Saturday, February 27, 2010

Perginya kerana kebuasan manusia

Siapa yang tidak terkejut dengan berita mengenai seorang anak kecil yang meninggal dunia akibat penderaan berterusan yang dialaminya. Lebih malang lagi apabila ia dilakukan oleh seseorang yang sepatutnya menjaga dan mendidik, bukan melampiaskan rasa marah dan baran. Makhluk Allah, lelaki dan punya kekuatan dan akal fikiran yang lebih daripada wanita kini berubah menjadi binatang buas yang laparkan mangsa. Hunting for prey. Kemudian dilaporkan bahawa ibunya pula bersekedudukan dengan si pendera tadi. Apa yang sedang berlaku dalam institusi kekeluargaan sekarang?

Syafia Humairah, 3 tahun bukanlah mangsa pertama penderaan. Sebelum ni pun ada kes yang sama juga. Cuma akhir-akhir ini banyak sungguh cerita berkenaan nasib anak-anak yang mati di tangan ibu bapa sendiri. Anak luar nikah atau bahasa kasarnya ‘anak haram’apatah lagi, bersepah-sepah di tempat pembuangan sampah dan mangkuk tandas. Nyawa anak-anak ini tiada nilainya di mata mereka.

Biarpun tidak punya cahaya mata sendiri, tapi melihat anak-anak kecil yang comel dan keletah,hati mana yang tidak jatuh sayang. Itu baru anak orang kan? Bila ada anak sendiri pastilah kasih sayangnya melimpah ruah. Memang diakui mendidik anak dalam peringkat membesar ini sangat menduga kesabaran namun janganlah sampai menyesal di kemudian hari dek kerana terlalu mengikut perasaan. Mereka masih belum mengerti apa-apa. Kita sebagai orang dewasalah yang sepatutnya menunjukkan jalan yang betul dan contoh tauladan yang baik.

Ambillah iktibar, jadikanlah pengajaran. Dunia semakin tua. Manusia seperti di zaman jahiliah makin bertambah dari hari ke hari. Tidak gerunkah kita dengan tanda-tanda ini?

Subhanallah…

Thursday, February 25, 2010

Sukarnya untuk Ikhlas!

Sukarnya mengikhlaskan diri dalam membuat sesuatu pekerjaan. Tidak dapat tidak pasti akan terbit keluhan demi keluhan. Lebih-lebih lagi dalam urusan kerja. Pasti ada saja perkara yang mengundang rasa tidak puas hati.

Itulah yang sedang aku alami sekarang hingga aku disarankan mencari kerja lain oleh teman baikku. Bila difikirkan apa lagi yang aku nak buat? Aku sayangkan pekerjaan aku walaupun adakalanya dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Aku bukan patung yang tak punya perasaan. Aku masih lagi mengawal dan cuba mengawal perasaan sakit ini. Bukan sekali dua aku ingatkan diri aku sendiri untuk bersabar. Namun sukarnya apabila aku ini memang dipakejkan dengan personaliti panas baran. Hahahah…aku juga tidak suka personaliti ini tapi itulah yang selalu berlaku tanpa disedari.

Bukan tidak cuba berubah. Tetapi terlalu payah untuk mengubahnya dalam masa yang singkat. Bila mengubah diri sendiri terasa payah, apa lagi untu mengubah orang lain. Fikirkan.

Dan aku memang bijak memujuk hatiku sendiri melalui tulisanku. Hahahahah!

Sunday, February 21, 2010

Layan Karok

Wah! Dah lama aku tak layan karaoke. Akhirnya impian jadi kenyataan. Dengan selamba aku dengan 2 orang kawan atau boleh dikatakan geng tetap karok menuju ke tempat yang selalu kami datangi untuk melakukan senaman suara. Bila sampai je ke destinasi…mak aih ramainya beratur! Budak-budak pun ada. Kemain lagi ye budak-budak sekarang. Aku dulu tak reti langsung bab-bab ni. Sekali bantailah 2 jam setengah. Mula-mula ingat lama. Rupanya sekejap je 2 jam lebih tu. Apapun memang puas hati dan layan. Perasan jap jadi penyanyi di dalam bilik tu. Ahaks!

Friday, February 05, 2010

Kembali ke RC

Setelah sekian lama aku tak duty jaga RC, hari ini ialah hari pertama aku memulakan job yang aku rasa tak berapa best ni. Hahahaha! Selalu duduk dalam je kan. Bila kena duduk kaunter balik, mulalah muka yang garang ni jadi bertambah serius tahap dewa. Huish. Sapa yang pernah jaga kaunter tu fahamlah dengan dugaan-dugaan dan cubaan-cubaan yang adakalanya sampai kita pun tak tertahan. Hanya mereka yang berjiwa kental je boleh menahan semua tu. Tapi dalam kental tak kental tu berjaya jugalah aku bertahan sampai 3 tahun.

Bila dah masuk bahagian akademik, rupanya bertambah sasau aku dibuatnya. Beban bertambah dengan pertambahan pelajar. Sampai ada masa nak je aku blah tinggalkan pejabat. Namun jauh di sudut hati aku suka tempat ni. Sayang. Aku kan jenis setia nak mampos. Even adakalanya tak bertempat pun. Sadis kan? Kadang-kadang tu nak jugak jadi hati batu. Tapi apakan daya dah ditakdirkan menjadi hati tisu.

Ya Allah, berilah aku jalan dalam menyelesaikan permasalahan yang membelenggu hati ini.

Tuesday, February 02, 2010

Fitnah!

"Wahai orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu (al-hujurat:6) “

Menerima berita dari seorang teman baik mengatakan namanya telah dicemari amat menyakitkan hatiku. Mengapa mesti ada golongan yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan bagaimana rasanya seandainya perkara yang dilakukan itu menimpa diri ? Mengapa masih ada golongan yang hanya memikirkan note bernilai puluhan, ratusan atau ribuan daripada memikirkan keberkatan dalam menunaikan tanggungjawab? Mengapa masih ada golongan yang lebih tega menindas daripada ikhlas?

Aku tidak punya jawapan yang rigid untuk persoalan-persoalan di atas. Semuanya bersifat subjektif berpandukan dari sudut apa ia dilihat. Ya mungkin sipolan pernah melalui satu insiden yang memaksanya untuk bertindak sedemikian. Namun matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan sewenang-wenangnya menuduh orang lain sebagai penipu selagi tiada bukti. People are innocent until proven guilty.

Aku pastinya insan paling hampa jika perkara ini membawa impak yang tidak baik pada perjalanan kariernya yang baru hendak bermula. Aku memohon pada Allah agar temanku diselamatkan daripada kata-kata dusta yang cuba merosakkan kredibilitinya. Aku juga memohon agar penyebar dusta bertaubat dari perbuatannya. Dan aku juga mohon agar pihak berkenaan mampu menilai siapa kaca, siapa permata...

Buat temanku, bulatkan tekad dan kuatkan semangat. Jangan putus berdoa pada Allah. Aku juga akan mendoakan agar hidupmu diberkati Allah.Amin...

Sunday, January 03, 2010

I AM LEARNING DAY BY DAY (1)

EKSPRESI: SWEET MEMORIES

EKSPRESI: OLD DAYS

EKSPRESI: LOVE

Jasmine Wedding


Wedding untuk tahun 2010 telah dimulakan oleh kawan sekolah rendah aku.Heheh.Berpeluang jumpa balik kawan aku yang 2 orang ni memang best. Sorang dah jadi doktor, sorang lagi cikgu. Dua-dua menabur bakti dalam bidang berbeza. Tapi tak dapat nak lepak lama-lama sebab masing-masing ada komitmen lain. Apapun kita jumpa lain kali, ok!

Buat Jasmine, semoga mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan utuh buat selamanya. Congratulations!

Friday, January 01, 2010

Sebuah Harapan


Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa Mu
yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Trima kasihku pada Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu

Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu

Dendangan: Rossa
Tajuk: Takkan Berpaling Dari-MU

My Old Days

Hahahahahah!!!!
Aku jumpa gambar ni dekat Facebook . Seorang kawan yang upload. Aku memang tak ada gambar ni. Teringat zaman-zaman nakal. Kena usik, mengusik. Masing-masing dah jadi mak atau bapak budak dah. Kecuali aku la yang maintain cute selalu.Hahahah.Cikgu Che Lian ni pun entah ke mana la agaknya. Ingat lagi kena pukul dengan pembaris besar 'kaler' kuning tu sebab tak pandai buat operasi bahagi. Hahahah....malu wooo...gua matematik lemah dulu. Tapi UPSR nasiblah ok. Itu kisah 19 tahun yang lalu. Lamanyaaaaaaa.....

2010 RESOLUTION


Credit to:Hisham from Selama, Perak

New Year Resolution:
  1. Harap-harap boleh jadi orang yang bijak mengawal emosi
  2. Harap-harap boleh memajukan kerjaya ke bidang lebih baik
  3. Harap-harap Allah memakbulkan doaku setelah sekian lama
  4. Harap-harap aku boleh menerima ketentuan Ilahi dengan redha dan tabah walaupun itu bermakna separuh daripada kebahagiaanku dibawa pergi
  5. Harap-harap aku berjaya menjadi anak yang baik
  6. HARAP-HARAP 'SOALAN MAUT' YANG BAKAL DITANYA DAPAT DITANGKIS SEBAB HANYA ALLAH YANG TAHU PERASAAN AKU.
  7. Harap-harap boleh SENYUM macam gambar di atas walau sepahit manapun kenyataan hidup yang bakali dilalui!
*gambar dipinjam daripada www.adiputragraphy.blogspot.com untuk tujuan pembelajaran.Heheh

Friday, December 25, 2009

CAPTURING THE BEST MOMENT AT NEGERI DI BAWAH BAYU




Wajah kepuasan Aryn dan Kak Izan. Muahahaha.


Gunung Kinabalu di belakangku. Seram ooo... sebab besar sangat


Dalam flight.Penat.

Thursday, December 24, 2009

Kelly Clarkson-Already Gone

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even without fists held high, yeah
Never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now
I can't stop

I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone

Looking at you makes it harder
But i know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
Started with a perfect kiss
Then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive

You know that i love you so
I love you enough to let you go

I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone

I'm already gone
I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone
Already gone
There's no moving on
So i'm already gone

Already gone
Already gone
Already gone, oooo, oh
Already gone
Already gone
Already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone

I'm already gone
I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone
Already gone
There's no moving on
So i'm already gone...


Love this song.Feel like wanna sing out loud

Wednesday, December 23, 2009

Sentuhanku


Fuh. Dah lama aku meninggalkan arena 'design' ni. Yelah, kerja pun Bahagian Akademik. Apa yang aku nak design?Student? Dorang tu tak payah aku design, memang dah ter design dengan macam-macam gaya, perangai, rupa dan bentuk.Hahahaa.

Aku tergerak hati nak buat sesuatu untuk seorang kawan. Lebih kepada niat nak membantu. Lagipun mana tahu boleh brush up semula skill yang pernah aku guna dulu-dulu. Hasilnya terjadilah 'sesuatu' yang korang semua boleh tengok kat atas tu kan. Walaupun mungkin tak seberapa, tapi aku puas hati. Yang penting kawan aku pun suka (harap-haraplah kan).

So, bagi sesiapa kat luar sana yang berhasrat nak kawen dan sedang tercari-cari jurugambar untuk merakamkan momento indah anda, silalah hubungi nombor yang tertera di atas ye.

Adios!

p/s: aku punya turn? Allah Maha Mengetahui. Senyum selalu!!

Friday, December 11, 2009

SUKA-SUKA

Farewell,sisters






Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarah di atas suratan
Kau tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah daripadamu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu

Saturday, December 05, 2009

Testing:Thanks to Adiputra


Cuti-cuti boring.So aku pun mencuba teknik kat Photoshop ni berpandukan tutorial.Pinjam gambar yang kawan aku capture.Harap-harap model-model kat atas ni benarkan gambar mereka diedit untu tujuan pembelajaran.