Wednesday, April 30, 2008

Tahniah Murnira and Zulkifli


Ujian-Nya berseni, kasih sayang-Nya abstrak.
Zahirnya manusia memandang apa yang nikmat sebagai reward dan yang menyakitkan sebagai punishment. Dalam Islam,kadangkala apa yang dilihat sebagai menyakitkan itulah reward dan yang nikmat itulah punishment. (Tautan Hati.Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Alhamdulilah,masih berkesempatan untuk diri ini mencoretkan luahan kata yang tercetus di minda dan bersarang di hatiku yang berstatus qalbun maridh. Ku katakan begitu kerana aku merasakan aku berada di persimpangan antara kebaikan dan keburukan. Antara bisikan suci atau bisikan laknatullah yang sentiasa mencuri ruang anak-anak Adam untuk membuat pilihan yang bijak.

Semalam aku dipelawa teman baikku sewaktu zaman persekolahan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan antara kawan kami di alam yang sama. Zaman di mana yang menyelubungi kami di kala itu hanyalah gurauan dan kenakalan. Tiada masalah yang terbeban di bahu. Katanya dia ingin memandu dan aku sedikit cemas apabila dia memberitahu yang dia sudah lama tidak memegang stering. Kebimbangan ku suarakan namun dia berharap agar aku meyakininya. Ya, sudah pasti aku risau kerana aku sendiri sudah lama tidak memandu sejak mendapat lesen 3 tahun lalu. Sudahnya lesen P aku sendiri sudah hampir tamat tempohnya.
Ternyata temanku itu tidaklah kekok sepertimana yang aku bayangkan. Jauh bedanya dari aku yang sentiasa kalut. Sesampai sahaja di Dewan Ideal bersebelahan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, kami terus melangkah masuk ke dewan setelah memarkirkan kereta. Orang ramai sudah memenuhi meja-meja bulat yang disediakan untuk para tetamu menikmati juadah. Sedang aku dan teman berkira-kira untuk memilih tempat yang sesuai, mataku tertangkap susuk tubuh sahabat yang sangat aku kenali. Lantas aku mengusulkan agar kami menyertai sahabatku itu. Ternyata dugaanku tepat. Kami saling bertukar cerita sambil menikmati hidangan. Aku suka melihat anaknya Afif yang pada pandangan mataku sangat comel. Hensem pulak walaupu kecil lagi. Malang bagi sahabatku kerana dia baru sahaja kehilangan anak kedua sewaktu dilahirkan. Rata-rata bercerita tentang cincin merisik,pertunangan manakala aku dan temanku hanya diam sebab masing-masing masih single. Hahahah!! Tapi yang malangnya akulah sebab masih tiada teman. Sekurang-kurangnya temanku yg lag seorang ini sudah pun merancang ke arah itu. Oleh sebab itu bila rakan-rakan bertanya aku cuma senyum sahaja. Dikata single aku pulak dituduh menipu. Kami merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengantin yang cukup manis dan sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya. Bila agaknya aku pula berseri-seri macam tu kan? Hehehe...

Sempat juga kami membeli-belah dahulu sebelum pulang. Dalam hati sedih sebenarnya bila melihat sahabat sudah punya keluarga sendiri sedang aku masih terkapai-kapai mencari haluan hidup. Namun aku memadamkan rasa itu bilamana aku teringat cerita-cerita bagaimana jerih payah mereka setelah berumahtangga. Bukan semuanya manis, ada masa bahtera dipukul ribut juga. Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ada dan anggaplah ujian-ujian ini sebagai tiket untuk mendapat nikmat yang lebih baik. Lagi besar dugaan, lagi besar hikmah yang menanti.

Sekian. Salam sayang buat kalian.


Tautan Hati-Monolog Asiah Yusra

"Aku quote dari novel dakwah karya Fatimah Syahra"
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang , dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK

Dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam megajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasannya tidak boleh dipermainkan.

Tuesday, April 22, 2008

Yeaaahaa!!

ASSALAMMUALAIKUM….

Kembali menyinggah di rumah kedua aku yang makin sepi dan sunyi tanpa posting. Sebetulnya aku sekarang ni tak punya banyak masa nak post entry kat sini. Dan agak lama jugak aku tak melawat blog2 yang selalu menjadi tempat persinggahan aku dulu. Bukan apa, baru-baru ni sibuk sangat menerima borang permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Inilah padah kalau dibuat secara manual. Berapa banyak kertas menimbun kat bilik meeting tu. Tak larat mata aku nak meniti setiap satu. Apa lagi kawan2 aku yang bertugas di bahagian kemasukan. Lagilah terasa nak termuntah.

Terlintas di fikiran ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Bagi aku, orang-orang yang begini mempunyai matlamat yang besar dalam hidup. Bukan calang-calang. Mujurlah seimbang jugak nisbah antara pelajar Melayu dan Bukan Melayu. Sekurang-kurangnya aku turut menumpang bangga ada juga anak bangsaku yang berfikiran jauh.

Semoga kalian diberkatiNya dan dapat merubah nasib bangsa juga merubah tanggapan memperlekehkan bangsa Melayu di persada dunia.

Salam kasih

Monday, April 21, 2008

Picture of Me

Ini namanya tak ada keje cari keje. Patchwork design.Cakk!!


EKSPRESI : BOSAN


Selalunya terpapar bila tibanya hari Rabu setiap minggu.Hahahah!!Orang lain bersukaria balik, tapi aku kena stay sampai pukul 9 malam.Lebih hangat lagi bila kena tunggu sampai pukul 9.30.Balik rumah terus tdo tak ingat apa.



Tuesday, April 08, 2008

SERIBU PENIPUANMU

Tarikh 7 April 2008 merupakan tarikh yang tidak mungkin dapat aku lupuskan dari ingatan. Pada hari itulah, aku mendapat kepastian tentang apa yang berlaku dalam hidupku selama ini. Tidak kusangka aku mendapat berita insane yang pernah menggantungkan harapan rupanya sedang menyulam bahagia dengan insan lain. Sekali lagi aku tertipu dengan raut wajah yang mulus, tutur kata yang sopan rupanya terselit seribu penipuan yang tidak dapat aku kesan. Sudah tak tertanggung beban hati dan hanya air mata penyesalan sahaja yang mampu aku alirkan membasahi pipi.

Namun untuk membenci spesies ini adalah suatu yang sia-sia kerana mengikut temanku, aku melanggar fitrah. Ya, aku tahu semua itu tetapi acapkali hanya yang aku dapati hanyalah kelukaan demi kelukaan yang tak pernah sempat sembuh. Ikutkan hati memang dendam kesumat membara di jiwaku. Ingin sahaja aku mendoakan agar mereka yang terlibat merasai juga apa yang aku rasa. Tapi aku sedar, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.

Berpegang dengan iltizam dan keyakinan, akan ku hapuskan air mata ini daripada berladung lagi di pengkalan mataku. Buat kaum Adam yang dijadikan Allah untuk membimbing kaum Hawa, aku berharap aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian perosak jiwa dan penghancur kepercayaan wanita.

Friday, April 04, 2008

Muhasabah Diri

ASSALAMMUALAIKUM

Lamanya tak menyinggah di rumah sendiri. Hehehe…seperti biasa selalunya pasti ada masalah yang menekan atau mengganggu ketenangan. Sekarang ini terlalu banyak ura-ura mengenai kedudukan kami di pejabat. Entahlah, kalau ada rezeki masihlah boleh menyumbang tenaga tetapi jika tidak, carilah mana-mana sumber rezeki di bumi Allah ini.

Aku juga harus menunaikan tanggungjawab aku kepada diri sendiri dan juga orang-orang penting di sekelilingku. Cita-cita masih belum tercapai, impian murni masih belum mampu digapai kerana niat dan usaha seolah longlai. Aku semestinya perlu membentuk disiplin diri supaya apa yang aku hajatkan dikabulkan DIA.

Keyakinan diri semakin pupus ditelan waktu. Umur bukannya semakin berkurang malahan makin bertambah angkanya. Sebelum hayat berakhir, izinkanlah aku meneruskan cita-cita dan impian supaya aku tidak kesal setelah meninggalkan dunia ini. Biar berjaya di dunia dan akhirat.

Ya Allah, restui dan bimbinglah aku….hambamu yang dhaif…

Wednesday, March 19, 2008

Ajai:
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Kris Dayanti:
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Chorus :
Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Chorus :

Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup….

Ajai:
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Kris Dayanti:
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Aku perlu
Aku rindu

Friday, February 15, 2008

I've been tagged!!

Dah lama aku x kena tag,menunjukkan betapa jarangnya aku menyinggah kat blog sendiri sejak akhir-akhir ni.Tiada apa ingin aku kongsikan bersama kalian.Cuma kali ini 'kesibukan' menghambat diriku. Kesibukan yang hanya aku mengerti.Heheh.Untuk tidak mengecewakan Cik Siti yang dah tag aku (tu pun bila aku g melawat blog dia),di sini aku senaraikan 8 perkara yang menggambarkan diri aku.Rasanya aku pernah dapatla tag ni.

-Kepala angin!Hahaha!!Mood aku boleh berubah tetiba.Especially kalau ada masalah yang menganggu.
-Lembut hati.Walau camne benci dan marah sekalipun aku,tak pernah aku nak simpan dendam.
-Suka wat keje tangguh2.Ni memang tak elok.Tapi tak semua perkara yang aku tangguh,selalunya hal yang kecik-kecik.
-Penakut tak bertempat.Ndak drive pun takut,bila dok seat driver je rasa macam keras.Tapi ada hati nak beli keta.
-Cepat percaya orang.
-Mudah jatuh cinta?Bahaya nih!Aku memang tak suka part nih.
-Selalu fikir yang aku tak sebaik orang lain.
-Suka berangan.hahahahah!!!

Wednesday, January 30, 2008

Creative Ideas


Bunga dulang yang dibuat dari manik,ilham kawan aku.Malangnya jari aku tak sekreatif ini.Heheh....so,anyone interested just buzz me ok!

Friday, January 25, 2008

“HOW BAD IS YOUR TEMPER ACCORDING TO YOUR HOROSCOPE?”

ARIES MARCH 21 – APRIL 20

Nothing seems to ruffle you more than a lack of discipline, disloyalty and decorum. But Arians are also known to go into a rage very easily when challenged. Those of you who have been on the receiving end of the Aries temper know that if not calmed down they can even get violent. But one thing is certain if the opponent remains calm and does not react to their outburst, Arians cool down very fast. They are also the first to apologies, which makes them easier to forgive.


TAURUS APRIL 21 – MAY 20

You are generally quiet and have control over your emotions. It is difficult to predict what will upset you, so when you do lose your cool, people don’t know how to react. Your temper is like that of a raging bull, and anyone trying to pacify you will be the first one to get a verbal bashing. You generally get upset when you are concerned or when people accuse you of doing something wrong. You also hate being reminded about mistakes you’ve made in the past. You also have the potential to be terribly vindictive if rubbed the wrong way.


GEMINI MAY 21 – June 29

You are recognized by your cheerful disposition and your jovial nature is easily susceptible to anger. In fact, you are the best person to have around when there is an ugly scene at a party you can bring the warring factions together quite diplomatically. But when you lose cool, you yell and scream and will not listen to reason. You must have the last word in a wordy duel. Your capacity to argue aggressively is matched only by your seductive charm.


CANCER JUNE 21 – JULY 21

Considering how charming, caring and kind you are, you dislike unpleasant scenes, much less creating one yourself. You have great tolerance and rarely get provoked into losing your temper. If someone is unreasonable or trying to create trouble, you are more likely to walk away quietly. But that does not mean you do not have a temper. When angry, in your effort to control your emotions, you tremble, your hands get sweaty and sometimes you fumble for words. Tears roll down your eyes easily and the opponent is touched by your innocence and will seek an apology immediately.

LEO JULY 22 – AUGUST 21

If anyone has total control over their emotions, it is you. But then, you can be described as stiff, cold and uncaring. You are known to lack spontaneity but you really don’t care about opinions. You don’t like to create scenes and will never accept invitations to a party where you suspect the presence of an unruly lot. But your very presence seems challenging to some and they take vicarious pleasure in your disquiet. When angry you can use critical language. A dressing down can humiliate your opponent, causing a strain between both of you forever.


VIRGO AUGUST 22 – SEPTEMBER 21

Most of you are gentle and have full control over your emotions but those of you given to temper tantrums can certainly get violent. When see things with rage, you yell and shout and tend to break things lying close at hand. You can even harm yourself by banging your hands on a glass top table or wall. You should never get into any argument, for you are a sore loser. You feel that others are trying to persecute you and don’t quite respect your opinions. When hurt, you can also hold grudges forever.


LIBRA SEPTEMBER 22 – OCTOBER 22

Did someone say that you are the charmers of the zodiac? Well, it’s true. Few have ever seen you ruffled or angry. You are very conscious of your image, and you believe that anger distorts your face and personality. You also think you are above things like anger. But wait before you get into self-congratulatory mood. Your family or those very close to you know you better. You have an unmatched temper amongst all the zodiac signs, and what makes it worse is your capacity to justify it.


SCORPIO OCTOBER 23 – NOVEMBER 21

Of course you don’t lose your cool. But your very demeanour (manner) projects haughtiness (arrogance, pride), pride and grand disdain (disregard) for lesser mortals (human). Others are often found saying that anger sits on your nose and you are raring to give your piece mind to the first person that try to be funny with you. You are selective in the choice of your friends, and have a low tolerance for the superfluous (extra) types. Your tongue-lashing (attack) is generally in a soft hissing tone for when you scream, your voice tends to get shrill and loud and you do hate drawing attention to yourself! When upset, you are angrier with yourself for having shown weakness, for the last thing that Scorpio wants to show is being out of control.

SAGITTARIUS NOVEMBER 22 – DECEMBER 20

You are insensible and generally have no complete control over your emotions. You do get angry quickly and others marvel at your anger levels even when provoked. Actually, you get tongue-tied when angry and you will remove your anger waiting for the other person to calm down. Then you will reason with your opponent and convince the other person in a very gentle manner that the whole thing was just his mistake. You’re also likely to totally sever ties with someone when you’re upset with them.


CAPRICORN DECEMBER 21 – JANUARY 19

Few will believe that a hardcore practical and materialistic person like you is capable of sensitivity and genuine emotions. You project a hard exterior but are actually very sensitive, a trait you successfully hide from others. You can see thing with anger but will not betray your feelings. But then, there are times that even you cannot control your temper. Under such circumstances you can shout and scream, more with frustration at the situation than with anger at any particular person. Your outbursts can shock others and can make them feel guilty too.


AQUARIUS JANUARY 20 – FEBRUARY 18

You are noble and kind and dislike losing control over your emotions. It is very rare for you to get angry. You are also the pacifier in situations that involve arguments. It is always your endeavor to be perfect and socially correct in your behavior and attitude, but if misunderstood and slighted you can give in to an angry outburst. You will shout and scream and then walk out from the scene. You cannot easily forget the situation and will be bitter about it for a long time.


PISCES FEBRUARY 19 – MARCH 20

The only thing that can be said about you dreamers is that you appear even more attractive when angry. You are very sensitive to others’ feelings, so you rarely hurt them. But when others tend to hurt you, then things take a nasty turn. You will yell and use harsh words and feel inclined to shake everything and everyone up. Your creative imagination is at its best when angry, and you tend to get pretty dramatic. When upset, you refuse to listen to reason and wish to be left alone. But once you calm down, you repent your tantrums and seek forgiveness. SO nobody can be upset with you for too long.

"Which one are you?"

Thursday, January 24, 2008

Flowers

Bunga riben yang aku sempat buat masa cuti dan hujung minggu.Tapi bab gubah memang fail.




Yang ni pulak bunga stokin yang aku try wat semalam.Heheheh...percubaan pertama utk orang tangan keras macam aku.

Friday, January 18, 2008

Fasa Pertama:Cuba-cuba

"hanya mampu menjadi tukang pegang sahaja...ahaks!"

"cikgu punya hasil kerja...cantik ke tak?"

"Siti poyo je ni,bukan dia buat,jadi tukang pegang gak cam aku.Hahahah!!"

Ini adalah contoh rangka yang telah dibentuk menggunakan dawai.Sempat lagi tu time rehat,almaklumla hari Jumaat .Rehatnya lama.Jadi aku dan member aku sempatlah mencuri masa melihat2 barang-barang yang perlu untuk menghasilkan bunga stokin.Inilah hasil cubaan pertama kawan aku.Aku punya tak jadi.Benci!

Wednesday, January 16, 2008

Contoh Bunga Stokin


Hasil gubahan berdasarkan kreativiti masing-masing ye.Yang penting tahu asasnya.

Sunday, January 13, 2008

Spa Q OST-Ku Mahu

Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau beri tak benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Bunga Dip







Saturday, January 12, 2008

Kelas Gubahan Bunga.Meh la join!



Kepada semua viewers and kengkawan kat luar sana yang berminat untuk mempelajari seni hiasan bunga dip dan bunga stokin, sesi pertama akan dimulakan pada 2 Feb 2008.Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada nombor yang tertera di atas ya.Mana tahu lepas dah belajar ni tiba-tiba teringin pula nak jadikan seni ni sebagai pendapatan sampingan kan.Tak pun buat sendiri kot2 sapa2 yg nak kawen tu kan.Kalau malas takpe,kami juga bersedia menerima sebarang tempahan.
Ok guys!

Monday, December 31, 2007

Wedding 2007 in memories

Ini kad kawan aku masa sekolah rendah. Sekelas dari darjah satu hingga tiga. Satu asrama sekejap je pastu dia pun blah. Jumpa balik masa reunion ex-AYSK kat PD. Tau-tau dapat kad kahwin. Yang ni den tak pagi sebab apa ye?Oooo….xde geng…hehe


Ridhuan atau Wan ni aku kenal masa kat IMP. Time tu praktikal,aku satu kumpulan dengan dia. First impression aku ingat dia ni garang dan serius sebab dia jarang bercakap dengan aku. Tapi sejak dia rajin tarik kerusi aku setiap kali dia lalu belakang aku, memang title tu dah tak sesuai dengan dia lagi. Hahaah!! Aku tak datang juga yang ni pasal aku terlupa. Hahah!!

Ini kad jemputan kawan sewaktu menuntut di kolej matrikulasi negeri sembilan.Satu praktikum dengan aku.Aku pun tak sangka yang aku akan menghadiri wedding dia ni.Kebetulan hati aku tergerak dan ada kawan nak bawak,aku on aje.You are so pretty on that day,Ila.

Ini pula kawan aku masa sekolah menengah.Lebih tepat lagi masa zaman aku tinggal di Asrama Yayasan Selangor Klang.Sewaktu di Tingkatan 4 kami berpisah memandangkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.Masa ni aku frust tak dapat tawaran.Aku tak pergi wedding ni sebab tak ada transport.Sorry Baby,may you lived happily ever after.

Wahaha!Ini wedding paling hangat ni.Wedding bos aku.Masa Kelantan tengah kecoh dilanda banjir.Mujurlah rombongan 'Cik Kiah' kami tak menghadapi apa-apa masalah sepanjang perjalanan.Cuma bagi aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan terasa lamanya duduk dalam bas.10 jam! Naik kematu semuanya.Kononnya sambil menyelam minum air,nak pergi membeli belah.Alih-alih banyak kawasan yang terpaksa ditutup akibat dinaiki air.Sudahnya kami singgah di Terengganu.Sampai KL dalam pukul 1 pagi,esoknya pakat ramai-ramai tak mai opis.Letih punya pasal.





Antara gift yang aku dapat.Banyak sebenarnya tapi ni je yang sempat aku rakamkan.


AKU PUNYA KAD?HAHAHAH!!!!Bak kata Laila Isabella:
"Kalau ada..ada la...kalau tak ada,nak buat macam mana,itukan kerja Tuhan"

SELAMAT TINGGAL 2007




Tuesday, December 25, 2007

Unfinished Sakura

I just try to draw this character from Naruto anime and used Illustrator as a medium of colouring.Suddenly it triggered me to learn in depth about manga art.It is awesome when I see the talented artist doing such a remarkable art (i watched it from Youtube). And yet this anime inspired me to deal with my life. There is a way to surpass our weakness and you got to seek the courage inside you and the people around you.

"Sakura,i'll try to make u better...hahah!"

I will try to finish this...will I?hehehe...hope so.