
Hafeeza tidak
ingat apa-apa lagi.
*sebenarnya masa tengah taip entry ni kepala penulis dia pun berdenyut-denyut.adoi.terus buat scene macam ni.hahahaha.migrain ke aku ni?
Sunday, December 11, 2011
Newly wed : Nasrul Amri & Aishah
Congratulations ! Love is in the air !
Pasangan sama cantik dan sama padan ini telah pun selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat, 9 Dis 2011.Amri ni pernah satu pejabat dan satu unit dengan aku dulu.Bila aku masuk tempat kerja sekarang, dia pulak last day.Hahahah...so ini ex-opismate GSM dan Fak.Sains.Boleh pulak aku blur kat mana Kolej Lima padahal dulu masa zaman Encik Aris bukan ke ada event kat sini?Haish.Dahla bawak bos naik kereta aku yang dah tak macam rupa kereta je dalamnya.Buat malu betul. Haish lagi sekali.
Lepas wedding, aku dan Shida 'decide' nak cari novel. Asalnya aku yang tiba-tiba nak mencari novel. Rasa macam dah lama tak melayan.Dah kawan aku pun minat yang sama, apa lagi.Ke Jaya Jusco Cheras Selatan la kami.Panjang langkah aku sekarang kan kawan-kawan.Hahahaha!!Dulu jangan harap le nak merayap-rayap macam ni.Macam biasalah weekend ni shopping complex mana yang tak penuh.Parking pun kat hujung dunia.Masuk je memang tak ada port lain la kami tuju selain Popular Book Store.Masuk-masuk je terus pergi seksyen novel.Memang rambang mata dibuatnya.Dalam kepala otak nak cari novel yang ringan isinya.Yang selamba, kelakar dan 'catchy'.Aku kan suka genre romantik komedi.Hahaha.Poyo je bunyiknya.Nak tau tak novel apa yang kami beli?Tak nak tau pun aku nak bagitau jugak.
![]() | ||
Akhirnya Aku Kahwin , Cinta Kontrak & Serasi Sehati |
"Kenapa Abang Fizi kacau Didi pagi-pagi ni?Kalau nak joging pergilah sendiri."Aku masih tidak berpuas hati.Sambil-sambil cuba mengalih topik.
"Eh, suka hati akulah.Kau tu P.A aku.So, ikut je arahan.Jangan nak banyak soal,"ujar Syafizi.
"You know what Abang Fizi?"
"What?"Terjongket sedikit keningnya.
"Didi ben.....ci....sangat dengan Abang Fizi.Tahu tak?" Aku menjerit geram.
Syafizi ketawa kuat. "And you know what, debab?"
"Apa?"
"Kau ben....ci....sangat dengan aku, ada aku kisah?"Syafizi terus ketawa.Kalau nak tau sambungan, silalah dapatkan buku ni ye. Wah, siap promo lagi.
Malam ni nak sambung Serasi Sehati la pulak.Tak pun esok ke kan.Esok cuti ! Best !
Friday, December 09, 2011
With my new friends
Wednesday, December 07, 2011
Sunday, December 04, 2011
Quote for the day
This is what I've been doing.
Rasa penat sangat.Tak mampu nak bertahan lagi.
God, please help me find the cure.
Rasa penat sangat.Tak mampu nak bertahan lagi.
God, please help me find the cure.
Subscribe to:
Posts (Atom)