Berat...
Bukan mudah membuat
keputusan bila melibatkan hati dan perasaan.
Persoalannya...
Dalam berkasih sayang,
apa yang perlu diutamakan?Mengasihi atau dikasihi?
Jika ada seseorang
yang meminatimu sekian lama,tetapi kamu tidak mempunyai sebarang perasaan.Si
dia juga langsung tidak berani memulakan langkah pertama.Yang kamu dengar
hanyalah melalui 'wartawan bergerak' atau 'orang tengah' yang menyampaikan
hasrat hati.Sedangkan kamu sendiri sebenarnya merasakan seorang lelaki itu
sepatutnya berani melangkah ke hadapan dan berani juga mengambil risiko
berhadapan dengan kekecewaan.
Seperti mana kamu yang
pernah memulakan langkah pertama dan berhadapan dengan kegagalan.Ya,sangat
menyeksakan hati dan perasaan malah mencalar maruah wanita saja lagaknya,tapi
itu sahaja tindakan yang mampu kamu lakukan demi mencari sebuah kepastian.
Dan kamu dikecam
seolah-olah tidak tahu menghargai orang yang ikhlas dengan kamu.Terlalu
memilih, itu ayat cliche.Sekiranya perkongsian dua insan itu tidak perlu
didasari dengan perasaan,hanya kerana dia sahaja yang suka dan kamu menerima
kerana keadaan sekeliling,pasti sudah lama kamu punya teman,bukan begitu?Lantas
sudahnya apa?
Ya, aku memang sendiri
tapi salahkah jika aku juga menyimpan impian aku sendiri seperti mana
kalian?Aku juga punya hasrat yang hanya Allah saja yang tahu dan hanya pada dia
aku bersandar.Dan Allah pastinya punya perancangan juga dan mungkin rancangan
kami tidak sama.Dan dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Sampai bila?
Ya..sampai bila juga
aku tidak tahu...
Bagiku, adalah lebih
baik berusaha memperbaiki diri sendiri dan berusaha mengejar impianku kerana
aku tidak tahu adakah maut yang datang menjemputku dahulu sebelum datangnya
jodoh.Adalah lebih bermakna jika kita menyiapkan diri menghadapi sesuatu yang
pasti daripada mengharapkan sesuatu yang entahkan ada entahkan tidak.
Maaf jika coretan ini
menyentuh hati sesiapa....tiada yang salah dan tiada yang benar...sekadar
luahan dari sekeping hati seorang wanita...
No comments:
Post a Comment