Saturday, September 13, 2008

Changes

Ketawa sendiri aku bila membaca semula rangka novel dan novel yang aku dah tulis separuh jalan. Dah lama aku tinggalkan ‘Tak Termiliki’ buah hati aku ni. Rasa rindu nak sambung tapi setiap kali itulah aku akan dihambat kesibukan atau kebuntuan mahupun kemalasan (yang hujung ni selalu buat aku tewas).
Bukan aku tidak ingat akan impianku dan cita-cita aku. Tapi bagi diri ini ada sesuatu yang lebih memerlukan tumpuan aku menyebabkan aku terpaksa meninggalkan seketika ‘kekasihku’ ini. Aku ada satu misi yang perlukan masa untuk dilaksanakan. Istiqamah yang aku sukar untuk capai. Siapa tahu aku akan jadi seseorang yang lebih baik dan berguna berbanding semalam atau kelmarin.
Baru-baru ini teman sekolahku yang sudah lama aku tidak ketemu menghantar sms bertanya khabar. Awalnya aku agak terkejut. Dia sudah jauh berubah. Memikirkan yang hubungan kami dulu mungkin tak seperti teman-temanku yang lain membuatkan aku rasa lucu. Tak sangka dia boleh jadi semesra ini sedangkan dulu dingin amat. Ya, manusia boleh berubah.
Oleh itu NASHRIN, berubah dan berhijrahlah kamu demi kebaikan dunia dan akhirat....

2 comments:

Humyrah said...

Err.. kau ada keburukan ke? Aku rasa ok aje..

Humyrah said...

Oh ya kawan, aku nak serahkan trophy ramadhan ni ke mung. Kau kena tag! Sila ke http://harraz-humyrah.blogspot.com/2008/09/redha-humyrah.html