Sunday, September 11, 2011

Sengal

Fuh, UNBELIEVABLE !!
Langsung tak sedar bangun-bangun je dah pukul 10 lebih. Lena betul. Apa pun semalam memang satu pengalaman yang berharga. Aku tak pernah sanggup sampai macam tu sekali sebelum ni. Apa yang buat aku nekad ye? Hahaha. Allah faham kenapa dan aku berterima kasih. Tak lupa jugak buat Bad yang jadi bodyguard aku. Nanti akak belanja ok. 

Semalam pertama kali pergi rumah Prof Zainal, mantan dekan kami. Lepas ni Prof akan berpindah ke USIM. Sedih je rasa. Prof memang baik dan kami kadang-kadang dah anggap Prof macam bapa sendiri.  Mungkin kerana peribadi Prof sendiri yang tak kekok bergaul dengan orang bawahan macam kami.
Selesai rumah Prof, aku bergerak ke destinasi yang aku tak pernah sampai lagi. Dipermudahkan ada orang yang boleh teman. Terima kasih Tuhan. Kalau aku sorang memang kalut jugak. Memang jauh ke dalam rumah adik aku ni. Adventure. Lebih-lebih lagi malam. Meremang jugak la aku dibuatnya. Dan sekali lagi menyusahkan dia untuk tunjuk jalan keluar. Keadaan sepatutnya jadi lebih mudah tapi aku selalu jadi punca ia menjadi rumit. Maaf.

Aku cuma harap dapat menjadi yang terbaik dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun selalunya ia akan disusuli dengan kepedihan dan kegagalan. Namun itulah yang menjadikan aku lebih bersedia dan cekal menghadapi kenyataan. 

Menjadi teman yang boleh disandarkan, bukan menjadi teman yang hanya berharap.

Maaf kerana membuat awak tersangkut di tengah hujan lebat.

Maaf kerana sengal suruh belok kanan tapi belok kiri (pelik la kenapa aku jadi macam tu pulak!)

Maaf kerana nyaris membuat kita kemalangan.



Saturday, September 10, 2011

Home Alone

3 hari ni parent tak ada pergi kursus. Jadi aku tinggal dengan adik-adik aku je sekarang ni. Malam tadi pertama kali lepak dengan Kak Rose. Baru ada peluang nak melawat rumah ye. Sampai terlelap depan tv. Hahaha. Bawak perangai kat umah sendiri gi rumah orang. Buat malu je haha. Terasa macam zaman kat U pulak. Macam lepak kat kolej. Rindu kawan-kawan masa belajar dulu. Harap-harap semuanya bahagia menjalani kehidupan. Dah lama tak melepak dan borak-borak. Yela, masing-masing dah sibuk dengan rutin. Aku je yang gamble lagi. I love my life ! Walaupun kelihatannya macam sedih je tapi aku ok je. Apa pun akak, thanks for the hospitality.

Well, dah terbangun pagi ni… nak cari breakfast pun malas. Adik-adik masih lena lagi. Tu sah-sah tghari baru bangun. Tak payah nak membazir la buat sarapan. Biar diorang pepandai cari makan sendiri. Freezer pun dah tak ada stok. Adoi. Tu la dia selalu mak yang buat semua. Hamek!

Ermmm…baru terbaca mesej LF ni. Kesian, asyik pening je adik aku ni. Risau jugaklah aku. Harap-harap cepat sembuh ye. Ya Allah…aku mohon dikurniakan kesihatan yang baik buat ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat handai juga diri sendiri.

Tuhan,maafkan diri ini.

Mohon jaga dia ya.

Wednesday, September 07, 2011

Cinta & Harapan

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Dulu lagu nasyid ni favourite zaman jadi student kat UUM.Yang nyanyi pun memang abang-abang senior UUM.Siap beli kaset kot dulu hahaha.Hurm...rindunyaa zaman belajar dulu... 

Masa dahulu takkan berputar kembali walau sesaat....

Huru Hara

Apa yang boleh digambarkan hari ini adalah huru-hara yang masih terkawal.

Setiap kali pelajar mula mendaftar, pasti masalah yang sama akan berulang.Kadang-kadang naik fed up pun ada.Mujurlah aku masih boleh mengawal tutur kata dan masih mampu menahan emosi.Bukan nak susahkan pelajar.Tak ada niat langsung.Tapi masalah yang terjadi di luar kawalan kami.Itu belum lagi kena berdepan dengan sesetengah orang yang mintak dilayan macam raja.Macam dia sorang je yang bayar yuran.Tak dapat nak marah, semua dihamburkan dalam blog aku yang setia ni.Hehehe.

Aku dapat news yang kurang baik tapi bagi aku ada hikmahnya.Semua yang terjadi telah ditakdirkan.Tak semua perkahwinan itu membahagiakan.Namun pengalaman akan mematangkan dan mendewasakan diri dalam menghadapi masalah.Semoga Allah memberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan urusan buat seorang temanku.Sabar ye beb.Nasihat kau akan aku jadikan panduan. : )

Aku tidak berada di tempatnya tapi aku tahu rasanya bila terluka. Luka itu pula disebabkan oleh orang yang kita percaya,orang yang kita damba boleh menjadi pemimpin dan teman.Akhirnya harapan dan janji terlebur begitu sahaja.Sudahnya kita kembali meniti hari-hari sendiri.Bergantung pada manusia memang takkan kekal.Kerana kita hanyalah ciptaan yang fana.

Monday, September 05, 2011

Back to work

Hari pertama bekerja setelah cuti raya…
Memang sibuk sungguh keadaannya. Sampai nak photostate pun kena ambik nombor. Sudahnya tak kuasa aku nak menunggu.

Hari ini sedikit sebanyak berjaya mengawal emosi. Berusaha menjadi tenang walaupun sedikit berkocak dengan tindakan seorang manusia. Namun tak apalah. Anggap je itu kifarah dosa yang pernah aku lakukan sebelum ni. Aku pun bukan sempurna dan selalu berharap agar orang memahami aku. Jadi aku sendiri harus memahami dan memaafkan apa jua keterlanjuran dari segi tutur kata dan perbuatan.

Hari ni juga semua orang perasan aku mengenakan cermin mata baru. Adoi seganlah pulak kan. Obvious sungguh kan? Ada yang kata macam budak sekolah, nerd,designer…hahahah…aku gelak dan senyum je. Entah kenapa hari ni aku rasa tenang. Harap-harap esok pun semuanya berjalan lancar.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Terima kasih kerana memberi aku ketenangan.
Aku bersyukur.
Moga esok aku mampu menangani tekanan dan masalah dengan cara paling berhikmah.
Iringi dan tunjukkan aku jalan penyelesaian terbaik dalam segala kesulitan.

Nota: Jadual kuliah ada yang belum update dalam system.

Sunday, September 04, 2011

Aku Mohon Dengan Sangat

Ya Allah, Tuhan sekelian alam…
Aku tahu kau pasti mengerti rasa hatiku.
Aku tahu kau pasti sudah membilang butiran air mataku yang menitis.
Aku tahu kau pasti memahami keperitan yang aku alami sekarang.
Aku tahu kau pasti mengerti…

Ya Allah…
Aku rindukan seorang insan ciptaanMU
Yang telah kau jadikan dia dari segumpal tanah sepertiku
Yang telah kau amanatkan di bahunya tanggungjawab sepertiku
Tanggungjawab yang akan dipersoalkan nanti  di hadapanMU
Rinduku sehingga air mata membasahi pipiku
Rinduku sehingga aku memaksa diri menjadi tegar
Rinduku sehingga aku berharap
Temukanlah kami di syurgaMU sebagai teman yang sejati dan dirahmati di mataMU

Ya Allah…
Kau telah anugerahkan perasaan kepada kami
Perasaan saling menyayangi dan merindui
Jangan kau biarkan anugerah tak ternilai ini membenamkan diriku ke lembah duka atau hina
Jangan kau biarkan aku terumbang-ambing dalam meniti dugaan hati yang sungguh tak tertanggung ini

Ya Allah…
Hati ini sakit…perit…pedih…membuatkan jiwa jadi lemah
Kenapa sering saja aku terduga sebegini
Adakah aku tersasar jauh dari pandangan kasihMU?
Tuhanku, aku tidak ingin menjadi lemah
Aku ingin memiliki hati sekeras kerikil
Mampu menepis segala dugaan dengan izinMU

Ya Allah…
Aku dihadapkan dengan dua pilihan
Walaupun hatiku memberontak sewaktu disuarakan hasrat ini di hadapan keluargaku
Kerana bagi aku masa depanku adalah hak mutlak peribadiku
Tidak berhakkah aku menentukannya sendiri?
Aku kurang senang orang mempersoalkan keadaanku
Kerana aku tahu semua itu adalah takdirMU
Namun aku akur dengan arahan
Selama ini aku kurang meminta petunjukMU

Ya Allah…
Aku telah memohon lewat istikharahku
Di malam yang sayu dan pilu
Berilah aku panduan dan petunjuk
Berilah aku jalan keluar dari belenggu yang merantai ini
Aku tidak akan berhenti
Sehingga aku ditunjukkan jalan
Sesungguhnya aku sangat buntu
Sesunguhnya aku tidak tahu
Aku keliru Tuhan
Andainya takdir tertulis ajal tiba sebelum jodoh
Jangan dijemput tatkala aku masih tidak suci Tuhan

Ya Allah…
Ku mohon berikan aku kekuatan dan ketabahan jasmani dan rohani
Untuk aku mendampingiMU
Untuk aku mengejar cintaMU
Untuk aku bergantung harap denganMU

Ya Allah..
Ku mohon...
Tolong jaga dia ya.
Aminnn….

Mimpi VS Kenyataan

Ya Allah sedihnya...aku terpadam mesej-mesej yang aku sayang dalam handphone.
Status LF dah bertukar.Kenapa aku sedih ek?Bukan ke patut aku gembira?

Entah.Perasaan dalam hati ada macam-macam.

Teringat mimpi tu. Mimpi tu dah jadi kenyataan kan?

Dalam mimpi tu LF bahagia sangat.Rupanya memang dia tengah bahagia.Dan dalam mimpi tu jugak,aku nampak diri aku berlalu pergi...

Nampaknya saat tu dah tiba.Ermm...lepas ni aku kena belajar hidup sendiri macam dulu-dulu. Kena belajar berdikari.Dah tak boleh manja-manja.Yelah takkan nak mengganggu hidup LF lagi.Kang tak memasal je kena.Tak nak jadi pengacau.Sebab aku perempuan dan faham apa yang perempuan lain rasa.

Teringat kenangan masa mula-mula jumpa.
Teringat kenangan jalan-jalan kat Terengganu.
Teringat kenangan tengok Harry Potter.
Teringat kenangan terlanggar divider.
Teringat kenangan tengok Hanna yang tak best!
Teringat kenangan cari kedai makan kat Sunway tak jumpa-jumpa (ahaks!)

Manis.Sebak. Sayu. Sedih.
Menangis.

Sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara.Namun yang sementara itu akan aku simpan kemas dalam lipatan kenangan.

Tahniah LF ! Semoga bahagia selalu.I know u will. :)

Terima kasih Tuhan...atas kurniaan yang indah dalam hidup.