Wednesday, November 29, 2006

Hari ini dan semalam..tidak ada bezanya di pejabat.Rutin harian masih berjalan seperti biasa.Keadaan masih sunyi sebab pagi ini ada mesyuarat sedang berjalan.Ada yang mengambil kesempatan untuk keluar menguruskan hal peribadi masing-masing.Aku?Terikat dengan tugas yang sukar membenarkan aku ke mana-mana walaupun ke tandas!Jangan ingat kerja sebagai receptionist ni senang.Walau dimarah,dimaki hamun sekalipun mesti mampu mempamer wajah ceria dan tenang.Biar dilanda badai dalam hati sekalipun kita mesti bijak mengawalnya agar tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain.Inilah yang sukar juga untuk aku laksanakan setiap hari .Manusia pasti ada perasaan dan ada waktu kita dicengkam pelbagai perasaan yang adakalanya memungkinkan kita bertindak di luar batasan kebiasaan.Selalunya aku meluahkannya melalui teman yang aku percaya,ada juga yang aku paparkan dalam karya baik tulisan mahupun lukisan.

Hari ini...kurang menarik bagi aku juga kerana sahabat yang sering menemani aku makan tengah hari bercuti.Ah,bertambah bosanlah hari aku.Apa nak buat?Kusut fikiran aku.Nak keluar pun tak ada yang sudi meneman.Susah betul.Kalau di UUM dulu ada je yang ajak keluar tapi kadang2 aku yang malas.Hahah.Waktu macam ni barulah terasa alangkah baiknya kalau punya teman di sisi.Err...tak patutlah aku ingat semua ni.Belum masanya aku diasak dengan pertanyaan seumpama ini.Tidak!Haha...

Apa yang baik untuk orang lain,tak semestinya baik juga untuk kita.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada supaya Allah tidak akan melupakan kita dan akan sentiasa mengurniakan sesuatu tanpa jangkaan.Ya Allah,restuilah hambamu yang kerdil ini dalam menggapai cita-citaku yang setinggi langit seindah kilauan permata..

Tuesday, November 28, 2006

Susah

Selesai sudah urusan temuduga yang cukup membuat aku tak senang duduk beberapa hari ini.hasilnya,aku sendiri tak puas hati dengan cara aku menjawab.Tak teratur,kelam kabut dan seprti kurang yakin.Ditambah pula dengan soalan membunuh yang membuat aku terkelu lidah dan tak boleh nak berfikir.Tapi nak buat macam mana,benda dah nak jadi kan.Terima je la.Ada rezeki aku diambil.Paling koman pun aku masih ada kerja.Ok,lupakan hal yang sudah berlalu.Teruskan apa yang ada sekarang.Misi aku belum selesai.Ingat tu nashrin.You have one uncomplished mission.That u have to settle down and take it seriously.

Monday, November 27, 2006

Mampukah aku?

Assalammualaikum..salam sejahtera ke atas kamu.Hari ini pejabat lengang. Ada yang out station,yang mc.Kesunyian mencengkam setiap ruang pejabat.Tapi selalu dipecahkan dengan deringan telefon.Yang payahnya,telefon di kaunter rosak pula.Kalau aku rajin ataupun tak ada siapa yang sudi menjawab,aku akan masuk ke dalam menjawabnya.Bila entah nak elok.

Hari ni tergerak hati aku nak menjenguk blog akak eb.Tersentak aku bila melihat nama aku terpapar dalam kolum blognya.Rasa malu pun ada juga.Terasa macam aku ambil kursus penulisan pula.Heheh..kena komen dengan pensyarah aku.Memang aku ni spesies pemalu.Rasanya kalau ditegur depan-depan,orang akan nampak perubahan wajah aku.Hahah..kadang-kadang tu sebab kecil pun aku boleh jadi segan.Bila nak berubah pun tak tahu.jadi berani dan lebih berkeyakinan sikit.

Namun,ada kebenaran pada kata-kata kak eb.Setiap teguran yang paling menyakitkan hati sekalipun,kita perlu terima dengan hati terbuka.Sungguh aku amat berterima kasih dengan kak ebriza atas kesudian dia membantu aku.Serius dalam penulisan?Bukan sekadar hobi?Mampukah aku?Memperuntukkan masa untuk aktiviti ini?

Friday, November 24, 2006

Belajar dari kesilapan

Hari ini aku dah belajar benda baru dalam dunia penulisan novel dari segi cara penyampaian mahupun format.Mungkin inilah titik permulaan aku untuk mengorak langkah dalam bidang yang aku cintai sejak dari bangku sekolah rendah. Sejak di Tahun 6. Pertama kali aku mengarang sebuah cerita sedih mengenai kehilangan seorang adik sewaktu peperiksaan akhir dan aku memperolehi markah sebanyak 98 peratus. MArkah yang tak pernah aku perolehi untuk lain-lain subjek.Sejak tu aku amat meminati bidang penulisan kreatif dan gemar mengarang tentang apa yang berlaku di sekitarku. Ada juga berdasarkan idea kawan-kawan.Heheh..aku sering juga menjadi mangsa kemarahan kawan-kawan aku sebab selalu buat cerita sedih atau pun buat cerita tak habis.Yang kelakarnya,ada kawan aku yang berbangsa India pun turut sama membacanya.Siap marah aku kata aku jahat sebab matikan watak hero.Ahahah..
Kata Kak Eb,jangan guna terlalu banyak sangat bahasa pasar.Memang aku akui ada banyak jugak dalam dialog aku guna bahasa yang selalu kita guna semasa bercakap.Takkan guna ayat buku kot masa berborak kan?Jenuh la pulak.Walaupun ayat akak tu buat saya meragui kemampuan saya,tapi saya akn cuba juga sehingga akhir.Kalau boleh biarlah berjaya walau berapa lama sekalipun ia akan memakan masa.Harap juga Kak Eb tak jemu dengan pertanyaan dan soalan yang akan menghantui akak.Ahahahahha...
Ok lah,minggu depan ada interview.Cam tak caya je aku.Harap-harapnya keyakinan diri aku meningkat.Nash,jangan takut.Be yourself!Chayok!

Sunday, November 19, 2006

No Promises


Hey baby, when we are together, doing things that we love
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl
I just need you to know girl
I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
Here tonight
Hey baby, when we are together
doing things that we love
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl
I just need you to know girl
I don’t wanna run away, baby you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
I don't want to run away
I want to stay forever
thru Time and Time.. No promises
I don’t wanna run away
I don’t wanna be alone
No Promises
Baby, now I need to hold you tight, now and forever my love
No promises
I don’t wanna run away
baby you’re the one I need tonight
No promises.
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms
I don’t wanna run away
baby you’re the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
here tonight.

This is the song sang by shane ward.I love it very much and i think you guys out there gonna like it like i did.I've been trying to put it at my blog but it seems didn't work well.Whoever knows how to add song in the blog,plese tell me.Ok?I am really dying to know it.Hahaha..

Wednesday, November 15, 2006

I'm back

Wah,banyaknya sawang kat blog aku ni.Achuum!Sampai terbersin ni.Hahahah.lama sungguh aku tak mengemaskini laman ni.Sebabnya ada yang tahu kan,aku ditimpa penyakit yang aku ase ngeri je nak laluinya balik.Ergh..masih terasa sakitnya sampai skg.Sakit yang patutnya kena beberapa hari jek leh melarat sampai 2 minggu.Selama tulah aku mc.Hari ni cam dah ok dah.Cuma bengkak jek tak hilang lagi.Masih terasa lagi sakit masa doktor dok tenyeh mata aku nak buang selaput yang ada kat kelopak mata aku.Rasa nak terkeluar biji mata.Argh!Janganla mggu depan aku jumpa balik kena lagi.Tak sanggup kutanggung kesakitan tuh!Kat sini aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan terima kasih wat kengkawan yang sudi dengar keluh kesah aku sepanjang aku sakit,yang bagi aku semangat masa aku ase putus asa sangat2,masa aku cemas giler kena rujuk kat unit kecemasan (cuak giler time neh!).Memang Allah sajala yang balas budi baik korang.Sayang sangat kat kawan-kawan aku.

Kalau ikutkan aku akan cuti sampai isnin depan.Kalau dah elok,Selasa aku mula kerja.Rabu ada appointment dengan doktor pakar oftalmologi.Namanya Dr Suhaila,comel orgnya putih,cakap pun sopan santun jek.Pregnant.Doktor kat unit kecemasan yang tgk aku pun pregnant jugak.Huhu..mungkin nanti anak diorg comel gak cam aku.Wahahah!Dah lama asenya tak merepek.Asyik dok tahan sakit.

Hmm..ase cam dah tembam jek aku.Dok umah asyik melantak je keje.Dah xde apa nak wat kan.Tembam pun tembamlah,janji sihat.Hihi..chow dulu.Salam..

Wednesday, November 01, 2006

Sampai Menutup Mata

Embun di pagi buta
Menebarkan bau basah
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Teriakanku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah kucinta
Sampai ku menutup mata

cintaku sampaiku menutup mata

Syahdu siut lagu ni.Pertama kali dah terpikat.

It's complicated...

Huhuh...malam tadi terganggu tidur aku disebabkan kehadiran tikus yang suka2 je naik atas katil aku.Menggelabah giler aku dibuatnya.Tak lena tidur langsung.Dahla aku geli spesies ni.Argh!aku nak citer pun masih terbayang lagi.Malam tadi akhirnya reply jugak org tu msg aku.Legalah jugak,aku ingat dia marah ke apa kan..sampai termimpi lak tuh!Aku ni mmg senang mimpi org.Kadang2 ntah sapa2 la yang masuk dalam mimpi aku.

Hidup ini memang rumit.Hati dan perasaan kita pun sukar untuk menafsir apa yang kita rasa.Sayang ke,benci ke atau suka?Semuanya ni subjektif.Tak terungkap oleh perkataan.Itulah yang aku rasa.Aku mohon dengan sangat pada Allah agar aku diberi petunjuk.Seharusnya aku mendampingkan diri denganMu Ya Allah,Tuhan Semesta Alam.Aku betul-betul rasa susah sekarang,tersepit antara 2 persimpangan yang aku kabur jalan keluarnya.

Kasih sayang Allah lebih bermakna dari kasih sayang manusia..permudahkan segala urusanku Ya Allah,kurniakan aku ketenangan dan keredhaanmu..aminn..

Monday, October 16, 2006

Saat Ku Idamkan..

"Dahla tido tu.Jom temankan saya pergi beli phone esok,"
"Esok keje pagila nash.Petang atau malam boleh?"
"Xpela,plan nak g pagi esok,"
"Pergi hari ni nak?Ada kereta,saja cadangan,"
"Nanti saya bgtau member saya,"

Bersandarkan sms inilah akhirnya aku berjaya memiliki handphone yang aku idamkan ini.Nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada 2 orang member aku yang tersayang, Aryn and Fawz yang sudi menemani aku hari Jumaat lepas.Especially Fawz yang sanggup dtg dari Mantin tu dengan Kancil WGH turbonya.Ahahahha..turbo yg tak berapa turbolah katanya.

Sampai je kat Mines,kitorang terus ke tempat yang dituju.Bertemankan 2 sahabat yang hebat berkata-kata,aku sekadar mendiamkan diri.Hanya bertindak sebagai pemerhati semasa mereka melakukan urusan tawar-menawar ni.Kagum betul aku,macam diorang lak yang nak beli handphone.Aku tengok Cina tu dah macam nak nangis je dapat customer cam kitorang.Abis deal,ktrg dapat rm700 tuk sony ericsson model w300i.Semasa nak keluarkan duit not rm50 sebanyak 14 keping,walangnya hati aku.Titik peluh aku mengumpul tuh,setahun keje.Huhu..akan kujaga dengan sepenuh hati ku..cheewaah

Selesai urusan jual beli handphone,kami bergegas pulak nak mencari tempat untuk buka puasa.Semua tempat dah full,lastly we all decide melantak McD je la.Senang,nasib ada brader yang mengosongkan tempat duduknya untuk kami.Hehhe.Semasa berbuka tu,Fawz macam biasa mendedahkan bakat loyar buruknya(memang gifted betul mamat nih..sapa la awek dia ni mesti hari2 asyik gelak jek) sampai membuatkan kawan aku asyik nak gelak jek melayan.Masing-masing suka merepek,kamceng ah jadinya.Aku pulak menyampuk dan menyepak bila perlu (bila kena sakat!)

Ingatkan lepas makan and solat,dah boleh balik.Sekali brother-in-law member aku nih suh beli handphone pulak.Aik,suh beli handphone cam pi beli milo kat kedai jek eh?Aku pun berfikir beratus kali nak beli hp beb.Disebabkan kelewatan abg iparnya membalas panggilan,terpaksalah ktrg menanti sampai satu persatu kedai ditutup.Huhuhu..sempoilah beb.

Buat Fawz and Aryn...thanks for everything..thank u for simply being my friend,i will always love u i can't tell u how much u meant to me..sayang sokmo!

Wednesday, September 27, 2006

Persoalan hidup

Sudah 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa, selama itulah juga aku tak sempat nak mengemaskini blog aku ni.Dan juga selama itulah aku belum mengarang lagi.Hahah..camne nak wat ni kak eb?Huhu..mingkin sebab keletihan dan aku sendiri pun tidak mendisiplinkan diri untuk mengikut nasihat akak yang baru aku kenal di sini.Heheh..lepas ni saya ikut nasihat akak eh. Ending dah tahu,nak cipta suasana je masalah.

Waktu kerja pun telah dipendekkan sehingga 4.30 petang. Legalah sikit boleh balik awal. Dan tak perlu nak jaga kaunter lagi petang2.Hai,kalau diikutkan nak je aku cabut cari keje lain.Jadi penulis sepenuh masa ke.Ahaks!Tingginya cita-cita sampai tak tergapai.Tapi aku nak cuba juga habiskan cerita ni sebab pengalaman aku bergelar siswi UUM merupakan perkara paling indah pernah berlaku dalam hidup aku.

Kawan aku suruh juga cari kerja lain.Yela,memang betul cakap dia,aku dah ada degree,pointer 3 pulak tuh.Nak wat camne,lum ada rezeki.Ke aku yang takut nak mencuba?Sayang jugak sebenarnya kat sini.Tapi untuk bergerak lebih maju rasanya aku harus memikirkan langkah aku yang seterusnya.Sambung belajar?Cadangan yang diusulkan abah aku.Library science.Mungkin satu hari nanti akan dipertimbangkan.Patutkah aku mempertimbangkan untuk join ACCP?Sayang la pulak nanti xde gaji.Huhuh..sesuaikah aku nak jadi programmer?Ah,banyak sangat persoalan.

Hmm..sukar nak menduga masa depan aku sama ada gelap atau sebaliknya...

Thursday, September 14, 2006

BAB 19

BAB 19

Terasa lambat masa bergerak.2 jam terperuk di dalam kelas lukisan amat membebankan otaknya. Sukar betul ingin mencurahkan secebis idea di atas kertas lukisan yang putih bersih di hadapannya. Imej yang terakam di minda tidak terluah. Dia memegang kemas pensel 2B berjalur hitam kuning. Tema lukisan,pemandangan di dasar laut.

Separuh dari temannya telah pun siap melakar sesuatu,segelintir lagi sudah mula mencalitkan warna. Dia kagum dengan sahabat di hadapannya. Temannya yang berbangsa Cina itu pantas dalam melukis,tak kira apa saja tajuk yang diberi,hasilnya tidak pernah menghampakan. Betul kata pensyarah lukisannya. Golongan yang paling kreatif dalam menghasilkan sebuah lukisan yang bermutu adalah mereka yang ‘bermata sepet dan kecil’.Kalau dilihat dari perspektif sejarah silam sendiri,memang masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan,sastera dan seni kerana mereka yang berkebolehan lazimnya dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.

Ada masa dia kesal memilih seni lukis sebagai aktiviti ko-kurikulum. Namun,untuk memilih aktiviti lain,dia tidak berbakat.Bidang lukisan diceburi sejak dia masih kanak-kanak. Semasa diminta untuk memilih,mereka tidak diberi peluang untuk berfikir. Semuanya berjalan begitu pantas. Pada mulanya Arina berhasrat untuk menyertai orkestra. Hajatnya dibatalkan memikirkan dia tidak punya pengetahuan luas dalam muzik. Para penuntut diarahkan menghabiskan aktiviti ini selama 4 semesterdan gred akan diambilkira dalam keputusan peperiksaan. Sekurang-kurangnya ia membantu dalam menaikkan pointer.

Tamat saja kelas,dia menuju ke mesin ATM yang terletak di bangunan canselori. Mujurlah kad Affin mempunyai perkhidmatan MEPS,ini bermakna dia boleh mengeluarkan wang di mana-mana mesin. Sengaja dia mengeluarkan wang lebih untuk kegunaan kecemasan. Lagipun malas hendak beratur berulang kali. Tahu sajalah dengan bilangan pelajar yang mencecah ribuan,mesin ini tak pernah surut dengan pengguna. Menyakitkan hati bila dah letih beratur panjang,mesin pula ‘out of service’.

Sampai sahaja di kolej,Arina singgah sebentar di kafeteria untuk membeli makanan tengahari. Perut pun dah berbunyi minta diisi. Dia makan seorang di bilik. Aziriza mengikuti sesi latihan angklung. Alat muzik tradisional yang diperbuat daripada buluh. Hari Sabtu masing-masing sibuk dengan ko-kurikulum atau istilah ringkasnya ko-k. Ada 3 sesi iaitu pagi,tengahari dan petang. Paling lewat bermula pukul 4 petang.

Waktu menunjukkan pukul 2 petang tatkala dia selesai menunaikan rukun islam kedua.Naskhah Ma’thurat dibaca setelah berdoa. Semasa di sekolah menengah,seorang senior menganjurkannya agar mengamalkan bacaan ma’thurat untuk menenangkan hati dan keberkatan hidup.Semoga tiap apa jua yang kita lakukan mendapat restu Ilahi. Sejak akhir akhir ini jarang dia dapat membacanya lantaran kesibukannya bergelar pelajar. Solat hajat pun lama tak berbuat.Lapang dadanya selepas membaca doa tersebut.Terasa dekat diri ini dengan Pencipta.

Mata mula berat. Badan pun lesu.Tidurlah sekejap sejam dua....


“Assalammualaikum,”
“Waalaikumussalam,lambat balik Eja?”
“Ada latihan lagu baru tadi.Penatnya,” Aziriza menghempaskan tubuhnya yang langsing itu ke atas tilam.Tulang-temulang seakan mahu patah dibuatnya. Bermain angklung agak berbeza dengan alat muzik lain. Peka atau kosentrasi amat dititikberatkan. Lalai seketika akan menyebabkan kita hilang punca kerana setiap orang memainkan peranan yang berbeza. Maksud peranan berbeza ialah setiap orang memainkan not yang berlainan. Instrumen tersebut hendaklah digoyangkan dan bunyi akan terhasil melalui lagaan buluh-buluh mengikut tempo tertentu. Struktur angklung dicipta dengan ciri tertentu demi mewakili setiap not muzik.

Menjelang maghrib, penghuni kolej berpusu-pusu ke dewan menghadiri solat maghrib dan isyak berjemaah diiringi solat hajat anjuran biro kerohanian jawatankuasa kolej. Bersempena dengan minggu peperiksaan yang bakal menjelma. Aziriza dan Arina juga tidak ketinggalan menyertai majlis tersebut. Dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama insan. Biarpun duduk sebumbung, ramai juga yang tidak saling mengenali antara satu sama lain lantaran sibuk dengan komitmen sendiri. Sudah menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam khususnya,setiap hari Khamis malam Jumaat akan diperdengarkan bacaan surah Yasin setelah selesai solat Maghrib. Antara fadhilat Yaasiin sepertimana menurut satu riwayat, daripada Abdullah berkata: Rasullullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan bagiNya.” Bagi orang yang sedang nazak,bacaan surah jantung hati Al-Quran ini membantu meringankan beban sakaratulmaut.

Solat berjemaah hari itu diimamkan oleh Abang Fakhrul. Bangga sungguh si Mia tatkala mendapat tahu. Malangnya, dia tidak dapat hadir kerana uzur. Sungguhpun sedikit hampa,namun dia akur menerima ‘cuti’ daripada Allah. Katanya pada Arina , jika ada jodohnya dengan Fakhrul,dia berharap mereka dapat solat berjemaah bersama setiap hari sebagaimana yang sering dilakukan bapanya. Kesayuan suara imam mengalunkan ayat-ayat suci menggigit tangkai hati Arina. Apatah lagi sewaktu mengaminkan doa kepada ibu bapa. Esakan mula kedengaran dari setiap pelusuk dewan. Hiba hati terkenang diri yang jauh dari ayah bonda. Harapan yang disandarkan pada bahu anak-anak bukan mudah untuk dipikul,namun tekad dan semangat menjadi bekalan dalam mengharungi detik getir sebagai siswa-siswi.

Mereka menikmati jamuan ringan yang terhidang di bilik JPPK sebelum bersurai.Semasa tiba di muka pintu,kelihatannya ia agak renggang tanda telah dibuka. Arina dan Aziriza bertoleh-tolehan sesama sendiri. Seingat mereka sebelum berangkat pintu sudah dikunci.Aziriza menolak pintu perlahan-lahan. La....Intan terbaring nyenyak di atas katil Aziriza sambil di tangannya terselit disket berwarna hitam. Tubuhnya masih berpakaian sukan. Arina ketawa sementara Aziriza mengurut dada.Mujur bukannya pencuri mahu pun penceroboh.

Intan terjaga bila mendengar bunyi bising. Diorang dah balik rupanya. Dia menguap dengan mulut yang ternganga luas. Sekepal penumbuk pun boleh masuk. Badannya dipusing kekanan dan kiri.

“Macam mana kau boleh masuk? Bukan pintu ni kunci?”soal Aziriza.
“Mana kunci,kau tutup je. Roommate aku tak ada, aku pulak tak bawa kunci. Tu yang datang menumpang kat sini. Korang pergi mana?” Aziriza mengeluh kesal dengan kecuaiannya. Bagaimana dia boleh terlupa sedangkan selama ini dia yang selalu mengingatkan Arina?

“Dewan,kan hari ni ada solat hajat. Kitorang cari kau juga nak ajak tapi kau tak ada kat bilik,”jelas Arina. Telekung yang disimpan di dalam beg kertas dikeluarkan lalu disimpan di dalam almari.
“Aku lupalah. Lagipun tadi aku jumpa Joe, dia ajak aku makan lepas latihan kawad tadi. Sebenarnya tadi aku terserempak dengan Sue,dia suruh kita tengok ‘benda’ ni,”Intan mengunjukkan disket. Arina menyambutnya.
“Ada apa dalam disk tu?”tanya Arina lagi.
“Entah,katanya sesuatu yang boleh menginsafkan kita. Aku pun tak tahu,”jawab Intan. “Dia pesan suruh pasang speaker dengan kuat,”
“Lain macam je. Ni yang aku ‘maleh’ ni. Pasal mangsa perang kat Afghanistan ke?Eee..aku gelilah tengok benda-benda kotor macam tu,”Aziriza meluahkan ketidaksanggupannya untuk menonton bahan-bahan seperti itu. Sungguh dia jelik.
“Hmm..masa aku darjah 6,cikgu aku ada tunjukkan keadaan mangsa perang Bosnia.Biasalah kan,darah berhamburan sana-sini. Mayat-mayat bergelimpangan. Anggota badan tak lengkap,misalnya tiada kepala. Kau orang bayangkanlah betapa zalimnya Serbia.Kebetulan anak-anak Bosnia tu ditempatkan di sekolah aku.Merekapun adakala bersikap ganas,mungkin pengaruh dari suasana perang,”Intan khusyuk mendengar penerangan Arina sebentar tadi. Aziriza mengerutkan dahi. Mendengarnya sahaja bulu tengkuknya sudah meremang. Peperangan bukannya satu langkah bijak dalam menangani masalah pergolakan antara negara yang terlibat. Mereka yang tidak berdosa,golongan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa kerakusan manusia yang berfikiran dangkal. Memakan jutaan malah billion ringgit untuk membangunkan semula negara yang musnah. Pengangguran juga akan meningkat dan masalah datang lagi selepas itu. Huru-hara sesama rakyat akan tercetus akibat persaingan mencari sesuap nasi. Sampai bila-bila pun takkan selesai. Lihat sajalah persengketaan antara Palestin dan Israel,entah berapa puluh perjanjian yang ditandatangani semuanya dimungkiri. Hingga kini bumi Palestin masih bermandi darah dan dihujani peluru.

“Lupakanlah pasal tu. Eja,kau janganlah buat muka sardin tu. Tak semestinya Sue nak tunjukkan kita pasal tu. Entah-entah benda lawak. Kau tahu je lah Sue tu,”Arina memasang plug ke soket. Disket disumbat ke dalam pemacu. Intan mengambil tempat betul-betul di hadapan skrin. Arina berdiri di sisi Intan manakala Aziriza berdiri agak belakang sedikit.
Gentarnya masih belum pergi.

Fail Sajjad Ali diberi nama. Dengan perasaan sedikit cemas,fail aplikasi Flash yang telah pun ditukar ke format Standalone Player dibuka. Intan bertindak menguatkan sedikit volume subwoofer. Satu paparan berlatar pemandangan Stonehedge terpampang. Ada beberapa baris ayat mewakili senikata lagu yang sedang berkumandang. Mereka tidak memahami satu patah perkataan pun,rasanya ia lagu berbahasa Hindi. Biarpun tidak mengerti,namun melodi dan rentak yang menarik menambat mereka untuk turut sama menyanyikannya. Akibat terlalu asyik, mereka tidak sedar ada sesuatu bakal mengejutkan mereka sehinggalah....

“WARGHHH!!!!!”
“Aaaaa!!!” seiring bunyi jeritan mereka dengan pekikan dari komputer. Satu wajah ngeri berwarna hijau menyeringai mempamerkan sepasang taring yang tajam tersembul di skrin. Ketiga-tiganya berwajah pucat lesi kerana terperanjat dengan kemunculan wajah tersebut secara tiba-tiba. Jeritannya yang nyaring tambah menyeramkan. Seketika mereka terpaku. Mereka berpandangan sesama mereka.

“Kurang asam punya Sue!”jerit mereka serentak,kemudian ketawa terbahak-bahak bila menyedari diri mereka dipermainkan.
Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali..sejarah silam..

Sejuknya kat opis ari neh...terasa cam dok dalam peti ais pulak (macam penah je duduk dalam situ,ahaks!).Pagi tadi hujan sekejap.Dalam pada nak kalut pergi kerja tadi,rumah aku sedikit gempar dengan kehilangan kasut abah aku.Aik,dah mula balik nampaknya aktiviti mencuri kasut kat kawasan aku ni.Ingat dah berenti.Kesian abah aku,terpaksa pakai kasut lama.Entah-entah mat indon mana la yang dah sebat kasut abah aku.Kurang ajar betullah.Aku rasa takut juga sebab semalam baru tengok berita pasal kes rompakan kat Kuantan.Dua orang dalam rumah tu ditikam perompak.Risau betul.Nak curi,ambik je la barang,tak payah la nak tikam orang semua.Tak terfikir ke diorang ni kalau perkara yang serupa terjadi kat keluarga diorang?Negara makin membangun tapi mentaliti masih di tahap kelas kedua.

Mana-mana pun di dunia ini dah tak ada jaminan keselamatan.Walaupun kita bebas dari ancaman perang (insya allah), namun peratusan jenayah makin meningkat.Hari-hari ada orang mati dibunuh dengan tragis,dirompak,diragut.Setiap hari pun pasti semua orang akan terfikir 'akukah yang akan jadi mangsa lepas ni?' Lebih-lebih lagi golongan wanita yang sememangya kudrat lebih lemah berbanding lelaki,apa sangatlah yang mampu kita buat seandainya kita diserang oleh golongan yang sepatutnya menjadi pelindung wanita.

Apalah nak jadi dengan golongan belia sekarang ye?Aku pernah dengar nak tau nasib negara masa depan,lihat pada golongan remajanya.Kesan daripada globalisasi,dunia tanpa sempadan.Umpama virus yang menular di segenap sistem pertahanan manusia.

Tiba-tiba aku cam patriotik lak ek?Sesekali,kita kena fikir juga apa yang berlaku di sekeliling kita.Masyarakat kita,tanggungjawab bersama.OK,ADIOS!

p/s-lagu kat atas tu sekadar hiasan semata-mata.

Wednesday, September 13, 2006

Benci Selasa

Aduhai..setiap hari Selasa memang memenatkan.Selalunya semalamlah hari di mana aku akan tidur seawal pukul 9.00 malam.Dan natijahnya,aku mungkin akan tertinggal solat Isyak.Huhu..sebab tu aku tak suka kalau aku kena jaga sampai petang.Balik tak ingat dah org keliling.Nasib baik malam tadi aku berjaya jugak bangun kalau tak memanjang kena qada'.Ish..urusan aku pun terbantut dek kerana letih dan mengantuk sangat.Walaupun bukannya ada kerja sangat tapi letih duduk kat kaunter sampai beberapa jam.Sampai sakit badan aku.Sakit hati pun iye jugak.Kadang-kadang tu aku rasa cam aku takde kat kaunter ni pun takpe.

Malam tadi aku terjaga dalam pukul 2.Aku pasang radio, sebab aku rasa tak boleh tidur pulak.Radio pulak pasang lagu layan blues.Tiba-tiba je aku teringat kawan baik aku dulu.Entah kenapa aku rasa rindu.Kawan baik yang nyaris-nyaris jugak menjadi buah hati yek..hahhaha..kelakarlah kalau dikenangkan.Entah apa yang dia buat sekarang kan?Sibuk dengan kerja?Atau sibuk mengulit kasih dengan buah hati?Ehek..apa pun aku doakan dia bahagia selalu.Walaupun dia ni ada hutang aku neh!(mana cd belajar bahasa inggeris tuk budak sekolah tu wei!!!) Memang takleh caya ah mamat neh.Geram aku dibuatnya.

Kawan-kawan,apa khabarlah korang sekarang?

Friday, September 08, 2006

Ku Idamkan

Salam sejahtera ke atas semua, semoga sentiasa dalam rahmat Allah lebih-lebih lagi di hari Jumaat yang mulia ni kan.Suasana kat pejabat hari ini aman,lengang dan damai (setakat ini la).Sempat la aku menukilkan sesuatu di blog ni.Heheh..comel tak model phone SE W300 ni?Dulu aku kata aku minat sangat kat SE W550i,tapi bila dah tengok secara live macam tak berkenan pulak.Setelah aku menjelajah ke laman web Sony Ericsson, mata aku terlekat kat model ni.Cam kiut.Dan aku pun dah tgk secara live kat kedai phone kat sini.Boleh tahanlah,aku memang teringin yang amat sangat nak beralih arah ke sesuatu yang lebih techno dan cantik sikit.Tapi aku masih tidak melupakan jasa handphone lama aku Nokia 3310,yang bagi aku handphone yang paling tahan lasak.Jatuh berderai camne pun still ok.Still can move on.Cuma bateri ada sikit problem.Asal call je putus.Makan hati aku dibuatnya.Sekadar SMS je phone aku tuh.

Semalam aku ada wat survey tayangan filem ni.Ingat nak ajak member g tengok,tapi..nampak gaya macam tak boleh jek...aku faham dia sibuk,cuti pun tak tentu kan?(xpela,nash beli cd je kalo kita xde can nak p).Dah tersyok lak ngan lagu dia tu.Hmmmm...tapi kadang2 promo bukan main,citer x best.Ish..tu yang sakit hati tu.HEART..MY HEART

Tuesday, September 05, 2006

My Heart


Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia kudenganmu
Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita
Bila kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang
If u love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart...

Nantikan tayangannya pada 7hb ini.Teringin nak g tengok,dah lama rasanya tak tengok movie.

Di persimpangan dilema

Hari ini aku datang agak lewat dari kebiasaan.7.54 pagi..lagi 6 minit mencecah ke angka 8.Hari ini juga bapak aku akan mula bekerja dengan jawatan baru dan kereta baru.Tu yang lewat tu,bawak keta baru.Slowly and carefully....ahahahahha!!Nasib lah aku tak berani lagi drive neh.Lesen yang ada pun sekadar hiasan di poket wallet.Aku nak cuba sebenarnya,tapi asyik tertangguh jek.Nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Memandangkan saiz anak-anak dia dah makin besar(kecuali aku),duduk dalam kereta pun aku yang sedia kecik ni terpaksa memencilkan diri sampai pintu,alangkah bagusnya dapat keta baru yang lebih selesa.Waja with burgundy colour.Agaknya kalau aku la yang drive,mesti nampak macam kanak-kanak riang tengah bawak lori.Ibaratnyalah...ahahhah!

Semalam kawan aku ada mencadangkan agar aku hantar resume,position..programmer.Aku nak tergelak la pulak.Dah setahun aku tak sentuh bab-bab pengaturcaraan.Mungkin aku akan pertimbangkan,siapa tahu.Cuma aku bimbang juga kalau aku tak mampu nak menghadapi dugaan dalam job ni.Bukan senang nak puaskan hati bos,pelanggan dan juga bukan senang nak mengaburi kelemahan dan menonjolkan kelebihan.Aku agak bernasib baik sewaktu menjalani latihan industri dulu.Semuanya ringan tulang membantu aku sama ada dari segi berkongsi ilmu,memberi pendapat dan menunjukkan cara.

Akan adakah semua itu jika aku ditakdirkan bekerja dalam sektor ini?
Mungkinkah?

Monday, September 04, 2006

Berbahagialah..

Life is full of surprises!Tahniah buat seseorang yang pernah menjadi insan yang sangat istimewa sewaktu aku masih mentah dalam menilai antara keikhlasan atau permainan...semoga bertemu jodoh dengan si dia yang telah lama kau cintai,dan doa seorang sahabat semoga segala kepayahan dapat kau tempuhi sepertimana utuhnya usahamu dalam mengekalkan hubungan yang telah terjalin sekian lama.Biarpun kau pernah tergelincir dari landasan kesetiaan,namun kau akhirnya sedar walaupun pedihnya terguris di hati ini.

Antara cinta dan kasih,adakah ada jurang pemisah?Persoalannya,kepada siapa ditujukan cinta dan kasih itu.Buatmu,akan ku tunggu jemputanm seperti yang dijanjikan dan doakanlah agar aku juga berpeluang berbahagia sepertimu.Persahabatan kita biarlah tersimpan dalam kamus kenangan yang terindah,sebagai penghibur di kala duka,sebagai penguat semangat di kala susah.

Kecewa bukanlah bererti berakhirnya hidup ini,melainkan bermulanya sebuah kehidupan baru..

Wednesday, August 30, 2006

Ye..ye..dah dapat!

Nak gelak dulu..(hahhah).Yesterday, after several months i've been awaiting for this merchandise,finally..I've received the vcd of our gathering at Tanjung Biru,Port Dickson.Ahhahh...banyak rakaman yang asli,pure,takde cut2 langsung ni eh.Sapa-sapa yang mengumpat leh tau nih.Hahhahha..

Rakaman bermula dari saat kami bertolak dari hentian di Seremban (tak silap la).Memang aku tabik spring la kat camera man kitorang hari tu (yang menggelarkan dirinya ojai).Amat komited dengan kerjanya merakamkan aksi budak-budak AYSK.Apalah yang bermain di kepala otak dia ni tengok kitorang yang kecoh giler citer pasal hal dulu-dulu eh?Setiap kali jumpa pasti terselit cerita-cerita lama yang dulunya menyakitkan tetapi sekarang melucukan bila diingat kembali.Masa tengah berhingus,darah muda memangla semua tak puas hati.Menyorok dalam locker,ponteng sekolah,kena rotan...aku pernah gak kena rotan:
Pertama:Result aku tak ok.biasalah tu.ahahah...
Kedua: Sebab 'sneak-out'(keluar tanpa kebenaran).Malu giler sebab nama dipanggil masa tengah kelas prep.Semua orang dengar!!!!Ditambah lak ada satu kes yang menjadi 'rahsia'.
Ketiga: Pasal tak tutup lampu dorm.Ni satu hal.Aku terlupa nak cek dorm aku.Sebagai ketua dorm,kenalah bantai.Kat pondok guard lak tu,tetengah malam.Memang angin satu badanlah aku.
Rasanya itu sajalah 'saat-saat bersejarah' aku.Dan paling kelakar..korang percaya tak aku pernah menyanyi kat sana?Ahahahah!!! Sampai sekarang aku cam tak percaya je yang aku seberani itu nak melalak atas pentas walhal xdelah sedap pun suara aku.Ada kata suara kecik cam Nobita la,apa la.. Gambar ni masa aku baru je abis berlakon cerita tajuknya "Ahmad Wall'.Jadi budak sekolah,sebab tulah pakai baju sekolah rendah.habis je berlakon,aku kena 'mensumbangkan' suara aku.Masa form 1.senior suruh ikut je la.Keputusannya aku kena la nyanyi setiap tahun.Hampeh tak hampeh.Parti raya ke..apa ke..tapi kekadang aku elak jugak.Nervous giler aku.Teringat masa ni aku nyanyi lagu Nora,Interlude.Tiba-tiba budak yang kena gosip ngan aku bagi bunga pulak..terus lupa lirik.ahahahha!!(aku tau sapa yang paksa mamat tu bagi bunga kat aku..aku dah maafkan dah..).Kiranya dah 11 tahun la kisah ni berlalu.Huhu..dah tua rupanya aku..

Benci Bilang Cinta

Sudah berulang kali aku percaya
Namun ternyata tak ada beda
Kau anggap mudah yang dulu ku salah
Hingga aku menyangka
Diri ini bagaikan tak berarti di matamu

Bila kau malam gelap aku bintangmu
Ku terangi dirimu dengan cintaku
Agar kau bisa mencintai cinta
Dan menyayangi cinta
Setulus kau menyayangi dirimu kekasihku

Jangan benci bilang cinta
Jangan marah bilang sayang
Jangan mendustai hati
Bila engkau memang suka
Jangan kau merasa jauh
Bila kau dekat denganku
Jangan kau menganggap cinta
Mudah datang mudah pergi

Monday, August 28, 2006

UIA 22nd Convocation


Recently I was able to attend my cousin's convocation ceremony which was held in UIA.Wah,so many people!Ahahah!Pemandangan biasalah tu kan,nama pun konvo.Pertama kali aku menjejakkan kaki ke UIA ni.And most probably also the last time.Pada pendapat aku,struktur bangunan kampus moden dan bercirikan Islamic architecture. Cantik,menarik,tertarik..hehhehe...(mesti bangga je sepupu aku kalo tau aku puji U dia) Walau apapun,UUM pun lawa jugak ek.Tapi kalo sungai tu jernih lagi lawa.Ni cam kaler teh susu jek.


Ni la sepupu aku,Faizah namanya.Takleh ngorat pasal sepupu aku ni sudah sah menjadi tunangan orang.Gambar tunangnya taklehla aku tayang kat sini tanpa kebenaran empunya badan.Kang tak memasal kena lak aku.Inilah bakal peguam yang akan menegakkan keadilan di bumi Malaysia ni.Aku doakan dia berjaya dalam karier dan alam rumah tangga yang bakal dilaluinya nanti.Nanti time raya tinggallah aku sorang-sorang,dia mesti ngan laki dia ye tak?Nak wat camne aku maintain single sokmo.Tak terpikir lak aku nak kahwin dalam masa terdekat ni.Wahahahah!!(gelak jahat) Yela,cuba korang bandingkan aku ngan dia ni.Aku spesies kanak-kanak riang,dia spesies matang.Berbeza betul kitorang walaupun dari kecil memang rapat.So,aku pikir,biarla aku single je lagi bagus sebab aku sendiri masih lum bersedia dan masih mentah dlam hidup ni.Biar aku lalui pahit maung sebagai insan single dulu sebelum lalui jerih payah hidup couple.Ok,see u soon!