Tuesday, March 30, 2010

AKU YANG TERHEBAT

Merupakan tajuk ceramah yang dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Shaikh Omar. Pada aku pengisiannya sangat bermanfaat dan sesiapa yang tidak menghadirinya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang yang rugi. Sejak bergelar pekerja, jarang sekali rasanya dapat menghadiri majlis-majlis ilmu. Lama sungguh tidak dipayungi malaikat. Tidak dinafikan pada awalnya ikutkan hati tidak mahu turun. Syukurlah terbuka hatiku pada hari ini.

"LIFE IS A SERIES OF CHOICES, DECISIONS AND CONSEQUENCES"
Itulah yang disebut oleh tuan penceramah dan ayat ini membuat aku tertarik. Ditambah pula dengan gaya penyampaiannya yang bersahaja, ada masa serius , ada masa disulami gelak ketawa. Maklumlah, 36 tahun sudah beliau bekerja dengan ‘bercakap di hadapan umum’. Beliau menyentuh peribadi sebagai seorang pekerja yang sepatutnya menyumbangkan tenaganya 100 %. Kerana nanti apabila kita dipanggil menghadap Pencipta, perkara yang utama akan disoal adalah TANGGUNGJAWAB.

"ENGKAU BUAT APA YANG TIDAK SEPATUTNYA ENGKAU BUAT.KENAPA?"

"ENGKAU TIDAK BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU BUAT. KENAPA?"

"ENGKAU BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU BUAT. ENGKAU TIDAK BUAT APA YANG SEPATUTNYA ENGKAU TIDAK BUAT. TAPI ENGKAU TIDAK MENGABDIKAN APA YANG ENGKAU BUAT.SAMBIL LEWA, BERGEMBIRA DENGAN RASA ITU SEDANGKAN ENGKAU TAHU ENGKAU BOLEH BUAT LEBIH DARIPADA ITU. KENAPA?"

Seram juga aku pada masa ini sebab suara dibuat ala-ala menggerunkan seolah-olah dialah Malaikat Munkar dan Nakir. Tersentak juga dibuatnya. Ya, kita sebagai manusia adakala memang tidak lepas daripada rasa berkira, malas dan tidak mengambil berat. Sekurang-kurangnya beliau telah menerapkan sesuatu yang mungkin boleh mengubah persepsi dan sifat negative seseorang. Bagi aku sendiri sebenarnya, jiwa ini telah lama kering dan sebentar tadi telah dibasahi titis-titis embun untuk mengingatkan aku bahawa dugaan yang aku alami adalah ujian yang Allah beri untuk menilai sama ada kita berhak atau tidak menerima kurniaan-Nya. Jika diuji dengan kesusahan, redhalah, sabarlah dan usahalah untuk melepaskan diri dari belenggu kesusahan itu. Sebaliknya jika kita diuji dengan kesenangan, redhalah, syukurlah dan manfaatkanlah kesenangan itu ke jalan yang diberkati.
Aku harap aku tidak akan lupa semua ini bila aku ‘dibambu’ esok. Ya Allah, selamatkan aku!

"A small bird fly in the sky. A man look at the bird. Suddenly the bird shit on the eyes.The man said 'Thank you Allah , alhamdulillah luckily it is not a COW'

PENGAJARAN: Berfikiran positif dan janganlah terlalu memikirkan hal yang remeh.LIFE GOES ON.


No comments: