Monday, June 21, 2010

Doaku

21 Jun 2010

Permulaan hari yang ku mohon bermula dengan baik

Aku mohon pada-Mu titipkan kesabaran buatku agar ibadahku tidak terjejas

Aku mohon pada-Mu jauhkanlah aku dari permusuhan

Aku mohon pada-Mu dekatkanlah aku dengan cinta

Aku mohon pada-Mu ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, adik-adikku, keluargaku dan seluruh umat Islam

Rahmati mereka yang berbuat baik kepadaku

Ampunilah mereka yang berbuat atau berniat jahat kepadaku

Kurniakan aku kekuatan untuk memulakan tugasku pada hari yang damai ini.

Amin, ya rabbal a’lamin.

Sunday, June 20, 2010

Versus: Minn and AO

“I nak jumpa you.” Lambat-lambat suara itu memecah gegendang telinga.
Minn bisu seketika. Tanpa sedar senyum berbunga di bibir. Cuba ditahan tapi tak mampu.
“Minn?”
“Here.” Suaranya datar namun senyum di bibirnya masih belum padam.
“You are smiling?”
Senyum di bibirnya mati. “Tak.” Minn bersuara tanpa perasaan. Namun darah terasa menyerbu ke muka. Ni dah rasa macam komunikasi telepati dah ni.
“Can sense it somehow.” AO menggaru pelipis. “Kan?”
“Tak.”
Senyap lagi.
“So, is there anything yang you nak dari Sydney?”
Geleng. “I just nak you selamat sampai Malaysia.” Rendah Minn bersuara. “That’s all.”
AO terdiam. “Kalau tak dapat…”
“Heaven forbid.” Minn terlebih dahulu memotong.

“Anything else?”
Diam sejenak. “I miss Malaysia.”
Minn merenung bracelet di tangan. “I miss Australia too. Somehow.” Salam bersambut dan talian dimatikan.
Keletuk!!! Minn mengetuk kepala dengan gagang telefon. Keletuk!! Lagi sekali. Aiseh…macam mana pulak boleh tercakap macam tu? I miss Australia too?? Aku tengah high on apa ni? Dahinya ditekan ke dinding. Get a grip!
“Tu apahal sampai ketuk-ketuk kepala dengan phone tu?”

*************************************************************************************
Hahahah. Aku memang tak boleh tahan baca scene ni. Minn betul-betul ego dengan perasannya. Boleh dia buat dek je dengan AO padahal hari-hari dok mengadap Soft Toy Bugs Bunny pemberian daripada AO. Ada certain dialog yang aku tak letak di sini. Apa pun cerita ni memang best.Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

Padanla dengan penulis blog ni pun.Kahkahkah!

Saturday, June 19, 2010

Exhausted Week


Letih!

That’s how I describe my life within this week. Haru + huru-hara + hangin =Singa Jadian mengamuk. Walaupun aku selalu cakap kat diri sendiri jangan marah. Tapi selalunya tindakan aku tak obey apa yang aku cuba pahat dalam hati. Benda-benda kecik pun boleh trigger kemarahan. Apa lagi kalau kes berat . Belum lagi yang melibatkan hati dan perasaan yang boleh buat orang genius pun jatuh tahap IQ nya. Apa lag yang bukan genius macam aku. Cuba berlagak ‘macho’ sentiasa walaupun berat menafikan realiti. Bila semua hal dah bergabung,meletuplah jadinya biarpun tak sehebat ledakan Hiroshima.

Hari ni aku layan novel karya Hlovate bertajuk ‘Versus’. Mula-mula aku baca agak memeningkan sebab banyak jargon pasal skateboarding dengan b-boyz. Adalah sikit-sikit yang aku faham sebab tengok Showdown 2010 kat 8tv tu. Novel ni mengisahkan tentang tansformasi seorang skaterz. Yang terpaksa meninggalkan dunianya kerana wasiat arwah atuknya. Skaterz ni nama Minn Edina. Gaya penceritaan memang menarik macam biasa sebab aku ada 3 novel Hlovate. Yang aku kagum, penulis punya banyak info tentang duniawi dan ukhrawi juga. Balance. Buat aku jadi malu pada diri sendiri. Sebab aku masih di takuk lama. Tak berubah menjadi baik mengikut acuan Islam. Tapi aku memang takkan putus berusaha. Allah tengok usaha, bukan natijah. Memang pahit nak tinggalkan benda yg memang dah biasa buat.

Berubah dari posisi duduk. Then baring. Then meniarap. Then menangis. Then ketawa. Then excited. Then berangankan seseorang (shuuhhh!!). Akhirnya aku berjaya menghabiskan novel ini tak sampai satu hari.

Ada banyak ayat-ayat best yang aku nak share dengan korang semua tapi nanti dulu ye sebab dah nak masuk Maghrib.

Saturday, May 15, 2010

Intro new series-Kau Cintaku

“OH-MY-GOD!”

Azura merapatkan jam loceng ke wajah. Kurang 5 minit pukul 8 pagi. Kelas Dr. Zack aka Mr. Punctual akan bermula setengah jam dari sekarang. Baju pun belum iron, macam mana ni? Dia turun meniti anak tangga satu persatu. Ikutkan hati nak terjun saja dari atas ke bawah,namun mengenangkan kebarangkalian untuk patah kaki atau patah tulang rusuk adalah tinggi dan silap-silap boleh menyebabkan nyawa melayang, ada baiknya dia meniti anak tangga. Walaupun dia merasakan pepatah biar lambat asal selamat itu tidak kena dengan situasinya kini.

Aina , teman sebiliknya masih enak menyulam bahagia di dalam selimut. Gosh, I envy her! Azura membongkok sedikit untuk mencapai toiletries di bawah katil mereka. Bersarungkan selipar berat ‘Tat Sing’ putih miliknya, Azura bergegas ke bilik air yang terletak di hujung blok. Saat-saat begini memang terasa nak pakai roller blade. Wajah Mr. Punctual tiba-tiba muncul dalam bayangan. I’m dead!


Selipar paling glamer zaman aku dok hostel.


Monday, May 10, 2010

Sunday, May 09, 2010

Apabila Engkau Terasa Sepi

Apabila Engkau Terasa Sepi

HAPPY MOTHERS DAY


Selamat Hari Ibu

Aku tau hari ni mesti ramai yang buat benda special kat mama masing-masing. Aku? Aku tak buat apa yang surprising pun but deep down inside I always love my mum even I couldn’t say it with words. Pagi ni just bawa pergi pasar, tolong sorong troli lepas tu caught dalam traffic jam kat pasar borong sampai aku dah lost track mak aku. Hahahahhaha!! Bila balik singgah kedai kejap,sampai rumah aku pun kemasla ruang tamu tu apa yang patut. Kalau aku kemas pun mesti selerak baliklah buku-buku my dad tu yang katanya ‘biar bersepah,senang cari’. Tapi mata aku yang bersepah tengok keadaan macam tu. So, ignore je la sebab aku tau mak aku x suka semak macam aku. Hahahaha!!

Kemudian on TV9, tup-tup keluar cerita Potret Keinsafan. Well, apa lagi mesti pasal kisah ibu. Selalu pasal anak derhaka kat ibu,tapi kali ni ibu dia pulak ‘derhaka’ kat anak dia. Ops, jangan salah anggap ok. Aku kata macam tu sebab dalam cerita tu, mak dia asyik tuduh dia jadi mat pit la,mat gian la padahal mamat tu identity dia je serabai tapi hati baik. Bila dia kena tuduh mencuri padahal dia yg kejar pencuri. Hanya sebab ‘figure’ dia yang tak kemas, berjambang,so org blame dia. Mak dia pulak tak habis-habis salahkan dia jugak sebab dia ni tak kerja. Dia cari rezeki dengan melukis sebab tu minat dia. Ikutkan mamat ni sabar dia dah sampai tahap nak ‘wachaaa’ je kayu-kayan kat rumah dia tu bila mak dia sanggup bakar alat lukisan dia. Tapi dia hanya diam. Diam. Walaupun telinga dah tahap nak tertanggal dengar mak dia berleter dan tuduh dia macam-macam.

Malam tu, mamat tu berdoa supaya mak dia berhenti cakap bukan-bukan pasal dia. Dia minta mak dia cakapla yang baik-baik sebab kata-kata mak tu doa. Mak dia terdengar dan sedar dari kesilapan dia selama ini. Happy ending!

Jadi buat mereka yang bergelar ibu, hati-hati dengan percakapan anda terhadap anak anda kerana kata-kata ibu tu bagaikan doa yang sangat mustajab tak kira baik atau buruk. Kata penceramah tu, mulut ibu memang sangat masin. Gunakanlah ‘kemasinan’ itu untuk mendoakan yang baik-baik utk anak walaupun anak kita tu nakal.

Kejap, macamlah aku ni dah jadi mak bila cakap macam ni. Heheh. Tapi berkongsi maklumat tak salah kan?

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI DUNIA.

Friday, May 07, 2010

KAU CINTAKU…DULU, KINI DAN SELAMANYA


Sedihnya bila hanya kita sahaja yang terpaksa faham apa yang orang lain rasakan.

Sedihnya bila kita membuat orang lain gembira tapi diri sendiri merana dan terseksa.

Aku cuba memahami, namun satu pun gagal membuat aku mengerti.

Aku cuba menafikan, namun makin kuat hati ini mengiyakan.

Bila pasak hati yang menahan ini nampaknya hampir rebah menyembah bumi. Bila benteng ketabahan dan kesabaran semakin terhakis dek rasa kecewa. Lalu aku melangkah dalam keadaan terpaksa atas nama persahabatan, pengorbanan dan cinta….

Jika benar cinta, lepaskanlah

Sekiranya dia muncul kembali, itulah jawapan kepada persoalan

Namun andainya dia tidak kembali, anggaplah perasaan itu tidak pernah wujud sejak mula lagi.

Tapi, aku melepaskan dengan satu harapan…


*Dapat idea masa tengah lara menyimpul kecewa.Frens, aku akan cuba realisasikan kisah ini hingga hujung nyawa.Berkati aku Tuhan...