Wednesday, June 18, 2008

aA + bB memang best sangat

Hahaha.....aku senyum sorang-sorang sewaktu membaca karya Hlovate berjudul aA + bB. Tajuknya unik kan? Sebenarnya 2 huruf tersebut mewakili pangkal nama hero dan heroin dalam novel tu. Mula-mula aku pun pelik sebab setahu akulah, yang ada cantuman macam tu kan kromosom XX + XY? Heheh.

Bahasa yang digarap penulis simple dan santai buat aku tak boleh nak berhenti membaca. Sentiasa nak tahu what will happen next. Bila Addin kahwin dengan Benz, aku rasa frust. Sebabnya aku rasa dia cocok dengan Aie. Tapi di akhir cerita ini barulah terjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Nak tahu lebih lanjut belilah novel ni. Aku yakin korang tak rugi dan puas hati.

Dan hari ini aku mula tak sabar nak baca karya Hlovate lagi. Kat sini aku nak share antara part yang buat aku minat sangat nak tau ending cerita ni.

salam doc

wa’alaikumussalam IR

<>eheh...besarnya mandat aku. Amacam ? dah 2 minggu housemanship?

<>huh! Penat petala kelapan

<>ala, kesiannya. Nak aku tolong cure?

<>kau tu reti cure drawings aje. Serius Aie...aku rasa boleh mati berdiri macam ni.

<>apasalnya? Tu la...kau jaga orang sakit nanti kau pulak yang sakit. Lepas tu aku pulak sakit sekali.

<>apa yang kait-mengait dengan kau pulak ni...

<>betulla..bila kau sakit kau tak boleh nak emel aku. Bila kau tak boleh emel aku, aku pun berjanggut tunggu depan komputer ni. Sakit rindu la aku kat kau macam tu.

Addin ketawa. Putus fius betul Aie ni.



Lebih lanjut, sila dapatkan buku terbitan Jemari Seni.Chow!

1 comment:

Nana said...

kak nana pun dh baca ni.
huhu.

mmg best,tak rugi baca, kan?