Air mata aku menitis sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka
itu. Seperti baru terjaga dari mimpi. Hati aku luluh bila mendapat tahu Luqman
telah kehilangan ayahnya. Kehilangan ayah pada usia yang begitu muda.
Tidak keruan rasanya aku ketika ini.Segala yang aku buat
serba tak kena.Nak pergi ziarah, aku segan nak pergi seorang.Sarah pula di
Rawang.Betul-betul buat kepala aku sakit.Apa yang mampu aku harapkan semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Uncle Hanif Jusi.
Dalam keserabutan aku surf FB. Aku cuba cari FB mak Luqman. Terpampang
cover photo ayah dan ibunya.Manis sekali pada pandangan mata aku.Air mata aku
tumpah lagi.Aku tak dapat menahan perasaan membaca coretan ibunya di situ.Aku
terlalu ingin mencoretkan kata-kata aku buat ibunya tapi....aku tidak pasti
sama ada tindakan aku itu patut atau tidak.Aku tahu, ibunya mempunyai sekeping
hati yang kuat dan jiwa yang kental. Kerana anaknya yang aku kenali mempunyai
ciri-ciri seperti itu.Yang menumbuhkan kekaguman dalam hati manusia biasa
seperti aku. Walaupun Luqman masih muda, tapi banyak yang aku belajar daripada
dirinya tanpa dia sendiri sedar.
Buat Luqman,
Andai dapat diputarkan masa sekalipun, takdir tetap takdir.
Walau sebanyak mana kata semangat dan perangsang diucapkan, hanya yang
menanggung beban tahu rasanya.Daripada aku insan yang tidak punya apa-apa,
hanya mampu berdoa agar kau dikurniakan ketabahan luar biasa. Tidak salah jika
kau menitiskan air mata kerana lelaki juga manusia biasa ciptaan Ilahi. Punya
perasaan. Setiap orang akan melalui saat perit ini.Entah meninggalkan dahulu,
atau ditinggalkan.Janji Allah itu pasti. Jika aku di tempatmu, pasti keadaanku
juga tidak kurang malah mungkin lebih lagi.
Semoga Allah meringankan bebanmu. Semoga ada jalan keluar
dari setiap dugaan.Kuatkanlah dirimu wahai adikku sayang.
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment