1
Pondok menunggu
bas Taman Megah. Berbumbungkan separuh atap dan langit. Sebahagiannya telah
terkopak namun tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib. Ruang yang terhad
hanya mampu memuatkan sepuluh orang dalam satu masa.Daif benar.
Hafeeza berdiri
di sebalik tiang. Berpeluk tubuh. Matanya memerhati setiap kenderaan yang
lalu-lalang di atas jalanraya di hadapannya. Seorang demi seorang menyusul.
Kebanyakan yang menunggu adalah pelajar sepertinya juga. Yang berbeza adalah
sekolah mereka. Ada 2 sekolah menengah di kawasan ini.
Semakin lama
pondok menunggu ini semakin padat. Sebentar lagi harus bersaing pula untuk
menaiki bas. Kalau tak berebut, alamat kena menunggu lagi. Pagi-pagi begini
konsep survival of the fittest terpaksa diamalkan. Bilalah seksa ni nak
habis,rungut Hafeeza dalam hati. Tahun ini dia berada dalam Tingkatan Empat.
Tahun depan Tingkatan Lima. Tahun penentu. Masih ada kurang 2 tahun untuk
melalui zaman persekolahan.
“Kenapa kau ni?”
Azza, teman sekelasnya menegur. Hafeeza merenung temannya dengan pandangan
keliru.
“Muka tu dah
masam macam asam kecut. Pagi-pagi dah berkerut.
Tak elok tau. Orang kata nanti payah rezeki nak masuk.”
“Tak ada apalah.
Cuma bosan tunggu bas macam ni hari-hari. Tak sabar nak habis sekolah!” balas
Hafeeza.
“Hai, nak tak
nak kita kena hadap la juga sampai tahun depan,Feeza. Kalau tak naik bas, kau
nak naik apa pula? Takkan nak suruh abah kau hantarkan pulak? Mengamuk orang
tua tu kang.” Giliran Azza pula membalas.
“Ish, aku pun
tak nak la menyusahkan abah aku. Best kan kalau ada driver. Boleh bawak mana je
kita suka. Kita arah je.Driver, saya nak ke sekolah. Petang nanti saya ada
hockey training. Hantar dan ambil saya di sekolah ya.” Azza ketawa kecil
mendengar luahan Hafeeza. Betul juga,fikirnya. Dia sendiri pun sebenarnya sudah
bosan melalui rutin sebegini.
“Ye tak ye kan.
Seronok betul kalau ada driver. Apa lagi belajarlah rajin-rajin. Dapat
kelulusan cemerlang, kerja bagus, gaji besar boleh la kau ‘hire’ driver. Tak
gitu?”
“Berangan
bolehla Azza. Ujian baru ni pun markah cukup makan. Boleh semua subjek sains aku dapat 7 je.Siapalah
yang cakap Form Four ni honeymoon year. Aku rasa setengah mati nak mencerap
ilmu ‘pure science’ ni.”
“Samalah dengan
aku. Tak apa, kita ada banyak masa lagi nak catch up. Jangan putus asa. Lagi 2
minggu nak peperiksaan pertengahan ni. Kena buat yang terbaik. Pulun
habis-habis!” ujar Azza dengan penuh semangat. Siap kepal penumbuk lagi.
“Amboi, teruja
betul. Baguih dok ada. Semangat,semangat jugak. Bas dah sampai tu. Jom gerak,
kang terlepas semangat ke mana, hati hangat yang dapat.” Hafeeza menarik tangan
Azza sambil berlari-lari anak menuju ke arah bas yang telah pun berhenti di
tepi jalan.
Semua pelajar
telah mula memasuki perkarangan perhimpunan sewaktu Hafeeza dan Azza tiba di
sekolah. Tak sempat nak letak beg dalam kelas. Bas yang mereka naiki mengalami
kerosakan kecil sewaktu mereka hampir tiba ke destinasi. Terpaksalah mereka
berjalan kaki. Mujurlah jarak antara tempat bas berhenti dan sekolah mereka
tidaklah berapa jauh. Tapi berpeluh jugak kena menapak. Awal-awal dah rasa
macam join kelas Pendidikan Jasmani walhal subjek tu pada waktu ketiga nanti.
Mereka berdua terus memasuki barisan kelas. Dah lambat berdiri kat belakanglah
jawabnya. Perhimpunan pagi ini singkat
sahaja. Tidak banyak pengumuman yang disampaikan para guru. Hafeeza menarik
nafas lega. Tak larat rasanya nak berdiri tegak lama-lama. Sudahlah menunggu
bas berdiri, dalam bas pun kena berdiri. Ditambah pula kena jalan kaki. Nak
pitam rasanya akibat keletihan.
“Kenapa lambat?”
satu suara menegur sebaik sahaja Hafeeza melabuhkan punggung di kerusi. Hafeeza
mengangkat muka. Terjengul wajah Asri di hadapannya. Menantikan jawapan.
“Bas rosak pagi
tadi. Kena jalan kaki.” Jawab Hafeeza malas. Kepenatan tadi mematikan mood.
“La,kenapa tak
beritahu? Boleh aku tumpangkan tadi.” Balas Asri.
“Nak tumpangkan?
Naik motor kau? Munasabahlah sikit Ayie. Takkan nak suruh aku dengan Azza naik
pulak. Nak letak aku dalam bakul ke?” Asri atau nama panggilannya Ayie
tergelak. Pasti dia sedang membayangkan keadaan yang digambarkan Hafeeza.
“Aku ajak kau
je. Azza boleh jalan kaki. Kasi senaman sikit bagi mengurangkan berat badan.”
“Oo kau kalau
pasal Feeza on je kan. Kurang asam keping betul! Hentak dengan kayu hoki baru
tau.” Azza membaling kertas yang telah dikeronyok ke arah Asri yang masih belum
habis tawanya.
“Ala gurau sikit
pun tak boleh. Yela, sorry ye Cik Azza. Aku saja je nak menceriakan keadaan
sebelum kelas Sejarah ni. Bagi warm up sikit sebelum aku terlelap.” Asri
memberi alasan.
“Alamak, sejarah
dulu ye pagi ni? Adoi,nampaknya sama-samalah kita terlelap Ayie oi. Stok
gula-gula kau ada lagi tak? Minta sikit.” Azza mencelah. Sejarah? Hafeeza
mengeluh. Aku ni dahla letih. Pagi-pagi lagi dah subjek membunuh keupayaan mata
aku untuk terus buntang. Kepala ni pulak time-time ni nak berdenyut.
“Ada lagi.
Nah,ambikla Hallz ni. Share dengan Feeza.” Asri menghulurkan gula-gula pudina
ke tangan Azza. Azza menerima dengan ucapan terima kasih. Sebiji dihulurkan
kepada Hafeeza. Hafeeza menyambut pemberian Azza. Kertas pembalut gula-gula
dibuang serta-merta. Cepat-cepat dia memasukkan gula-gula ke dalam mulut.Kemudian
kepalanya direbahkan atas meja. Asri dan Azza memandang dengan curiga. Kenapa
pula dengan Feeza ni?
“Feeza, kau ok
tak?” soal Azza. Tangannya memegang bahu Hafeeza.
“Ok…”jawab
Hafeeza perlahan.”Nanti cikgu dah masuk kau beritahu ye. Aku penatlah jalan
kaki tadi.”
“Minta perhatian
semua. Pagi ni Cikgu Nafisa tak masuk kelas sebab ada hal penting. Cuma dia ada
tinggalkan kerja untuk kita bentangkan pada hari esok. Rujuk buku teks
mukasurat 21 dan 22. Setiap kumpulan pilih topic berdasarkan nombor kumpulan
yang telah dipilih minggu lepas. Itu sahaja.” Selesai sahaja ketua kelas
menyampaikan amanat, kelas bertukar menjadi riuh-rendah. Sama ada sedang
bergembira sebab tiada guru atau merungut
dengan kerja yang diberikan.
Hafeeza
mengangkat muka. Alhamdulillah, macam tau-tau je aku tak berapa sihat,bisik
Hafeeza. Kepalanya makin kuat berdenyut. Dia melirik ke sebelah. Azza tiada di
sisi. Oh, berjumpa dengan Shakir,ketua kelas. Barangkali nak tau lebih lanjut
mengenai homework yang ditinggalkan Cikgu Nafisa.
“Feeza, are you
okay? Kau nampak pucat.” Asri memandang wajahnya. Pucat?
“Mana ada kau ni
Ayie merepeklah.” Hafeeza cuba menafikan walaupun sedang berada dalam
kesakitan. Ya Allah,kuatkan semangat aku. Namun begitu tangannya sudah memicit
dahi.
“No you are not
okay. Nak pergi bilik sakit tak?”
“Tak apalah
Ayie. Sakit kepala biasa je ni. Lama-lama nanti hilanglah. Aku nak ke tandas
sekejap.” Asri ni selalu concern lebih. Sejak dari kecil kenal dan berjiran memang Asri akan lebihkan
dia dalam banyak hal. Sampai terbawa-bawa ke alam persekolahan. Kalau orang
yang tak tahu mesti menyangka dia dan Asri ada hubungan istimewa. Yang dia
tahu, dia memang rapat dengan Asri dan semasa kecil dia selalu menganggap Asri
itu abang walaupun pada dasarnya mereka sebaya. Hubungan orang tua mereka juga
sangat rapat. Maklumlah berjiranlah katakan.
Hafeeza mula
melangkah namun tiba-tiba dia terasa pandangannya kabur. Dia cuba berpaut pada
meja namun gagal mengimbangkan tubuhnya. Yang terlintas di fikiran tubuhnya ini
akan terhempas ke lantai. Allah!
Hafeeza tidak
ingat apa-apa lagi.
2.
Tidur Hafeeza
terganggu bila terdengar suara orang berbual-bual di luar biliknya. Kepalanya
masih sakit tapi sudah mula berkurangan. Dia tak tahu apa yang terjadi
sehinggalah dia dibawa ke klinik. Setelah mendapat rawatan doktor memberikan
cuti sakit bagi membolehkannya berehat. Cikgu Shafiq selaku guru bertugas
minggu ini yang menghantarnya pulang.
“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
Hafeeza menjawab salam. Asri tersengih di muka pintu.
“Aku datang nak
buat kunjungan sosial ni. Boleh?” ada-ada je si Ayie ni.
“Masuklah Ayie.
Kalau aku tak bagi masuk pun kau akan tetap masuk kan.” Balas Hafeeza. Masak
benar dengan perangai temannya itu. Rumahnya ibarat rumah kedua Asri. Segala
selok-belok dan ceruk rumah ini Asri sudah biasa. Hafeeza cuba bangun.
“Eh, kau tu
sakit tak payahla bangun. Rehat. Aku nak tengok kau tu okay ke tak. Tu je.”
Asri menghalang Hafeeza daripada bangkit. Pantas dia membetulkan bantal Hafeeza
di kepala katil. Hafeeza menyandarkan kepalanya.
“Kau ni aku
bukan sakit kronik tau. Hidup lagilah. Layan aku macamlah aku ni dah nak mati.”
Serentak dengan itu satu cubitan singgah di lengannya. Menjerit kesakitan
Hafeeza dibuatnya. Dia menggosok tempat cubitan sambil memuncungkan mulutnya.
Pedih!
“Mulut tu tak
reti nak berlapik ke bila bercakap. Tu baru kena cubit tau. Kalau cakap
bukan-bukan lagi aku cium kau terus.” Asri memberi amaran. Hafeeza mengetap
bibir. Gila ke apa budak Ayie ni. Ingat aku ni siapa boleh cium sesuka hati?
“Apa
bising-bising ni Feeza?Ayie? Sampai ke dapur dengar suara kamu.” Sudah, mak dah
masuk campur.
“Feeza ni
makcik. Dia degil. Nak bangun dari katil. Kan doktor dah pesan suruh
berehat.”Hafeeza mengecilkan matanya tanda geram dengan penjelasan Asri. Mak
tersenyum kecil tatkala mendengar penjelasan Asri. Dulang berisi semangkuk
bubur dan segelas air diletakkan di atas meja belajar Hafeeza.
“Kamu berdua ni
kalau sehari tak bertegang urat tak sah. Feeza, sakit lagi kepala tu?” tanya
mak.
“Dah kurang
sikit mak. Mak jangan risau. Feeza okay.”
“Kalau macam tu
baguslah. Makan bubur tu. Mak nak ke dapur. Ayie tolong tengokkan Feeza ye.”
“Baik makcik. Perintah
makcik akan saya patuhi.” Mak memukul bahu Asri sambil ketawa. Rasanya mak pun
dah mati akal nak melayan kerenah Asri.
“Doktor cakap
kau sakit apa?” Asri menarik kerusi lalu duduk di sisi Hafeeza.
“Doktor cakap
aku kurang rehat. Stress. So, dia suruh aku rehat hari ni. Tak ada apa-apa yang
serius pun.” Jawab Hafeeza.
“Nasib baik tak
jadi apa-apa.”
“Itulah.
Alhamdulillah. Panik jugak aku. Ye la mana pernah pengsan. Tau-tau aku dah
sampai klinik. Eh, siapa angkat aku ye? Takkan Cikgu Shafiq kot?” tanya
Hafeeza. Kalau Cikgu Shafiq alahai malunya. Sudahlah wajah boleh tahan kacak.
Macam manalah kau boleh pengsan,Feeza oi ! sempat Hafeeza menggerutu di dalam
hati.
“Tak ada
maknanya Cikgu Shafiq. Aku yang angkat kau pergi bilik sakit. Berat jugak kau
ni kan. Kampit beras Cap Rambutan tu pun lagi ringan. Lenguh tangan aku
dibuatnya.” Ujar Asri sambil menggosok lengannya yang konon terasa lenguh.
Serentak dengan itu bertubi-tubi cubitan singgah di peha Asri. Fair and square. Tidak cukup dengan itu kepala Asri diluku.Terjerit-jerit
Asri mengaduh kesakitan.Hafeeza pengsan betul-betul di hadapan mejanya pagi
tadi. Disebabkan terkejut bukan kepalang, dia terus mencempung tubuh Hafeeza
dan bergegas ke bilik sakit yang terletak selang dua kelas dari kelas mereka. Waktu
itu fikirannya memang tertumpu pada keadaan Hafeeza. Wajah pucat Hafeeza
menyuntik kebimbangan yang bukan sedikit dalam hatinya.
“Oi!Beras
sekampit baru 10 kg memangla ringan bagi kau. Aku ni manusia,apa kejadahnya
berat aku sama dengan sekampit beras. Agak-agakla nak buat perbandingan pun.
Cuba bijak sikit. Kata ambik Add Math.” Sekali lagi Asri ketawa. Wajah Hafeeza
masam mencuka. Bengang betul aku dengan mamat ni. Aku yang baru 42 kg ni dia
kata berat?
“Alolo. Dah tak
boleh gurau dah sekarang. Okay, aku minta maaf ya Cik Hafeeza sayang.” ujar
Asri sambil menahan ketawa. Apa kaitan ambil subjek Add Math dengan berat badan
ni? Budak ni kalau dah marah suka hati je nak cakap apa. Entah apa-apa ayat
meluncur dari mulut tu.
“Apa
senyum-senyum? Kutuk aku dalam hatilah tu.” Hafeeza merenung muka Asri. Tajam.
Kalaulah mata Hafeeza tu macam mata pisau, alamat dah calar-balar wajahnya.
“Dah,jangan nak
marah-marah. Macam mana tak stress asyik nak mengamuk je. Meh sini, aku suapkan
bubur yang mak kau masak ni. Hurmm…sedapnya bau,” Asri mendekatkan mangkuk
bubur ke hidungnya. Menusuk kalbu,apatah lagi perut. Asri mengacau bubur
sebelum disuakan ke mulut Hafeeza.
“Bak sini. Aku
boleh makan sendiri. Yang sakit kepala, bukan tangan.” Hafeeza mahu mengambil
mangkuk bubur dari pegangan Asri namun dihalang.
“Tak apalah. Aku
bagi layanan kelas pertama ni kat kau. Tak kena caj. Cepat nganga, aaaaaa…..”
“Weh, kau tak
payahlah nak suruh aku nganga sampai macam tu sekali. Ingat aku budak kecik
ke.”
“Jangan
membantah boleh? Makan cepat!” terpaksa Hafeeza membuka mulut kerana tidak
sanggup mendengar temannya itu membebel. Kenapalah aku selalu sangat dengar
cakap mamat ni? Pelik betul.
“Hurm, sedap.”
Pendek penjelasan Hafeeza tatkala bubur yang ditelan melepasi kerongkong. Mata
terpejam menikmati air tangan mak yang
baginya tiada tolok banding. Asri hanya memandang aksi Hafeeza dengan wajah
keliru. Seketika kemudian Hafeeza membuka mata. Pandangan mereka bertembung.
“Kenapa?” soal
Hafeeza.
“Sampai macam tu
sekali ekspresi. Sedap eh mak kau masak? Tu kira ekspresi tak terkatalah ya?”
Hafeeza ketawa kecil.
“Okay, beta mahu
lagi. Sila suapkan beta.” Ujar Hafeeza sambil mengangakan mulutnya. Asri
menyuakan sudu tetapi….
“Mmmmmm….lazatnya
tidak terperi..”
“Ayie!” tanpa
mempedulikan jeritan Hafeeza, Asri menyuap bubur untuk kali
kedua…ketiga…keempat untuk dirinya.
“Ni siapa yang
sakit ni?” sindir Hafeeza sambil berpeluk tubuh. Geram sungguh dengan tingkah
Asri.
“Aku pun nak
juga merasa kenikmatan bubur ni. Mana aci kan.”
“Aci tak aci. Bagila
aku makan sendiri. Harapkan pagar,pagar makan bubur.”
“Okay,okay. Ala
mucuk,meh abang suapkan ye.” Asri ketawa besar melihatkan Hafeeza yang sudah
menarik muka masam.
“Apa kecoh-kecoh
ni Ayie? Sampai luar mak dengar.” Tidak semena-mena wajah Makcik Rakina, ibu
Asri tersembul di muka pintu. Apa saja yang dibuat budak-budak berdua ni.
“Tak ada apa-apa
mak. Feeza ni degil tak nak makan. Mengada-ngada.” Asri memberi penjelasan yang
pastinya adalah sangat tidak jujur pada pendengaran Hafeeza. Ingin sekali dia
membela diri namun mengenangkan Asri yang semestinya tidak akan mengalah,dia
hanya melemparkan senyuman pada Makcik Rakina.
“Iyelah tu. Tu
tak lain tak bukan Ayie menyakat Feeza lah tu. Dah, balik rumah. Jangan ganggu
Feeza nak berehat.”
“Tapi mak…”
“Ayie,sekarang.”
Hafeeza menjelirkan lidah tanda kemenangan berpihak padanya. Makcik Rakina
memang penyelamat. Kalau tak bukan makin sembuh, mahu makin sakit aku dibuatnya
selagi Asri tidak beredar. Perlahan Asri menghulurkan mangkuk bubur kepada
Hafeeza dengan wajah kelat. Kalau ibunya sudah berkeras,baik dia menurut.
Asri mengikuti
langkah ibunya keluar dari bilik. Sempat dia menoleh pada Hafeeza. Hafeeza
melambai-lambai tangannya mengucapkan selamat tinggal. Asri mendecit geram.
Dah lama aku tak mengarang dan yang pastinya semua half way.Sangat tak best.I wish dpt pergi vacation sambil menulis.
No comments:
Post a Comment