Sunday, August 22, 2010

Hobi Baru


Tanpa sedar sudah 12 hari kita berpuasa kan? Menahan lapar dan dahaga juga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.Dugaan juga tahun ni sebab kerja pun makin bertambah.Boleh dikatakan setiap Sabtu ada di pejabat.Penat pun terasa sampai sebelum Isyak aku dah hanyut.Masalah betul.

Baru-baru ni aku ada minat baru. Scrapbooking! Ahahah memang kagum betul dengan hasil seni orang belah sana.Benda yang simple pun boleh buat duit.Dan paling best sekali aku baru tahu yang kat Malaysia ni pun ada komuniti yang aktif benda-benda camni. Barang-barang dia pun boleh didapati di Malaysia cuma bagi aku memang harga tu mahal la sebab import kan.It tak menghalang aku daripada terus berkarya (padahal baru nak mula hahahah).

Aku dah beli kit untuk scrapbook tanpa perancangan terlebih dahulu. Aku tengok cantik je aku beli tapi bla dah dapat, all I can do was staring helplessly. Bila aku browse Internet rupanya banyak benda yang perlu dipertimbangkan. Design yang simple selalunya menjadi tarikan berbanding yang complicated. Jadi untuk projek pertama ni aku ingat nak guna gambar anak kawan aku ni. Layout dah ada cuma nak merealisasikan. Kenalah tunggu masa yang sesuai dan tunggu barang yang aku order sampai.

p/s: Boleh jadi gila tengok barang kat store Scrap-n-Crop

2 comments:

ShaFiza said...

wah, cam menarik je.. nti aku kumpul gambar anak2 aku pastu ko wat scrap book leh?? errr, bape hengget eh?? hehehe.. :)

Nashrin said...

insya allah!