Hari ini aku kena asingkan semua novel aku ke dalam storage box. Sebabnya bilik aku berada dalam keadaan tidak selamat sewaktu hujan lebat melanda. Dengan erti kata lain, siling umah aku bocor.Sediakan payung sebelum hujan. Banyak juga novel aku ni. Tak semua dapat aku isikan ke dalam box tu.
Berikut merupakan senarai novel yang aku nak share dengan korang semua:
Hak Cinta Terpelihara-Lynn Dayana
Atas Nama Cinta-Lily Suriani
Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Mushid
Kau Kekasihku-Anis Ayuni
Bisikan Rindu-Mimie Afinie
Bayangan Rindu-Anis Ayuni
Nota Cinta Buatmu-Norhayati Berahim
Saat Cinta Bersemi-Damya Hanna
5 Tahun 5 Bulan-Hlovate
Tunas-Hlovate
Di Atas Sajadah Cinta-Habiburrahman El Shirazy
Dark City-Xeus
Angels and Demons-Dan Brown
Bertakhta di Hati-Marwati Wahab
Jalinan Memori-Norhayati Berahim
Cemburu Seorang Perempuan-Siti Hazneza Abdul Hamid
Kasihku Abadi-Shanika Latisha
Badai di Hati-Fazie Hanna
Erti Sebuah Pertemuan-Nor Azihan Amiruddin
Tidak termasuk yang aku belum kemas dan tak tahu nak letak mana.Hahah.'Harta' yang aku sayang dan sumber inspirasi.
Ekspresi pertama aku bila sampai sahaja di pejabat ada ‘surat cinta’ di atas meja. Sudahlah meja aku memang sedia serabut. Ditambah pula dengan kehadiran surat jemputan yang tidak pernah aku impikan selama ini. Mulalah emosi berubah menjadi tidak tentu hala. Bagi orang lain mungkin mereka tidak kisah tapi bukan aku. Eceh...cam tajuk lagulah pulak.
Budak-budak pejabat yang mana nakal-nakal tu sukalah menyakat. Puaka Nyang Rapik betullah.Mentertawakan aku yang ‘terpilih’ sebagai peserta bersama-sama pelajar MBA yang lain. Mujurlah ada beberapa orang yang turut sama senasib dengan aku. Tidaklah aku keseorangan nanti.
Sesampainya kami di Eagle Ranch, aku ditugaskan memegang kunci dorm. Bolehlah pilih katil bawah siap-siap, detik hatiku nakal. Rupanya hanya segelintir sahaja yang memilih menaiki bas. Kekosongan masih belum terisi sewaktu tiba di dormitori. Aku, Emelia dan Kak Mas memilih katil bawah dalam deretan yang sama. Seorang demi seorang mula memenuhi kamar apabila jarum jam hampir menunjukkan ke pukul 6 petang. Aktiviti pertama malam itu apa lagi kalau bukan pembahagian kumpulan. 4 kumpulan yang diasaskan dengan tema warna merah (RED), hijau (GREEN), biru (BLUE) dan hitam (BLACK). Aku menjadi ahli kumpulan GREEN. Seorang diri. Yang lain ada pasangan. Tak adil ni,bentak hatiku. Namun aku buat tak endah sahaja perkara itu akhirnya.
Bersama dengan ahli kumpulan yang rata-rata berjawatan tinggi adakala membuatkan aku berasa rendah diri. Pendiam dan pasif apabila berada di kalangan mereka yang agresif. Namun sikap kerjasama mereka aku kagumi walaupun ada sedikit pertelingkahan. Biarpun tidak memenangi sebarang cabaran, namun hubungan antara kami tetap baik.
Aktiviti indoor dan outdoor berjalan dengan lancar selama 4 hari di sini. Aku bangga dengan diri sendiri kerana secuak aku pun aku tidak mengelat dari mana-mana cabaran. Water confidence yang aku geruni sangat tu berjaya aku tempuh (dengan keadaan sakit leher sampai dah sampai ke darat pun rasa macam nak terbaring). Abseiling yang pada awalnya buat aku kecut perut berjaya juga aku lalui (macam nak cuba lagi).Kemuncak bermalam di hutan berperang dengan gerila pun berjaya kami redahi (bom busuk memercik kat cermin mata aku) walaupun kepenatan menyelubungi. Pengalaman tidur beramai-ramai di hutan memang manis tapi tidak semanis bila kami semua bertempiaran lari apabila menggempur kem gerila untuk merampas kembali beg yang disimpan oleh mereka. Padahal kami yang menyerang dan bilangan kami jauh lebih ramai daripada mereka. Alasan kami paling konkrit: WE ARE OUT OF BOMB!
MISSION ACCOMPLISHED. THANK YOU THUNDERCATS.
Heheh....natijahnya aku ponteng sehari sebab tak larat nak bangun pergi kerja dan diserang demam.Hahahahah!!
First time dengar kat You Tube spontan aku menangis.Memang mendalam betul maksud lagu ni.Betullah orang kata cinta tak kenal siapa.Untuk kebahagiaan orang lain, rela tersenyum meski di hati terluka tiada siapa yang tahu...
INTERNATIONAL BUSINESS POSTGRADUATE COLLOQUIUM, 2ND DECEMBER 2008 AND LAUNCHING OF MALAYSIA’S TOP BUSINESS SCHOOL
ALHAMDULILLAH... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penat jerih kami selama 2 minggu telah pun berakhir dengan jayanya. Aku juga turut menumpang rasa bangga dan gembira bila tempat aku mencari rezeki diiktiraf sebagai top business school bersama dengan UKM. Walaupun sebenarnya terlalu banyak kesulitan dan duka yang dilalui, namun pahit berubah menjadi manis tatkala melihat semuanya beroperasi dengan baik. Pertama kali menguruskan acara begitu mencabar. Masing-masing tiada atau kurang berpengalaman. Dimarah, diherdik atau dipersalahkan semuanya menjadi agenda harian. Inilah yang dikatakan belajar dari pengalaman. Aku sendiri pun agak sangsi bila ditugaskan menjaga rombongan dan kebajikan peserta dari Indonesia seramai 33 orang. Namun begitu, aku sangat bertuah kerana mereka sangat memahami dan memberikan kerjasama dengan baik sekali. Paling bertuah kerana aku berpeluang menghabiskan masa bersama seorang naib canselor yang sangat ‘humble’ yang kami panggil Pak Tony. Beliau tidak kisah berjalan kaki,menaiki bas mengikuti acara. Aku juga tak menyangka yang aku akan berasa sedih bila mereka berangkat pulang. Buat teman-teman sekalian, terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang dicurahkan demi menjayakan acara yang julung-julung kalinya. Semoga penat lelah kita terbayar suatu hari kelak. Buat rombongan dari STEKPI,Perbanas ABFI Institute,USNI,UI,STIAMI dan LP3I-terima kasih atas kerjasama kalian. Semoga Allah merahmati kita semua dan moga ketemu lagi di lain masa. Salam kasih semuanya...
Sekian lama aku tidak menghabiskan hujung mingguku di luar. Pelawaan temanku aku terima dengan senang hati. Maklumlah dah lama aku tak jumpa ‘adik’ aku ni. Walaupun setiap kali keluar mesti orang ingat dia kakak aku yang adik.Heheh... jangan marah aa Lin.
Mula-mula masing-masing tak tahu nak pergi mana sebab boleh dikatakan kitorang ni spontaneous,x plan apa-apa pun. Lastly, both of us decided to watch movie. Erm...the problem is what kind of movie that we are going to watch? Dalam kepala otak aku memang tak ada yang lain selain Madagascar 2. Tapi kawan aku dah tengok,so we just simply choose this title yang agak ‘taboo’ kat telinga aku:
SELAMAT PAGI CINTA
Mula-mula tu macam...erk...cerita ni ke? Tapi dah cerita lain pun start lambat,belasah je la. Nasib baikla si Amani tu comel. Tapi cerita tu buat aku sedih jugak. Maybe because of my situation right now so i’m being a little ‘jiwang karat’. Namun part paling tak hengat buat aku ketawa masa Amani tersalah buka pintu kereta. Dia ingatkan tu kereta Que Haidar. Rupanya mamat tu bawa vespa jek. Kesiannn...Part Amani kekok nak naik vespa pun lawak giler. Adoi! Kira okeyla cerita tu walaupun tak puas hati sikit ending cerita kisah Fazura dan Pierre. Air mata aku nak gugur jugak tapi tahan. Malu kat orang. Hahaha !
Habis cerita singgah kat Secret Recipe. Bertukar-tukar cerita. Apa lagi cerita cintaku la. Lama jugak melepak sampai nak dekat pukul 7. Dah lama tak bersua muka kan. Dia pun dah ada couple dan reveal from her story she is so happy with that guy. Okeyla tu. Me? Hurm.. kalau ada,adalah. Kalau takde,nak buat macam mana. Itu kan kerja Tuhan. Even people keep on blaming and accusing me but I know one fine day my life will change somehow. I’ll find one.
Sempat juga aku ‘grab’ satu novel yang memang dah lama aku nak. Tunas-hlovate. Dah lama tak layan novel ek. Belasah aje.
MEH PILIH BROOCH LAWA2 NI.ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI.PRODUK BATU KRISTAL YANG DIDATANGKAN KHAS DARI KOREA DAN TAIWAN.
KOS PENGHANTARAN
POS EKSPRES- RM 3 POS LAJU- RM 6 (SEMENANJUNG)
Sesiapa yang berminat boleh YM saya di ct_munawirah82@yahoo.com atau email saya di nashrinarlina@gmail.com.Boleh juga tinggalkan pesan di ruangan shoutbox atau komen.Sedia berkhidmat.Heheh.
Hasil seni yang aku adaptasi daripada salah satu website yang kawan aku jumpa.Stitching card.Sesuai untuk dihadiahkan buat yang tersayang, sebagai hiasan dan juga sebagai hantaran kan?Kos pun murah.Yang diperlukan hanya benang,jarum,manik dan kad.Juga sedikit kerajinan dan masa lapang.Dah siap!
Pada mereka yang telah aku janjikan nak bagi tu,tunggu ek.Akan sampai jugak walaupun lambat.Heheh.
Assalamualaikum...Uhuk!Amboi,dah banyak sawang kat sini.Dah lama tak 'cuci'.Hidup aku kali ni rasa berlalu begitu pantas.Kenapa?Sebab terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa.Mungkin bagi orang lain job aku ni nampak mudah agaknya.Tapi bagi aku yang baru ni,sangatla membebankan dan mencabar seluruh kudrat aku.Mana taknya,balik je rumah yang aku ingat...tilam aku.Tanggungjawab aku sekarang makin berat.Mjurlah aku ni belum kahwin,kalau tak tak tau apa akan jadi dengan rumahtangga aku ek.Hahahha.
Mungkin ini terbaik untuk aku kot sebab bila dah sibuk,aku tak adalah terlalu diladeni perasaan yang bukan-bukan.Walaupun kadang-kadang singgah tapi aku dah boleh mengawal.Apa pun aku harap hidup aku ni akan terus diwarnai warna-warna keriangan dan kalau disimbah warna kepahitan sekalipun aku mampu mengatasinya dengan baik.
Buat teman-teman aku yang dah lama aku x contact,sejuta kemaafan aku pohon.Mungkin lepas dah reda sedikit segalanya, aku akan kembali.
I have been tagged by these 2 special girls, Ila (my beloved and naughty pet sist) and Razzian (my beloved long lost friend...redha ke yan kalau kn madu?aku redha ins allah...:P).
Tapi aku x tahu nak tag sape2 dah.Hehehe.Cuma aku harap Ila bahagia dan Yan tabah menghadapi hidup kat Pontian.Korang 2 orang memang wanita berhati waja.Aku tabik spring ah.
Ketawa sendiri aku bila membaca semula rangka novel dan novel yang aku dah tulis separuh jalan. Dah lama aku tinggalkan ‘Tak Termiliki’ buah hati aku ni. Rasa rindu nak sambung tapi setiap kali itulah aku akan dihambat kesibukan atau kebuntuan mahupun kemalasan (yang hujung ni selalu buat aku tewas). Bukan aku tidak ingat akan impianku dan cita-cita aku. Tapi bagi diri ini ada sesuatu yang lebih memerlukan tumpuan aku menyebabkan aku terpaksa meninggalkan seketika ‘kekasihku’ ini. Aku ada satu misi yang perlukan masa untuk dilaksanakan. Istiqamah yang aku sukar untuk capai. Siapa tahu aku akan jadi seseorang yang lebih baik dan berguna berbanding semalam atau kelmarin. Baru-baru ini teman sekolahku yang sudah lama aku tidak ketemu menghantar sms bertanya khabar. Awalnya aku agak terkejut. Dia sudah jauh berubah. Memikirkan yang hubungan kami dulu mungkin tak seperti teman-temanku yang lain membuatkan aku rasa lucu. Tak sangka dia boleh jadi semesra ini sedangkan dulu dingin amat. Ya, manusia boleh berubah. Oleh itu NASHRIN, berubah dan berhijrahlah kamu demi kebaikan dunia dan akhirat....
Ehem...hari ini kita akan belajar cara-cara memasak sambal sotong. Hahahah!! Bukan korang, aku yang sebenarnya baru nak mencuba. Dulu masa cuti semester bukan aku tak pernah dipertanggungjawabkan memasak untuk tengah hari. Cuma sekarang ni dah lama sangat aku tak masuk dapur. Banyak yang dah lupa. Bila dah kerja ni lagilah masanya tak menentu. Di pejabat memang tiada masa senggang langsung tapi sempat jugak aku curi-curi YM. Kadang-kadang weekend pun kena bekerja ataupun kena balik lambat pada hari-hari biasa.
Okaylah. Kita mula.
a)Panaskan minyak masak dulu. Lepas tu bila dah panas, masukkan cili yang telah dikisar. Aku suka cili banyak tapi sebab bulan puasa takut sakit perut cilinya dkurangkan sikit.
b)Lebih kurang 3 minit lepas tu, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Mak aku selalu bebel cara aku potong bawanglah.”kalau nak masak ni potong bulat”. Tapi aku kata sama je masuk dalam kuali bercerai jugak dia. Ekekek.Dalam hati je la aku jawab pun. Sah anak degil.
c)Kemudian mak aku curahkan air asam jawa kat sambal yang aku tengah kacau tu. Masukkan asam keping pun tak salah kan? Masukkan garam dan gula secukup rasa juga.
d)Bila dah naik minyak (bab nila aku ‘konpius’),baru masukkan sotong kegemaran aku tu. Kacau sikit-sikit.”Ini bukan masak lemak nak kacau-kacau”. Kena lagi.
e)Aku pun berdiri tegak sambil menggaulkan sotong tu supaya sebati dengan cili tu. Dalam hati tertanya bila yang dikata dah masak ni? Lama jugak ni tunggu hampir 15 minit. Tunggu cili masak betul dan sotong kecut. Betul ke teori aku?
f)Akhirnya sambal sotong kegemaran aku pun siap setelah aku memasaknya sambil dipantau ‘chef’ rumah aku. Siapa lagi kalau bukan mak aku. Kalau tak siapa nak jawab soalan aku “Mak ni dah ke belum?” ahahhaahh!!
Betapa anehnya orang-orang yang meragukan adanya Allah, padahal sehari-hari ia melihat hasil ciptaanNya.
Betapa anehnya orang-orang yang mengetahui adanya kejadian yang pertama tapi mengingkari kejadian yang kemudian.
Betapa anehnya orang-orang yang mengingkari kehidupan sesudah mati, padahal ia setiap hari melihat orang yang tidur dan bangun.
Betapa anehnya orang yang beriman akan adanya syurga dan segala kenikmatan di dalamnya, akan tetapi ia berpoya-poya di alam tipu daya dan kemaksiatan.
Betapa anehnya orang yang menyombongkan diri dalam angkara murka, padahal ia tahu dirinya berasal dari setitik air mani yang jijik dan berakhir menjadi bangkai yang najis.
Dan bukanlah sesuatu yang aneh jika aku sendiri tergolong di dalam golongan mereka yang aneh.