Monday, December 31, 2007

Wedding 2007 in memories

Ini kad kawan aku masa sekolah rendah. Sekelas dari darjah satu hingga tiga. Satu asrama sekejap je pastu dia pun blah. Jumpa balik masa reunion ex-AYSK kat PD. Tau-tau dapat kad kahwin. Yang ni den tak pagi sebab apa ye?Oooo….xde geng…hehe


Ridhuan atau Wan ni aku kenal masa kat IMP. Time tu praktikal,aku satu kumpulan dengan dia. First impression aku ingat dia ni garang dan serius sebab dia jarang bercakap dengan aku. Tapi sejak dia rajin tarik kerusi aku setiap kali dia lalu belakang aku, memang title tu dah tak sesuai dengan dia lagi. Hahaah!! Aku tak datang juga yang ni pasal aku terlupa. Hahah!!

Ini kad jemputan kawan sewaktu menuntut di kolej matrikulasi negeri sembilan.Satu praktikum dengan aku.Aku pun tak sangka yang aku akan menghadiri wedding dia ni.Kebetulan hati aku tergerak dan ada kawan nak bawak,aku on aje.You are so pretty on that day,Ila.

Ini pula kawan aku masa sekolah menengah.Lebih tepat lagi masa zaman aku tinggal di Asrama Yayasan Selangor Klang.Sewaktu di Tingkatan 4 kami berpisah memandangkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.Masa ni aku frust tak dapat tawaran.Aku tak pergi wedding ni sebab tak ada transport.Sorry Baby,may you lived happily ever after.

Wahaha!Ini wedding paling hangat ni.Wedding bos aku.Masa Kelantan tengah kecoh dilanda banjir.Mujurlah rombongan 'Cik Kiah' kami tak menghadapi apa-apa masalah sepanjang perjalanan.Cuma bagi aku yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kelantan terasa lamanya duduk dalam bas.10 jam! Naik kematu semuanya.Kononnya sambil menyelam minum air,nak pergi membeli belah.Alih-alih banyak kawasan yang terpaksa ditutup akibat dinaiki air.Sudahnya kami singgah di Terengganu.Sampai KL dalam pukul 1 pagi,esoknya pakat ramai-ramai tak mai opis.Letih punya pasal.





Antara gift yang aku dapat.Banyak sebenarnya tapi ni je yang sempat aku rakamkan.


AKU PUNYA KAD?HAHAHAH!!!!Bak kata Laila Isabella:
"Kalau ada..ada la...kalau tak ada,nak buat macam mana,itukan kerja Tuhan"

SELAMAT TINGGAL 2007




Tuesday, December 25, 2007

Unfinished Sakura

I just try to draw this character from Naruto anime and used Illustrator as a medium of colouring.Suddenly it triggered me to learn in depth about manga art.It is awesome when I see the talented artist doing such a remarkable art (i watched it from Youtube). And yet this anime inspired me to deal with my life. There is a way to surpass our weakness and you got to seek the courage inside you and the people around you.

"Sakura,i'll try to make u better...hahah!"

I will try to finish this...will I?hehehe...hope so.

Sunday, December 09, 2007

No Komen

Aku sedikit sakit hati dengan tindakan dia yang suka menyepikan diri tiba-tiba. Walaupun aku cuba untuk faham, namun aku sebenarnya terluka Aku cuba untuk tak terlalu memikirkan hal ini.Setiap kali aku akan cuba memujuk hati sendiri.Inikah namanya cinta?Entah, aku sendiri dah tak faham makna sebenar perkataan itu. Dan malas nak faham.Kalau aku yang buat endah tak endah macam mana?

Mujurlah hari ini aku dan kawan aku akan menghadiri majlis perkahwinan seorang teman kami, Norfazila Ramli di Taman Dato' Harun.Sekurang-kurangnya terubat sedikit hati yang bengkak ni jumpa kawan seperjuangan sewaktu di kolej matrikulasi dulu. Aku ni susah sikit nak attend wedding siapa2. Maklumlah,payah nak bergerak ke sana sini, nak drive takut. Lagipun kereta pun xde. So,faham-faham je la.Kalau aku pergi tu maknanya ada la org yg sudi nak bawakkan. Rasa x sedap juga tak dapat hadir. Nanti xde sapa pulak nak dt bila majlis aku nanti.Heheh..ada ke?Entahlah,no komen.

Sunday, December 02, 2007

Erk...am I?

Serasa sudah lama tak pos apa2 entri kat sini.Kat opis memang dah x boleh bukak,kat rumah pula xde hati nak update.Hari ni baru tergerak hati.

Semalam aku dapat mesej daripada dia.Katanya mak dia bertanya pasal aku?Biar betul!Seram,takut,gembira,terharu semua ada.Aku sendiri belum berbicara soal ni dengan keluarga aku.Bagi aku biarlah bila keadaan dah mengizinkan, baru aku bersedia nak mengulas lanjut tentang hubungan ni.Lagipun,banyak hal boleh berlaku.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan.

Hari ni juga tiba-tiba je aku tergerak hati nak memasak (mesti korang heran).Hahahha!!Aku memulakan perubahan ini daripada hati aku sdr,tiada paksaan.Bukan senang aku nak turun dapur tapi kali ni aku yg sediakan bahan2 dan masak sdr smbil mak tolong2 tengokkan.Hehehe,maklumlah anak dara dia ni banyak no yg tak tahu.Nama resepi aku tu ialah Daging Bistik.Adik aku kata ok tp pedas!Aku pulak bila dah masak,x lalu nak makan.So aku x tau rasa dia camne.Heheheh..

Sunday, November 11, 2007

Jamuan Raya GSM

Ramadhan...lebih sebulan meninggalkan kita,begitu juga Syawal baru sahaja melabuhkan layar. Open House GSM juga baru saja berakhir hari Rabu lepas.Ramai juga hadirin yang datang.Masing-masing memang memperuntukkan perut yg separuh kosong semata-mata untuk majlis ni termasuk aku.hahah..tapi tak semua juadah aku sempat dan lalu makan.Maklumlah storage perut aku kecik.Jom kita intai2 menu yang sempat 'ditangkap' pada hari itu.Jom jamu mata,hehe..




Haa...ini juadah mihun sup yang sempat aku cilok kuahnya dari mangkuk opis mate aku.Pedas!!Favourite aku la kalau pedas-pedas ni.Tapi aku x sempat nak ambik pun sebab dah kenyang.Lagipun diorang kata pedas sangat sampai bos aku sakit perut.heheh.

Menu kedua, nasi ayam.Buat pengetahuan semua, inilah menu pertama yang masuk dalam perut aku sebab masa tu aku memang lapar nasi.Sedap,cuma sambalnya cair macam sup.Sampai aku lupa yang aku belum tuang sup pun atas nasi aku.Gasaklah.Sebab makan nasilah aku rasa kenyang nak jamah benda-benda lain.


Wah,sate ayam ni pun fav dish aku jugak ni.Adui,terliur pulak aku nengok sebab masa tu aku just makan 2 cucuk je kot.Itu pun sebab kawan ambik lebih.Sedap korang, kira puas hatilah.Daging banyak,besar memang sesuai.Tapi masa jamuan ni berakhir,aku bawak balik lebihan satay ni untuk family.Sikit je pun,bagi diorang merasa.Lagipun x baik membazir.

Friday, November 09, 2007

Ingkar:BUNGA CITRA LESTARI

Di saat cinta tercipta
Semestinya aku merasa
Di kala hasrat mendalam
Semestinya aku berbalas
Ho..oh.. Ho.. ohh..

Dari hati kini ku sadari
Tak semestinya aku berkasih
Di kala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikan.... untukmu

Dari hati kini kusadari
Tak semestinya aku berkasih
Dikala hati tak dapat berbagi
Baiknya rasa itu tersimpan dalam...

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan... untukmu

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyanyang
Oh maafkan jika semua ini yg kuberikan.. untukmu

Tuesday, November 06, 2007

Bengang

Spoil…
Itulah yanh boleh aku gambarkan keadaannya untuk hari ini. Penat nak melayan kerenah pelajar yang tak tahu nak bersabar. Yang diorang tahu komplen…komplen…pantang terlewat sikit mulalah nak menuduh yang bukan-bukan. Please la…jangan nak fikir tentang diri sendiri saja. Tolong fikir tentang kepentingan orang lain. Setiap orang ada kesulitannya masing-masing. Bawak-bawaklah bersabar. Jangan sebab u all bayar lebih, kitorang ni cam kuli u all boleh buat sesuka hati.

Kalau lagi lamalah aku dok kat depan ni,x taula apa nak jadi lagi lepas ni. Makin hari kesabaran makin terhakis. Mujurlah ada yang faham kalau tak boleh jadi gila. Mujur jugak ada YM boleh gak bercerita.

Sunday, November 04, 2007

Goldheart

I got this gift last week from...ermmm...what should I address him eh?Hahahah!!Ops,don't misunderstood guys,this is not cincin tunang ke apa,cuma hadiah daripada seseorang dan ini merupakan penghargaan aku padanya. Seumur hidup ni la pertama kali org hadiahkan cincin. Diri sendiri pun tak tergerak nak beli. Aku bukan jenis yang suka sangat pakai jewellery ni. Sempat jugalah aku main tarik-tarik baju depan kedai cincin tu, tak nak bagi dia belikan untuk aku. Mahal tu, paling koman mesti seratus lebey punya. Tapi dia nak jugak bagi,kononnya dah niat. Nak tak nak,dengan perasaan malu aku ikut jugak. Rasa nak menyorok je bawah meja. Nak angkat muka pun aku segan. Dengan jurujual dia pun aku tak sanggup nak tengok.Yang aku tau aku main sarung je cincin yang diorang suggest untuk aku. Dalam hati rasa geram juga dengan dia ni,suka-suka hati jek. Tapi bila dah tersarung kat jari, macam cantik pulak.Hahaha,tak malunya aku nih.Bukan apa, bagi aku cincin ni sesuatu yang simbolik dan people don't simply give this kind of jewel to anyone unless with one intention...i think u guyz out there understand what I mean by this.Afraid?Worried?Happy?Excited?Wonderful?Donno how to describe my feeling right now.

Friday, November 02, 2007

Masih ingat dengan trademark "Betul..betul" atau "Boleh..boleh"?
Masih ingat dengan 2 budak botak yang menceriakan waktu kita berbuka puasa di TV9?
Comel kan Upin and Ipin...animasi Malaysia yang paling mencuit hati aku.Apa lagi bila mendengar suara mereka yang sangat 'cute' tu.Dengan telatah yang menghiburkan,padat dengan mesej.Les Copaque Production-Congratulations for creating such an interesting and eye catching anime.

Thursday, November 01, 2007

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Khamis …1 Nov 07

Bila dihitung sudah genap sebulan aku mengenalinya. Satu tempoh yang singkat namun meninggalkan kesan yang mendalam. Kesan apa? Korang tak payah tahu la,biar aku je yang tahu. Hikhik! Minggu ni keadaan agak serabut memandangkan minggu pendaftaran pelajar bermula dari Isnin hingga Jumaat. Walau sesibuk manapun, aktiviti YM aku tetap diteruskan sekiranya ada kelapangan. Macam jadi kewajipan pulak eh.

Dan selama itulah perasaan aku berbolak-balik berperang dengan emosi yang adakalanya stabil,adakalanya tidak. Dengan soal peribadi dan soal lain, semuanya menuntut pengamatan yang bukan sedikit. Naik lelah memikirkan. Fikiran sentiasa berputar. Yang diharapkan ketenangan sentiasa menyelimuti jiwa yang resah diamuk badai.

Semalam aku mendapat khabar tidak baik mengenai kakak angkatku. Aku harap dia sentiasa tabah dalam menghadapi kemelut keluarganya. Aku yakin dia sememangnya manusia cekal. Seperti yang digambarkan dalam watak-watak lewat hasil karyanya. Entah bila mampu aku merealisasikan hasratnya melihat karya aku pula yang terpampang dan dibukukan.

Dan dia…masih lagi belum sembuh dari sakitnya. Aku tak semena-mena jadi resah juga memikirkan keadaan kesihatannya. Tidur malam pun terganggu sedikit. Ikutkan hati ingin saja aku menghubunginya, namun aku enggan mengganggu. Aku tahu dia perlu rehat. Tiba-tiba saja aku diasak rindu. Serasa ingin menangis pun ada. Hebat betul aku ni.hahahah..dapat tengok gambar pun jadilah.

So aku ni dah masuk kategori apa sekarang? Angau ke sengal? :p

Tuesday, October 30, 2007

Sensitip!

Hanya kerana satu perkataan, aku sudah mula terasa hati. Kenapa? Argh,aku sendiri pun kurang mengerti dengan hati ini. Jika diikutkan akal fikiran yang logik, tak perlu nak tersinggung pun. Tapi dengan dia, cepat saja hati ini terguris.

Ini yang kadang-kadang buat aku lemah semangat ni.Membuatkan aku terfikir mampu ke aku lalui hidup ini dengan status aku sekarang?Mujur ada yang memujuk,kira aku ni sensitif ya amatlah ni.Aduh,susah juga ya bila dah berdua ni.Hati kena jaga,mulut pun kena kawal. Betul-betul tak sangka semua ni akan jadi kat aku.

Nampaknya kena kikis la sifat sensitip aku yg amat sangat ni.Heheh...sorry ye wak,tak sengaja!

Friday, October 26, 2007

Permata Ayah Bonda

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda....

Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hati ku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini
Hingga terbina mahligai bahagia

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Thursday, October 25, 2007

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Tuesday, October 23, 2007

Hasrat

Assalammualaikum…

Kedinginan menjalar serasa ke tulang hitam saat ini. Sendirian di sini, walau hakikatnya ada beberapa orang pelajar yang tekun menelaah. Demikianlah suasana lazim tatkala tiba musim peperiksaan. Terkenang sewaktu aku masih bergelar pelajar, tak ubah seperti mereka juga. Makan tak kenyang, nak tidur pun tak lena mengenangkan soalan apa yang bakal disuakan nanti. Alhamdulillah, aku berjaya juga meraih segulung ijazah dan beroleh keputusan yang baik. Meskipun kerja aku kini tidak setimpal dengan kelulusan,namun aku yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Siapa yang tidak cemburu melihat teman-teman memperoleh kerja yang baik? Tapi apa yang aku dapat kalau aku asyik dihurung rasa kecewa dan dengki? Syaitan akan bersorak sorai dan akan membisikkan suara halus yang jika tidak dikawal akan mendorong aku melakukan sesuatu yang akan aku kesali seumur hidup. Percubaan demi percubaan masih belum menampakkan hasil. Rezeki itu ada dalam pelbagai bentuk, itulah peganganku sekarang. Setiap kali ada resah menampar dada, aku tekad mengusirnya jauh.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah menamatkan apa yang telah aku mulakan. Sukar sebenarnya bagiku tetapi aku harus berhijrah. Meminjam kata sahabatku. Dia sendiri telah melakukan satu penghijrahan yang berani. Aku mendoakan dia berjaya dengan karier barunya. Bukan mudah memulakan perniagaan. Tapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba. Gagal kerana mencuba lebih baik dari duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Orang yang terlalu memikirkan risiko akibat sesuatu perbuatan takkan pernah berjaya. Bukan mudah untuk memulakan langkah pertama.

Keberanian masih belum bertunas di hati namun ada hasrat yang bertamu ingin sekali aku lunaskan. Impianku ini mungkin kecil pada pandangan mata orang lain, namun bagi diri ini ia amat besar dan amat bererti. Ada yang mengetahui seringkali memberi sokongan padu. Sokongan inilah yang membuat aku rasa bersalah jika aku tidak berjaya merealisasikan mimpiku menjadi sebuah kenyataan. Biarlah mereka berjaya sebagai doctor, pegawai, pensyarah, pelajar master,pelajar PhD….aku masih akan tetap memburu cita-citaku yang satu ini…

Di Atas Sajadah Cinta

“Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya.Ya Ilahi,berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu.” Esak Zahid merayu kepada Tuhan sang Pencipta Hati, cinta dan segala keindahan semesta.
Zahid terus meratap hiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus dipaksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin dia meratap embun-embun cinta itu, semakin deras air matanya mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azabNya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya.


Petikan yang terhias di belakang kulit novel kompilasi inilah yang menggamit hatiku untuk memiliki buku ‘Di Atas Sajadah Cinta’. Cinta kepada Allah cinta yang pasti akan mendapat balasan. Kepada mereka yang terluka hatinya kerana cinta, jangan putus asa. Renungkanlah segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Tidak terhitung banyaknya. Supaya kita tidak merasa terlalu hiba dan kecewa kerana kepedihan hati yang tersangat amat akan mendorong kita terpesong dari landasan kebenaran.
Oleh itu, buat semua sahabatku dan pengunjung laman sederhana ini, semoga kita semua mendapat keredhaan Ilahi.
Buat teman-teman yang sudi meminjamkan telinga dan masa untuk mendengar masalahku, ku doakan kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Wallahu a’lam.

Thursday, October 11, 2007

Surprise!!Oh My...:p

"Hello, office awak kat mana ye?"
"Tingkat 2,atas sekali.Kenapa?"
"Kiranya kalau saya kat lobi ni,macam mana nak pergi?"
"Eh,awak ada kat sini ke?"

Heheh..begitulah lebih kurang perbualanku dengan dia. Bila ku teliti semula handphone, rupanya ada mesej."Kalau saya tersampai ke pejabat awak camne?"-itulah bunyi mesejnya.Rupanya betul dia datang! Cepat-cepat aku mengatur langkah menuruni anak tangga. Bunyi sepatuku yang kuat tak kuhiraukan lagi.Malas nak control.Mesti dia ingat aku pakai terompah kayu.Hahah!!

Sampai saja di bawah, terlihatlah kelibat dia yang sedang merenung 'glass display' yang memaparkan keratan akhbar mengenai fakulti tempat aku bekerja.Dia ku sapa,senyuman berbalas.Setelah berbicara ringkas,dia memberikanku sebuah beg plastik yang berisi hamper kuih raya.Ya Allah...tak sangkanya dapat hamper,hatiku berbisik.Dalam kekalutan menerima hadiah yang tak terjangka, aku mempelawanya naik ke pejabat.Sekadar mahu dia melihat ruang kerjaku yang sebenar.Sungguh aku sedikit panik untuk melayannya di pejabat.Mana tahu ada rakan-rakan yang nakal menjenguk.Heheh..lantas kuberikan handout yang tak seberapa untuknya.Sekadar informasi.Terdetik rasa bersalah kerana ku rasa aku tidak melayan tamuku sebaiknya.Salam maaf ku hulurkan dan dia mengatakan tiada apa-apa.Berserta pemberian,terselit sekeping kad raya berwarna silver metalik.Aku membukanya perlahan."Putriku Sayang",lirik nasyid yang dipopualrkan oleh kumpulan Hijjaz jika aku tidak salah.Tanpa sedar segaris senyuman terukir di bibirku.Ada rasa tercuit di hati.Dia melukis bunga sebagai bingkai di sudut paling bawah.Cantik,tertera namaku di situ.

Aku belum dan mungkin tidak mampu menjadi seperti puteri yang dialunkan di dalam nasyid ini...



"Yummy...!!Thank you"

Bicara Hati

Assalammualaikum

Agak lama juga aku tidak menitipkan apa-apa di sini. Kesibukan menghambat diri? Tidak juga. Tetapi tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Perjalanan novel pun seakan terencat di bulan Ramadhan ini. Entahlah, sebaik sahaja selepas Maghrib, sepasang mata ini seakan mahu tertutup. Mudah sekali aku dibuai mimpi. Badan terasa letih sekali walhal hanya bekerja di pejabat,bukannya mengangkat barang atau pun menjadi buruh paksa. Meskipun begitu, ketenangan menyusuri hatiku di kala ini. Setenang air yang mengalir di kali.

Hati yang terluka telah beransur sembuh. Yang tinggal hanya parut dan kenangan yang indah. Biarlah aku simpan semua kenangan itu di dalam memori. Aku amat berterima kasih dan bersyukur kerana pengaduanku kepadaNya diterima. Itu semua akan menjadi pelajaran berharga untuk meniti hidup yang penuh liku. Supaya diri ini senantiasa tabah dan redha menghadapi dugaan yang tidak akan pernah henti.

Tanpa disangka, ada seseorang yang menghulurkan salam perkenalan. Pada mulanya, aku hanya bertindak sambil lewa. Maklumlah, jiwa ini baru saja ingin aman, tak mahu aku menempah bala lagi. Ibarat luka yang baru sahaja kering tak sanggup ku biarkan ia berdarah lagi. Tapi entah kenapa aku menerima huluran perkenalan itu. Aku sendiri gusar dengan tindakanku. Ah,dia sama sahaja seperti insan lain,ingin menambah kenalan. Seperti biasa aku menyedapkan hati sendiri walaupun perasaanku cukup gentar. Adakah sejarah mungkin berulang? Ya Allah, jauhkan aku daripada semua itu.

Usia perkenalan baru seminggu,menginjak ke 2 minggu sekarang. Dia tidak henti-henti menyuarakan keikhlasan niatnya. Bila aku mempertikaikan,dia ingin sekali membuktikan dengan mengatakan sanggup melamarku. Ah, kita masih punya waktu yang panjang untuk membicarakan soal itu. Yang menentukan masa depanku. Aku sendiri belum yakin mahu menempuh alam rumahtangga tanpa ilmu. Aku ada matlamat yang harus ku capai sebelum aku menyerahkan hidupku pada insan yang bergelar.....suami.

Pasti yang membaca mengatakan, aku terlalu pantas melupakan hal lama. Ya, aku sendiri berfikiran begitu sebenarnya. Tapi untuk apa dikenang hal yang dah berlalu? Hidup mesti diteruskan. Hargai orang yang menghargai kita. Kerana kita tidak akan tahu betapa bernilainya sesuatu itu hinggalah kita kehilangannya. Untuk itu, aku memberi peluang kepadanya dan juga diriku. Aku tidak menyandarkan harapan yang tinggi. Apa yang aku harap hanyalah restu Ilahi. Hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Melaui riak wajahnya yang tenang, tutur kata yang lembut, aku tahu dia berniat baik. Sebagai hamba yang tak punya kuasa, aku menyerahkan untung nasib perhubungan ini kepadaNya. Bertemu dan berpisah keranaNya.




"Kompilasi kisah islamik yang mendamaikan jiwa"



"Pink rose...lovely"