Tuesday, February 01, 2011

Sungai Pinang Best!

Last week memang best sangat sebab setelah dah lama tak berkelah (since sekolah rendah) kelab menganjurkan sesi perkelahan di Sg. Pinang.Mula-mula aku ragu-ragu jugak sebab...yelah, kan aku kureng sikit aktiviti 'basah-membasahi pun' ni.Ahaks (sah aku dah kena sampuk ngan Johan Raja Lawak).Sampai rasa nak tarik diri tak nak pergi.Tapi bila tengok member lain macam excited je, aku pun berusaha jugak nak excited.

Tapi bila sampai, memang excited la weh.Bila tengok air menderu-deru.Rasa damainya.Apa lagi bila kaki dah mencecah air.Mak aih sejuknya.Disebabkan tak pandai berenang, aku pun mandi gitu-gitu je la.Cukup syarat.Geng-geng pompuan dah tak ingat apa dah.Terus masuk dalam air.Hahaha! Tinggal hero-hero jadi tukang masak dulu.Layan betul bila dah keluar dari air yang sejuk terus makan nasi.Haish.Sambal tu memang terbaik.Lapo gile lak jadiknya.

Apa pun aku puas hati jugak dengan aktiviti pertama kelab ni.At least hilang jugak masalah aku sekejap.Terisi jugakla masa terluang so tidaklah aku mengingati kisah duka aku buat sementara.Sahabat-sahabatku, korang memang best lah!Terbaik!

No comments: